You are on page 1of 5

PENERAPAN

UNSUR
PATRIOTISME

Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme


bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.

Sejarah ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik kerana
sejarah Malaysia banyak dikaitkan dengan faktor penjajahan yang mencorakkan sistem
ekonominya. Sistem ekonomi sebelum kedatangan penjajah Inggeris ialah sistem ekonomi
tradisional. Kedatangan Inggeris banyak berdasarkan faktor mencari keuntungan ekonomi
untuk negara dibawa dan memakmurkan negara mereka.
Sistem ekonomi semasa penjajahan Inggeris ialah dengan

memperkenalkan

penanaman tanaman baru bagi menggantikan tanaman tradisional yang diamalkan oleh
masyarakat Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kedatangan kaum imigran yang
bekerja di ladang getah lombong telah menyebabkan kegiatan ekonomi terbahagi kepada dua
iaitu bercorak tradisional dan bersifat komersial. Kegiatan ekonomi tradisional seperti
penanaman gambir, kelapa, padi, menangkap ikan dan sebagainya terus memberi sumbangan
walau dalam masa yang sama arus ekonomi bersifat moden mula dilaksanakan.
Dengan sistem ekonomi yang dilaksanakan oleh Inggeris maka lahirlah masyarakat
berbilang kaum di negara kita pada masa itu. Masyarakat dan rakyat negara ini pada masa
tersebut dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan masing-masing menyumbang
tenaga ke arah memakmurkan ekonomi negara ini dan saling berganding bahu
membangunkan negara dalam bidang ekonomi.
Menjelang akhir abad ke 20 , negara kita telah dilanda dengan kemelesetan ekonomi.
Ini menyebabkan harga komoditi atau hasil bahan mentah negara kita seperti minyak sawit,
getah dan bijih timah terpaksa menerima bahang dan percaturan sistem ekonomi dunia tetapi
rakyat negara ini masih tabah menghadapi cabaran dan dugaan .Ianya ialah hasil daripada
semangat juang yang tinggi rakyat negara ini terhadap usaha memajukan diri dan di pihak

kerajaan pula ianya disebabkan oleh komitmen membantu rakyat negara ini daripada
cengkaman kemiskinan dan kemunduran.
Warisan sejarah yang membentuk persekitaran ekonomi pada masa kini telah cuba
diubah oleh pihak kerajaan dan kepimpinan negara ini. Kita memiliki kepimpinan yang peka
kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara dan sedia membangunkan ekonomi
tradisional kepada ekonomi yang bersifat komersial melalui pendekatan dan pembaharuan .
Hasil kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, RISDA, FELDA,
FELCRA , MARDI , Jabatan Perikanan, Pertanian, Jabatan Haiwan dan Penternakan dan
beberapa kementerian sedia bergabung tenaga bagi memakmurkan ekonomi negara ini dan
demi kesejahteraan rakyatnya. Tegasnya pelbagai program, insentif dan inisiatif dilakukan
bagi menjana dan membantu para petani, pekebun, nelayan dan penternak di negara ini bagi
memakmurkan ekonomi mereka. Natijahnya melalui pendekatan ini, kita dapat meningkatkan
pendapatan petani dan menggalakkan kerjaya dalam bidang ini yang menjanjikan pulangan
yang menguntungkan.
Kesimpulannya kita wajar bersyukur sebagai warganegara negara ini kerana
kegiatan ekonomi negara ini berada di landasan yang betul dalam usaha mewujudkan peluang
pekerjaan kepada penduduk negara ini dan menjanjikan hasil yang berpanjangan jika terlibat
dalam bidang pertanian.

Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme


bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.

Kegiatan ekonomi tradisional seperti penanaman gambir, kelapa, padi, menangkap


ikan, penternakan dan sebagainya terus memberi sumbangan walau dalam masa yang sama
arus ekonomi bersifat moden mula dilaksanakan. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa kegiatan
ekonomi tradisional memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan semangat
nasionalisme bangsa Malaysia.

Elemen-elemen patriotisme yang wujud boleh dijadikan

contoh kepada rakyat negara ini bagi melahirkan rakyat yang cinta akan bangsa dan
negara.
Kesan dari sistem ekonomi yang dilaksanakan oleh Inggeris, mewujudkan masyarakat
berbilang kaum di negara kita. Masyarakat dan rakyat negara ini pada masa tersebut dapat
hidup dalam keadaan bersatu padu dan berharmoni dengan masing-masing menyumbang
tenaga ke arah memakmurkan ekonomi negara ini dan saling berganding bahu
membangunkan negara dalam bidang ekonomi.
Menjelang akhir abad ke 20 , negara kita telah dilanda dengan kemelesetan ekonomi.
Ini menyebabkan harga komoditi atau hasil bahan mentah negara kita seperti minyak sawit,
getah dan bijih timah terpaksa menerima bahang dan percaturan sistem ekonomi dunia tetapi
rakyat negara ini masih tabah menghadapi cabaran dan dugaan. Ianya ialah hasil daripada
semangat juang yang tinggi rakyat negara ini yang sentiasa rajin dan gigih dalam usaha
memajukan diri dan di pihak kerajaan pula ianya disebabkan oleh komitmen membantu
rakyat negara ini daripada cengkaman kemiskinan dan kemunduran.
Selain itu, warisan sejarah yang membentuk persekitaran ekonomi pada masa kini
telah cuba diubah oleh pihak kerajaan dan kepimpinan negara ini. Kita memiliki kepimpinan
yang peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara dan sedia membangunkan

ekonomi tradisional kepada ekonomi yang bersifat komersial melalui pendekatan dan
pembaharuan.
Hasil kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, RISDA, FELDA,
FELCRA , MARDI , Jabatan Perikanan, Pertanian, Jabatan Haiwan dan Penternakan dan
beberapa kementerian yang sentiasa menyokong dan melibatkan diri dalam usaha
pembangunan serta sedia bergabung tenaga bagi memakmurkan ekonomi negara ini demi
kesejahteraan rakyatnya. Tegasnya pelbagai program, insentif dan inisiatif dilakukan bagi
menjana dan membantu para petani, pekebun, nelayan dan penternak di negara ini bagi
memakmurkan ekonomi mereka. Natijahnya melalui pendekatan ini, kita dapat meningkatkan
pendapatan petani dan menggalakkan kerjaya dalam bidang ini yang menjanjikan pulangan
yang menguntungkan.
Kesimpulannya, kita wajar bersyukur sebagai warganegara negara ini kerana
kegiatan ekonomi negara ini berada di landasan yang betul dalam usaha mewujudkan peluang
pekerjaan kepada penduduk negara ini dan menjanjikan hasil yang berpanjangan jika terlibat
dalam bidang pertanian.

Bahkan dari aktiviti kegiatan ekonomi tradisional

ini juga dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa bersemangat setia


kepada

negara

sekaligus

nasionalisme bangsa Malaysia.

dapat

memperkukuhkan

semangat

You might also like