You are on page 1of 28

MASTER OF EDUCATION

__________________________________________________________________________________

HMEF 5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING
ASSIGNMENT (100%)

NAMA

JUINING JIUN

NO. MATRIK

CGS 00868306

KAD PENGENALAN

791011125567

NO. TELEFON

01132237800

E-MAIL

juiningjiun@rocketmail.com

NAMA TUTOR

MOHD AZIZUAN ABDULLAH

EMAIL

azizuan@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN :

KOTA MARUDU LEARNING CENTRE

1.0

PENGENALAN

Perkembangan kurikulum sains di Malaysia banyak dipengaruhi oleh perkembangan


sains luar negara khususnya Britain dan Amerika Syarikat.Pada mulanya pengajaran lebih
memberi penekanan tentang fakta sains sahaja. Aktiviti amali telah dimuat turunkan dalam
buku teks dan dibincangkan dalam amali sahaja.

Perubahan telah berlaku

selepas Rusia telah berjaya melancarkan setelit buatan

manusia yang pertama., iaitu sputnik 1957. Kejayaan ini telah mengejutkan Amerika Syarikat
dan membuat reformasi dalam kurikulum sains dengan tertubuhnya National Science
Foundation. Hasilnya wujudlah Program Elementry Science Study, Science Curriculum
Improvement dan science dan sebagainya.Science telah beralih dari pendakatan tradisional
kepada proses aktiviti eksperimen dan aktiviti amali ( hands on ). ( Pengenalan Amali Sains,
OUM 2004 )

Perubahan ini turut melanda kurikulum sains di Malaysia. Kurikulum sains moden
yang diperkenalkan pada tahun 1969 adalah ubahsuaian Scottish Integreted Science.
Perubahan kurikulum ini melibatkan perubahan pendekatan dalam pengajaran sains sebagai
satu proses. Masalah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bukan hanya dihadapi oleh
pelajar- pelajar di Malaysia tetpi merupakan masalah sejagat. Perbincangan International
Congres on Mathematics Education ( ICME ) telah mewujudkan kumpulan PME (
International Group on Psychology of Mathematic Education ). Penelitian dan pencarian
faktor mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya menentukan kejayaan di
dalam subjek ini sering diperbincangkan.

Subjek sains merupakan pelajaran teras di sekolah menengah di Malaysia. Jesteru itu
matapelajaran ini merupakan satu matapelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh
semua pelajar. Salah tanggapan pelajar yang mengganggapkan sains sebagai satu
matapelajaran yang susah

dan sukar untuk memahaminya. Ini kerana bidang sains

merangkumi lima bidang utama iaitu menyiasat alam hidupan, menyiasat alam fizikal,
menyiasat alam bahan, bumi dan alam semesta serta dunia teknologi. Topik ini dianggap
susah dan sukar difahami kerana kajiannya lebih mendalam dan lebih daripada pemerhatian
kita.
2

2.0

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) DARIPADA


SUMBER INTERNET

RPH Kaedah Konstruktivisme


Racangan

pelajaran

yang

berasaskan

kaedah

konstruktivisme.

Tahun

Bil Murid

25 Orang

Masa

60 minit

Tema

Menyiasat Alam Bahan

Bidang Pembelajaran (LA)

Sifat Bahan

Objektif Umum(LO)

Memahami bahan asli dan bahan sintetik

Hasil Pembelajaran(LOT)

Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

Mengenalpasti bahan asli dan bahan sintetik

Menyatakan sekurang-kurangnya 3 bahan asli dan 2 bahan sintetik

Kemahiran Proses Sains

: Memerhati, berkomunikasi, membanding beza.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

: Konstruktivisme

Strategi

: Aktiviti `Hands-on dan minds - on

Fasa
Pengajaran
Set Induksi
(5 minit)

Isi Kandungan

Aktiviti P&P

Catatan

Bahan asli dan


bahan sintetik

1. Guru
menunjukan 2
buah kerusi (
kerusi kayu &
kerusi plastik.
2. Guru
mengemukakan
soalan
secara
lisan.

BBM:
kerusi
kayu,
kerusi plastik.

1.
Apakah
bahan
yang
digunakan
untuk membuat
kerusi
di
hadapan?

K.P.S:memerhati,
komunikasi,
membanding
beza.
NILAI
MURNI:sifat
ingin tahu.

Lampiran 1

2.
Adakah
kedua-dua
objek
ini
diperbuat
daripada bahan
yang sama.
Perkembangan

Mengenalpasti
bahan asli dan
bahan sintetik.

1.
Meminta
murid
menyatakan
contoh bahan
asli dan sintetik
yang terdapat di
dalam
bilik
darjah
secara
lisan
serta
meminta murid
menulis
jawapan
di
papan hitam.

10 Minit
Bahan Asli:
bahan
semulajadi
yang diperoleh
daripada
tumbuhan,
haiwan
dan
batuan.

Pencetusan
idea
15 Minit

Bahan
Sintetik:bahan
buatan manusia
yang dihasilkan
melalui proses
kimia.

2.Guru
memberi
penerangan
mengenai bahan
asli dan sintetik
kepada murid.

Mengelas
objek mengikut
bahan.
Bahan asli
Contoh:
Kayu
Kulit
Logam

1.Guru
menunjukan
beberapa contoh
objek
yang
diperbuat dari
bahan asli dan
sintetik
di
hadapan kelas.

Bahan sintetik
Plastik
Kain sintetik

2.
Meminta
murid
menyatakan
objek
yang
ditunjukan
di
hadapan secara
rawak.

Nota:Gabungan
bahan asli dan
sintetik.
Contoh:
Payung

3.
Dalam
kumpulan yang
sedia
ada,
murid-murid
dikehendaki
4

K.P.S: mengelas,
memerhati,
komunikasi
Nilai Murni:
Bekerjasama,
berani mencuba.
A.B.M.
Bahan
yang
disediakan
oleh
guru. Contoh, tali
pinggang, botol
plastik, tembikar
kecil,cincin
logam, pemadam,
berus,payung.

