You are on page 1of 29

SULIT

MINIT MESYUARAT
FOCUS GROUP
PEMBASMIAN KEMISKINAN PERINGKAT NEGERI JOHOR
BIL. 3/2014

Tarikh

: 26 Oktober 2014 (Ahad)

Masa

: 2.30 petang

Tempat

: Bilik Gerakan,
Aras 1, Bangunan Dato Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79000 Nusajaya.

HADIR
1.

Tuan Haji Norizan bin Kulob


Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor

Pengerusi

2.

YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan


Pegawai Kemajuan Negeri
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor

3.

Tuan Haji Ahmad bin Haji Main


Pegawai Daerah Segamat

4.

Tuan Haji Mohd Halim bin Hasbullah


Pegawai Daerah Kulaijaya

5.

Encik Kamarudin bin Abdullah


Pegawai Daerah Pontian

6.

Tuan Haji Mohd Nasir bin Abd Salam


Pegawai Daerah Mersing
1
SULIT

SULIT
7.

Tuan Haji Salehuddin bin Haji Hassan


Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

8.

Puan Sarinah binti Apisah


Pengarah Bahagian Pemantauan Projek
Cawangan Negeri Johor
Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)

9.

Tuan Haji Munir bin Mohd Nawi


Pengarah, Jabatan Perikanan Negeri Johor

10. Encik Wan Assim bin Wan Sheikh


Pengarah, Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor

TURUT HADIR
1.

YBhg. Datuk Daud Bin Arbah


Timbalan Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor

2.

Encik Amir Zakri bin Mahmad Mahyidin


Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri

3.

Tuan Haji Zulkiflee bin Abbas


Timbalan Pegawai Kewangan
Perbendaharaan Negeri Johor

4.

Puan Hajah Norzita binti Hashim


Timbalan Pengarah
Jabatan Pertanian Negeri Johor

5.

Encik Adi Azlan bin Ahmad Othman


Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Bandar
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan (KPKT)
2
SULIT

SULIT
6.

Puan Suharni binti Othman


Ketua Penolong Setiausaha,
Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)

7.

Encik Mohd Shafie bin Mustafa


Penolong Pengarah (Agihan), Majlis Agama Islam Johor

8.

Dr. Siti Nur Khadijah binti Md.Yunos


Pengawai Veteriner,
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor

9.

Encik Sufian bin Suleiman


Penolong Pengarah, Unit Perang Ekonomi Negeri Johor

10. Puan Juraidah binti Hj Hassan


Pengurus Eksekutif, Yayasan Bandaraya Johor Bahru
11. Encik Azlan bin Amzah
Pegawai Pembangunan Masyarakat,
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat
(KPWKM)
12. Tuan Haji Musliman bin Tasim
Pegawai Ehwal Ekonomi, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
13. Encik Rosli bin Hussin
Penyelia Kanan Kebajikan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor
14. Tuan Haji Rofie bin Subari
Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat
15. Encik Sharifulizan bin Sharifuddin @ Hamzah
Ketua Penolong Pegawai, Daerah Ledang
16. Encik Mustafa Kamal bin Abdullah
Penolong Pegawai Daerah Kluang

3
SULIT

SULIT
17. Encik Mohamad Nafis bin Abd. Razam
Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru
18. Encik Zairul Adilla bin Haji Zaini
Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi
19. Encik Abdul Hakim bin Abd.Manap
Penolong Pegawai Daerah Muar
20. Puan Fairuz Nawwar binti Shamsusah
Pegawai Tadbir, Majlis Perbandaran Muar
21. Encik Muhamad Saidan bin Sanib
Associate, Bahagian Pembangunan Sosial,
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar
22. Tuan Haji Adnan bin Abdul Ghani
Ketua Jabatan Kemasyarakatan,
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
23. Puan Hajah Sumini binti Mohd Lahir
Pengurus, Bahagian Pembangunan Sosial Dan Kemajuan Desa,
KEJORA
24. Puan Rosnita binti Salim
Penolong Pengarah JobsMalaysia
25. Tuan Haji Paing bin Giman
Ketua Unit Pembangunan Usahawan, Lembaga Pertubuhan
Peladang NegeriJohor
26. Encik Izhar bin Talib
Pembantu Pertanian, Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor
27. Encik Anuar bin Hassan
Pembantu Penyelidik, MARDI Negeri Johor
4
SULIT

