You are on page 1of 3

Salam 1 Malaysia.

Orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan
sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Istilah
"Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di
Semenanjung Malaysia, Singapura , Indonesia, Thailand, Filipina dan Madagaskar.
Menurut beberapa sumber, dikatakan Melayu itu berasal daripada Melayu Proto
dan Deutero. Berdasarkan catatan oleh Neil Joseph Ryan (1976). A History of Malaysia
and Singapore, yang dikatakan sebagai Melayu Proto ialah Melayu Asli ataupun Melayu
Purba yang berhijrah daripada Tanah Besar Asia atau Yunnan ke Semenanjung
Malaysia dan Kepulauan Melayu pada sekitar tahun 2500 sebelum masihi. Mereka
dikatakan mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.
Manakala Melayu Deutero pula, menurut Alan Collins (2003). Security and
Southeast Asia: domestic, regional, and global issues, Singapore: Institute of Southeast
Asian Studies, Orang Melayu terdahulu telah kemudian diganti oleh Melayu Deutero
dalam gelombang kedua penghijrahan dari tanah besar Asia di sekitar 300 Sebelum
Masihi.
Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal usul bangsa melayu iaitu (a)
bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan ), dan (b) bangsa Melayu berasal
dari Nusantara (Teori Nusantara).
Berdasarkan teori ini.dikatakan orang melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan
Melayu menerusi tiga gelombang yang utama,iaitu orang Negrito,Melayu Proto,dan juga
Melayu Deutro. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto yang berlaku kirakira 2500 tahun Sebelum Masehi,Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi,
datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami
daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara.
Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orangorangJakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang
lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan
masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

Respond:
Orang Negrito
Orang Neggrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu,dipercayai
berasal daripada golongan Austronesia di Yunnanmereka dikatakan berada di sini sejak
1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha,Kelantan.daripada orang
Negrito telah diperturunkan orang semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit
gelap,berambut kerinting,bermata bundar,berhidung lebar,berbibir penuh,serta saiz

badan yang pendek,keturunannya orang Asli di semenanjung Malaysia,Dayak di


Sarawak dan Batak di Sumatera

Melayu Proto
Asal yang kedua ialah Melayu-Proto,Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa
orang melayu ini berasal dari Asia Tengah,perpindahan tersebut (yang pertama)
diperkirakan pada tahun 2500 SM,mereka ini kemudian dinamai sebagai MelayuProto,peradaban orang melayu-proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito.
Orang Melayu-proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam,membuat barang
pecah belah, dan alat perhiasan kehidupan mereka berpindah randah.zaman mereka
ini dinamai Neolitik atau Zaman Batu Baru.

Melayu Deutro
Kumpulan ketiga dikenali sebagai Melayu Deutro.perpindahan penduduk yang kedua
dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500
SM.mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju
daripada melayu proto.Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam.mereka telah
menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi.Zaman mereka ini dinamai
Zaman Logam,mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh kepulauan
melayu ini.

Respond 2 :
Salam 1 Malaysia.
Saya setuju dengan pendapat cikgu. Di sini saya ingin membuat sedikit pertambahan
tentang Teori Nusantara.
Teori Nusantara

Teori ini disoking oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd,K.Himly,Sutan Takdir


Alisjahbana dan juga Gorys Keraf.Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan
seperti di bawah

1) Bangsa Melayu dan Bangsa Kawa mempunyai tamadun yang tinggi


Pada abab ke 19,Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang
lama.pekara ini menunjukan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana,tetapi berasa
dan berkembang di Nusantara

2) K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa


Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa.baginya
Persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena ambilan

3) Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di pulau


jawa.penemuan manusia kuno ini di pulau jawa menunjukkan adanya kemungkinan
orang melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada
jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian

4) Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia ) mempunyai perbezaan yang ketara


dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah )

You might also like