You are on page 1of 5

ARKIB : 14/07/2008

SumbanganPetronasbukansekadarcukai
MOHD. HAFEEZ MOHD. NIZAM
UKM, Bangi
SEJAK kenaikan harga minyak tempoh hari, banyak pihak menuding jari ke arah kerajaan dan Petronas
kononnya kerana gagal menjalankan tanggungjawab dengan berkesan, sekalipun semua maklum
kenaikan harga minyak itu bersifat global. Kenyataan ini amat menyedihkan kerana kedua-dua pihak
tersebut telah menjalankan tanggungjawab termasuk tanggungjawab sosial dengan penuh didikasi.
Saya selaku mahasiswa dan salah seorang daripada ribuan pelajar di bawah tajaan Petronas ingin
mengucapkan tahniah dan bersyukur di atas jasa yang telah diberikan oleh Petronas kepada anak bangsa
seperti kami.
Terdapat segelintir pihak hanya melihat sumbangan Petronas sekadar pemberian cukai dan subsidi
kepada kerajaan, namun, hakikatnya syarikat ini telah banyak menyumbang ke arah pembangunan modal
insan di Malaysia.
Pemberian pinjaman boleh ubah dan biasiswa kepada anak Malaysia merupakan satu langkah terpuji
yang wajar dicontohi oleh syarikat lain. Dengan adanya bantuan sedemikian, pelajar-pelajar akan
memperoleh manfaat pendidikan yang lebih tinggi untuk keperluan sumber tenaga kerja di Malaysia.
Pemberian pinjaman dan biasiswa ini juga mampu meringankan beban keluarga dalam menampung kos
pendidikan tinggi terutamanya bagi keluarga yang berpendapatan rendah. Skim sedemikian juga secara
tidak langsung dapat mengurangkan siswazah menganggur kerana kebanyakan pelajar tajaan akan
diserap ke sektor pekerjaan kelak.
Pihak tertentu yang lantang mengkritik Petronas perlu sedar akan peranan syarikat ini yang mencakupi
segala aspek dalam pembangunan ekonomi Malaysia. Tindakan menyalahkan Petronas atas dasar emosi
yang melampau perlu dielakkan kerana jasa Petronas amat besar kepada negara.
Graduan Universiti Teknologi Petronas, pelajar penerima biasiswa kecil Petronas, pelajar tajaan Petronas
di IPTA dan IPTS sebenarnya merupakan aset negara yang telah dilahirkan oleh Petronas untuk
keperluan negara kelak.
Program-program yang disediakan oleh Petronas kepada pelajar tajaannya amat relevan bagi kami anak
bangsa menghadapi masa hadapan kelak. Segala modul pengajaran juga amat bersesuaian dan berharga
bagi semua pelajar tajaannya.
Semua suara sumbang yang mengkritik Petronas selama ini di atas kenaikan harga minyak perlu melihat
semula sumbangan Petronas yang mulia ini. Peranan sesebuah institusi seumpamanya bukan tertumpu
kepada keperluan asas perniagaannya semata-mata tetapi mencakupi kesemua aspek pembangunan
negara.
Saya percaya, pandangan saya ini dikongsi bersama oleh ramai lagi pelajar serta bekas pelajar yang
menerima manfaat daripada Petronas selama ini. Kami bersyukur di atas peluang yang diberikan dan
perhatian Petronas.
Diharap usaha murni ini menjadi contoh kepada semua syarikat di negara ini dan peranan mulia ini
dapat membuka mata sesetengah pihak yang hanya tahu mengkritik Petronas yang telah banyak berbakti
kepada Malaysia.