SULIT
28. Puan Nor Azah binti Md Dom
Pegawai Tadbir LPPKN Negeri Johor
29. Puan Norliza binti Abdul Shukor
Penolong Pegawai Pertanian RISDA Negeri Johor
30. Encik Shahrul Shafique bin Hamidon
Pegawai Tadbir, Majlis Perbandaran Batu Pahat
31. Puan Alis binti Wahari
Penolong Pegawai Tadbir, Majlis Perbandaran Kluang
32. Puan Siti Rohaya binti Mohd Yusof
Ketua Kerani Kewangan
Pejabat Setiausaha Pembangunan Menteri Besar
33. Encik Muhamad Azli bin Daud
Pembantu Tadbir, Yayasan Bandaraya Johor Bahru
34. Puan Hajah Roziliah binti Ali
Pembantu Tadbir, Majlis Perbandaran Kulaijaya
35. Puan Nurul Amira binti Tumiran
Pembantu Tadbir, Majlis Perbandaran Kulaijaya
36. Puan Zaiton binti Mohd Ali
Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Kerajaan Tempatan
TIDAK HADIR DENGAN MAAF

1.

Encik Mohd Ali bin Taib


Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor

5
SULIT

SULIT
URUSETIA
1.

Puan Norhidayah binti Jelani


Penolong Pengarah (Pembasmian Kemiskinan)
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor

2.

Puan Sapniza Tunisah binti Sapari


Pegawai Kesejahteraan Rakyat
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor

3.

Encik Shahrizan bin Zakariah


Pegawai Kesejahteraan Rakyat
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor

4.

Cik Nurhasyimah binti Norani


Pegawai Kesejahteraan Rakyat
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor

5.

Puan Norhaniza binti Abdul Narim


Pembantu Perangkaan
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor

6.

Encik Mohamad Rafiuddin bin Zakaria


Pembantu Perangkaan
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor

6
SULIT

SULIT
I.

PENDAHULUAN
1.1 Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor menyampaikan salam
takzim YB Dato Hj Ismail bin Karim, Setiausaha Kerajaan
Negeri Johor (SUKNJ) yang tidak dapat mempengerusikan
mesyuarat kali ini atas urusan rasmi lain dan meminta supaya
Timbalan Setiausaha Kerajaan mewakili beliau.

MAKLUMAN

II.

AMANAT YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

2.1 YB SUKNJ mengucapkan salam dan terima kasih di atas


kehadiran ahli-ahli Mesyuarat Focus Group Pembasmian
Kemiskinan Peringkat Negeri Johor ke mesyuarat kali ketiga
tahun 2014;
2.2 Seterusnya

YB

SUKNJ

mengucapkan

setinggitinggi

penghargaan kepada Mantan Pegawai Kemajuan Negeri


Johor, YBrs. Tuan Haji Nor Rizan bin Mohd Thani yang telah
dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Unit
Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri atas
khidmat beliau selama ini dan seterusnya mengalu-alukan
kedatangan YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan sebagai
Pegawai Kemajuan Negeri Johor yang baru.
MAKLUMAN
7
SULIT

SULIT
III. PERUTUSAN YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

YB SUKNJ seterusnya memaklumkan perkara-perkara berikut:

3.1 KOMITMEN KERAJAAN PERSEKUTUAN

(i)

Ucapan Bajet Tahun 2015 iaitu BAJET 2015: EKONOMI


KEPERLUAN RAKYAT yang telah dibentangkan oleh
YAB Dato Seri Najib bin Tun Razak pada 10 Oktober
2014

menunjukkan

iltizam

yang

jitu

Kerajaan

Persekutuan terhadap usaha untuk meningkatkan taraf


dan kualiti hidup rakyat khususnya golongan yang
berpendapatan rendah;
(ii) Pelaksanaan tiga Rangka Rancangan Jangka Panjang
(RRJP) Negara, sepuluh Rancangan Malaysia, empat
dasar pembangunan Negara iaitu Dasar Ekonomi Baru
(DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar
Wawasan Negara dan Dasar Transformasi Nasional
adalah

berkisar

peningkatan

kepada

pendapatan

pembasmian
dan

kemiskinan,

penyusunan

semula

masyarakat tanpa meminggirkan pembangunan modal


insan. Kesemua ini menjadi teras kepada segala
pendekatan yang akan digariskan dalam Rancangan
Malaysia

Ke-11

yang

dikenali

sebagai

Strategi

8
SULIT

SULIT
Pembangunan

Nasional

Malaysia

atau

Malaysian

National Development Strategy (MyNDS).


