You are on page 1of 7

NUR IZWANI SALFINAS BINTI AZIZAN

920720-02-6092

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM
Nama Pelajar : NUR IZWANI SALFINAS BINTI AZIZAN
Kursus & Ambilan : PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JANUARI 2012
Tempoh Praktikum : 14 JULAI 2014 HINGGA 12 SEPTMBER 2014 (2 BULAN)
Pengkhususan : PENDIDIKAN KHAS
Nama Guru Pembimbing : ENCIK HAILMI BIN ABD HALIM
Nama Pensyarah Pembimbing : PUAN HARLINA BINTI ISHAK
Catatan Minggu ke: (1) Tarikh : 14 JULAI 2014 hingga 18 JULAI 2014
Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan
MASALAH-MASALAH UMUM DI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal, Butterworth merupakan sekolah yang menjadi
tempat praktikum yang kedua bagi saya dan rakan praktikum, Saodah binti Che Yem untuk
berkhidmat selama dua bulan. Sekolah ini terletak di tengah pekan merupakan kawasan
yang agak sibuk namun begitu faktor keselamatan masih menjadi perkara yang utama bagi
warga sekolah. Sekolah ini agak besar dan mampu menampung sejumlah besar murid dan
warga sekolah umumnya. Saya telah terpilih untuk mengajar 3 buah kelas yang berbeza
termasuk aliran perdana iaitu 2 Inspirasi bagi subjek Pendidikan Jasmani, KSSR 3 bagi subjek
Matematik dan Pendidikan Seni Visual dan KSSR 4 bagi subjek Bahasa Malaysia. Kelas KSSR 3
terdiri daripada murid yang kebanyakannya tidak berkomunikasi, mempunyai masalah
autism dan mempunyai masalah tingkah laku yang pada saya agak sukar dikawal. Melihat
kepada keadaan sebenar murid yang agak aktif dan sukar dikawal sedikit sebanyak
menggugat keyakinan saya dalam mengendalikan kelas kelak.

NUR IZWANI SALFINAS BINTI AZIZAN

920720-02-6092

Saya kemudian banyak menjalankan temubual dan pemerhatian ke atas murid-murid


tersebut. Berbekalkan tips dan panduan daripada guru pembimbing, saya dapat mengatasi
rasa takut yang bersarang dalam hati. Saya juga banyak mencari maklumat di dalam internet
tentang cara pengendalian kelas yang lebih baik dan mampu dikawal. Setelah menjalankan
ujian diagnostik kepada murid yang akan berada di bawah pengajaran saya, maklumat yang
saya peroleh dijadikan panduan dalam menyediakan rancangan pengajaran yang lebih
menarik dan sesuai dengan tahap kognitif mereka supaya mereka tidak bosan kerana terlalu
sukar atau terlalu mudah. Murid-murid yang kebanyakannya merupakan seorang murid
autism dan lewat perkembangan mencabar kebolehan saya sebagai seorang bakal guru dan
saya mula merangka kaedah serta teknik yang sesuai untuk digunakan di dalam kelas. Saya
mula menyediakan jadual ekonomi token dan beberapa rangka RPH untuk dilihat
kesesuaiannya.

NUR IZWANI SALFINAS BINTI AZIZAN

920720-02-6092

ANALISIS MASALAH
Berdasarkan pemerhatian dan temu bual yang telah saya jalankan dalam waktu
seminggu pertama ini sebenarnya telah memberikan saya pelbagai konsep dan
pengetahuan mengenai murid yang perlu saya sediakan dalam menjalankan sesi pengajaran
dan pembelajaran selama 3 minggu baki yang tinggal. Bagi mengatasi masalah ini, saya ada
merujuk kepada beberapa buku dan juga teori yang pernah digunakan oleh tokoh terdahulu.
Aspek yang pertama saya lihat dari aspek tingkah laku murid di dalam kelas dan juga
di luar kelas. Tingkah laku yang sukar dikawal menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti
sesi pengajaran dan pembelajaran dengan sebaiknya dan sepenuhnya. Analisis yang
pertama ini berkaitan dengan punca seseorang murid itu melakukan kesalahan tingkah laku.
Menurut Hanry K.Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru
sendiri.

Most behaviour problems in the classroom are caused by teachers failure to teach
students how to follow the procedure

Prinsip yang telah dikeluarkan oleh Hanry ini sedikit sebanyak membuatkan saya melakukan
refleksi terhadap diri sendiri dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pelbagai teknik, kaedah dan pendekatan yang boleh saya gunakan di dalam kelas dan
kreativiti seorang guru itu mampu mengubah tingkah laku seorang murid yang sukar
dikawal. Hal ini demikian kerana, muid berada dalam golongan kelainan upaya di mana ada
kalanya tingkah laku mereka adalah perkara yang sememangnya sukar dikawal. Adalah
menjadi tanggungjawab guru untuk mereka bentuk satu pengajaran yang menarik bagi
memastikan mereka dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Dalam konteks ini, guru perlu bertanggungjawab untuk mengawal kelas dan memastikan
disiplin serta memainkan peranan untuk menghadapi masalah pejar yang tidak memberi
perhatian semesa proses yang dijalankan.

