You are on page 1of 12

1

Pengajaran Secara Berkumpulan Dalam Program Pemulihan Khas


Di Sekolah Kebangsaan, Johor

Mohd Asnorhisham bin Adam


Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap perlaksanaan, penguasaan,


keberkesanan dan masalah-masalah pengajaran secara berkumpulan oleh guru pemulihan
dalam program pemulihan khas dari 40 buah sekolah kebangsaan di Johor. Seramai 40
orang responden yang terdiri daripada guru-guru pemulihan dari 40 buah sekolah kebangsaan
di Johor telah dipilih secara kelompok atas kelompok. Soal selidik digunakan sebagai instrumen
kajian yang telah diubahsuai daripada penyelidik-penyelidik lepas. Instrumen soal selidik ini
digunakan untuk membuat kajian rintis bagi menguji kebolehpercayaan/analisis kesahihan.
Darjah kebolehpercayaan (alfa cronbach) bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah
0.707. Kajian ini dianalisis menggunakan Perisian Statistical Packages For the Social Science
(SPSS) For Windows (Version 20.0) berbentuk statistik deskriptif iaitu peratusan, kekerapan dan
min serta statistik inferensi iaitu Ujian t. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap
perlaksanaan, penguasaan, keberkesanan pengajaran secara berkumpulan oleh guru
pemulihan dalam program pemulihan khas berada pada tahap yang tinggi. Kajian mendapati
tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan kaedah pengajaran secara
berkumpulan mengikut opsyen dan pengalaman. Tetapi terdapat perbezaan yang signifikan
dalam penguasaan kaedah pengajaran secara berkumpulan mengikut jantina. Terdapat juga
masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pemulihan seperti kawalan kelas, fokus murid,
kekangan masa, ketidakhadiran dan beban kerja. Oleh yang demikian, peranan dan kerjasama
ibu bapa dengan pihak sekolah penting dalam membantu menangani masalah penguasaan 3M
murid.
Katakunci : Pengajaran secara berkumpulan

Pengenalan
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani yang selaras dengan falsafah pendidikan negara. Penguasaan kemahiran asas
membaca dan menulis (2M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid
berkomunikasi

dan

menimba

ilmu

pengetahuan.

Justeru,

program

pemulihan

khas

mengutamakan prinsip Menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik
berterusan hingga ke tahap dua atau peringkat persekolahan menengah rendah.

Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu mengakibatkan mereka lebih
lambat atau terkebelakang dalam menguasai kemahiran berbanding rakan sebaya. Sekiranya
mereka tiadak diberi pendidikan perlu, potensi mereka akan tenggelam. Justeru, Program
Pemulihan Khas dapat mengenalpasti keperluan-keperluan murid berpecapaian rendah.

Pengajaran secara berkumpulan merupakan komponen dalam perlaksanaan dalam program


pemulihan khas melalui Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia
merupakan program pemulihan khas tahap satu di sekolah kebangsaan yang merangkumi aktiviti
rutin kelas, interaksi degan guru, permainan berunsur pendidikan, latihan dan penilaian.
Pengajaran dan pembelajaran yang terdiri dari tiga kumpulan yang cerdas, sederhana dan lemah
dengan melibatkan masa tertentu dan penggunaan alat bantu mengajar.

Menurut L.M. Smith (1969) pengajaran berkumpulan merupakan unit sosial yang terdiri
daripada beberapa individu yang berinterksi di antara satu sama lain, mempunyai nilai-nilai yang
sama dan saling bergantung di antara mereka. Pengajaran secara berkumpulan dari sudut
pendidikan terdiri dari satu kelompok atau pasukan yang mengandungi beberapa orang murid
yang bertingkahlaku sama terlibat dalam proses pembelajaran. Pengajaran ini mempunyai fungsi
yang sama berusaha dan bekerja ke arah satu matlamat yang spesifik. Kumpulan dibentuk
berdasarkan minat dan kebolehan murid, arah keupayaan atau persahabatan. Keahlian dalam
sesuatu kumpulan boleh berubah-ubah mengikut keperluan.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum di antara tahun 19791980, hampir 45% murid sekolah kebangsaan tidak boleh membaca, lebih daripada 50% murid
tidak boleh menulis dan 70% murid tidak tahu mengira. Dapatan kajian juga membuktikan
bahawa pengajaran secara keseluruhan kelas yang dititikberatkan adalah kurang sesuai,
menyebabkan ramai murid gagal menguasai kemahiran 3M mengikut masa yang ditetapkan
untuk memperbaiki kelemahan tersebut, strategi pengajaran secara berkumpulan telah
dicadangkan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Melalui aktiviti
kumpulan diharapkan murid-murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dan menguasai
kemahiran-kemahiran mengikut kebolehan mereka (Mok Soon Sang, 1994).