(iii) Penggubalan

Bajet

2015

berfokuskan

Ekonomi

Keperluan Rakyat dengan menggariskan tujuh strategi


utama

iaitu

memperkukuh

pertumbuhan

Ekonomi,

Memantap Tadbir Urus Fiskal, Mengupaya Modal Insan


dan Keusahawanan, Memperkasa Agenda Bumiputera,
Memartabat Peranan Wanita, Membangun Program
Transformasi Belia Negara dan Mensejahterakan Rakyat;
dan
(iv) Bagi Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
keprihatinan Kerajaan terutama kepada golongan yang
memerlukan, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak
RM2.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan program
khusus antaranya menyediakan RM1.2 bilion bantuan
kewangan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga
emas dan Orang Kurang Upaya (OKU). Peningkatan
kadar

bantuan

OKU

daripada

RM300.00

kepada

RM350.00 bagi OKU bekerja manakala RM150.00


kepada RM200.00 bagi OKU tidak bekerja menunjukkan
keprihatianan kerajaan terhadap keperluan rakyat.

MAKLUMAN

9
SULIT

SULIT
3.2 PENYELARASAN BANTUAN

(i)

Peruntukan

pembangunan

(Bajet

2015)

berjumlah

RM50.5 bilion, sektor sosial diperuntukkan sebanyak


RM12.6 bilion iaitu kedua tertinggi selepas sektor
ekonomi

(RM29.3

bilion).

Sektor

ini

merangkumi

pelaksanaan program-program pendidikan dan latihan,


kesihatan, perumahan serta kesejahteraan masyarakat;
dan
(ii) Tindakan penyelarasan program dan penyaluran bantuan
daripada agensi persekutuan dan negeri dilaksanakan
segera dan sepanjang masa agar matlamat Kerajaan
dalam memastikan penyampaian bantuan direalisasikan
sepenuhnya. Di samping itu, semua agensi diminta untuk
menilai semula keperluan sebenar penerima bantuan
khususnya yang bertujuan untuk meningkatkan sumber
pendapatan agar outcome program tercapai.

MAKLUMAN

10
SULIT

SULIT
3.2 STATISTIK KEMISKINAN KETUA ISI RUMAH (KIR) eKASIH
SEHINGGA 15 OKTOBER 2014

(i)

Sehingga 15 Oktober 2014, pendaftaran KIR eKasih


Negeri Johor yang telah disahkan adalah sebanyak
19,438 KIR. Daripada jumlah tersebut, 179 KIR berstatus
Miskin Tegar, 2,816 KIR berstatus Miskin, 124 KIR
berstatus Mudah Miskin dan 16,319 KIR berstatus
Terkeluar;

(ii) Hasil daripada penyelarasan bantuan, bilangan KIR yang


belum menerima bantuan (BTB) di negeri Johor telah
menurun sebanyak77.2 peratus iaitu 5 KIR berbanding 22
KIR pada 1 Julai 2014;dan
(iii) Pelaksanaan kaedah lock figure bagi mencapai Sasaran
Sifar Peratus Miskin Tegar mula menampakkan hasil.
Walau bagaimanapun dengan tempoh masa yang berbaki
hanya dua bulan, semua pihak perlu mempertingkatkan
pelaksanaan inisiatif.