NUR IZWANI SALFINAS BINTI AZIZAN

920720-02-6092

semua guru mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan


disiplin di sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. Guru-guru kelas
terutamanya boleh memainkan peranan yang penting sebagai guru disiplin bagi kumpulan
murid-murid dikelasnya. Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara mengenal
pasti murid-murid yang bermasalah dalam kelas masing-masing

(Kementerian Pendidikan,2001)

Saya cuba menganalisis masalah-masalah tersebut. Adakah komunikasi guru yang tidak
berkesan dalam bilik darjah memberi kesan terhadap disiplin murid-murid dalam bilik
darjah.

Komunikasi adalah di antara kemahiran penting yang harus ada pada guru. Jurang
dalam maksud diantara mesej yang hendak disampaikan dan yang diterima akan
menggangu keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
(Rogers, 1962)
Masalah

kurang

keyakinan

diri

juga

menyebabkan

jurang

keberkesanan

penyampaian isi pelajaran dan kawalan tingkah laku murid menjadi amat ketara sekali.
Namun, masalah tersebut adalah lumrah yang akan dihadapi oleh seorang guru prlatih yang
baharu mula melangkah ke sekolah.

Brookfield (1990: 45) made the point that when students speak about learning they
do so in highly emotional terms. This was certainly the case for the student
teachers involved in this study. They expressed the following feelings in their journals
and interviews throughout the six months of their involvement in the study: excited,
frustrated, guilty, anxious, overwhelmed, pleased, relieved, confused, disappointed,
encouraged, reassured, unsettled, nervous, worried, impatient, upset, angry,
apprehensive, exhausted, inspired, tense, pressured, inadequate, satisfied.

NUR IZWANI SALFINAS BINTI AZIZAN

920720-02-6092

Throughout the practicum the student teachers experienced a wide range of feelings
as well as fluctuations in these feelings. One of the student teachers made the
comment, My feelings were like a roller coaster and another said, It was the up
and down thing with your feelings that got to you. All of the student teachers stated
at the end of the study that the highs and lows were a part of being a student
teacher.

Brookfield noted that such fluctuation was one of the most familiar rhythms of
significant learning. He explained that Learners embrace the unfamiliar while
concurrently longing for the familiar. They take two steps forward and one step
back
(1990: 63).

Daripada analisis masalah ini dapat dihuraikan bahawa kebiasaan pelatih yang baru
menjalani latihan praktikum akan merasakan kurang selesa dan kurang berkeyakinan
dengan kebolehan diri. Mereka akan diganggu oleh pelbagai perasaan yang merunsingkan
diri mereka. Ini menjadi kebiasaan pada setiap pelatih yang baru bermula.

NUR IZWANI SALFINAS BINTI AZIZAN

920720-02-6092

CADANGAN PENYELESAIAN
Saya telah menyediakan beberapa langkah untuk mengurangkan masalah keraguan
dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Langkah-langkah
tersebut ialah:
a) Merancang rancangan pengajaran yang mudah dan bersesuaian dengan tahap murid
untuk memastikan mereka mampu memahami proses pengajaran dan pembelajaran
guru di dalam kelas dengan berkesan.
b) Rancangan pengajaran harian (RPH) adalah bertepatan dengan peruntukan masa
yang ditetapkan.
c) Sentiasa memberikan peneguhan yang positif.
d) Menetapkan rutin dan peraturan kelas
e) Penggunaan ekonomi token yang menarik

TEMPOH PENYELESAIAN
21 Julai 2014 hingga 25 Julai 2014

TINDAKAN SUSULAN
Tindakan susulan yang dapat dilakukan adalah dengan melakukan aktiviti-aktiviti
hands-on yang mudah difahami dan diteroka oleh murid-murid. Selain itu, guru boleh
menggunakan analogi tertentu untuk memudahkan murid mendapat konsep yang diajar di
samping melakukan teknik pengulangan. Disamping itu, guru boleh menyatakan hasil
pembelajaran yang sedikit sahaja supaya tidak membebankan murid untuk berfikir. Aktiviti
yang dirancang perlulah menarik dan bersesuaian dengan tahap kognitif murid. Peneguhan
positif dilaksanakan dengan guru meminta murid untuk menepuk tangan apabila rakan
mereka menjawab soalan dengan betul. Selain itu, penyediaan rutin dan peraturan yang
diberikan guru dapat mengelakkan murid daripada membuat bising dengan menegaskan
perkataan-perkataan tertentu.

NUR IZWANI SALFINAS BINTI AZIZAN

920720-02-6092

KESIMPULAN
Setiap situasi yang dihadapi memerlukan kaedah penguatkuasaan yang tertentu
dalam penyelesaian terhadap situasi tersebut. Guru perlu mencungkil potensi murid dengan
menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu kerana setiap murid mempunyai
tahap pemikiran yang berbeza dan pelbagai.
Kajian Walter Vispoel dan James Austin (1995) mendapati, minat murid terhadap
pembelajarannya mempengaruhi kejayaan dan kecemerlangannya. Walaupun murid
mungkin tidak cemerlang terhadap suatu tarikan di dalam bilik darjah, nemun sekiranya
terdapat suatu tarikan di dalam bilik darjah, pasti murid tersebut akan bersemangat untuk
belajar.

Pandangan / komen guru pembimbing


..................................................................................................................................................
......................................................................................................................................... ........
..................................................................................................................................................
Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................
Nama : .........................................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing


..................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................
Nama : ........................................................

You might also like