You are on page 1of 2

TINDAKAN SUSULAN KE ATAS MURID DAN SOALAN YANG DIBINA Melalui analisis dan pentafsiran item dan skor

ujian yang dilaksanakan, didapati terdapat beberapa soalan yang perlu diubahsuai kerana item soalan tersebut tidak sesuai digunakan sebagai item soalan. Sebagai contoh soalan 1 dimana pada soalan tersebut, ramai murid dapat menjawab dengan betul, namun soalan tersebut perlu diubahsuai kerana melalui indeks kesukaran yang dijalankan, soalan tersebut terlalu mudah. Selain itu, soalan nombor empat juga perlu diubahsuai kerana item tersebut mempunyai diskriminasi yang positif dan sederhana. Soalan-soalan lain diterima sebagai item ujian dan terdapat beberapa soalan iaitu item soalan nombor 2, 3, 4 dan 10 akan disimpan terus ke dalam bank soalan supaya boleh digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan. Selain itu, murid yang berada dalam kumpulan tinggi (BT) dan kumpulan rendah (BR) yang dapat menjawab item soalan dengan betul juga dapat dikenalpasti. Dengan itu, bimbingan dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Bagi mendapatkan murid yang berada dalam kumpulan tinggi dan rendah, formula berikut boleh digunakan. BT dan BR = 30% daripada Jumlah Pelajar Menjawab Soalan KUMPULAN TINGGI BIL . 1 2 3 4 5 6 7 8 9 NAMA CALON 1 AZAIM SYASYA WAN AMIRUL ATHIRAH EMILYA ELYANA AHMAD ADAM SYAKIR HARITH QEMELLIA 2 3 4 5 ITEM 6 7 8 9 10 10 10 10 10 10 9 9 8 8 SK OR

KUMPULAN RENDAH

BIL . 22 23 24 25 26 27 28 29 30

NAMA CALON 1 NURUL SYAFIENA MIFZAL ARIF NUR AUNI AINA FATINI NORISMA DIWYA SHNI ADHAM FAIZ PUTRI AN NISHA 2 3 4 5

ITEM 6 7 8 9 10

SK OR 5 4 4 4 4 4 2 2 2

Bagi murid yang berada dalam kumpulan tinggi, aktiviti pengayaan boleh diberikan seperti teka-teki, puzzle, projek dan pertandingan mengenai masa dan waktu. Dengan itu, murid-murid dalam kumpulan tinggi akan lebih bermotivasi untuk belajar. Mereka juga akan lebih berminat untuk mempelajari mengenai topic masa dan waktu kerana melalui aktiviti yang dijalankan mereka dapat mencabar daya fikiran mereka. Selain itu, guru juga boleh mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang bersesuaian yang mempunyai kaitan dengan topik pembelajaran. Manakala bagi murid yang dikategorikan dalam kumpulan rendah, aktiviti pemulihan boleh dijalankan. Kebanyakkan mereka yang berada dalam kumpulan rendah tidak memahami kehendak soalan dengan baik. Mereka juga tidak dapat menyatakan operasi apa yang perlu digunakan untuk menyelesaikan soalan. Justeru itu, bagi membantu mereka guru boleh menjalankan aktiviti pemulihan yang lebih memberi tumpuan kepada kelemahan murid. Pengajaran dan pembelajaran oleh guru yang dijalankan oleh guru juga perlu bermula dengan dari yang senang kepada yang susah atau dari yang konkrit kepada abstrak. Contoh-contoh yang diberikan ketika mengajar perlulah menggunakan contoh yang konkrit, agar konsep dapat difahami oleh murid serta senang untuk diingati tetapi berdasarkan kemampuan dan juga kebolehan murid

You might also like