MAKLUMAN

11
SULIT

SULIT
3.2 PENGEMASKINIAN

MAKLUMAT

BANTUAN

DALAM

eKASIH

(i)

Kerajaan telah dan akan menyalurkan banyak peruntukan


kepada

golongan

sasar

dengan

tujuan

untuk

meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat. Sehubungan


dengan itu, setiap jenis bantuan yang telah disalurkan
kepada Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR)
eKasih haruslah direkod dan dikemas kini dalam sistem
eKasih. Tindakan ini penting kerana sistem eKasih
merupakan rujukan utama semua pihak, khususnya
Kerajaan Persekutuan sama ada dalam pelaporan dan
perancangan

pelaksanaan

program

pembasmian

kemiskinan;
(ii) Semua pejabat daerah dan agensi pemberi bantuan di
negeri

Johor

sentiasa

melaksanakan

aktiviti

pengemaskinian maklumat setelah sesuatu bantuan


diberikan kepada golongan sasar. Kesegeraan ini dapat
memberikan gambaran yang sebenar tentang keperluan
peruntukan

pelaksanaan

program

pembasmian

kemiskinan Negeri Johor; dan


(iii) Komitmen oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan
Negeri Johor (PPPNJ) dalam membantu dan memberi
khidmat nasihat berkaitan dengan pengemaskinian
maklumat dalam sistem eKasih dan penyelarasan
12
SULIT

SULIT
program/bantuan perlu disambut dengan baik dan
digunakan sepenuhnya oleh semua pihak;

MAKLUMAN

IV. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.2/2014

Minit Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat


Negeri Johor Bil. 2/2014 bertarikh 8 Julai 2014 disahkan tanpa
pindaan.

V.

PERKARAPERKARA BERBANGKIT

5.1 Kertas Bil.1/2014 Inisiatif Menangani Kemiskinan Tegar


Yang Berdaftar Dalam Sistem eKasih Bagi Negeri Johor

(a) Mesyuarat mengambil maklum bahawa:

(i)

berdasarkan lock figure iaitu 363 KIR Miskin Tegar


pada 1 Julai 2014, SDO Johor, Pejabat-pejabat
Daerah dan jabatan/agensi pemberi bantuan telah
melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

Mobile Team iaitu lawatan bersama bagi tujuan


mengenal pasti dan menyelaras keperluan
bantuan peserta;
13
SULIT

SULIT

Mesyuarat Penyelarasan Program Pembasmian


Kemiskinan untuk menyelaras permohonan dan
penyaluran bantuan;

Flying Squard pemutihan yang bertujuan untuk


mengenal pasti perubahan pendapatan peserta
eKasih dan keperluan bantuan Miskin Tegar;

Lab

Data

Cleaning

bagi

mengemaskini

maklumat peserta dalam eKasih.

(ii) Mesyuarat Khas Program Bantuan Rumah (PBR)


Negeri Johor telah diadakan oleh UPEN Johor pada
11 Ogos 2014. Mesyuarat telah bersetuju dengan
agihan peruntukan sebanyak RM97,000.00 kepada
setiap daerah. Pelaksanaan PBR Fasa 2 ini meliputi
pembinaan

16

unit

Bina

Baru

dengan

kos

RM640,000.00 dan 22 unit Baik Pulih dengan kos


RM237,000.00.

Pelaksanaan

ini

dijangka

siap

sebelum 15 Disember 2014.

(b) Mesyuarat bersetuju supaya:


(i)

semua Pejabat Daerah menyegerakan pelaksanaan


projek ini;

14
SULIT

SULIT
(ii)

UPEN Johor memantau secara rapi pelaksanaan


projek ini supaya disiapkan dan dibuat pembayaran
dalam tahun semasa.

TINDAKAN : UPEN Johor dan


Semua
Pejabat
Daerah
VI. KERTAS MAKLUMAN/PERTIMBANGAN

6.1 Kertas Bil 1/03/2014 daripada Pejabat Pembangunan


Persekutuan Negeri Johor bertajuk Status Sasaran Sifar
Peratus Miskin Tegar Negeri Johor Tahun 2014
Kertas telah dibentangkan oleh Timbalan Pegawai Kemajuan
Negeri Johor, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri
Johor.