Lampiran 2

Penstrukturan
semula idea

mengelaskan
semua
objek
mengikut jadual
yang
disediakan.
Jenis Aktiviti
: Pembentangan

Laporan
daripada
dapatan murid

15 minit

Aplikasi idea

1. Wakil
daripada setiap
kumpulan
melaporkan
hasil dapatan.
2. Setiap
kumpulan
disarankan
untuk membuat
perbandingan.
3. Guru
membuat ulasan
terhadap hasil
pembentangan
setiap
kumpulan.
1. Guru
mengedarkan
lembaran kerja
kepada setiap
murid.
2. Guru
dan
murid
berbincang
mengenai
soalan
serta
jawapan yang
paling tepat.

Lembaran kerja

10 Minit

Refleksi
5 minit

Bahan Asli:
bahan
semulajadi
yang diperoleh
daripada
tumbuhan,
haiwan
dan
batuan.

1. Guru
bersoal jawab
dengan murid
secara lisan.
Soalan:
1.
Nyatakan
maksud bahan
asli?
5

K.P.S:komunikasi,
Nilai Murni:
berdikari,
bekerjasama,
berani.
A.B.M:
Kertas
Maker
Pembaris

Putih,
Pen,

Lembaran kerja 1

K.P.S.
Komunikasi
Nilai Murni:
Bekerjasama, adil
dan
saksama,
berani mencuba.
A.B.M
Lembaran kerja.
Lembaran kerja 2

K.P.S
Komunikasi
Kemahiran
Berfikir
Menjana idea

Bahan
Sintetik:bahan
buatan manusia
yang dihasilkan
melalui proses
kimia.

2.
Nyatakan
maksud bahan
sintetik?
3. Namakan 3
contoh bahan
asli?

Mengelas
objek mengikut
bahan.
i. Bahan asli
Contoh:
Kayu
Kulit

Logam

4.Namakan
2
contoh bahan
sintetik?

ii. Bahan
sintetik
Plastik
Kain
sintetik

Refleksi:
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Serta objektif pelajaran
tercapai. Murid terlibat secara aktif dan murid seronok belajar melalui kaedah
konstruktisvisme.

Kekuatan.
Penggunaan bahan maujud yang banyak sedikit sebanyak membantu dalam perlaksanaan
pengajaran ini. Jadi murid lebih faham dengan apa yang disampaikan dengan ada contohcontoh bahan seperti yang dinyatakan. Murid terlibat dan memberi kerjasama.
Kelemahan.

Murid tidak diberi peneguhan seperti hadiah atas sebab-sebab tertentu. Murid hanya diberi
tepukan dan ucapan tahniah jika menjawab dengan betul.

Lampiran 1
1. tali pinggang,
2. botol plastik,
3. tembikar kecil,
4. cincin logam,
5 pemadam,
6. berus,
7. payung.

Lembaran kerja 1.
( CONTOH JADUAL CADANGAN YANG DISEDIAKAN OLEH MURID)

BAHAN ASLI

BAHAN
SINTETIK

Lembaran Kerja 2.
1. Tandakan ( ) pada bahan asli dan ( X ) untuk bahan Sintetik .

a)

Kapas

( )

f ) Sutera

( )

b)

Getah

g) Kulit

( )

c)

Plastik

( )

h) Kain Sintetik

( )

d)

Kayu

i ) logam

( )

e)

Kaca

j ) bulu

( )

)
)

2. Mengapakah kita perlu memulihara bahan asli?

a.___________________________________________
___________________________________________

b.___________________________________________
___________________________________________

3.0

JURNAL RUJUKAN BERKAITAN MODEL KONSTRUKTIVISME

Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sains KBSM menggariskan beberapa pendekatan


yang perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Tetapi masih
terdapat lagi guru yang masih lagi menggunakan pendekatan pengajaran secara tradisional
iaitu berpusatkan guru. Menurut Abdul Rahim (1998), faktor kegagalan guru dalam
penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai menyebabkan pelajar berasa
bosan, mengantuk dan berasa jemu. Huraian Sukatan Pelajaran Sains KBSM yang disediakan
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) telah menyarankan beberapa kaedah dan teknik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Abd Rahim, 1998, kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata
pelajaran perlu menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar. Kriteria amat penting untuk
menjadikan P & P lebih bersifat kreatif dan inovatif bagi mengembangkan minda kritis dan
kreatif pelajar. Pendekatan pembelajaran yang berpusatkan pelajar, iaitu penglibatan aktif
seperti menyatakan idea, dan penulisan secara kritis boleh meningkatkan pencapaian pelajar
dan merangsang minda dapat membantu pelajar memperoleh dan menguasai pengetahuan
dalam mata pelajaran Sains .
Teori konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai panduan dalam
pendidikan. Dalam pendidikan konstruktivis, terdapat beberapa prinsip asas iaitu pengetahuan
dibina oleh para pelajar, setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas, proses pembinaan
pengetahuan melibatkan aspek sosial, dan guru merupakan fasilitator dalam pembinaan
pengetahuan pelajar.
8

Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan


penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang
pendidikan. Menurut Arif Sukardi (1987) teori pembelajaran memainkan peranan yang
penting kepada guru kerana menerusi teori-teori ini guru akan memahami proses
pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar, memahami faktor yang mempengaruhi dan
mempercepatkan proses pembelajaran para pelajar. Selain itu guru akan dapat membuat
ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses pengajaran dan pembelajaran.
Sehubungan dengan itu salah satu teori yang berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah konstruktivisme. Teori ini pada umumnya adalah merupakan
pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.
McBrien & Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu pendekatan
pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan
penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya menerima
pengetahuan daripada orang lain.
Briner, M., (1999) pula menyebut pelajar membina sendiri pengetahuan mereka
dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,
mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang
diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
Menurut Brooks & Brooks (1993), teori konstruktivisme menyatakan bahawa pelajar
membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka
telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi mereka dengan objek
dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna
kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya
secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan
peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik.
Sushkin, N. (1999), pula menyatakan bahawa dalam teori konstruktivisme penekanan
diberikan lebih kepada pelajar berbanding kepada guru. Ini adalah kerana pelajarlah yang
berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan
peristiwa tersebut. Justeru, pelajar membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian
kepada masalah. Autonomi dan inisiatif pelajar hendaklah diterima dan digalakkan.