Bernama.com
Rencana

26 Februari, 2009 11:38 AM

Menerap Budaya Kerja Cemerlang Di Petronas

Oleh Mohd Azhar Ibrahim


KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Sekiranya berhasrat untuk kekal sebagai peneraju
dalam persekitaran perniagaan hari ini, yang sememangnya amat kompetitif, adalah
penting bagi setiap perbadanan mengutamakan pembangunan sumber manusia secara
berterusan.
Selaras dengan matlamat itu jugalah syarikat petroleum nasional, Petroliam Nasional
Berhad (PETRONAS) berusaha gigih dalam membentuk pemimpin korporat masa depan
selain meningkatkan kecekapan teknikal tenaga kerja yang kedua-duanya merupakan
elemen teras dalam strategi korporat.
Menyedari dari awal lagi bahawa sumber manusia merupakan aset paling bernilai untuk
mencapai matlamatnya dalam industri petroleum yang sangat mencabar, PETRONAS
membuka jabatan latihan dalaman pada 1979, yang merupakan pendahulu kepada anak
syarikat latihan, PETRONAS Management Training Sdn Bhd (PMTSB).
PMTSB sentiasa berpegang kepada matlamat untuk muncul sebagai pembekal khidmat
latihan yang disegani serta rakan PETRONAS dalam pembangunan perniagaan dan
kecekapan teknikal, kata ketua pegawai eksekutif PMTSB Khairul Azman Yasin kepada
Bernama dalam satu temubual eksklusif baru-baru ini.
"Sejak 16 tahun yang lepas PMTSB telah berkembang dengan signifikan daripada sebuah
jabatan latihan dalaman PETRONAS, kepada sebuah anak syarikat yang diberi amanah
sebagai pemboleh utama kepada menjana kompetensi dan pembangunan insan, dan ini
akan terus seiring dengan keperluan perniagaan jangka panjang PETRONAS", tambah
Khairul.
PERANAN TIDAK TERNILAI PMTSB
PMTSB diperbadankan sebagai anak syarikat PETRONAS pada 1992 dengan perniagaan
terasnya membentuk, membangun dan menyampaikan satu julat menyeluruh programprogram latihan industri gas dan minyak dengan pengiktirafan antarabangsa bagi
Kumpulan PETRONAS.
Anak syarikat ini memainkan peranan penting dalam membantu kakitangan PETRONAS
menimba kemahiran dan kecekapan menerusi program-program pembelajaran inovatif
serta latihan teknikal 'hands-on'.
Secara ringkas, kakitangan PETRONAS mempelajari kemahiran khusus di PMTSB
berkaitan dengan tugas demi kemajuan kerjaya mereka dalam organisasi.

"Sebagai sebuah pusat kecemerlangan, PMTSB merupakan sebuah daripada pemboleh


utama dalam memperkenalkan elemen-elemen 'Triple Plus' yang terdiri daripada
kemahiran kepimpinan, menjana keupayaan, dan perubahan minda dan tingkah-laku di
kalangan tenaga kerja PETRONAS", tambah Khairul.
PMTSB melaksanakan program latihan dan pembangunan menerusi Pusat Latihan
Pengurusan PETRONAS (PERMATA) berhampiran Putrajaya dan Institut Teknologi
Petroleum PETRONAS (INSTEP) di Batu Rakit, Terengganu, kedua-duanya menampung
segmen tenaga kerja berlainan di PETRONAS.
PERMATA menawarkan latihan pengurusan dan pembangunan kepimpinan bagi mereka di
peringkat penyeliaan, pengurusan pertengahan dan pengurusan kanan sementara INSTEP
mengkhusus dalam meningkatkan kemahiran teknikal bagi masyarakat pekerja teknikal
dan terlibat dalam menyediakan latihan berasaskan kemahiran kepada pekerja baru
untuk teknikal dan operator.
TAWARAN PERMATA
PERMATA menawarkan lebih daripada 100 program latihan meliputi julat luas disiplin
pengurusan, kemahiran fungsi serta modul-modul pembangunan.
PERMATA berhasrat menjadi institusi pengurusan perniagaan bidang yang menawarkan
penyelesaian pembelajaran yang bertumpu serta khidmat rundingan kepada PETRONAS
dan rakan-rakan perniagaan strategik.
Program dan modul latihannya dibangun dan dinilai secara dalaman oleh Jawatankuasa
Teknikal Rekabentuk dan Pembangunan Program (PDDTC) untuk memastikan ia selaras
dengan keperluan pertubuhan serta standard antarabangsa.
"Semasa mereka maju dalam kerjaya, eksekutif-eksekutif muda pula melalui program Siri
Pembelajaran Kepimpinan PETRONAS (PLLS) yang menawarkan asas-asas kemahiran
kepimpinan.
"Apabila mereka menduduki jawatan-jawatan pengurusan pertengahan, mereka akan
melalui program Menjana Kecemerlangan Pengurusan (BME) dan Program Pembangunan
Pengurusan (MDP), yang dibentuk khusus dengan kerjasama University of Melbourne",
kata Khairul.
Bagi mereka di barisan teratas, PERMATA berusaha dengan kerjasama INSEAD dari
Perancis, telah membentuk Program Pembangunan Pengurusan Kanan (SMDP) untuk
meningkatkan strategik kepintaran dalam perniagaan dan keupayaan pengurusan di
kalangan pengurus kanan serta pengurus besar merentasi seluruh perbadanan, tambah
beliau.
TAWARAN INSTEP
INSTEP menawarkan program-program teknikal yang disediakan khusus bagi industri
petroleum yang menumpukan kepada pengalaman 'hands-on' iaitu latihan tempat kerja
di kemudahan-kemudahan syarikat.
Program-program Teknologi Petroleum 1 & 2 (PTP 1 & 2), yang mempunyai akreditasi