(a) Mesyuarat mengambil maklum akan keterangan bahawa:

(i)

tujuan pembentangan adalah untuk memaklumkan


kepada

Mesyuarat

Focus Group Pembasmian

Kemiskinan Peringkat Negeri Johor mengenai status


pencapaian sasaran sifar peratus Miskin Tegar
mengikut daerah sehingga 15 Oktober 2014, inisiatif

15
SULIT

SULIT
yang telah dilaksanakan dan Way Forward bagi
pelaksanaan pemutihan Miskin Tegar Negeri Johor;
(ii) jumlah KIR Miskin Tegar eKasih di Malaysia
sehingga 15 Oktober 2014 adalah sebanyak 56,636
KIR. Berdasarkan kepada kategori Miskin Tegar,
negeri Johor di kedudukan keempat dengan jumlah
seramai 179 KIR. Kategori lain pula bagi negeri Johor
adalah 2, 816 KIR Miskin, 124 Mudah Miskin dan 16,
319 KIR di bawah kategori Terkeluar;
(iii) sehingga 15 Oktober 2014, enam daerah iaitu
Mersing, Segamat, Ledang, Kluang, Kulaijaya dan
Muar telah mencapai sifar pertaus Miskin Tegar. Baki
keseluruhan Miskin Tegar adalah sebanyak 129 KIR
(35.5%)

yang

meliputi

daerah

Pontian

(23 KIR), Batu Pahat (45 KIR), Johor Bahru (42 KIR)
dan Kota Tinggi (19 KIR).
(iv) trajektori pelaksanaan sifar peratus Miskin Tegar
menunjukkan bahawa dengan komitmen yang tinggi
oleh semua pihak sama ada dalam pemantauan
ataupun pelaksanaan inisiatif-inisiatif membolehkan
sasaran sifar peratus Miskin Tegar pada 31
Disember 2014 dapat dicapai;
(v) purata pendapatan per kapita bagi 129 KIR Miskin
Tegar adalah sebanyak RM93.49 per kapita bagi 41
KIR yang mempunyai 1 hingga 5 orang Ahli Isi
16
SULIT

SULIT
Rumah (AIR), RM102.60 per kapita bagi 79 KIR yang
mempunyai 6 hingga 10 AIR dan RM103.94 per
kapita bagi 9 KIR yang mempunyai 11 hingga 15 AIR;
(vi) berdasarkan kepada perbezaan dengan jumlah
pendapatan per kapita Miskin Tegar iaitu RM130
sebulan,

purata

pendapatan

per

kapita

yang

diperlukan untuk membolehkan mereka melepasi


garis Miskin Tegar adalah antara RM27.06 hingga
RM37.51. Oleh itu keperluan tambahan pendapatan
isi rumah adalah antara RM187.55 hingga RM405.90
dengan pecahan seperti berikut iaitu RM37.51
hingga RM187.55 bagi yang mempunyai tidak
melebihi 5 AIR, RM102.60 hingga RM284.00 bagi 6
hingga 10 AIR dan RM297.66 hingga RM405.90 bagi
yang mempunyai 11 hingga 15 ahli isi rumah;
(vii) taburan penerimaan bantuan menunjukkan seramai
78 KIR menerima 2 jenis bantuan, 24 KIR menerima
antara 3 hingga 4 jenis bantuan dan bakinya iaitu 28
KIR hanya menerima bantuan BR1M sahaja;
(viii) komitmen yang tinggi dan tumpuan khusus oleh
semua pihak terhadap lock figure Miskin Tegar,
pengemaskinian data yang berterusan oleh agensiagensi pemberi bantuan di samping memperluaskan
pemberian ID eKasih ke peringkat daerah dan
penilaian semula ke atas penerima serta jenis
17
SULIT

SULIT
bantuan yang diberikan merupakan faktor utama
dalam pencapaian Sifar Peratus Miskin Tegar Tahun
2014;
(ix) Mobile Team, Flying Squard, Lab Data Cleaning,
Sesi Meja Bulat merupakan inisiatif-inisiatif utama
yang dilaksanakan secara bersama oleh SDO Johor,
Pejabat-pejabat Daerah dan jabatan/agensi pemberi
bantuan;
(ix) terdapat 14 KIR Miskin Tegar yang dikategorikan
sebagai peserta belum menerima bantuan (BTB).
Hasil daripada penyelarasan bersama jabatan/
agensi pemberi bantuan pada 2 September 2014,
seramai 3 KIR telah diperakukan untuk diproses.
Manakala 11 KIR tidak diperakukan sebagai BTB
atas faktor telah meninggal dunia dan merupakan
penerima BR1M. Di samping itu terdapat tambahan
2 KIR yang baru dan telah diperakukan kepada
jabatan/agensi pemberi bantuan; dan
(x) Way forward bagi pelaksanaan Sifar Peratus Miskin
Tegar Negeri Johor adalah seperti berikut:
(1) penetapan 1 Januari 2015 sebagai cut off bagi
lock figure baru;
(2) menyegerakan pengemaskinian data eKasih
oleh jabatan/agensi pemberi bantuan. Ini akan
dilaksanakan melalui:
18
SULIT

