You are on page 1of 16

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

TOPIK 5

NILAI DAN ETIKA DALAM SUKAN

Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengenalan nilai atau moral dan etika
dalam sukan, isu-isu semasa dan dilema penyertaan dan penglibatan dalam
sukan di peringkat dalam negara dan luar negara umpamanya permainan bersih,
penyalahgunaan bahan dalam sukan, keganasan dalam sukan, dan gangguan
dalam sukan. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan
rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:


1. menjelaskan konsep nilai atau moral dan etika dalam sukan
2. mentakrifkan perrmainan bersih atau fair play
3. menghuraikan kesan-kesan penyalahgunaan bahan dalam sukan
4. menyenaraikan dan menjelaskan punca dan kesan keganasan dalam
sukan
5. mentakrifkan gangguan dalam sukan
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Nilai dan Etika Dalam


Sukan

Permainan
bersih
(Fair play)

Penyalahgunaan
bahan dalam
sukan
161

Keganasan
dalam
sukan

Gangguan
dalam
sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

KANDUNGAN

8.0

NILAI DAN ETIKA DALAM SUKAN

8.1 Definisi dan tafsiran


Nilai atau moral merupakan satu perlakuan atau perwatakan yang dikaitkan
dengan benar atau salah, baik atau buruk. Di mana nilai atau moral ini lebih
kepada perlakuan seseorang. Etika pula merupakan seni perlakuan atau
perwatakan individu atau sesebuah institusi yang berpunca daripada nilai-nilai
atau moral. Etika lebih kepada teori atau satu siri peraturan (set of rules).
Nilai atau moral dan etika ialah satu disiplin ilmu yang penting kepada setiap
individu dalam apa jua tindakan yang melampaui batasan atlit, kaum, budaya,
usia dan sebagainya. Nilai moral dan etika ini adalah nilai-nilai sejagat dan juga
merupakan satu pencarian kepada kebaikan, kesempurnaan perlakuan bermoral
dan keadilan. Nilai atau moral merupakan satu kepercayaan abstrak apabila
ditukarkan kepada sesuatu yang konkrit maka dinamakan nilai atau moral
Secara umum ada empat nilai atau moral iaitu

keadilan

kejujuran

bertanggungjawab

perbuatan yang baik (fair play)

Seterusnya terdapat empat keperluan etika iaitu


wujudnya kekeliruan moral (moral panic)
peraturan sukan yang semakin banyak
tumpuan media terhadap perlakuan atlit
kepelbagaian latar belakang atlit

162

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Antara prinsip utama dalam pentaakulan nilai atau moral dan etika ialah

prinsip keadilan

prinsip pertimbangan reflektif

prinsip konsistensi/ketekalan

8.2 Permainan bersih (fair play)


Permainan bersih atau fair play
objektifnya

untuk mengelak

menghindari semangat

ialah satu bentuk etika permainan yang

berlakunya

keganasan

dalam

sukan

dan

untuk memang semata-mata (winning is everything)

dalam kalangan atlit mahupun pasukan sukan. Permainan bersih juga


ditakrifkan sebagai satu amalan yang diperlihatkan oleh semangat akan
kebenaran dan kejujuran dengan mematuhi segala peraturan yang bertulis
ataupun tidak bertulis.

Konsep permainan bersih bukan sekadar bermain dengan mematuhi peraturan


permainan sahaja malahan meliputi konsep persahabatan, menghormati
individu lain dan sentiasa bermain dengan semangat yang betul. Permainan
bersih ialah satu cara berfikir bukan sekadar bertindak atau berkelakuan sahaja
malahan merangkumi isu untuk mengelak penipuan, penyalahgunaan bahan,
keganasan dalam sukan, eksploitasi, ketidaksamaan peluang, keterlaluan
komersialisasi dalam sukan dan juga rasuah.

163

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

8.2.1 Keperluan wujudnya permainan bersih


Nilai atau moral dan etika kesukanan banyak bergantung kepada cara kita
mengawal, membangunkan struktur sesebuah sukan itu. Hal ni merangkumi
semua atlit, pegawai sukan, kepimpinan sukan, penonton dan orang ramai.
Hakikatnya

sukan

secara

falsafahnya

perlu

memperlihatkan

atau

menggambarkan kepada beberapa perkara iaitu: keadilan iaitu memaparkan nilai keadilan dan kesaksamaan
persahabatan
cabaran
keseronokkan
keaslian dan tidak terlalu komersialisme
kesihatan
aktiviti yang member faedah baik

Oleh itu, sebarang unsur atau tindakan yang boleh menjejaskan nilai-nilai murni
dalam sukan perlu dielakkan atau diberi perhatian yang serius.