Nik Aziz Nik Pa (1999), menyebut konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu
komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna
bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada
aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran
yang di terima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada
pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya setiap insan
membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih.
4.0

ULASAN RPH HASIL KAJIAN /RUJUKAN JURNAL

Pendidikan dilihat sebagai satu ruang yang menyediakan pelbagai peluang untuk
memperkembangkan potensi yang ada dalam diri seseorang individu. Menurut Syarifah
Alwiah (1987), guru merupakan individu yang paling penting dalam menentukan kejayaan
pelajar. Guru menjadi tonggak inspirasi dan motivasi dalam sesuatu pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang bermakna. Pembelajaran yang bermakna itu bergantung kepada
pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengajar iaitu sama ada melalui pendekatan
tradisional atau pendekatan konstruktivisme.
Pendekatan tradisional merupakan pendekatan di mana guru sebagai pemberi
maklumat dan pelajar hanya mendengar dan menerima segala maklumat yang di sampaikan
oleh guru. Di dalam pendekatan tradisional ini, pelajar memainkan peranan yang pasif.
Pengajaran secara tradisional ini mengakibatkan kreativiti pelajar tidak dapat berkembang dan
membuatkan seseorang itu terlalu bergantung kepada guru. Pemikiran yang kreatif dan kritis
tidak dapat di asah. Walau bagaimanapun, pendekatan konstruktivisme yang menekankan
tentang pembinaan pengetahuan berdasarkanpengalaman dan pengetahuan sedia ada untuk
memahami dan menguasai pengetahuan baru dilihat dapat memberi pembelajaran yang
bermaknakepada kanak-kanak. .
Antara unsur penting dalam kontruktivisme adalah:
1. Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid.
2. Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.
3. Pembelajaran berlaku apabila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru
bagi menstrukturkan semula idea.
10

Guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang telah sedia ada pada kanak -kanak.
Apabila maklumat yang ingin disampaikan disesuaikan dan diserap untuk dijadikan
sebahagian daripada pemahaman mereka, struktur baru mengenai sesuatu bentuk ilmu
pengetahun dapat dibina. Rutherford dan Ahlgren mengatakan bahawa kanak-kanak
mempunyai idea mereka yang tersendiri tentang hampir semua perkara tetapi tidak
pengetahuan mereka itu semuanya betul. Sekiranya salah faham dan miskonsepsi ini
dibiarkan dan tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka akan
kekal.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa
pendidik yang cekap haruslah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses
menyusun atau membina pengalaman secara berterusan dan menekankan kepentingan
penyertaan murid di dalam setiap aktiviti P&P. Pada masa kini, teori konstruktivisme di
dapati lebih releven dan sesuai untuk diaplikasikan dalam P&P kerana dapat membantu
kanak-kanak dalam memahami sesuatu perkara dengan lebih mudah sejajar dengan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) yang menekankan kepada empat prinsip
iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan seumur
hidup dan pendidikan yang sama untuk semua murid.
Walau bagaimanapun, pada tahun 14 Oktober 2010, Surat Pekeliling Ikhtisas
mengenai Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) Tahap Satu telah
dikeluarkan untuk di laksanakan mulai tahun 2011. Bagi matlamat kurikulum Sains Sekolah
Rendah ini adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui
pengalaman dan penyiasatan bagimenguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran
berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.
Antara pendekatan dan pembelajaran sains yang disarankan ialah pendekatan inkuiri,
konstruktivisme dan pendekatan sains, teknologi dan masyarakat. Apa yang ingin ditekankan
adalah pendekatan melalui Teori Konstruktivisme di dalam subjek Sains. Melalui temubual
yang telah di jalankan dan juga perbincangan bersama ahli kumpulan yang lain, dapat di
simpulkan bahawa guru percaya latar belakang murid yang membawa kepada pengalaman
sedia ada mereka menjadi faktor utama yang memberi kesan kepada pembelajaran sains
kanak-kanak.
Selain daripada itu, faktor-faktor lain yang dapat mempengaruhi pembelajaran sains
kanak-kanak ialah:
11

1. Penyampaian dan pendekatan guru


2. Keadaan persekitaran murid
3. Penglibatan murid di dalam aktiviti yang dijalankan
Menerusi perbincangan antara ahli kumpulan juga dapat di senaraikan beberapa jenis
pengalaman sains yang dikenal pasti oleh guru, antaranya:
1. Perbincangan di dalam kelas
2. Eksperimen
3. Simulasi
4. Aplikasi sains dalam kehidupan harian

Antara faktor utama dan jenis pengalaman yang memberi kesan terhadap
Pembelajaran Sains melalui Pendekatan Teori Konstruktivisme :
1.

