You are on page 1of 20

SJK(T) TUN SAMBANTHAN, 36300 BAGAN PASIR.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KETIGA 2013


Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi
Kehadiran
Guru yang hadir
En. A. Thamilselvan
Pn. M. Rajakumari
Pn. A. Meena
Pn. D. Vasanthi
Pn. G. Uma Mages
Pn.S. Gayathry Devi
Pn. Nisha J.
Pn. G. Kothai
Cik V. Magespary
Cik A. Suhasini
Pn. P. Suppulachimy
Cik Indra Devi
Cik S. Sooria
Pn. S. Saraswathy
Pn. G. Derisini

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

12 Julai 2013
1:30 tengah hari
Makmal komputer
En. A. Thamilselvan
15/15
Guru Besar
Penolong Kanan (Pentadbiran)
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan KOKO
Ketua Panitia Matematik
Guru Pra-Sekolah
Ketua Panitia Bahasa Inggeris / SU Kurikulum
Ketua Panitia Bahasa Melayu / SU Peperiksaan
Ketua Panitia Sivik dan Kewarganegaraan / SU PBS
Ketua Panitia Sains / Guru Media
Guru Pemulihan / Ketua Panitia Moral
Ketua Panitia Kemahiran Hidup
Ketua Panitia KT / PJK
Ketua Panitia Bahasa Tamil
Ketua Panitia Seni dan Muzik

Guru yang tidak hadir


Hadir bersama

:
:

Tiada
Tiada

1.
2.
3.
4.
5.

:
:
:
:
:

Perutusan Pengerusi.
Pengesahan Minit Mesyuarat.
Maklum Balas dan Perkara berbangkit.
Hal-hal Lain
Ucapan Penagguhan

Agenda
Agenda
Agenda
Agenda
Agenda

1
2
3
4
5

1.0

PERUTUSAN PENGERUSI

Encik A. Thamilselvan, Guru Besar . SJK (T) Tun Sambanthan, Bagan Pasir.

Alu-aluan : Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum

Bilangan ( 1 ) Tahun 2013.

1.1

Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat. Beliau
meminta kerjasama daripada semua guru untuk berkerja dengan cermat dan mantap lagi untuk
menjayakan semua aktiviti yang bakal dilaksanakan di sekolah.
Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MENSYUARAT


2.1

Pn. Nisha membentangkan minit mesyuarat bilangan 4 / 2012. Pn. G.Kothai mencadangkan minit
mesyuarat disahkan dan disokong oleh Cik A. Suhasini.

3.0

MAKLUM BALAS DAN PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


UCAPAN GURU BESAR
3.1

Pengerusi memaklumkan semua guru bahawa Tuan Haji Zainal telah mencadangkan bahawa
Penolong Kanan Pentadbiran menjadi pencatat minit dalam Mesyuarat Kurikulum, Mesyuarat
Pengurusan dan Mesyuarat Guru.
Tindakan: Penolong Kanan Pentadbiran

3.2

Pengerusi memaklumkan kepada semua guru kepentingan pengurusan kurikulum untuk sekolah.
Semua guru diminta untuk merancang dan menjalankan semua program akademik dengan
cekap. Guru-guru matapelajaran teras mesti mempunyai PDP yang berkualiti . Matapelajaran
elektif seperti Kemahiran Hidup pula perlu juga dititik beratkan.
Tindakan: Semua Guru
2

3.3

Guru Besar menyatakan bahawa penilaian harus dibuat selepas setiap peperiksaan atau ujian
bagi mengesan pencapaian dan masalah pembelajaran murid. Selain ini, beliau juga berkata
bahawa persatuan-persatuan yang diadakan semasa aktiviti ko-kurikulum harus diurus denan
baik untuk untuk memastikan penglibatan murid secara menyeluruh.

3.4

Pengerusi memaklumkan semua guru tentang kaedah PDP yang efektif. Beliau berkata bahawa
pengajaran mestilah berbentuk kreatif, menarik, tersusun dan mempunyai perancangan yang
baik. Pengajaran yang berkesan bermaksud perancangan pengajaran yang teratur, pelaksanaan
pengajaran dan pengurusan bilik darjah yang cekap serta pemberian bantuan klinikal sekiranya
ada murid yang kritikal dan pada masa yang sama memantau kemajuan murid-murid yang lain. Di
samping itu, adalah amat penting untuk menyayangi murid supaya murid tidak berasa takut,
bersendirian atau sedih di kelas.

Pembelajaran yang efektif pula merangkumi penggunaan pengetahuanm kemahiran dan kaedah
oleh murid untuk mendapatkan jawapan. Jika terdapat perubahan dan penambahan

yang

berterusan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku murid, maka proses
pembelajaran telah berjaya.