164

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

8.3 Penyalahgunaan bahan dalam sukan


Penyalahgunaan bahan atau ergogenik dalam sukan ialah sebarang bahan atau
substan yang diambil oleh atlit bagi meningkatkan prestasi dalam sukan. Bahan
atau substan ini dapat meningkatkan keyakinan yang tinggi kepada atlit dan para
atlit mengambil bahan atau substan larangan ini kerana faktor persaingan yang
semakin tinggi.
Sebarang bahan atau substan yang boleh meningkatkan prestasi adalah
disebabkan oleh bantuan ergogenik sama ada ergogenik itu boleh digunakan
atau tidak boleh digunakan semuanya bergantung kepada legalitynya
8.3.1 Larangan penggunaan ergogenik
Bantuan ergogenik atau penyalahgunaan bahan dilarang penggunaannya
dalam sukan kerana bantuan ergogenik menyebabkan :

wujudnya unsur-unsur penipuan

melanggar prinsip nilai atau moral dan etika

tiada semangat kesukanan tulen

melanggar kejujuran diri sendiri

prestasi yang tinggi bukan dari usaha sendiri

memberi kesan sampingan buruk

8.3.2 Doping
Penggunaan dadah adalah cubaan untuk meningkatkan prestasi lazimnya
merujukan kepada doping. Di percayai perkataan dope berasal dari Afrika
Selatan. Dope merujuk kepada arak primitf yang digunakan sebagai stimulant
dalam tarian perayaan. Akhirnya perkataan dope ini digunakan secara meluas
dan dikaitkan kepada sukan sebagai doping.

165

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Dalam konteks sukan kini, doping merujuk kepada penggunaan substan atau
kaedah yang dilarang yang boleh meningkat prestasi sebagaimana yang telah
digariskan oleh IOC, IAAF dan lain-lain badan sukan dunia.Kawalan doping
merupakan satu sistem ujian contoh air kencing atau darah yang diuji. Jika
ditemui sebarang unsur terlarang, prosedur disiplin akan dikenakan. Antara
prosedur doping yang dilakukan ialah :

atlit dipilih secara rawak semasa pertandingan atau semasa latihan

atlit yang dipilih akan dimaklumkan secara bertulis

atlit berkenaan akan dibawa ke stesen kawalan doping dengan diiringi


oleh pengurus atau pegawai pasukan.

apabila atlit tersebut bersedia memberi sampel dia akanmemilih 2


botol yang bernombor

memberi sampel secara pengawasan

mengisi borang dan menyatakan sebarang ubatan diambil dalam


tempoh 3 hari yang lalu

membuat pengesahan telah memberi sampel dalam 2 botol yang


bernombor, ditutup kemas oleh atlit sendiri, nombor direkodkan dan
atlit tidak membuat sebarang aduan dalam prosedur ujian

kedua-dua sampel A dan B dianalisis di makmal yang diikhtiraf oleh


badan sukan dunia

laporan analisis akan diperoleh dalam masa 10 hari tetapi dalam


pertandingan besar laporan boleh didapati dalam masa 24 jam

v. jika tiada sebarang unsur terlarang dalam sampel/botol A, maka

166

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

sampel/botol B dimusnahkan

vi. Jika sampel/botol A didapati positif, atlit dan wakil badan sukan atlit
dimaklumkan dan sampel/botol B akan diuji dihadapan atlit dan wakil
badan sukan atlit oleh penguji yang lain.

vii.

tindakan

ke atas atlit ialah seperti penggantungan daripada

bertanding untuk satu tempoh masa tertentu atau seumur hidup,


bagaimanapun semua atlit boleh membuat rayuan di atas hukuman
yang diikenakan itu.

8.3.3 Jenis-jenis dadah dalam doping


Terdapat beberapa kumpulan dadah yang dilarang iaitu

Anabolic steroids

Stimulants

Narcotics analgesics (sejenis pain killer)

Beta blockers

Diuretics

Lain-lain

167

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

8.3.4 Risiko pengambilan dadah/ergogenik

Kerosakan hati kanser atau pendarahan hati

Kerosakan jantung

Penyakit barah/kanser

Wujudnya unsur hormon lelaki dalam badan bagi atlit wanita

Suara menjadi garau/besar bagi atlit wanita

Perubahan tingkah laku- agreasif

Masalah haid kepada atlit wanita

Tumbuh jerawat

Masalah kepada organ dalaman badan

Kes kematian untuk jangka masa panjang

8.3.5 Kenapa atlit mengambil dadah


Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan para atlit menyalahgunakan
dadah. Faktor-faktor ini boleh dikaitkan dengan dadah itu sendiri, individu
168

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

terlibat atau persekitaran atlit itu sendiri, tekanan spesifik seperti tekanan
daripada jurulatih, rakan, keluarga, penonton, media massa, tajaan atau
ganjaran kewangan dan sebagainya.

