You are on page 1of 8

Didik Hibur, memang menjadi isu yang sedang hebat dan seronok untuk dibincangkan,

sejajar dengan tuntutan baru dalam piawaian pendidikan kini - KSSR. Implementasi didik
hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran, selain memberi keseronokan murid untuk
belajar, ia juga dapat mencungkil bakat terpendam yang ada pada seseorang murid tersebut.
Didik hibur di dalam kelas boleh diaplikasikan melalui nyanyian, lakonan,
pendeklamasian sajak, dan banyak lagi. Paling penting, unsur didik hibur ini bukan sahaja
terhad dalam penggunaan pembelajaran Bahasa Melayu, tetapi boleh juga digunakan dalam
hampir semua mata pelajaran di sekolah rendah.

"Ini semua bergantung kepada kreativiti seorang guru..."

KEPERLUAN DIDIK HIBUR DALAM


PENGAJARAN
Written by AHMAD KAMAL BIN RAMTAN
Thursday, 17 January 2013 01:52

1.0 Pengenalan
Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid - murid
sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya supaya sesi
pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok untuk diikuti murid- murid.
Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas sesuatu subjek dalam kalangan
murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi ini
perlu diterapkan secara terancang untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah.
1.1 Latar Belakang Didik Hibur
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula
apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan
dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di
sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan
Tamil menjelang tahun 2012. Keputusan ini dibuat berasaskan pertimbangan objektif
berdasarkan kajian empirikal dan saintifik, iaitu penemuan-penemuan atas dasar kajian yang
khusus yang telah dilaksanakan. Dalam masa yang sama, Kerajaan melalui Kementerian
Pelajaran Malaysia memberi sepenuh penumpuan dalam penguasaan Bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar dengan memperkenalkan 12 langkah bagi maksud berkenaan selain
transformasi kurikulum di sekolah rendah dan menengah selaras dengan saranan Y.A.B

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan strategi
untuk memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa
Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan. Penumpuan memperkasa penguasaan
Bahasa Malaysia turut ditekankan. Oleh itu,Kerajaan akan mula melaksanakan transformasi
kurikulum di sekolah rendah dan menengah yang mana akan memberi fokus kepada
penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular
yang bersepadu, seimbang dan holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Di sekolah rendah,
kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa bagi
merealisasikan hasrat transformasi berkenaan. Manakaladi peringkat sekolah menengah pula,
transformasi kurikulum akan memberi penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek
penyampaian pengajaran. Kaedah pengajaran akan lebih interaktif, iaitu berkonsepkan didik
hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati dan difahami.
1.1.1 Apa Itu Didik Hibur ?
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan
didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud
menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu
pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur
dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian, bercerita,
lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti sokongan. Oleh itu, keseronokan murid secara total
dalam mempelajari sesuatu subjek itu akan dapat direalisasikan secara terancang dan
bersistematik.
1.1.2

Ciri-Ciri Didik Hibur

i)
Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar,
kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.
ii)
Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang
dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.Justeru murid-murid
sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu - tunggu untuk
melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.
iii)
Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan
pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main
peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu
jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran.
iv) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan
kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau
dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti berbahasa.
v)
Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya
melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.
vi)
Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan
supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.
vii)

Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal

untuk memberikan satu persembahan yang menarik.


viii)

Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal.

ix)

Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

1.1.3 Bagaimana Pelaksanaannya ?


Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran sesuatu subjek dengan
berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami penyerapan sesuatu keadaan.
Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni, dan kemahiran
bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran (Kementerian
Pendidikan Malaysia 2001). Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada dalam pengajaran
dan pembelajaran, iaitu:
i)

Pelbagai bidang ilmu serta tema,

ii)

Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia,

iii)

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran bernilai tambah.

Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu penyerapan pelbagai bidang ilmu
serta tema. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan ilmu melalui
pelbagai aktiviti secara santai dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek di sekolah
rendah dan menengah.
1.1.4

Objektif Didik Hibur

Terdapat tiga objektif pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran di sekolah
rendah dan menengah, iaitu:
i)

Mengguna dan memahami sesuatu pelajaran secara didik hibur;

ii)
dan

Mengguna dan memahami bahasa yang indah atau bahasa badan dalam aktiviti;

iii)

Mengguna dan memahami sesuatu kemahiran yang ditunjukkan secara didik hibur.

1.1.5

Apa Itu Bahasa Badan ?

Bahasa badan juga dikenali bahasa gerak badan merupakan sebahagian daripada proses
komunikasi dan ia berperanan menunjukkan sebarang reaksi dalam menunjukkan sesuatu
aktiviti sama ada positif ataupun negatif. Ia boleh membabitkan apa jua anggota badan
seperti mata, kening, bibir, tangan ataupun lengan. Walaubagaimanapun pengguna perlu
beringat ketika melakukan gerak badan bagi mengelakkan reaksi tidak selesa. Dalam konteks
didik hibur bahasa badan merupakan bahasa gerak badan yang digunakan untuk
meningkatkan keberkesanan penyampaian ketika menjalankan aktiviti.
1.1.6
a.

Faktor Kejayaan Pelaksanaan Didik Hibur


Guru

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah guru adalah segala-galanya
(Pullias & Young 1982), yang akan menjalankan pelbagai peranan dalam bilik darjah (Syed

Lutfi 1994). Ini bermakna kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah
terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:
i)
Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan
murid-murid.
ii)

Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.

iii)

Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.

iv)

Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.

v)

Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.

vi)

Guru boleh membuat pelbagai suara.

vii)

Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.

viii)

Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.

ix)

Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak, dan

x)

Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel.

b.

Aktiviti

Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau
bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang
aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:
i)

Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.

ii)

Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama.

iii) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan


masa pembelajaran
yang sesuai atau waktu yang fleksibel.
iv) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesai bersama murid-murid tanpa
ada banyak
masalah atau halangan.
v)

Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.

vi) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.
vii) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka
yang
menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

~Elemen Didik Hibur~~~


Untuk mengaplikasikan teknik didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
beberapa elemen boleh diterapkan bagi mewujudkan hiburan dan keseronokan di dalam
kelas.
1) Didik Hibur dalam Aktiviti Nyanyian
2) Didik Hibur dalam Aktiviti Bercerita
3) Didik Hibur dalam Lakonan
4) Didik Hibur dalam Puisi
Teruskan bersama kami dengan isu didik hibur terkini.

idik hibur dan Seni dalam P&P BM merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan
Kementerian Pelajaran kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses
pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid. "Yang penting guru BM tidak segan
dan malu semasa mengaplikasikan didik hibur dan seni sebab mereka perlu bernyanyi,
berlakon, berpantun, melukis, bersajak dan bercerita dengan menggunakan bahasa badan di
hadapan murid-murid," Dalam memastikan kurikulum ini dapat menjalankan fungsinya
dengan baik, semua pihak sepatutnya mengambil sikap yang positif. Jika tidak, hasrat untuk
menambah baik sistem pendidikan tidak akan menjadi kenyataan. Sekiranya semua pihak
tidak melaksanakan peranan masing-masing, akhirnya kita akan tetap berada pada tahap
lama. Perubahan yang diharapkan tidak akan menjadi kenyataan.
Posted by irwin2388 at 20:18

Teknik bercerita
PENGENALAN
Kamus Dewan:- mengisahkan sesuatu cerita, bercakap atau berbual.
Kamarudin Husin (1999): salah satu aktiviti lisan yang penting dan memerlukan beberapa kebolehan
tertentu.
Guru perlu memilih & menggunakan perkataan yang sesuai, berkebolehan melahirkan gaya, suara,
mimik muka dan intonasi yang boleh memikat perhatian pendengar. Guru juga harus membina ayat
yang betul, penggunaannya tepat, mudah dan menarik. Pendek kata, semua unsur yang terdapat
dalam bahasa lisan terutama dalam percakapan yang natural, perlu diwujudkan semasa bercerita.
KEBAIKAN AKTIVITI BERCERITA

Dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid. Usaha ini akan menjadikan murid-murid
lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru menjalankan aktiviti bercerita, secara imaginasi
murid-murid boleh memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka
terlibat dalam cerita itu. Contohnya, kanak-kanak boleh menjadi angkasawan, gergasi,
makhluk halus, haiwan dan sebagainya.
Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid. Dalam cerita sering berlaku peristiwa
yang melibatkan emosi manusia seperti watak utama menemui kejayaan, gembira dan
menderita. Keadaan ini amat sesuai untuk murid-murid dan dalam masa yang sama boleh
mengubah suasana dengan membawa mereka untuk menghayati tema dan isi cerita
sepenuhnya.
Menyuburkan akal dan kecerdasan otak. Semasa guru bercerita, murid-murid lazimnya akan
menunjukkan rasa minat, hairan, geram dan perasaan ingin tahu. Murid-murid digalakkan
bertanya atau menyoal, memberi komen atau pandangan terhadap peristiwa, sifat serta
perilaku watak-watak dalam cerita tersebut. Aktiviti seperti ini membantu mengasah akal
dan mempertingkatkan kecerdasan minda murid-murid.
Menggalakkan perkembangan bahasa. Ketika bercerita itulah mereka akan menambah
perbendaharaan kata dan memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan bentuk bahasa kepada
murid-murid.
PRINSIP AKTIVITI BERCERITA
Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Jalan ceritanya tersusun dengan baik dan ada
kesudahan. Semasa menyampaikan cerita tersebut, guru perlu menggunakan pelbagai gaya
yang menarik seperti gaya isyarat, pergerakan, pertanyaan, menggunakan cakap ajuk,
melakonkan peristiwa-peristiwa tertentu dan sebagainya.
Penglibatan murid-murid sepenuhnya semasa aktiviti ini berjalan juga penting. Guru harus
bijak dan pandai mengaitkan jalan cerita dengan intelek, emosi dan kadang kala fizikal
murid-murid semasa sesi bercerita. Semua aktiviti ini boleh diikuti dengan pelbagai gerak
kerja lanjutan yang dirasakan sesuai.
Harus mempunyai tema yang sesuai. Ini bermakna, cerita itu tidak boleh mengabaikan objektif
mendidik dan mengasuh. Ceritanya mesti mengandungi isi yang sesuai dengan murid-murid,
terutama dari segi kematangan berbahasa, umur, latar belakang, minat, kecerdasan otak
dan pengalaman mereka.
Menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid. Ini bermaksud bahasa perlu
mengandungi perkataan atau rangkai kata yang tepat, sesuai dan berkesan. Pengucapan
cerita itu harus dilakukan dengan jelas, ringkas dan tidak mengelirukan. Perkataan dan
rangkai kata yang mengandungi beberapa pengertian harus juga dielakkan.
STANDARD KANDUNGAN

Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif semasa
bercerita secara didik hibur.
Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui
penceritaan secara didik hibur.
Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu
perkara serta menggunakan bahasa bahan dengan kreatif melalui penceritaan secara didik
hibur.
PROSEDUR MENJALANKAN AKTIVITI BERCERITA
(A) Permulaan cerita