Pengajaran secara berkumpulan dalam program pemulihan khas yang dilaksanakan oleh guru
pemulihan khas merupakan kaedah pengajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam usaha mengatasi masalah pengusaaan membaca, menulis dan mengira.
Kumpulan dalam pengajaran ini terdiri daripada murid yang cerdas, sederhana dan lemah,
rasionalnya setiap murid mempunyai perbezaan kebolehan dalam penguasaan sesuatu
kemahiran. Kebaikan dalam pengajaran secara berkumpulan ini murid lemah dan sederhana
dapat dibimbing berdasarkan kelemahan dalam kemahiran tertentu atau masih belum menguasai
sesuatu kemahiran. manakala murid cerdas terus maju dalam pembelajaran. Selain itu pengajaran
secara berkumpulan ini dapat meningkatkan kemahiran sosial serta memupuk semangat atau
nilai positif seperti kerjasama, tolak ansur, bertanggungjawab dan kepimpinan.

Walau bagaimanapun terdapat juga kelemahan dalam kaedah pengajaran secara berkumpulan ini
antaranya timbul perasaan rendah diri atau tinggi diri di kalangan murid-murid yang terlibat
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu guru pemulihan yang tidak terlatih
akan menghadapi masalah seperti tidak cukup masa, kawalan kelas yang lemah dan konsep yang
tidak kukuh dalam pengajaran secara berkumpulan akibatnya kelas tidak dapat berjalan dengan
lancar dan berkesan. Dalam pengajaran secara berkumpulan perhatian guru pemulihan khas
terhadap murid-murid tidak saksama implikasinya maka timbul rasa iri hati dan saling bencimembenci. Oleh itu pengetahuan, kelayakan dan latihan dalam pengajaran secara berkumpulan
oleh guru pemulihan khas dalam melaksanakan program pemulihan khas seharusnya dikuasai
bagi memenuhi matlamat dan objektif.

Pernyataan Masalah
Guru adalah jentera terpenting dalam memastikan proses pendidikan berjalan mengikut acuan
yang diingini. Dengan situasi dunia yang mementingkan pendidikan, guru juga berdepan dengan
pelbagai isu dan masalah yang mencabar dalam mendidik anak bangsa. Oleh itu guru perlu
sentiasa peka dan bertanggungjawab terhadap tugas mereka sebagai seorang pendidik serta
sentiasa menyediakan diri bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Data bilangan murid pemulihan di sekolah-sekolah rendah yang dipulihkan selepas mengikuti
program intervensi 3M (Jabatan Pendidikan Khas, 1999) menunjukkan bahawa program ini
masih belum berupaya memulihkan semua murid yang mengikutinya. Daripada 53,544 orang
murid sekolah rendah yang mengikuti program intervesi 3M, cuma 28,801 orang murid atau
53.8% telah berjaya dipulihkan dan dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Menurut Mohd Salimi Baharudin (2007) pengajaran secara berkumpulan dalam prorgam
pemulihan khas adalah sukar dilaksanankan berbanding mengajar secara individu atau secara
keseluruhan, murid-murid pemulihan tidak boleh fokus dengan baik dengan sentiasa melihat dan
tertarik kepada murid yang sedang menjalani aktiviti di dalam kumpulan yang lain semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Rentetan itu pengajaran dan pembelajaran berkumpulan dalam
program pemulihan khas telah menjadi isu dan perdebatan di kalangan guru-guru pemulihan
sehingga kini. Proses pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan dikatakan sukar
dilaksanakan oleh guru pemulihan serta diikuti oleh murid-murid pemulihan khas. Akibatnya
boleh menjejaskan perlaksanaan program pemulihan khas di sekolah kebangsaan. Hal ini juga
menyebabkan guru-guru pemulihan cenderung untuk melaksanakan pengajaran secara
keseluruhan atau individu.

