You are on page 1of 1

Malaysia Gemilang

Sila baca petikan di bawah.


Hakim: Amirul, adakah kamui menyaksikan perlwanan persahabatan bola sepak
antara skuad Malaysia dengan pasukan Chelsea semalam?
Amirul: Ya, Hakim, perlawanan itu kami tonton di Stadium Bukit Jalil.
Hakim: Wah, tentu kamu seronok menonton perlawanan itu di stadium! Saya
menontonnya melalui televisyen sahaja.
Amirul: Memang seronok, Hakim. Seluruh rakyat Malaysia berasa gembira dan
bangga dengan semangat juang pasukan Malaysia, biarpun kita kalah 0-1.
Hakim: Pada mulanhya, pemain Malaysia agak gugup. Banyak kesilapan yang dilakukan
oleh pemain Negara. Namun dengan taktik yang disusun semula oleh jurulatih,
mereka telah bermain dengan baik. Kehebatan pasukan gergasi kelab inggeris
itu mampu disaingi oleh pemain kita.
Amirul: Ya, Hakim. Pada mulanya, semua penyokong di stadium juga berasa agak
cemas tetapi pada separuh masa kedua permainan semakin rancak. Semangat
pemain disemarakkan lagi oleh sorakan penyokong-penyokong yang membanjiri
stadium. Kami bagaikan satu hati dan satu suara.
Hakim: Nampaknya kehebatan pasukan Chelsea tidak terlawan oleh pasukan
Malaysia. Apa-apa pun sekalung tahniah kita ucapkan kepada skuad Negara.
Jadikan kekalahan tipis ini sebagai iktibar dan cabaran untuk menghadapi
perlawanan yang akan datang. Inilah kegemilangan Malaysia.

You might also like