Guru harus memupuk iklim dan budaya bilik darjah yang kondusif untuk pembelajaran. Guru mesti
membuat keputusan, memilih strategi, kaedah dan teknik demi mendapatkan pengajaran yang
berkesan.
Tindakan: Semua Guru

3.5

Pengerusi seterusnya memaklumkan semua guru tentang dasar PPD. Menurut beliau, guru harus
menjalankan PDP yang berkualiti dan menggunakan teknik pembelajaran masteri supaya murid
lebih terlibat dalam proses pembelajaran.

Semua guru mesti menyediakan JSU untuk semua peperiksaan dalaman sekolah bagi semua
darjah. Selain ini, Headcount yang terperinci juga mesti disediakan untuk semua murid bagi
semua mata pelajaran yang diambil. Semua guru juga mesti membuat Post Mortem melalui

analisis item setiap mata pelajaran bagi setiap murid. Apabila guru-guru menyediakan soalan
untuk peperiksaan atau ujian, ianya haruslah berasaskan sekolah (school based assesment).

Tindakan: Semua Guru

3.6

Seterusnya Pengerusi membentangkan sasaran pencapaian Program AKAR PPD Hilir Perak 2013
untuk makluman semua guru.

2012

UPSR

PMR

2013

Pencapaian

Near Miss A

Jumlah

TOV

Target

8.48%

7.96

16.44%

1.16%

17.96%

326

306

610

39

610

8.10%

5.26%

13.36%

0.99%

15.10%

301

195

496

33

510

Tindakan : Makluman

3.7

Seterusnya Pengerusi membincangkan isu dan masalah yang boleh menjejaskan PDP. Beliau
memaklumkan semua guru supaya tidak lambat masuk kelas dan keluar kelas cepat. Implikasinya,
murid bising, wujud masalah disiplin dan PdP tidak cukup masa dan seterusnya objektif tidak
tercapai. Selain itu, jika guru curi masa mengajar untuk membuat kerja lain, implikasnya adalah
sama juga. Guru yang berbuat demikian akan ditegur.

Tindakan : Makluman

3.8 Pengerusi menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah ialah satu set aktiviti yang
diwujudkan untuk mengawal tingkah laku pelajar bagi memungkinkan pengajaran yang
cekap dan berkesan. Oleh itu, guru mesti menyediakan set aktiviti yang lengkap untuk PdP
yang berkesan dan juga untuk mengelakkan murid daripada bising atau membuat aktiviti lain.

Tindakan: Semua Guru

4.0

HAL-HAL LAIN
4. 1

Guru Besar memaklumkan kepada semua guru tentang informasi terkini berkaitan Program
LINUS 2013. Berikut adalah maklumat yang diberikan oleh beliau:

Mulai tahun ini (2013), saringan linus akan dijalankan 2 kali iaitu pada bulan Mac dan
September.

Murid kohort 4 (tahun1) dan murid kohort 3 (tahun 2) semua murid akan disaring. murid
kohort 2 (tahun 3), hanya murid linus (tegar & linus) yang akan disaring semula.

Guru pemulihan sekolah boleh mengambil murid linus untuk mengikuti kelas pemulihan
dan murid tegar tetap menjadi keutamaan.

Selain itu, Pengerusi juga menyatakan bahawa semua guru LINUS harus tahu dan
bertanggungjawab terhadap sebarang data dan fakta laporan yang dikehendaki ke JPN/PPD.
Maklumat dalam fail harus sentiasa dikemas kinikan denga maklumat yang terkini. Di samping itu,
guru-guru LINUS yang berpengalaman hendaklah membimbing guru-guru baharu yang dilantik
menjadi Guru LINUS.
Tindakan: Guru LINUS

4.2

Seterusnya Guru Besar memaklumkan semua guru tentang ujian PROTIM. Berikut adalah
maklumat yang diberikan:

Praujian PROTIM - 1 hingga 6 April 2013, serah data ke PPD 8

hingga 13 April 2013.

Kelas PROTIM mulai 15 April hingga 27 Julai 2013

Pascaujian PROTIM 29 Julai hingga 3 Ogos 2013, serah data ke

PPD 5 hingga 10 Ogos 2013


Tindakan: Guru PROTIM

4.3

Seterusnya Pengerusi memaklumkan kepada semua guru tentang Program-program yang


dijalankan untuk makluman dan informasi semua guru.
Berikut adalah program-program yang dijalankan yang perlu diambil tahu oleh semua guru:

Program Professional Up-Skilling of English Language Teachers (Pro-ELT)

Seramai 15 orang guru dari 14 buah sekolah (12 SR,2 SM) telah dikenal pasti untuk
mengikuti program ini untuk peringkat pertama. Guru-guru ini akan menjalani latihan
selama 480 dalam masa 44 minggu.(240 jam bersemuka dan 240 jam atas talian).

HOTS (Higher Order Thinking Skills)/ Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Dapatan pentaksiran antarabangsa menunjukkan murid Malaysia di tahap yang rendah.


Murid berpengetahuan tetapi tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka.
Dapatan UNESCO (2011) menunjukkan guru mengajar untuk peperiksaan.

Dapatan kajian keperluan (2011) menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi (Higher
Order Thinking Skills, HOTs) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.

