You are on page 1of 15

1.

Terangkan model berikut dengan memberi contoh aplikasi yang sesuai dalam reka bentuk
bahan
MODEL ASSURE
- Model ASSURE digubal untuk menyediakan panduan merancang dan pengendalikan
pengajaran yang memerlukan penggunaan media, Heinich (1982). Model Assure
diasaskan oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1996 adalah model reka
bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara
sistematik. Model Assure bermaksud mempastikan atau to assure pembelajaran
berlaku.
Pembahagian

Huraian

Analyse Learners
(Analisis Pelajar)

Langkah pertama dalam model ini ialah menyesuai atau


memadankan kandungan dalam kaedah, media dan bahan
yang digunakan dengan ciri-ciri pelajar. Justru guru harus
menganalisis pelajaranya iaitu mengenal pasti tiga perkara
berikut:
a. Mengenal pasti ciri umum pelajar
b. Mengenal pasti kompetensi peringkat masuk pelajar
(Specific entry competencies)
c. Mengenal pasti gaya pembelajaran
Nyatakan objektif pembelajaran secara khusus
a. Objektif pembelajaran mungkin diambil dari sukatan
pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks.
b. Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat
prestasi atau hasilan yang ingin dicapai, keadaan dan kriteria
atau darjah pencapaian yang dihajati.

State Objective
(Nyatakan objektif)

Select method, media, and


materials
(Pilih kaedah, media dan
bahan)
Utilise media and materials
(Gunakan media dan bahan)

Require learner participation


(Memerlukan penglibatan
pelajar)

Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan


pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin
dicapai.
a. Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan
tentukan masa pembelajaran yang diperlukan.
b. Sediakan media dan bahan, alat serta kemudahan yang
diperlukan.
c. Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat
sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk
belajar.
d. Sediakan pelajar.
e. Sedia pengalaman pembelajaran.
Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku,
pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti
membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan
sebagainya. Kegiatan pengukuhan (Reinforcement activities)

seperti pengukuhan serta-merta diberi sebaik sahaja pelajar


memberi tindak balas yang betul (Skinner, 1954).
Evaluate and revise
(Nilai dan semak)

Setelah selesai pengajaran, lakukan penilaian tentang


kekuatan dan keberkesanan alat/bahan media itu secara
menyeluruh. Dalam penilaian itu persoalan berikut harus
difikirkan:
a. Adakah objektif pembelajaran tercapai?
b. Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu
proses pengajaran dan pembelajaran?
c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media
dengan cara yang betul?
d. Adakah suasana pembelajaran selesa?
e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi?

A - Analyse learners (Analisis pelajar).

S - State objectives (Nyatakan objektif pembelajaran ).

S Select, modifyJadual
or make8.8
media
(Pilih,Model
baiki atau
bina media).
: Jadual
ASSURE

U - Use media (Gunakan media ).

R - Require learner response (Keperluan tindakan ).

E Evaluate / revise materials (Menilai dan semak semula ).

Langkah pertama :
Analisis pelajar
Langkah pertama dalam Model ASSURE adalah analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar
termasuklah deskripsi tentang umur pelajar; tahap/tingkatan, latarbelakang sosio-ekonomi dan
sebagainya. Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media dan
bahan. Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi
secara langsung dan guru akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang mereka.
Sesuatu media yang hendak digunakan dengan berkesan perlu disesuaikan dengan ciriciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis
ciri pelajar, terdapat tiga perkara penting yang perlu dilihat iaitu; penggunaan sesuatu media
dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar supaya
penggunaannya berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri. Perkara-perkara berikut harus
dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan tahap kognitif dan fizikal pelajar yang akan
diajar. Dengan itu bahan media yang digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar,
di mana hasil pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain daripada itu, perbezaan
budaya dan bahasa setiap pelajar harus diberi pertimbangan. Pelajar tingkatan 1 Ros adalah
pelajar yang terdiri daripada kaum Melayu, India, Cina dan lain-lain. Pengetahuan sedia ada