Selain itu faktor keghairahan yang

meluap-luap untuk menang, untuk memuaskan hati jurulatih atau keluarga,


kegemilangan kemenangan, ganjaran status sosial dan ekonomi, ganjaran dan
kemahsyuran kejayaan dalam sukan telah menyebabkan para atlit terjerumus
ke dalam penyalahgunaan dadah.
Bagaimana pun kejadian secara tidak sengaja terjerumus dengan doping
berlaku apabila terdapat para atlit mengambil ubat-ubatan untuk merawat
kesihatan ketika jatuh sakit tanpa mengetahui ubat-ubatan yang diambil itu
mengandungi bahan atau substan yang dilarang. Dalam keadaan ini, walaupun
atlit tersebut tidak mengambil dadah untuk meningkatkan prestasi, mereka
dirujuk sebagai positif dalam ujian dadah kerana ubat-ubatan yang diambil itu
mengandungi substan yang dilarang. Antara contoh ubat-ubatan yang
mengandungi

substan

terlarang

ialah

Sudafed

dan

Demazin.

Dalam

kebanyakan kes, keuzuran para atlit ini boleh dirawat dengan perubatan
alternatif lain yang tidak mengandungi bahan atau substan yang diharamkan.

8.4 Keganasan dalam sukan


Keganasan dalam sukan boleh didefinisikan sebagai satu tindakan fizikal atau
kekerasan yang dilakukan dengan sengaja bertujuan untuk mencederakan
pihak lawan. Keganasan juga boleh berlaku dalam bentuk lisan seperti ugutan
untuk mencederakan atau menakutkan pihak lawan contohnya jurulatih atau
atlit mengugut pihak lawan iaitu suatu taktik psikologi untuk memenangi
perlawanan.

169

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

8.4.1 Faktor berlaku keganasan dalam sukan


Keganasan dalam sukan berlaku disebabkan banyak faktor antaranya :

Atlit sendi mengaku bahawa keganasan adalah sebahagian


daripada permainan atau aktiviti sukan.

Suatu strategi iaitu untuk mendapat advantej (kelebihan) dengan


cara tidak adil demi kemenangan.

Keganasan berlaku sebagai tindak balas kepada pihak lawan

Band wagon iaitu sebab rasional kerana semua orang lakukan


maka kita pun lakukannya juga.

Mentaliti identiti iaitu perasaan atlit secara relatif sengaja


dilakukan untuk ganggu konsentrasi pihak lawan

Kemenangan diutamakan iaitu menang adalah segalanya

Pengaruh atau desakan daripada penonton yang sukakan


pergaduhan

Pengaruh daripada media massa iaitu publisiti dan berita sensasi

Sikap atlit yang terlalu mengagongkan kemenangan, keghairahan


untuk menang di mana tempat kedua bukan yang terbaik (2nd best
is not the best)

Norma sukan seperti sikap agreasif patut wujud kerana tanpanya


adalah ciri-ciri manusia yang lemah

Cartharsis iaitu emosi marah seperti perasaan dendam dan


170

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

emosi dilepaskan melalui keganasan

Nilai-nilai masyarakat telah berubah seperti pengaruh daripada


media elektronik , galakkan daripada masyarakat dan sebagainya

Peraturan dan pelaksanaannya yang longgar contohnya orang


kreatif melanggar peraturan dan peraturan juga terdapatnya
kekurangan (loop holes).

8.4.2 Cadangan mengatasi keganasan dalam sukan


Keganasan dalam sukan dapat diatasi sekiranya semua pihak yang terlibat
dalam sukan menggembeleng tenaga untuk membasmi isu keganasan ini.
Antara langkah yang boleh diambil ialah :

Perlembagaan iaitu peraturan dalam sukan dikuatkuasakan


contohnya peraturan konstitutif menetapkan bagaimana sesuatu
permainan itu secara spesifik dimainkan, peraturan proskriptif iaitu
peraturan

yang

melarang

tingkah

laku

spesifik

agar

mengurangkan risiko keganasan

Kuatkuasakan peraturan semangat kesukanan atau fair play

Semaikan sikap kesedaran kepada semua yang terlibat dalam


sukan merangkumi atlit, jurulatih pegawai sukan, penonton dan
171

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

masyarakat akan nilai-nilai dan etika dalam sukan

Hukuman yang tegas dan tindakan segera jika berlaku keganasan

Akauntabiliti atlit, jurulatih dan pegawai sukan ke arah semangat


kesukanan tulen.