SULIT

menyediakan Data Trading Centre (DTC) di


pejabat

SDO

Johor

untuk

kegunaan

jabatan/agensi mengemaskini maklumat


dalam sistem eKasih; dan

memperluaskan

pemberian

ID

eKasih

kepada jabatan/agensi pemberi bantuan di


peringkat daerah;

(3) membuat penilaian kepada peserta Miskin


Tegar dalam tempoh 3 bulan daripada peserta
tersebut didaftarkan ke dalam sistem eKasih.

Tempoh

masa

ini

bertujuan

untuk

memastikan peserta tersebut dilibatkan


segera

dalam

pelaksanaan

program-

program pembasmian kemiskinan.

(b) Mesyuarat mengambil maklum:

(i)

akan pandangan Pegawai Daerah Segamat supaya


Jabatan/Agensi pemberi bantuan membuat penilaian
semula ke atas kadar bantuan yang diberikan dan
had bilangan bantuan sejajar dengan peningkatan
kos sara hidup semasa;

(ii) akan penjelasan bahawa KPKT sedang membuat


penilaian dan semakan semula ke atas pelaksanaan
19
SULIT

SULIT
Program Pembasmian Kemiskinan Bandar seperti
Program Bantuan Rumah dan Program Peningkatan
Pendapatan.

Secara

asasnya

penolakan

permohonan bantuan disebabkan oleh peserta


memohon bantuan di bawah kategori/jenis yang
sama dengan kelulusan yang sedang/telah diterima
sama ada dari KPKT ataupun jabatan/agensi lain.

(c) Mesyuarat bersetuju:

(i)

dengan

keterangan

dan

cadangan

seperti

di

perenggan (a);
(ii) daerah Batu Pahat, Johor Bahru, Kota Tinggi dan
Pontian perlu meningkatkan pelaksanaan inisiatifinisiatif bagi mencapai sasaran sifar peratus Miskin
Tegar pada 31 Disember 2014;
(iii) semua jabatan/agensi pemberi bantuan mengambil
perhatian kepada perkara di perenggan (b) (i);

TINDAKAN : Semua Pejabat Daerah,


KKLW, KPWKM, KPKT,
JKM, MAIJ, DOA, DVS,
DOF, LPNM dan JPN.

20
SULIT

SULIT
6.2 Kertas Bil.2/2014 daripada Pejabat Daerah Mersing
bertajuk Pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan
Daerah Mersing Melalui Pembangunan Wilayah Ekonomi
Pantai Timur (ECER)
Kertas telah dibentangkan oleh Pegawai Daerah Mersing.

(a) Mesyuarat mengambil maklum bahawa:

(i)

Daerah Mersing adalah satu-satunya daerah di Johor


yang terlibat dalam pembangunan Wilayah Ekonomi
Pantai Timur atau East Coast Economic Region
(ECER) selain negeri Pahang, Terengganu dan
Kelantan. Rangka pembangunan wilayah ini bermula
2007 hingga 2020 iaitu selama 12 tahun;

(ii) projek-projek oleh ECER yang memberikan impak


kepada Pembasmian Kemiskinan di daerah Mersing
adalah seperti Projek Terminal Jahitan, Pusat
Pembinaan dan Pembaikan Bot (BBRC), Program
Pembangunan Minda Insan (EMPOWER), Program
Pembangunan Usahawan ECER (EEDP) dan Projek
Agropolitan Ternakan Lembu Tenusu;

21
SULIT

SULIT
(iii) maklumat dan objektif projek-projek tersebut adalah:

Projek Terminal Jahitan

Projek ini mula beroperasi pada 1 November


2010 dan diuruskan oleh Giat Mara Sdn Bhd.
dan Mersing Needle sebagai syarikat induk.
Telah menyediakan peluang pekerjaan kepada
12 KIR eKasih yang merupakan Ibu-ibu Tunggal
di daerah Mersing. Purata pendapatan minimum
bulanan adalah sebanyak RM1,000 seorang.