pelajar juga dipertimbangan. Dalam topik yang akan diajar iaitu pergerakan bumi di sistem suria
tingkatan 1 ini, pelajar telah mempunyai pengetahuan asas tentang pergerakan bumi yang mana
mereka pernah belajar kajian geografi tempatan sekolah rendah. Selain daripada itu dalam mata
pelajaran lain juga ada menyentuh topic tentang bumi seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Pendidikan Moral dan Sains.
Langkah kedua :
Nyatakan Objektif
Pernyataan bjektif pembelajaran dapat membantu guru lebih fokus kepada perkara yang
sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran.
Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah focus terhadap
pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran
bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar. Ia merupakan tahap minimum tentang apa yang
perlu dipelajari oleh pelajar dari pengajaran yang dijalankan. Objektif seharusnya berfokuskan
kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Objektif untuk
topik ini ialah pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat :
1. Mentakrifkan putaran dan peredaran bumi.
2. Menyenaraikan kesan-kesan putaran.
3. Menjelaskan kejadian siang dan malam.
4. Menyenaraikan kesan-kesan peredaran bumi.
5. Menghuraikan kejadian empat musim.
Langkah ketiga :
Pilih baiki atau bina media
Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, ketiga-tiga aspek ini mesti
berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelaajr dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai.
Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:
i.

Pemilihan kaedah

Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk disesuaikan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti
berkumpulan dan latihan. Contoh: menarik minat pelajar dengan memulakan set induksi dengan
kaedah simulasi dan diikuti dengan kaedah demonstrasi, latihan dan latih tubi untuk mempelajari
sesuatu kemahiran yang baru. Kaedah yang dipilih seharusnya berkait rapat dengan objektif,
kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran atau pelajar. Untuk topik ini dimulakan dengan set
induksi di mana guru menunjukkan gambar system suria, seterusnya tayangan slide tentang
system suria, putaran bumi, peredaran bumi dan kesannya.
ii.

Pemilihan Media Yang Sesuai

Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara
faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna. Terdapat
beberapa aspek yang perlu diberi penekanan semasa memilih media pengajaran, iaitu :

Sepadan dengan kurikulum;


Maklumat tepat dan terkini;
Bahasa yang jelas dan tepat;
Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar;
Menggalakkan penglibatan pelajar;
Mempunyai teknikal kualiti yang baik;
Terdapat bukti keberkesanannya;
Bebas daripada bias; dan
Mempunyai buku panduan yang lengkap.

Pemilihan media untuk topic ini adalah dengan menggunakan ICT. Tayangan slide dengan
gambar-gambar yang menarik tentang sistem suira, kesan putaran bumi, kesan peredaran
bumi, kejadian empat musim, nota kandungan pelajaran, soalan penilaian
dipaparkan
melalui blog guru, di mana pelajar boleh mendapatkan semua maklumat tersebut melalui
blog guru.
iii.

Mereka Bentuk Media

Sekiranya tidak dapat


memilih media yang sesuai, maka penting bagi pengajar untuk
mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakan sendiri. Untuk topik sistem suria ini saya
dapat bahan yang sesuai daripada side share. Slide tersebut memaparkan banyak gambar yang
sesuai untuk pelajar kelas tingkatan 1 Ros.
Langkah Keempat :
Gunakan Media dan Bahan
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang amat penting kerana hal ini
menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Kecanggihan
media jika tidak digunakan dengan baik, akan memberi kesan negatif kepada pembelajaran.
Terdapat lima langkah penggunaan media yang baik:
a) Melihat isi kandungan media tersebut terlebih dahulu.
b) Menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan semasa menggunakan media.
c) Menyediakan persekitaran atau tempat.
d) Sediakan pelajar.
e) Menyediakan pengalaman pembelajaran.
Bahan pengajaran untuk topik pergerakan bumi di dalam sistem suria tingkatan 1 ini telah
ditapis oleh guru sebelum digunakannya. Sekiranya perlu penambahan dan pembetulan, bahan
tersebut akan dibaiki sebelum dimuat ke dalam blog guru. Pelajar akan dibawa ke makmal