(a) Bahagian ini menumpukan kepada keupayaan murid yang mengambil


bahagian untuk menarik minat rakan-rakan lain dan kekal hingga ke akhir
cerita. Boleh dilaksanakan melalui penggunaan isyarat, mimik muka, gambar,
penglibatan murid, media di samping bijak memainkan kata-kata, dan ini
mampu menyediakan satu situasi bercerita yang sesuai. Permulaan cerita
lebih menarik jika mereka berjaya membawa imaginasi murid-murid lain ke
zaman berlakunya cerita dan peristiwa yang disampaikan itu. Dalam masa
yang sama, guru berperanan membimbing murid supaya membaca dialog
dengan gaya, nada dan intonasi yang betul
(b) Guru harus menunjukkan kecenderungan untuk membina perhubungan
yang baik dengan murid-murid. Kemesraan guru dan murid perlu dibina
terlebih dahulu sebelum aktiviti bercerita bermula. Keadaan ini boleh menarik
perhatian murid di samping dapat menggalakkan penyertaan mereka dalam
aktiviti bercerita yang hendak disampaikan.
(B) Pembentukan Cerita

(a) Bahasa yang digunakan mestilah mudah dan sesuai dengan tahap muridmurid. Hal Ini penting agar maksud cerita dapat difahami sepenuhnya oleh
murid-murid. Penggunaan cakap ajuk pada bahagian tertentu cerita mampu
menambahkan kesan yang boleh menjadikan pendengar memberi perhatian
lebih kepada cerita. Perkataan dan rangkai kata yang kabur perlu
(b) Kelancaran pertuturan amat penting untuk memberikan kesan penceritaan
di samping membolehkan terhasilnya satu perkembangan cerita yang licin
dan berkesan. Murid yang terlibat sebagai pelakon atau pendengar pula tidak
menghadapi sebarang masalah untuk memahami cerita berkenaan.
(c)Kepelbagaian suara penting dan boleh dilihat dari segi tekanan tinggi-rendah,
nada, intonasi, kelantangan, panjang-pendek, besar dan kecil dan sebagainya.
Keadaan suara yang sedemikian hendaklah diwujudkan di tempat yang sesuai
dengan peristiwa-peristiwa dalam cerita itu. Umpamanya situasi
menyeramkan pada waktu tengah malam, suara pencerita tadi akan bertukar

menjadi garau, kasar, seram dan ditambah dengan sedikit hilaian. Jika suara
ini benar-benar berkesan, lazimnya murid-murid akan menutup telinga dan
mata sebagai refleksi di luar kawalan mereka.
(d)Gerak-geri dan mimik muka juga dapat membantu guru atau murid yang
sedang bercerita untuk menyampaikan maksud dan kandungan cerita dengan
jelas dan bermakna. Situasi ini akan melahirkan satu suasana bercerita yang
menarik dan menghiburkan.
(e) Penggunaan bahan rangsangan yang sesuai seperti penggunaan media boleh
menarik minat murid-murid terhadap keseluruhan cerita berkenaan. Jika
perlu gunakan pelbagai bahan rangsangan supaya mereka tidak cepat jemu
dan bosan.
(f)Cerita haruslah mengikut urutan, di mana jalan cerita yang perlu didahulukan
akan disampaikan di awal cerita dan begitulah sebaliknya. Ini perlu supaya
hubungan antara satu cerita dengan cerita yang lain konsisten dan
menyakinkan pendengar.
(g) Semasa menjalankan aktiviti bercerita seorang guru perlu peka kepada tema
yang hendak disampaikan. Kefahaman terhadap tema membantu murid
mengenalpasti plot cerita, watak-wataknya dan moral cerita dengan tepat dan
berkesan.
(h) Penglibat murid perlu menyeluruh dan maksimum iaitu sama ada secara
kognitif, psikomotor atau secara lisan dengan memberikan pandangan atau
cadangan penambahbaikan kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian
dalam aktiviti bercerita ini.
(C) Penutup Cerita
a)Cerita yang disampaikan perlu ada kesudahannya. Dalam bahagian ini, semua
masalah dan kerumitan watak dapat diselesai.
Perkara yang paling penting ialah kesudahan cerita itu dapat memenuhi objektif
yang ingin dicapai guru.
Posted by Arbakyah at Sabtu, Oktober 02, 2010

You might also like