Tahap perlaksanaan pengajaran secara berkumpulan dikalangan guru pemulihan masih rendah,
ini mungkin disebabkan oleh kekurangan alat bantu mengajar, tiada peruntukan kewangan atau
kelas yang khusus untuk program pemulihan khas dijalankan. Selain itu tahap penguasaan
kaedah pengajaran secara berkumpulan oleh guru pemulihan masih dipersoalkan walaupun telah
diberi latihan pengajaran. Masalah ini juga turut menyumbang kepada peningkatan masalah
penguasaan 3M dengan perlantikan guru tidak terlatih untuk melaksanakan program pemulihan
khas sekaligus kaedah pengajaran ini tidak dipraktikan atau diamalkan secara langsung. Terdapat

juga segelintir guru pemulihan yang mengatakan kaedah pengajaran secara berkumpulan ini
tidak berkesan untuk program pemulihan khas, ini disebabkan murid-murid tidak boleh fokus
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Benarkan pengajaran secara berkumpulan ini sukar
atau tidak berkesan?, apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pemulihan dalam
perlaksanaan pengajaran secara berkumpulan?. Oleh itu penyelidik ingin mengkaji pengajaran
secara berkumpulan oleh guru pemulihan melalui program pemulihan khas di sekolah
kebangsaan, Johor.

Objektif kajian
1. Mengenalpasti tahap perlaksanaan pengajaran secara berkumpulan oleh guru pemulihan
dalam program pemulihan khas.
2. Mengenalpasti tahap penguasaan kaedah pengajaran secara berkumpulan dalam kalangan
guru pemulihan.
3. Sejauh manakah keberkesanan pengajaran secara berkumpulan dalam program pemulihan
khas.
4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan kaedah pengajaran secara
berkumpulan mengikut opsyen.
5. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan kaedah pengajaran secara
berkumpulan mengikut jantina.
6. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan kaedah pengajaran secara
berkumpulan mengikut pengalaman.
7. Mengenalpasti masalah-masalah dalam proses perlaksanaan pengajaran secara berkumpulan
melalui program pemulihan khas.

Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan sebagai satu langkah untuk menentukan tahap keberkesanan pengajaran
secara berkumpulan oleh guru pemulihan dalam program pemulihan khas. Adalah diharapkan
dapatan kajian ini dapat membantu pihak sekolah mengurangkan masalah dalam penguasaan
3M. Kajian juga mengukur tahap penguasaan dan perlaksanaan guru pemulihan dalam
pengajaran secara berkumpulan yang dapat memberi input dan bukti kajian kepada Kementerian

Pelajaran Malaysia. Ianya dianggap penting kerana pengajaran secara berkumpulan ini
merupakan komponen dalam perlaksanaan dalam program pemulihan khas.

Dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan dan penambahbaikan kepada program dan
kurikulum. Selain boleh dijadikan panduan, kajian ini boleh membantu para guru khususnya
guru pemulihan dalam mengubah tanggapan yang negatif serta memberi keyakinan dalam
menjalankan pengajaran secara berkumpulan dengan lebih konsisten dan berkesan dalam
program pemulihan khas.

Tujuan Kajian
Diharap dapatan kajian ini akan menjadi panduan dan memberi petunjuk kepada guru-guru
pemulihan dalam melaksanakan pengajaran secara berkumpulan. Guru-guru akan lebih yakin
dengan keberkesanan pengajaran secara berkumpulan dalam usaha meningkatkan penguasaan
murid dalam membaca, menulis dan mengira (3M). Kajian ini memberi tumpuan dalam program
pemulihan khas di sekolah kebangsaan negeri Johor. Sekiranya model pengajaran secara
berkumpulan ini menunjukkan

kesan yang positif, mungkin ia boleh dilaksanakan secara

berkesan dan konsisten dalam program pemulihan khas dalam sekolah kebangsaan untuk
meningkatkan penguasaan murid-murid dalam 3M.

Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah terbatas kepada perkara-perkara tertentu sahaja di mana
responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri dari guru pemulihan di sekolah
kebangsaan, Negeri Johor. Walau bagaimanapun dari keseluruhan responden tersebut, tidak
semua guru pemulihan yang diambil sebagai sampel kajian. Mereka ini dipilih secara rawak
mudah bertujuan untuk menilai sejauh mana kemampuan mereka memberikan jawapan dan tidak
tertumpu kepada golongan guru pemulihan yang terlatih dan berkebolehan sahaja. Bilangan
sampel yang agak terhad ini dapatlah menggambarkan kesahan dapatan kajian yang terbatas
pada gambaran keadaan dalam program pemulihan khas di sekolah kajian ini sahaja.

Metodologi
Populasi
Subjek kajian ini terdiri daripada guru pemulihan. Populasi kajian ini adalah semua guru-guru
pemulihan yang mengajar di sekolah kebangsaan Johor, daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang.