computer untuk topik ini, supaya setiap pelajar dapat melihat sendiri slide dan juga membuat
penilaian secara online.
Langkah kelima :
Keperluan tindakan
Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti
pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, kuiz, latihan, latih tubi projek dan
sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang betul. Dalam
topik pergerakan bumi di dalam sistem suria ini, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk
mencari maklumat tentang kesan pergerakan bumi melalui internet. Selepas itu latihan
berbentuk silang kata juga diberikan kepada pelajar.
Langkah keenam :
Nilai dan Semak
Setelah selesai pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan
media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan kesan
penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian ialah proses membuat
pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan
yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran; iaitu
sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran. Guru akan menilai samada slide tentang
pergerakan bumi di dalam sistem suria yang digunakan mencapai objektifnya dalam membantu
guru menyampaikan maklumat kepada pelajar. Pelajar akan dinilai dengan soalan objektif untuk
melihat pemahaman mereka. Selain daripada itu pelajar akan membuat soalan subjektif juga.
Pencapaian pelajar akan dilihat dari segi prestasi mereka berdasarkan set soalan objektif yang
telah disediakan
Model ADDIE
Model ADDIE adalah merupakan model rekabentuk instruksional yang sering digunakan bagi
menghasilkan courseware. Model ADDIE mempunyai lima pembahagian utama iaitu (1)
analisis, (2) rekabentuk, (3) pembangunan, (4) implimentasi, dan (5) penilaian.
Pembahagian
Analisis atau Analyze

Rekabentuk atau Design

Huraian
Bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu
courseware
diperkenalkan.
Kenapa
rekabentuk
instruksional ini diperlukan? Apakah ilmu-ilmu yang perlu
ada kepada pelajar sebelum courseware itu boleh
digunakan? Juga melihat kesesuaian isi kandungan
courseware kepada pelajar dan adakah ia sesuai untuk
kegunaan individu atau kumpulan? Perlu difikirkan juga
logistik sesuatu courseware yang dihasilkan, adakah ia
boleh diakses di internet atau pun disebarkan melalui CD dan
DVD.
Menentukan dan mereka kaedah instruksional yang
akan digunakan. Contohnya courseware tersebut

mungkin akan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif,


penerokaan, penyelesian masalah, permainan, simulasi,
perbincangan, latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi
atau secara pembentangan. Alat yang digunakan juga perlu
ditentukan, seperti sama ada menggunakan audio, video,
komputer, internet dan sebagainya.
Pembangunan atau Develop

Impliment atau Implement

Penilaian atau Evaluate

Proses
menghasikan
courseware
yang
telah
direkabentuk. Seperti membina dahulu papan cerita,
kemudian membentuk grafik yang diperlukan, menentukan
pula bahasa pengaturcaraan, membuat ujian courseware
yang dihasilkan dan menyebarkan bahan tersebut.
Berperanan untuk membuat pilot test terhadap
courseware yang telah dihasilkan. Misalnya beberapa
sampel atau pelajar telah dipilih bagi menggunakan
courseware tersebut.
Mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian
formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif
bertujuan untuk meningkatkan serta memperbaiki tahap
keberkesanan bahan instruksional yang telah direka.
Contohnya meningkatkan mutu courseware selepas ujian
pilot. Manakala penilaian sumatif bermaksud penilaian
keseluruhan bahan instruksional yang telah dihasilkan.
Contohnya satu kajian dibuat untuk menilai berapa
peratuskah objektif yang tercapai setelah proses penggunaan
courseware tersebut selesai digunakan.