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), melatih lepasan sekolah dan pemegang diploma dalam
pelbagai disiplin teknikal seperti mekanikal, elektrik, makmal, proses dan instrumentasi.
INSTEP juga menawarkan program modular bagi kakitangan peringkat eksekutif dan
Program-program Pentataran bagi juruteknik dan pengendali bukan eksekutif.
Selaras dengan itu, INSTEP sedang beralih ke arah sebuah pusat kecemerlangan teknikal
dengan tanggungjawab dalam membangunkan kumpulan tenaga kerja yang
berkemahiran tinggi serta kompeten dari segi teknikal untuk memenuhi keperluan
perniagaan jangka panjang PETRONAS.
Program-program kumpulan kemahiran INSTEP disediakan untuk menawarkan latihan
dan pembelajaran dengan menumpukan kepada kesedaran yang lebih tinggi,
pengetahuan serta kemahiran, kepada kakitangan mengikut bidang tugasan masingmasing.
"Program-program teknikal dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan serta
berpengalaman luas dalam bidang masing-masing, dengan kaedah yang digunakan
adalah selaras dengan sumber yang ada dan matlamat yang telah ditetapkan", kata
Khairul.
MENERAPKAN BUDAYA BERPASUKAN
Di PMTSB, kakitangan PETRONAS dilatih untuk menjadi pemimpin yang mampu
menganalisis dan merealisasi matlamat mereka.
Menurut Khairul, ciri sebuah pertubuhan yang berjaya adalah yang mengamalkan
fleksibiliti secara meluas, mempunyai komitmen terhadap individu, menggunakan sebaikbaiknya semangat kerja berpasukan berteraskan kompeten yang tinggi dan keinginan
untuk melihat kelainan.
"Apabila matlamat dibangun dan dikongsi oleh semua peringkat kakitangan, keseluruhan
pasukan kerja berfungsi sebagai satu pasukan dan komited sepenuhnya demi kejayaan
syarikat. Di setiap peringkat, satu komitmen peribadi akan membawa kepada prestasi
yang dipertingkat bagi perbadanan itu dan kepuasan yang lebih lagi kepada kakitangan.
"PMTSB merangkumkan pencapaian individu bersama-sama kefahaman praktikal
berhubung kuasa kerjasama dalam penambahbaikan prestasi kakitangan serta
produktiviti", jelas beliau.
Jelas sekali, sekumpulan pekerja yang berkemahiran serta bermotivasi tinggi dan
berusaha dalam arah yang sama boleh mencapai keputusan yang lebih baik berbanding
satu kumpulan sama tetapi tidak sehaluan.
Pekerja-pekerja ini tahu yang kejayaan syarikat di tempat mereka bekerja adalah hasil
sumbangan bersama dan komitmen mereka dan CEO.
Kehebatan PETRONAS dan kakitangannya dibuktikan apabila disenaraikan sebagai antara
20 perbadanan dunia yang paling menguntungkan, selain disenaraikan dalam kedudukan
500 teratas Perbadanan Terkemuka Dunia oleh Majalah Fortune Global 500 sejak tiga
tahun yang lepas.

You might also like