Pengalaman Sedia Ada Murid


Menurut Arends, R.I.( 1998 ), pembelajaran secara konstruktivisme ini boleh

ditakrifkan sebagai murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. LevVygotsky, seorang ahli psikologi Rusia
percaya bahawa perkembangan konsep kanak-kanak berkembang secara berperingkat, logikal
dan rasional dengan bantuan orang lain. Penglibatan dengan orang lain memberikan peluang
kepada kanak-kanak untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri memandangkan
mereka terdedah kepada pemikiran orang lain dan berkongsi membina pemahaman baru
(Gauvin, 2001).
Menurut Bransford (1979), idea dan pandangan tentang kebolehan seseorang
mempelajari sesuatu perkara baru melalui pengetahuan sedia ada bukanlah sesuatu yang baru
tetapi melalui kajian terkini yang dijalankan, pembelajaran berasaskan pengalaman ini adalah
penting kepada pembelajaran. Walau pun pengetahuan sedia ada penting untuk menjadikan
pembelajaran lebih berkesan, pendidik hendaklah mengaktifkan atau menghubungkaitkan
pengetahuan kanak-kanak itu untuk digunakan dalam proses memahamkan sesuatu konsep
yang baru agar titik keseimbangan dapat dicapai.
12

Menurut temubual yang dijalankan, kanak-kanak tidak selalunya dapat melihat


perkaitan antara perkara baru yang dipelajarinya dengan perkara yang mereka sudah sedia
maklum tetapi guru dapat meningkatkan pemahaman ini dengan memberi perhatian kepada
apa yang cuba disampaikan oleh murid dan menggunakan pengetahuan tersebut sebagai
langkah permulaan dalam memahami konsep sains. Seterusnya di dalam bilik darjah, guru
boleh membantu pelajar untuk mengaktifkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada itu
dengan membincangkan apa yang bakal di pelajari oleh mereka sebelum memulakan
pengajaran agar pelajar dapat mengingat semula pengetahuan mereka supaya boleh dikaitkan
dengan topik pada hari tersebut.
Sebagai contoh, pelajar Tahun Satu yang belajar tentang haiwan, guru memulakan
pengajaran dengan bertanya haiwan apa yang berada di sekeliling mereka dan kemudian lebih
spesifik dengan bertanyakan haiwan apa yang ada di hutan dan di air. Kita dapat lihat bahawa
guru menggunakan pendekatan deduktif sebagai salah satu cara untuk menarik minat dan
fokus pelajar. Pada waktu ini, guru boleh membetulkan tanggapan murid yang salah tentang
haiwan apa yan ghidup di air dan di darat kerana kebiasaanya pengetahuan murid tidak
lengkap atau pun salah.
Guru tidak semestinya perlu tahu apa pengetahuan yang murid sudah kuasai tetapi
sebaliknya guru perlu mengkaji dan meneroka pengetahuan sedia ada mereka supaya salah
faham dan pengetahuan yangsalah dapat di kenal pasti. Guru yang efektif dapat membantu
murid dalam membuat perhubungan antara pengetahuan lama dan pengetahuan baru dan
menguasai konsep tersebut.
Ini dapat dicapai melalui dengan memberi bahan atau aktiviti yangdapat menolong
murid sebagai usaha untuk memberi sokongan kepada usaha mereka dan meningkatkan
kefahaman mereka. Sebagai contoh, dalam topik haiwan, guru boleh membuat aktiviti
mewarna iaitu memberi kertas yangmempunyai gambar pelbagai haiwan dan meminta murid
mewarnakan haiwan-haiwan yang habitatnya di air sahaja atau di darat sahaja.
2.

Perbincangan Di Dalam Bilik Darjah


Menerusi aktiviti tersebut, secara tidak langsung guru dapat menerapkan perbincangan

di dalam bilik darjah sebagai pengalaman sains yang dapat membantu murid mengasah
kemahiran berfikir. Berfikir merupakan satu proses menghubungkan pengetahuan, kemahiran
dan sikap yang ada pada diri seseorang individu bagi membolehkannya memahami dan
13

mencorakkan alam sekelilingnya. Mempertingkatkan daya berfikir merupakan salah satu


objektif sistem pendidikan negara. Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran
kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai
sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya.
Seseorang yang berfikir secara kreatif pula mempunyai daya imaginasi yang tinggi,
berupaya menjana idea yang inovatif dan asli serta boleh mengubah suai idea dan produk
sedia ada kepada lebih berkualiti. Perbincangan merupakan satu proses aktif yang melibatkan
guru dan pelajardalam persekitaran pembelajaran. Situasi akan terbentuk di mana guru
membentuk suasana dan menjadi pemudah cara untuk pertukaran pelbagaiidea dalam
kalangan murid.
Sepertimana yang dinyatakan oleh Bond (2001), bahawa dalam perbincangan, pelajar
merupakan pihak yang aktif kerana perbincangan bukan sahaja dapat merangsang interaksi
antara murid secara bermakna tetapi dapat menggalakkan pelbagai teknik pembelajaran yang
merangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan proses-proses pembelajaran.
Walau bagaimanapun, berdasarkan sesi temubual yang di jalankan, terdapat beberapa
elemen penting yang perlu di ambil berat oleh guru apabila ingin menggunakan teknik
perbincangan, antaranya ialah:
(a)

Matlamat dan objektif


Perbincangan di dalam kumpulan kecil dijalankan untuk menghasilkan
pembelajaran yang berbentuk proses dan bukan hasil akhir. Perkara ini berasaskan
kepada kehendak di mana murid perlu melibatkan diri dalam perkembangan
kemahiran dan sikap dalam perbincangan kumpulan.

(b)

Pemilihan topik dan aplikasi


Topik yang dipilih boleh terdiri daripada tugasan atau pengajaran secara berterusan
di dalam bilik darjah. Perbincangan boleh berkisar tentang pelbagai topik, subjek,
pelbagai tahap perkembangan dan peringkat umur murid. Apa yang penting, topik
yang dipilih perlulah relevan dan dapat merangsang minat kanak-kanak.
Kebiasaannya, isu-isu berkontroversi dan dilemma moral merupakan topik yang amat

baik untuk perbincangan.Dalam aktiviti perbincangan guru akan berperanan sebagai


fasilitator, di mana beliau akan membimbing pelajar dengan kemahiran, menyediakan bahan
14