Sampel Kajian
Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi
yang lebih besar untuk tujuan kajian. Manakala menurut Portney dan Walkin (1993), sampel
adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Kajian ini hanya melibatkan guru-guru
pemulihan. Menurut Azizi (2007), saiz sampel adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan
keputusan kajian nanti. Responden kajian ini terbahagi kepada 2 jantina utama iaitu lelaki dan
perempuan. Kajian ini menggunakan kaedah persempelan kelompok atas kelompok.

Menurut Azizi (2007), persampelan kelompok atas kelompok ini sangat sesuai digunakan
apabila populasi itu besar dan kawasan kajian dibahagikan kepada dua buah daerah. Beberapa
buah sekolah kebangsaan dipilih oleh penyelidik untuk dijadikan sampel kajian. Seramai 25
orang guru pemulihan dari Daerah Johor Bahru dan 25 orang guru pemulihan dari Daerah
Pasir Gudang, telah dipilih secara rawak untuk menjadi responden kajian. Sampel kajian dipilih
berdasarkan kepada jadual persampelan Krejeic dan Morgan (1970) iaitu sebanyak 50 dari dua
buah daerah di Negeri Johor.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian tinjauan ini ialah berbentuk soal selidik.
Instrumen tersebut terdiri dari bahagian A dan bahagian B. Soalan bahagian A mengandungi
enam soalan yang berbentuk maklumat peribadi dan ciri-ciri demografi responden iaitu umur,
jantina, bangsa, agama, opsyen guru dan pengalaman mengajar.

Manakala bahagian B pula mengandungi 48 item soalan yang mengukur pengajaran secara
berkumpulan dalam program pemulihan khas dari aspek perlaksanaan, penguasaan,
keberkesanan, masalah dan langkah penyelesaian. Skala Likert adalah jenis pengukuran yang
digunakan dalam kajian ini. Menurut Najib(1999), subjek atau responden dikehendaki

menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu ekstrem
kepada ekstrem yang lain.

Bahagian B ini mengandungi soalan yang mengukur aspek-aspek yang di ingini dari sampel
kajian dan diukur berdasarkan skala likert. Skala likert lima pilihan jawapan ini digunakan
kerana ia merupakan skala pengukuran utama yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan
yang tinggi.

Kajian Rintis
Kajian rintis dijalankan untuk menentukan dan memastikan arahan-arahan untuk menjawab
soalan soal selidik adalah jelas dan difahami. Menentukan kesesuaian dan kefahaman item
soalan. Selain itu untuk menentukan sama ada bahasa yang digunakan adalah betul dan mudah
difahami. Secara keseluruhanya tujuan kajian rintis ini dijalankan untuk menentukan kesahan
dan kebolehpercayaan instrument kajian. Kekuatan kolerasi bagi setiap pembolehubah boleh
dikelaskan berdasarkan kepada julat 0.0 hingga 1.0 (Najib 1999).

Penyelidik telah mendapatkan kesahan terhadap soal selidik yang dibina dari dua orang
pensyarah UTM. Seramai 10 orang guru pemulihan dari sekolah kebangsaan dari daerah
Pasir Gudang telah di pilih sebagai sampel kajian rintis. Data analisis dengan menggunakan
perisian SPSS 20.0, didapati nilai alpha Cronbach yang diperolehi mencapai 0.707. Oleh itu,
kesahan dan tahap kebolehpercayaan bagi item-item soal selidik adalah tinggi.

Keputusan dan Perbincangan


Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan pengkaji telah berjaya mencapai ketujuh-tujuh
objektif yang ditetapkan.

Dapatan kajian membuktikan tahap perlaksanaan pengajaran secara berkumpulan oleh guru
pemulihan khas dalam program pemulihan khas adalah tinggi.

Kajian dari aspek tahap penguasaan kaedah pengajaran secara berkumpulan oleh guru pemulihan
berada pada tahap tinggi.

Dari segi keberkesanan pengajaran secara berkumpulan dalam program pemulihan khas
keputusan yang diperolehi adalah tinggi. Ia sekali gus membuktikan perlaksanaan kaedah
pengajaran secara berkumpulan secara konsisten mampu meningkatkan penguasaan 3M murid.

Seterusnya dapatan kajian telah membuktikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam
penguasaan kaedah pengajaran mengikut opsyen dan pengalaman.

Manakala dapatan kajian telah menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam
penguasaan kaedah pengajaran mengikut jantina.