Kod tingkah laku terhadap atlit, jurulatih, pegawai sukan malahan


penonton atau penyokong

Kawalan ketat premis sukan oleh pihak berkuasa seperti polis dan
sebagainya

Pihak media massa lebih akauntabiliti dalam menyiarkan berita,


publisiti, jangan sensasikan berita

Pendidikan seperti program pendidikan moral yang fokus kepada


nilai, prinsip, pentaakulan nilai sejagat

8.5 Gangguan dalam sukan


Gangguan dalam sukan merupadakan suatu halangan atau kekangan yang
menyebabkan aktiviti sukan terganggu atau tidak dapat dijalankan. Gangguan
dalam sukan bukanlah keganasan dalam sukan. Gangguan dalam sukan tidak
melibatkan sikap agreasif atlit dan peminat sukan.
8.5.1 Gangguan seksual dalam sukan

Gangguan seksual didefinisikan sebagai sebarang perkataan,


isyarat badan, kelakuan dan perbuatan yang berunsur seksual
atau lucah yang mengganggu hak peribadi individu lain yang tidak
diminta. Antara bentuk gangguan seksual dalam sukan ialah :-

Lisan biasanya berlaku semasa perbualan bersama-sama rakan


atau jurulatih mahupun pegawai pasukan. Semasa perbualan
mereka menggunakan perkataan lucah atau bahasa yang
menggoda.

Isyarat badan mengenyit mata, menjilap bibir, kucupan bibir


dan isyarat jari tangan dianggap isyarat badan yang berunsur
lucah melampau.

Visual pelaku menunjukkan bahan-bahan pornografi, melukis


172

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

dan menulis sesuatu yang berunsur seks, mempamerkan genital,


melakukan aksi mengghairahkan dan mendedahkan sebahagian
anggota badan untuk merangsang mangsa.

Psikologi

memaksa

mangsa

bersosial

dan

melakukan

kemesraan fizikal yang keterlaluan. Ini menyebabkan mangsa


tertekan dan akhirnya terpaksa mengikut kehendak pelaku.

Fizikal

pencabulan

fizikal

dengan

menyentuh, meraba,

meramas dan memeluk mangsa. Gangguan tersebut biasanya


dilakukan oleh rakan, jurulatih, pegawai pasukan malahan
penonton.

8.5.2 Langkah-langkah mengelakkan gangguan seksual

Elakkan berbual topik berunsur lucah

Elakkan bergurau senda secara fizikal

Elakkan memakai pakaian yang mencolok mata

Elakkan berdua-duaan di tempat sunyi

173

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

8.5.3 Rusuhan
Rusuhan adalah satu bentuk gangguan dalam sukan atau dalam erti kata
sebenar ialah gangguan sivil yang terdiri daripada kumpulan yang tidak teratur
dan mengamuk secara tiba-tiba serta bertindak melakukan keganasan, laku
musnah atau jenayah. Rusuhan biasanya berlaku sebagai reaksi kepada
kesedihan tertentu atau rasa tidak puas hati. Sepanjang sejarah sukan, rusuhan
berlaku setelah kekalahan sesebuah pasukan di sesuatu acara sukan
terutamanya sukan bola sepak.
Rusuhan lazimnya melibatkan vandalisme serta kemusnahan harta awam dan
persendirian. Dalam sukan rusuhan dilakukan oleh samseng atau hooligan,
sering merusuh serta melakukan kekacauan sekiranya pasukan yang mereka
sokong itu kalah. Gejala samseng ini sering menjadi ancaman terhadap sukan
contohnya sukan bola sepak di Eropah. Hooligan merujuk kepada perusuh yang
terdiri daripada peminat sukan terutamanya peminat bola sepak yang
berkelakuan pemusnah. Sesetengah perusuh sukan ini menjadi semi
professional, sanggup mengembara jauh ke tempat yang biasanya akan
berlaku rusuhan.
Dalam satu kajian tentang kesan gangguan serta provokasi ke atas pemain
bola keranjang, didapati pemain yang tidak terganggu dengan gangguan
tersebut menunjukkan prestasi serta kemahiran motor yang baik jika
dibandingkan dengan mereka yang terganggu. Prestasi pemain yang terganggu
menurun kerana rasa marah serta tahap kebangkitan (arousal) yang keterlaluan
menyebabkan mereka menjadi lebih agreasif sehingga mengurangkan tumpuan
terhadap permainan. Kesannya, prestasi mereka akan merosot. Contohnya
yang sering kita lihat ialah dalam sukan bola sepak, apabila seseorang pemain
itu diprovokasi oleh penonton atau pemain lawan, pemain tersebut akan
menunjukkan keagreasifan yang membawa kepada layangan kad kuning
ataupun

kad

merah.

Kesan

daripada

keagreasifan

menyebabkan prestasi sukan pasukan terjejas.

174

pemain

tersebut

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

TUGASAN TERARAH

Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan


mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia
yang berkaitan nilai atau moral dan etika dalam sukan.

LAMAN WEB

Laman Web Kementerian Belia dan Permainan


Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

175

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

RUJUKAN

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan
Malaysia
Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby
Company
Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical
education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.
Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.
Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah
Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.

176

You might also like