dan peluang kepada murid untuk menentukan pengalaman pembelajaran. Penting untuk
seorang guru itu untuk bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain bagi mendengar,
memerhati dan menggalakkan setiap murid untuk melibatkan diri di dalam kumpulan ( Brown
et al., 1996 ).
Selain itu, dalam setiap kumpulan kecil itu juga mestilah ada seorang ketua dan
pencatat. Peranan ketua dan pencatat boleh digilirkan antara ahli kumpulan. Penglibatan
murid di dalam aktiviti dapat memberi keberkesanan kepada aktiviti kumpulan ini dan ia juga
bergantung kepada bagaimana guru dapat menyediakan peluang kepada murid untuk
mengambil bahagian dalam pelbagai peranan.
Perbincangan merupakan suatu pengalaman yang membawa manfaat kepada kanakkanak terutama jika kumpulan tersebut terlibat dalam tugasan yang memerlukan penyelesaian
masalah dan membuat keputusan. Perbincangan dalam kumpulan kecil juga dapat membantu
murid yang kurang memberikan perhatian kepada pelajaran untuk melibatkan diri. Di
samping itu, murid yang pasif dan lemah akan berpeluang untuk mengecapi kejayaan jika
diberikan peluang. Contohnya seorang yang lemah membaca boleh diasah jika diberikan
peluang untuk bercakap di akhir perbincangan.
3.

Penyampaian Dan Pendekatan Guru


Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains seharusnya berdasarkan

kandungan standard kurikulum, kebolehan dan kecerdasan pelbagai murid serta sumber dan
prasarana yang ada di sekolah. Di samping berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan
pakar rujuk dalam bidang pengajarannya, guru juga berperanan sebagai seorang fasilitator
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan dalam kalangan murid.
Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang pelbagai kecerdasan.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan Sains di Malaysia bermatlamat
untuk memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi penumpuan kepada
perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat
menguasai ilmu sains dan teknologi.
Menurut Vygotsky, Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) merujuk kepada tugasan
pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh murid tetapi dapat menguasainya dengan
bimbingan orang lain yang lebih mahir. Bagi membantu murid menguasai isi pelajaran yang
15

berada dalam ZPD, teknik scaffolding diperkenalkan ( Noriati A. Rasid, Boon Pong Ying dan
Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009 ). Scaffolding bermaksud proses membimbing dan
membantu pembelajaran yang menekankan kepada peringkat bimbingan dan sokongan yang
dilakukan mengikut keperluan murid.
Bimbingan akan dikurangkan apabila murid dapat menguasai peringkat demi
peringkat. Di akhirnya, guru tidak lagi membimbing apabila murid berjaya melakukannya
dengan sendiri. Antara teknik penyampaian dan pendekatan yang boleh dil akukan guru
mengikut scaffolding ialah penjelasan verbal, soal jawab, prompting, cueing dan tanda isyarat
yang lain.
Selain daripada itu, Ormrod

( 2008 ) mencadangkan guru mengaplikasikan

scaffolding seperti berikut:


1.

Galakkan pelajar bertanya dan beri jawapan yang munasabah bagi persoalan
mengapa dan bagaimana yang diutarakan oleh murid.

2.

Murid diminta untuk membuat jangkaan terhadap perkara yang bakal berlaku
apabila membuat uji kaji atau eksperimen.

3.

Analogi digunakan untuk membantu murid mengaitkan kon sep dan idea baru
dalam menghubungkan pengetahun sedia ada murid.

4.

Meminta murid membuat refleksi atau memberi pandangan dan mengaitkan


dengan isi pelajaran.

Melalui temubual yang telah dijalankan, guru juga mengambil pendekatan demonstrasi
sebagai salah satu teknik pengajaran. Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih murid
memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Demonstrasi melibatkan
seseorang individu menunjukcara di hadapan bilik darjah untuk menerangkan sesuatu aktiviti,
konsepauatprosedur. Murid-murid yang lain akan memerhati, mendengar penerangan dan
melihat sebelum aktiviti yang sama dilakukan oleh mereka. Semasa proses demonstrasi
dijalankan, komunikasi lisan berlaku tentang sesuatu maklumat daripada guru kepada murid.
Proses ini turut melibatkan penggunaan visual untuk memerhatikan proses, maklumat dan
idea.
Namun begitu, guru yang ingin menggunakan demonstrasi dalam pengajaran,
perancangan dan persediaan yang teliti perlu dilakukan. Jika tidak, pengajaran akan gagal
16

mencapai objektif. Demonstrasi juga akan menjadi kurang berkesan jika murid tidak
diberikan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah ditunjukkan. Selain daripada itu,
pembelajaran juga akan menjadikurang bermakna sekiranya guru tidak dapat menerangkan
den gansistematik.
4.

Eksperimen
Sebagai mana yang telah diterangkan di atas, demonstrasi dilihat dapat membantu

murid membina pengetahuan seperti yang dicadangkan di dalam teori pembelajaran


konstruktivisme. Salah satu pendekatan demonstrasi yang penting dalam subjek sains adalah
eksperimen. Eksperimen merupakan satu kaedah yang penting dalam memberi kanak-kanak
pengalaman sains yang perlu dijalankan dalam mata pelajaran sains. Murid perlu menguji
hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah
saintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran proses
sains dan kemahiran manipulatif.
Apabila kanak-kanak dapat melihat, memegang dan menggunakan sesuatu bahan, ia
dapat menimbulkan sikap inkuiri yang membawa kepada penemuan. Inkuiri secara amnya
bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu kejadian yang berlaku.
Pembelajaran yang dilalui secara penemuan ini berlaku apabila konsep dan prinsip utama
dikaji dan ditemui oleh murid sendiri.
Melalui aktiviti bereskperimen, murid akan menyiasat sesuatu fenomena dan dapat
mencapai kesimpulannya sendiri yang dapat menstruktur satu pengetahuan baru. Guru
kemudiannya membimbing dan menjadi fasiliatator untuk murid memahami konsep sains
melalui hasil inkuiri-penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dapat
dikembangkan semasa proses ini. Pengetahuan itu dapat diaplikasikan dengan persekitaran
mereka.
Dalam kajian yang telah dijalankan, pengkaji telah menggunakan satu model yang
dikenali sebagai Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang telah dihasilkan oleh
Needham di United Kingdom pada tahun 1987. Needham telah mencadangkan model
pengajaran dan pembelajaran ini dalam"Childrens Learning in Science Project" di University
of Leeds untukmeningkatkan pemahaman pelajar tentang sesuatu konsep sains serta
menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam bilik darjah. Model Konstruktivisme
Lima Fasa Needham ini digunakan oleh guru dalam aplikasi eksperimen melalui:
17

a)