Pusat Pembinaan dan Pembaikan Bot (BBRC)

Mula beroperasi pada November 2011 dengan


melibatkan seramai 122 peserta termasuk AIR
eKasih. Bertujuan untuk menyediakan latihan
dalam bidang pembaikan dan pembinaan bot
gentian kaca dan enjin kepada anak-anak
nelayan.

Program Pembangunan Minda Insan (EMPOWER)

bertujuan untuk mempertingkatkan pembinaan


kapasiti

peserta

kemahiran,

menerusi

akademik

dan

kursus-kursus
keusahawanan

dengan tumpuan pemilihan diberikan kepada


golongan

yang

berpendapatan

rendah

22
SULIT

SULIT
khususnya pekerja kurang mahir, belia yang
sedang mencari pekerjaan dan ibu tunggal.

(b) Mesyuarat bersetuju:

(i)

dengan

keterangan

dan

cadangan

seperti

di

perenggan (a); dan


(ii) pelaksanaan Program Peningkatan Pendapatan
yang dilaksanakan oleh daerah Mersing dijadikan
contoh oleh daerah-daerah lain dalam melaksanakan
pembasmian kemiskinan masing-masing.

MAKLUMAN
6.3 Kertas Bil. 3/2014 daripada Pejabat Daerah Segamat bertajuk
Inisiatif Pejabat Daerah Segamat Dalam Menangani
Kemiskinan Tegar eKasih
Kertas telah dibentangkan oleh Pegawai Daerah Segamat.

(a) Mesyuarat mengambil maklum bahawa:

(i)

data eKasih bagi Daerah Segamat sehingga 20 Oktober


2014 adalah berjumlah 2,184 KIR dengan status sifar
Miskin Tegar dan 85 KIR Miskin;

(ii) inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan ialah:


23
SULIT

SULIT

penyelarasan dalam pemberian bantuan oleh agensi


pemberi

bantuan

seperti

Jabatan

Kebajikan

Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Johor


(MAIJ) merupakan faktor kejayaan pencapaian sifar
peratus Miskin Tegar daerah;

penubuhan Koperasi eKasih Segamat Johor Berhad


(kelulusan penubuhan pada 18 September 2014).
Keahlian berjumlah seramai 2,195 orang yang terdiri
daripada peserta eKasih. Tanah koperasi berjumlah
244.15 ekar di mukim Gemas, Jabi dan Labis
diusahakan dengan aktiviti pertanian, perikanan air
tawar, perumahan dan aktiviti peruncitan; dan

Penubuhan Yayasan Majlis Daerah Segamat dan


Yayasan Majlis Daerah Labis. Dana bagi kedua-dua
yayasan ini digunakan dalam melaksanakan program
dan aktiviti seperti Program Dermasiswa Kecil
Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah, Program
Bantuan Ehsan dan Perayaan, Kem Motivasi,
Seminar

Pembelajaran

Berterusan,

Terminal

Sejahtera (program tuisyen secara online), Bengkel


Jahitan dan Memproses Makanan, Bantuan Menjana
Pendapatan, Sewa Rumah, Bina Baru Rumah dan
kecemasan.
24
SULIT

SULIT
(b) Mesyuarat mengambil maklum akan pandangan:

(i)

Pegawai Kemajuan Negeri Johor agar pelaksanaan


Koperasi eKasih Daerah Segamat ini diperincikan
untuk dijadikan panduan dalam penyediaan pelan
tindakan Program Pembasmian Kemiskinan Negeri
Johor; dan

(ii) Pegawai Daerah Kulai bahawa kesukaran untuk


mendapat peruntukkan menyukarkan penubuhan
koperasi di daerah.