HOTS penting untuk menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi
memenuhi cabaran abad ke 21 agar negara mampu bersaing di persada dunia.

Rasional HOTS

Berubah daripada amalan hafalan kepada pemahaman yang mendalam.

Meningkatkan tahap kesedaran dengan menganalisa, menyelesaikan masalah dan


menilai serta mencipta.

Belajar mewajarkan penyelesaian dan penemuan.

Peranan guru

Memastikan setiap murid melibatkan diri secara aktif dalam PdP.

Memberi peluang murid berbincang, bertanya dan memberi pendapat.

Program i-THINK

Program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam


kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif

i-THINK membawa maksud innovative THINKing

(Pemikiran Inovatif). Murid perlu

dibekalkan dengan kemahiran berfikir.

Tujuan i-THINK adalah untuk


Melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis

dan inovatif
-

Memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya saing

5 buah sekolah rendah di daerah Hilir Perak menjalankan program i- THINK pada
tahun 2013.
Pada tahun 2014, semua sekolah perlu mengikuti program ini.

Program Pembelajaran Secara Maya (Frog/ Vle)

Setiap sekolah mempunyai dashboard /laman web sendiri.

Pihak sekolah /pentadbiran, guru , murid dan ibubapa mempunyai password


untuk akses.

Fasa 1- Sebanyak 22 sekolah telah diberi taklimat dan telah mula

melaksanakannya.

Hanya password pentadbiran, guru dan murid boleh mengakses masuk. Ibu bapa
belum dilaksanakan lagi.

Fasa 2 Sebanyak15 sekolah telah diberi taklimat tetapi belum dapat

dilaksanakan kerana kemudahan belum disediakan sepenuhnya.

Program Ez-Learning

Pembelajaran secara interaktif (satu hala) bagi murid Tahun 6 dan pelajar
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6).

Mata pelajaran yang terlibat dan tarikh belum dijelaskan lagi.

Program Interaktif Tuisyen Rakyat 1 Malaysia (I-Tr1m)

Kerjasama Yayasan Guru dan Jabatan Pelajaran Perak.

Pembelajaran secara interaktif (dua hala) Tahun 6 : B. Melayu, Sains, Matematik,


B. Inggeris, Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup Tingkatan 5: B. Melayu, Sains,
Matematik, B. Inggeris dan Sejarah.

Pengisiannya : (Isi kandungan setiap topik dan tajuk, latihan pelbagai


aras, capaian maklumat tambahan berkaitan dengan tajuk yang dipilih
dan pembelajaran secara kendiri).

Mata Pelajaran Reka Bentuk & Teknologi/ Teknologi Maklumat & Komunikasi

Bagi Tahap Satu (Tahun 1,2,3) mata pelajaran ini digabungkan dengan mata pelajaran
Dunia Sains.

Pada Tahap Dua (Tahun 4,5,6) mata pelajaran ini diasingkan menjadi tersendiri .

JU akan dipanggil pada tahun ini (2013) untuk latihan.

Mata pelajaran ini akan dimulakan pada tahun 2014 bagi Tahun 4.

Tindakan: Makluman
4.4

Pembentangan Panitia Matapelajaran-matapelajaran Teras dan Program LINUS.


Semua Ketua Panitia telah membentangkan TOV, PPT & ETR untuk setiap darjah. Berikut adalah
pembentangan setiap Panitia mengikut matapelajaran:

10

11

12

13

14

15

16

17

18

4.5 Pengerusi kemudian membincangkan isu dan masalah yang menghindar murid-murid daripada mendapat
prestasi yang cemerlang. Guru-guru memberikan idea dan membuat penilaian terhadap prestasi murid.
Antara faktor-faktor yang menyebabkan murid tidak cemerlang ialah:
-

Sikap leka dan tidak prihatin dalam kelas

Sikap malas dan tidak membuat kerja rumah

Takut untuk bertanya apabila tidak faham

Tidak mengulang kaji pelajaran di rumah

Cara-cara menangani yang dibincangkan ialah:

Mempelbagaikan cara pembelajaran untuk menarik minat dalam kelas

Merancang PDP yang menarik seperti membuat permainan bahasa dan


sebagainya.

Guru-guru mengambil sebagai mentee murid-murid yang perlukan dorongan dan


motivasi untuk membuat kerja rumah dan mengulang kaji.

5.0

UCAPAN PENANGGUHAN

Pada penghujung mesyuarat, Pengerusi berharap semua guru akan bekerja dengan penuh semangat dan
ikhlas untuk menjayakan semua objektif dan matlamat PPD. Beliau member motivasi kepada guru untuk
meneruskan usaha dalam kerja.
19

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Dicatat oleh,
Pn. Anne Marie Nisha J
Setiausaha Kurikulum,
SJK(T) Tun Sambanthan.

Disemak oleh,

Diperakukan oleh,

Penolong Kanan Kurikulum

Guru Besar / Pengetua

20

You might also like