Fasa 1: Orientasi
Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajarterhadap
pelajaran. Sebagai contoh, eksperimen dijalankan di dalam makmalsains supaya
suasana pembelajaran yang lebih kondusif boleh ditimbulkan.

b)

Fasa 2: Pencetusan idea


Sebelum sesuatu aktiviti atau eksperimen dijalankan, guru perlu mengadakan aktiviti
seperti perbincangan dalam kumpulan kecil, menggunakan kaedah peta konsep serta
membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan
pengetahuan baru yang akan mereka belajar.

c)

Fasa 3: Penstrukturan semula idea


Apabila suasana dan idea telah dibina, aktiviti atau memberi tugasan berstruktur
diberikan untuk membolehkan pelajar mencabar dan menguji idea asal mereka atau
idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna
dan berkesan. Sewaktu ini, kemahiran bahasa akan membantu pelajar membuat
pengubahsuaian atau penyusunan semula idea secara teratur.

d)

Fasa 4: Penggunaan idea


Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah dalam
situasi baru. Ini mewujudkan pemahaman yang baru dan menggalakkan inkuiri dalam
kalangan pelajar. Pada fasa ini, murid diminta untuk menulis laporan eksperimen
berdasarkan apa yang telah dilakukan atau membincangkan persoalan-persoalan yang
timbul.

e)

Fasa 5: Refleksi
Pelajar membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru dan merenung
kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka.
Pelajar juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh mana idea asal mereka telah
berubah. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbinca ngan kumpulan
dan catatan peribadipelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar.

18

Penggunaan Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham ini jika diaplikasikan di dalam


P&P dapat membantu murid supaya lebih memahami sesuatu konsep daripada menghafal.
Guru juga dapat menilai pemahaman murid dengan lebih cepat tanpa perlu bergantung kepada
memberi kerja rumah kepada mereka. Walau bagaimanapun, untuk mengaplikasikan teori ini
agak sukar untuk diguna pakai di sekolah dalam dunia pendidikan yang sebenar kerana
kekangan waktu dan guru juga perlu menghabiskan isi kandungan matapelajaran. (Nair &
Muthia, 2005)
5.

Simulasi
Simulasi merupakan situasi pembelajaran yang membolehkan pelajar berlatih

menggunakan kemahiran, belajar mengenai prinsip atau melaksanakan sesuatu tindakan


dalam keadaan terkawal seperti menyerupai situasi sebenar. Kelebihan menggunakan simulasi
sebagai satu te knik mengajar dalam subjek sainsantaranya ialah pembelajaran berlaku dalam
keadaanselamat dan menyeronokkan. Kedua, pelajar boleh diselia dengan rapi supaya
pembelajaran menjadi lebih berkesan, berbanding sekiranya mereka berada dalam situasi
sebenar. Walau bagaimanapun, terdapat tiga prinsip dalam melaksanankan simulasi iaitu:
1.

Guru perlu memilih suatu situasi berunsur masalah dan terangkan dengan jelas

2.

Tetapkan peranan-peranan berdasarkan watak-watak dan pililh pelajar yang


sesuai untuk berlakon

3.

Tetapkan had masa untuk sesi simulasi.

Antara aktiviti simulasi yang dapat dilakukan ialah penggunaan internet untuk
menerangkan dan membantu murid membayangkan sesuatu konsep. Sebagai contoh
perubahan siang dan malam. Komputer dan internet dapatmembantu murid melihat dan
memahamkan situasi kompleks dengan lebih mudah. Selain itu, main peranan, permainan atau
penggunaan model jugadapat dilakukan di bawah konsep simulasi. Main peranan dapat
dilakukan dengan murid melakonkan sesuatu watak atau peranan secara spontan berdasarkan
beberapa syarat. Melalui aktiviti permainan, murid bermain untuk mempelajari sesuatu proses
atau prinsip. Model pula digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar.
Walau bagaimanapun, dalam membuat pelbagai aktiviti ini, adalah penting untuk guru
berhati-hati dan mengambil kira faktor perbezaan budaya dalam kalangan murid dan
menghormati perbezaan tersebut. ( Brown, Collins & Duguid, 1989 ). Guru perlu membantu
19

murid untuk melihat perbezaan budaya ini sebagai satu kekuatan bukannya sesuatu yang lain
daripada rakan kelas yang lain. Kanak-kanak akan berasa terasing sekiranya perbezaan
budaya mereka diabaikan oleh guru sewaktu P&P berlangsung.
Brunner (1960) telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses
dimana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa
mereka. Pelajar memilih dan mengintepresikan maklumat, membina hipotesis dan membuat
keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model
mental) memberi makna dan pembentukan pengalaman yang membolehkan individu
melangkau maklumat yang diberikan dan penggunaan konsep asas sains dalam aplikasi
kehidupan harian pelajar. Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan
pembelajaran penemuan.

Brooks & Brooks (1993), menyatakan bahawa pelajar membina makna tentang dunia
dengan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini.
Mereka membetuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.
Apabila mereka bertemu dengan objek , idea dan perkaitan yang tidak bermakna kepada
mereka, maka mereka akan mengintepretasikan apa yang mereka lihat secocok dengan
peraturan yang telah mereka bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar
dapat meerangkan maklumat yang baru ini dengan lebih baik.