(c) Mesyuarat bersetuju:


(i)

dengan keterangan dan ketetapan seperti perenggan


(a) di atas;

(ii) Pejabat Daerah Segamat mengambil perhatian


seperti di perenggan (b) (i);

TINDAKAN : PD Segamat

6.4 Kertas Bil. 3/2014 daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli


bertajuk Pelaksanaan Pembasmian Kemiskinan Bagi
Masyarakat Orang Asli Negeri Johor
Kertas telah dibentangkan oleh Pengarah, Jabatan Kemajuan
Orang Asli.

25
SULIT

SULIT
(a)

Mesyuarat mengambil maklum:

(i)

statistik Masyarakat Orang Asli Negeri Johor berdasarkan


kepada bancian tahun 2012 oleh JAKOA, menunjukkan
terdapat seramai 12,954 orang yang mewakili 61 buah
kampung di tujuh daerah iaitu Johor Bahru (1,709 orang),
Kota tinggi (1,522 orang), Kluang (1,536 orang), Mersing
(1,517 orang), Batu Pahat/ Pontian (3,307 orang),
Segamat (2,241 orang) dan Muar/Ledang (1,122 orang);

(ii) statistik KIR orang asli di Negeri Johor dalam eKasih


adalah seramai 107 orang iaitu 14 Miskin Tegar, 33 Miskin
dan 60 Terkeluar; dan
(iii) antara program-program pembasmian kemiskinan oleh
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Johor ialah:

Program Bantuan Rumah (PBR)

2011 (Bina Baru - 16 unit/Baik Pulih - 10 unit);

2012 (Bina Baru 60 unit/Baik Pulih 133 unit);

2013 (Bina Baru 75 unit/Baik Pulih 73 unit); dan

2014 (Bina Baru 19 unit/Baik Pulih 58 unit)

Program Peningkatan Pendapatan (PPP)

penerima bantuan bagi tahun 2013 dan 2014


masing-masing berjumlah 34 orang dan 42 orang.
26
SULIT

SULIT
(b) Mesyuarat bersetuju dengan keterangan seperti di perenggan
(a) di atas.
MAKLUMAN

VII. HAL LAIN-LAIN

7.1 Memperluaskan Penggunaan ID eKasih

(a) Mesyuarat dimaklumkan bahawa jika terdapat keperluan


penambahan ID pengguna, jabatan/agensi diminta untuk
mengemukakan permohonan dengan segera kepada SDO
Johor. Untuk permohonan tersebut, jabatan/agensi perlu
menyediakan infrastruktur seperti perkakasan komputer dan
alamat email pegawai berkenaan.

TINDAKAN: Semua Jabatan/Agensi


berkaitan

7.2 Penyelaras

makluman

bantuan

Program-program

Pembasmian Kemiskinan

(a) Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat keperluan untuk


mewujudkan satu buku panduan yang mengandungi maklumat
27
SULIT

SULIT
jenis dan kadar bantuan oleh jabatan/agensi pemberi bantuan
di negeri Johor untuk rujukan semua pihak khususnya Focus
Group di peringkat Daerah.

TINDAKAN: SDO Johor

7.3 Penilaian bantuan di bawah pelaksaan KPKT

(a) Mesyuarat

mengambil

maklum

bahawa

KPKT

akan

melaksanakan penilaian impak bagi Bantuan Sewa Rumah,


Kiosk Penjaja dan Bantuan Rumah Bandar. Cadangan untuk
meningkatkan kadar Bantuan Sewa Rumah dalam tindakan
akhir

untuk

pertimbangan

bagi

Rancangan

Malaysia

Kesebelas (RMKe11).
MAKLUMAN

7.4 Peningkatan Kadar Bantuan Sara Hidup MAIJ

(a)

mesyuarat mengambil maklumkan bahawa kadar Bantuan Sara


Hidup MAIJ telah dinaikkan daripada RM150 hingga RM500
sebulan kepada RM300 hingga RM500 sebulan. Sehingga
28
SULIT

SULIT
Oktober 2014, seramai 5,000 penerima bantuan telah menerima
kadar baru minimum iaitu RM300.

MAKLUMAN

IX. PENUTUP

YBhg. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang


hadir dan mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.15 petang.

Urusetia:
Mesyuarat Focus Group Negeri Johor,
Pejabat Pembangunan PersekutuanNegeri Johor,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri
Oktober 2014

29
SULIT

You might also like