Hasil kajian dapat mengumpulkan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pemulihan dalam
proses perlaksanaan pengajaran secara berkumpulan. Antaranya ialah masalah kawalan kelas,
kurang fokus, kekangan masa, ketidakhadiran murid, proses pengajaran lambat, beban kerja dan
masalah bilangan murid yang ramai.

Rumusan

Kajian pengajaran secara berkumpulan dalam program pemulihan khas menunjukkan terdapat
guru-guru pemulihan yang melaksanankan proses pengajaran secara berkumpulan dengan baik
dan berkesan, berbanding pengajaran secara keseluruhan dan individu. Tahap dalam penguasaan
kaedah pengajaran secara berkumpulan dikalangan guru pemulihan dan keberkesanannya juga
tinggi. Justeru itu, kajian ini menolak persepsi atau pandangan negatif terhadap pengajaran
secara berkumpulan dalam program pemulihan khas. Kaedah pengajaran secara berkumpulan ini
bukan sahaja terbaik dalam program pemulihan khas malah untuk proses pengajaran dan
pembelajaran di aliran perdana.

10

Rujukan
Abu Zahari Abu Bakar. (1988). Memahami Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur : Fajar Bakti

Atan Long. 1982. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Ee Ah Ming (1987). Pedagogi, Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yosof Boon & Abdul Rahim Hamdan. 2007.
Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Publication Sdn Bhd.

Azizi Yahaya. et.al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Pahang: PTS
Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Skudai. UTM

Abdul Rahim Hamdan & Ahmad Johari Sihes. 2011. Rekabentuk Pengajaran Dalam
Pendidikan. Skudai. UTM

Kamus Dewan Edisi Empat ( 2005 ). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah. 2009. Murid dan Alam Belajar.
Kuala Lumpur. Oxford Fajar.

Mok Soon Sang. 1994. Penilaian Pemulihan dan Pengayaan Dalam Pendidikan. Selangor. Seri
Penerbitan Perguruan.

Robiah Kulop Hamzah. (1997). Guru Khas Pemulihan Fungsi Dan Masalah Satu Kajian. Kuala
Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.

11

Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.


2002. Kajian Perlaksanaan Program Pemulihan Khas Di Sekolah Rendah.
Kementerian Pelajaran Malaysia

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999) Buku panduan


Perlaksanaan program pemulihan khas (Masalah Penguasaan 3M). Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Khodori Bin Ahmad. 2002. Instrumen Penentu Penguasaan 3M. Lembaga Peperiksaan
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Roslina Hj. Abdul Ghani. (2002). Cadangan Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Berkumpulan Oleh Guru-Guru Pelatih Sarjana Muda
(Awam), UTM Satu Tinjauan. Universiti

Teknologi Serta Pendidikan

Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

Rajasvari Ramasamy. (2008). Masalah Disleksia Dalam Kalangan Murid-Murid Pemulihan


Khas Di Sekolah Rendah, Pulau Pinang. Universiti Sains

Malaysia :Tesis Sarjana

Abdul Rahim Hamdan, Ahmad Johari Sihes, Jamaluddin Ramli & Musa Ismail
Minat, Pengetahuan Dan Kemahiran, Latihan Guru Dan

(2006). Tahap

Beban Tugas Guru Program

Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor. Unpublished report.


Universiti Teknologi Malaysia.

Panel Latihan, Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. 2008. Nota Kursus Asas
Pendidikan Pemulihan Khas. Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Robert M. Gagne, Leslie J. Briggs & Walter W. Wager. 1992. Principles of Instructional Design
Fourth Edition. U.S. of America. Harcourt Bace College Publishers.

Kate Exley & Reg Dennick. 2004. Small Group Teaching. New York : Routledgefalmer.

12

Sampson. (1975). Remedial Education. Rautledge and Kegan Paul. London.

Orville G.J. (1963). Education for Slow Learners. Prentice-Hall, Inc. Englewood Cliffs

Abdul Halim EI-Muhammady (1991). Pendidikan Islam Falsafah, Disiplin, Peranan Pendidik.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2002). Kemahiran Interpersonal untuk Guru. Pahang: PTS
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Rahman Md.Aroff et.al.(1988). Pengenalan Pentadbiran Pendidikan, UPM
Serdang, Selangor.
Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang: PTS Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Ab Malek b. Harun (2002) Kajian Tentang Masalah Disiplin Di Kalangan Pelajar-pelajar Di
Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Terengganu. Universiti Teknologi Malaysia
: Tesis Sarjana Muda.

You might also like