Menurut Zahari (1992) , jika guru dapat menimbulkan minat pelajar yang diajar serta
menimbulkan minat pelajar untuk membuat latihan, maka latihan yang disediakan akan
menjamin mutu pembelajaran dan meningkatkan pencapaian. Pelajar- pelajar lebih berminat
dengan pengajaran apabila guru yang fleksibel dan mempelbagaikan strategi atau kaedah
pengajaran yang digunakan dibilik darjah.( S.Sukumaran ,1991; Burden dan Byrd, 1994 )

Fryland (1994) dalam Omardin (1999), menyatakan minat yang timbul dalam setiap
diri pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila seseorang itu berminat dengan
apa yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia belajar dengan tekun sehingga mencapai
apa yang dicita - citakan. Ini bermakna proses pengajaran akan berjalan lancar sekiranya
pelajar berminat dengan subjek dan kaedah yang dijalankan.

20

Menurut Crow dan Crow (1983) minat merupakan daya pengerak yang mendorong
kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda atau kegiatan. Ia boleh merupakan
pengalaman berpengaruh yang telah dirancang oleh kegiatan itu sendiri. Oleh itu minat
berkait rapat dengan desakan motif, gerak balas emosi dari aspek disiplin kerja dan hasil
penglaman dalam alam sekitar. Menurutnya lagi Jikalau seseorang itu berminat walaupun
mempunyai kebolehan yang sederhana ia kan menghasilkan produk yang lebih baik
berbanding dengan orang yang tidak mempunyai minat.

Menurut Parkay dan Hardcastle ( 1990 ), guru perlu mahir dan berkebolehan dalam
tiga bentuk pengetahuan iaitu pengetahuan mata pelajaran, pengetahuan teori pendidikan dan
pengetahuan kemahiran ( kaedah ) mengjar untuk mewujudkan situasi proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

Perkembangan dunia teknologi yang pesat bukan sahaja mengubah budaya dan cara
hidup masyarakat kita tetapi juga telah mengubah dunia pendidikan di Malaysia. Guru tidak
lagi menggunakan teknik chalk and talk dalam pengajaran tetapi telah mengubah perspektif
mereka dan tanpa disedari mereka telah pun menggunakan kaedah konstruktivisme dalam
P&P mereka. Melalui temubual yang telah dijalankan dan juga perbincangan antara ahli
kumpulan, dapat disimpulkan bahawa guru pada masa kini semakin sedar mengenai
kepentingan penerapan nilai-nilai konstruktivisme di dalam P&P subjek Sains. Walaupun
guru tidak biasa dengar mengenai istilah konstruktivisme tetapi cara pendekatan yang
digunakan mengamalkan ciri-ciri tersebut.
Ini dapat dilihat apabila guru mengutamakan kepada pembelajaran berpusatkan murid
dan murid belajar melalui proses membuat atau beraktiviti seperti eksperimen dan lakonan.
Guru juga menggunakan pengalaman sedia ada murid untuk menstruktur pengetahuan baru
agar titik keseimbangan dapat dicapai sewaktu sesi pembelajaran berlangsung. Ini akan
memberikan pengalaman sains dari aspek perbincangan, kemahiran saintifik dan juga
kemahiran berfikir. Pengetahuan sedia ada murid perlu diaktifkan agar mereka dapat
menghubungkan konsep yang baru dengan apa yang sudah mereka ketahui sebelumnya.
Kesimpulannya, kanak-kanak akan lebih mudah untuk memahami subjek Sains
sekiranya mereka dilibatkan secara aktif dalam proses P&P dan guru dapat membantu murid
dengan menggunakan Model Konstruktivisme 5 Fasa dan juga teknik-teknik yang lain yang

21

dirasakan sesuai mengikut perbezaan individu dalam kelas dan juga pengetahuan sedia ada
murid supaya pembelajaran bermakna dapat dicapai.

Rancangan Pengajaran Harian Berasaskan Model Konstruktivisme


RANCANGAN PENGAJARAN BERASASKAN MODEL KONSTRUKTIVISME

Pengenalan
Rancangan Pengajaran berasaskan Model Konstruktivisme ini adalah disediakan khas
untuk guru-guru Sains sebagai panduan membuat perancangan pengajaran di bilik darjah
(Murid tidak digalakkan melihat teks ini). Rancangan pengajaran ini dapat membantu guru
membuat persediaan mengajar bagi aktiviti berasaskan model Konstruktivisme, sekaligus
memberi pendedahan kepada guru bagaimana merancang pengajaran yang dapat mendorong
amalan kreativiti di kalangan murid. Selamat mencuba.
Bidang: Menyiasat Alam Kehidupan
Tahun : 4
Tajuk: Haiwan melindungi diri daripada musuh
Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:
3.1

Mengenalpasti ciri-ciri khas pada haiwan untuk melindungi diri daripada


haiwan

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:


3.1.1 Menyenaraikan ciri ciri khas yang ada pada haiwan untuk melindungi diri
daripada musuh
3.1.2

Menyenaraikan cara haiwan melindungi diri daripada musuh

22

Objektif : Di akhir p&p murid dapat


a)

Mengenalpasti sekurang kurangnya 2 ciri khas yang ada pada haiwan

b)

Menyatakan sekurang-kurannya 2 cara haiwan melindungi diri daripada musuh

c)

Murid dapat memadankan ciri ciri khas haiwan dengan cara melindungi diri
dari musuh

Masa: 60 minit (2 waktu)


FASA
1.

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN
KOMUNIKASI
1. Apakah yang dapat kamu
lihat dalam slaid video /
gambar haiwan tadi ?

Guru menayangkan slaid


video / gambar haiwan

Persediaan
Pemerhatian

- Murid membuat
pemerhatian

Indikator Amalan
1.1.1 Menggunakan deria
penglihatan
2.

