You are on page 1of 17

Pendekatan Cerakin atau analisis

KAEDAH SELURUH PERKATAAN

Ahli konstruktivist percaya yang kanakkanak belajar dengan proses membina daripada pengetahuan sedia ada. Jadi mereka percaya yang kanak-kanak mula belajar dariperkataan-perkataan yang memberi makna kepada mereka. Oleh itu mereka percaya untuk mengajar kanak-kanak membaca haruslah menggunakan perkataan-perkataan kanak-kanak itu sendiri. Jadi timbullah pendekatan word to sound:
2

Whole word- mula popular 50an. Beberapa kaedah yang berkisar kepada pendekatan whole word ini. Diantara kaedah yang menggunakan pendekatan cerakinan ini ialah Kaedah Perkataan Kaedah Frasa Kaedah Ayat.

Kaedah Perkataan
Teknik Lihat dan sebut Pengajaran membaca dimulakan dengan memperkenalkan perkataan-perkataan yang bermakna. Guru-akan menyediakan gambar-gambar objek seperti meja, kerusi, bola dll. Gambar-gambar ini dilabelkan.
4

Murid diajar menyebut seluruh perkataan selepas guru menyebutnya. Murid kemudiannya diminta menyebut perkataan dan menunjukkan gambarnya sekali. Murid mengeja dan menyalin perkataan . Kemudian barulah dicerakinkan perkataan-perkataan tersebut.

Pencerakinan perkataan
Setelah murid dapat menyebut perkataanperkataan yang diperkanalkan guru akan menunjukkan pencerakinan. Kemudian perkataan itu dipecah mengikut suku kata dan huruf: buku - bu ku- b u k u meja me ja m e j a cawan --- ca wan --- c a w a n Kemudian huruf dicantum dan dieja semula secara keseluruhan perkataan meja , cawan, buku
6

Kaedah Frasa
Kaedah ini berasaskan andaian bahawa frasa merupakan unit yang lebih besar daripada perkataan, dan dengan ini akan dapat menarik lebih banyak minat murid terhadap cerita yang mudah. Frasa yang bermakna boleh dibentuk dengan dua atau tiga perkataan yang mudah seperti: Ini meja, Ini kerusi. Itu buku.
7

Frasa-frasa ini pula dipanjangkan untuk membentuk ayat-ayat mudah. Semasa mengajar guru akan memilih frasafrasa yang sesuai dan pengulangan perkataan digalakkan agar memudahkan murid mengingati dan membaca. Peningkatan dalam proses pengajaran daripada yang senang kepada yang susah. Dengan cara ini perkataan-perkataan baru juga dapat diperkenalkan. Antara kaedahnya ialah picture word inductive method.
8

Teknik berasaskan gambar


Guru menunjukkan gambar kepada murid. Minta murid sebutkan apa yang terdapat dalam gambar. Ini meja. Ini kerusi. Ajar murid menulis dan membaca perkataan yang disebutnya tadi.
9

ATAU Jika murid boleh menceritakan mengenai gambar guru boleh menuliskan cerita tersebut. Ini meja guru. Ini kerusi saya. Kemudian menguna beberapa perkataan dalam cerita itu untuk mengajar murid mengejanya (pencerakinan) dan membacanya.
10

Kaedah kalimat/ayat
Murid terlebih dahulu diperkenalkan dengan kalimat atau ayat-ayat pendek yang bermakna. Guru akan membacakan satu kalimat beberapa kali. Murid mengulangi kalimat yang disebut guru. Kemudian kalimat itu akan dicerakinkan kepada perkataan, suku kata dan huruf.
11

Di antara kaedah yang berasaskan kaedah kalimat ialah: Teknik menggunakan buku cerita dan Teknik berasaskan pengalaman

12

Teknik menggunakan buku cerita


Pilih satu cerita yang disukai oleh kanakkanak. Bacakan cerita tersebut. Minta kanak-kanak sebutkan perkataanperkataan yang mereka ingati daripada pembacaan tadi. Tuliskan perkataan tersebut. Ajar kanakkanak mengeja perkataan yang dipilihnya tadi.
13

ATAU berdasar bahasa berirama atau lagu yang kanak-kanak tahu. Galakkan kreativiti kanak-kanak untuk menukar senikata lagu tersebut mengikut tema yang disukainya. Fokus kepada perkataan-perkataan baru yang ditukar oleh mereka. Cerakinkan perkataan tersebut. Nyanyikan semula lagu baru.
14

Teknik berasaskan pengalaman kanakkanak


Guru membuat brainstorming kepada murid mengenai pengalaman mereka. Jika murid minat untuk melukis minta murid melukis di atas kertas. Jika tidak cukuplah dengan mendengar danmenulis semula cerita tersebut.

15

Guru menulis cerita yang diceritakan oleh kanak-kanak menggunakan ayat asal kanakkanak. Guru bacakan cerita kepada kanak-kanak. Kanak-kanak cuba membaca cerita yang dibuatnya sendiri. Oleh kerana teks yang digunakan adalah dari kanak-kanak maka ianya mudah diingati oleh mereka Kemudian fokus kepada perkataan demi perkataan untuk dicerakinkan.
16

Kekuatan kaedah cerakinan


Mengikut Multiple Intelligence oleh Howard Gardner kanak-kanak belajar melalui pelbagai cara. Salah satunya ialah melalui visal spatial(rakaman imej) Terdapat juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan ini. Mereka biasanya tidak suka mengeja akan tetapi tahu jika sesuatu perkataan tidak lengkap. Kaedah ini juga boleh diajar apabila kanakkanak telah menguasai pembacaan.
17

You might also like