Imaginasi

Sintesis Idea
2.2.5 Membincangkan
kebaikan atau kelebihan dankeburukan atau kekurangan
yang menjurus kepada
keputusan akhir
3.
Perkembangan

Guru
mengedarkan sekeping kad
yang mempunyai gambar
haiwan murid secara rawak
Murid menyenaraikan ciri
ciri khas yang ada pada
haiwan berdasarkan kepada
gambar yang di beri
LAMPIRAN 1
Murid di bahagikan kepada
beberapa kumpulan

Penambahbaikan

3.1.1
3.1.4

4.
4.1

Indikator Amalan
Menokok tambah idea
Memberi pelbagai contoh
berkaitan dengan tugasan

Tindakan
Pelaksanaan

Guru mengedarkan kertas


manjong dan maker pen
kepada setiap kumpulan
Murid membuat lakaran
haiwan mengikut ciri ciri
khas yang pada haiwan

Setiap wakil kumpulan


membentangkan hasil
dapatan.

23

1.

- Apakah ciri ciri khas yang


ada pada haiwan tersebut ?

1.
Nyatakan ciri
ciri khas haiwan
tersebut melindungi
dirinya daripada
musuh
2.
Menyatakan
cara-cara haiwan
tersebut melindungi
diri daripada musuh
3.
Murid memberi
contoh haiwan lain

Adakah anda berpuas hati


dengan hasil kerja anda ?
2.
Apakah pengetahuan baru
yang anda dapat ?

Indikator Amalan
4.1.2 Menyusun idea secara
tersusun dan mudah
difahami
4.1.3 Menghasilkan idea tidak
sama dengan orang lain
Pentaksiran

Guru membuat ulasan untuk


setiap pembentangan
mengenai ciri ciri khas dan
cara haiwan melindungi diri
daripada musuh
- pengayaan
Guru mengedarkan lembaran
kerja.
LAMPIRAN 2
Murid menyiapkan lembaran
kerja
KPS :
KPS 1 k1, k2
KMS 3 k1, k2

Refleksi
Nilai dan Sikap

- Kerjasama

LAMPIRAN 1

FASA PESEDIAAN
Rujukan untuk guru: Fasa persediaan ialah langkah pertama dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia
sama dengan fungsi set induksi.
Selamat pagi murid-murid, cikgu harap murid-murid sihat dan gembira. Mari kita sama-sama melihat
satu klip video.

Apakah yang kamu lihat dalam klip video tadi?


Mengapa zirafah menyerang singa tersebut?
Adakah semua haiwan seperti itu?
Cuba kita lihat satu lagi klip video.
24

FASA IMAGINASI
Sekarang setiap murid akan mendapat sekeping kad yang mempunyai gambar haiwan.
Sekarang cikgu minta kamu menerangkan apakah ciri-ciri khas pada haiwan dalam kad tersebut.
Siapa hendak mulakan dahulu? Silakan.

LAMPIRAN 2
Kenali haiwan di bawah dan senaraikan ciri-ciri khas haiwan tersebut.

Haiwan

Ciri ciri khas Haiwan

Landak

Bau Busuk

Sengat
Skunk
Duri
Kura kura

Berkaki panjang dan berotot kuat

Cangkerang Keras
Lebah

Kuda

25

FASA PERKEMBANGAN
Terima kasih di atas jawapan kamu. Cikgu tidak akan mengulas jawapan kamu sama ada betul
atau salah. Aktiviti yang seterusnya ialah melakar ciri-ciri khas pada haiwan dalam kad tadi.
Jangan risau jika kamu tidak mahir melukis, sebab bukan itu yang cikgu mahu. Apa yang
cikgu mahu ialah apa ciri-ciri khas haiwan untuk melindungi dirinya daripada musuh. Selamat
berbincang.
FASA TINDAKAN
Sekarang masa untuk membentangkan hasil lakaran kamu. Cikgu mahu kamu nyatakan
apakah ciri-ciri khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh. Cikgu akan membuat
ulasan untuk membuat pembaikan jika perlu.
Adakah kamu berpuashati dengan hasil tugasan kamu?
Apakah pengetahuan baru yang kamu perolehi?

PENUTUP
Apakah ciri-ciri khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh?
Mengapa haiwan melindungi dirinya daripada musuh?
Cadangan jawapan: Haiwan melindungi diri daripada musuh untuk memastikan kemandirian
spesiesnya, serta untuk meneruskan hidup.

SEKIAN TERIMA KASIH

Mari kita lihat klip video yang terakhir.

26

RUJUKAN

Abd. Razak Habib, Abd. Rashid Johar, Abdullah Md. Noor & Puteh Mohd ( 1996 ).
Pelaksaan KBSM dalam mata pelajaran matematik, sains dan sains sosial di
188228.
Educational Practices (2011, April 6). Di akses daripada
Diakses daripada http://unesdoc.unesco.org/images/0012/001254/125456e.pdf
Educational researcher (Washington, DC), vol. 18, no. 1.
Elizabeth Murphy. (2011, April 6). Di akses daripada for science . School Science and
Mathematics, 92(3), 136-141.Sharifah Alwiah
http://www.slideshare.net/juprin/kajian-tindakankonsep-sains
http://www.ucs.mun.ca/~emurphy/stemnet/cle3.html
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. (2011, April 8). Jemaah Nazir Sekolah.(1996 ).
Perlaksanaan program KBSM dalam bilik darjah.
http://akademik.kedah.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=111
Model Konstruktivisme 5 Fasa. (2011, April 8) Diakses daripada
http://www.slideshare.net/NurilzaSalleh/53662192-konstruktivismedalamppsains
http://www.teachersrock.net/konstruktivisme.htm
Modul Pengenalan Amali Sains, ( 2004 ). Open University Malaysia.
Modul Perancangan Kurikulum Sains ( 2003 ).Open University Malaysia.
Noriati A. Rasid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009).Siri
Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
perkembangan. Kuala Lumpur:Heinemann (Malaysia).
Press.
Omardin ( 1999 ). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif.Kuala Lumpur :
Pelangi Sdn Bhd.
Subadrah Nair, Malar a/p Muthiah .Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20,2141, 2005 16
Teacher, 54(6), halaman 574-584.

27

28

You might also like