2. Teori pembelajaran memberi impak kepada rekabentuk instruksional. Huraikan


rekebantuk instruksional untuk setiap contoh daripada teori berikut :
TEORI BEHAVIOURSIME
Def
Ciri ciri
Ada stimulus dan ada responce
Tingkahlaku kearah yang boleh dilihat dan dinilai
Tokoh Pavlov
Contoh :
Before conditioning
Ajukan soalan mesti dapat makanan -gula-gula
After Conditioning
Soalan sahaja tanpa ade makanan
Menurut pakar-pakar psikologi behaviorist, behaviorist dinyatakan sebagai segala
aspek yang boleh diperhatikan dan diukur melalui tingkah laku manusia. Apa yang

difikirkanoleh manusia dapat dizahirkan melalui tingkah laku. Proses pembelajaran


dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan kepada tingkah laku manusia. Dalam teori pembela
jaran behaviorist, hubungan antara sebab dan akibat ataupun rangsangan dantindakbalas
merupakan teras kepada berlakunya proses pembelajaran.Analisis yang dijalankan ke atas portal
pendidikan sciencewithme.com

Mendapati teori pembelajaran behaviorist telah diterapkan dalam aktiviti pembelajaran portal
tersebut. Satu mekanisme yang mendominasi keseluruhan aktiviti pembelajaran dalam portal ini
adalah persembahan animasi dalam menceritakan konsep sains mampu untuk memberi
rangsangan untuk belajar dan seterusnya mengubah tingkah laku semasakepada tingkah laku
yang dikehendaki. Menurut Ivan P. Pavlov, setiap rangsangan akanmenimbulkan gerak balas.
Rajah 2.1.1 menunjukkan konsep sains yang disampaikandalam bentuk penceritaan animasi

Teori behaviorist telah diaplikasikan sepenuhnya dalam


aktiviti yang melibatkan kemahiran psikomotor.
penerapan behaviorist dapat dikesan dengan jelas melalui proses mewarnagambar menggunakan
tetikus komputer. Di sini berlaku perubahan tingkah laku, daripadatingkah laku semasa iaitu
tidak tahu menggunakan tetikus kepada tingkah laku yangdiingini iaitu dapat menguasai
penggunaan tetikus komputer. yang menarik minat pelajar untuk mewarna gambar menggunakan
tetikus computer teori behaviorist yang telah dipelopori oleh B.F Skinner dalam permainan
dalam segmen Games
Di dalam segmenGames pelajar di beri peneguhan atau ganjaran dalam bentuk skor untuk
mengekalkantingkah laku yang diingini, maksudnya setiap kali pelajar dapat menjawab soalan
atauaktiviti dengan betul, markah atau skor akan diberikan sebagai ganjaran ke atas jawapanyang
betul tersebut. Ini akan memberikan motivasi kepada pelajar untuk
meneruskan permainan tersebut.

TEORI KOGNITIF
Teori ini memandang pembelajaran sebagai satu proses pemikiran. Pembelajaran
adalah proses aktif minda yang fokus kepada maklumat penting, menapis maklumat tidak pentin
g dan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat pemilihan (Slavin,
1997).Gagne melihat proses pembelajaran sebagai langkahlangkah memproses maklumat.Manakala Ausubel berpandangan bahawa manusia memperolehi
ilmu kebanyakannyadalam bentuk pembelajaran resepsi dan penemuan.
Satu lagi unsur kognitivis yang terdapat adalah pada segmen permainan yang mana terdapat
beberapa peringkat (level) atau aras kesukaran dalam segmen permainan. Teori pembelajaran
Gagne menyatakan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada yang rumit.
Ini bertujuan supaya pengguna
bolehmenerima pengetahuan dari peringkat asas ke peringkat lanjutan secara berurutan

Di dalam portal ini, pembelajaran berlaku apabila pelajar mengikuti pengajaranyang


disampaikan dalam bentuk animasi. Lazimnya animasi merupakan kaedah yang bersesuaian
dengan gaya pembelajaran visual dan juga auditori.
Penyampaian pengajaran dan pembelajaran proses sains melalui animasi inimemudahkan pelajar
untuk memahami proses sains tersebut. Ini kerana proses mental berlaku secara berstruktur.
Sebagai proses yang berlaku pada jantung yang disampaikan dalam bentuk animasi
Selain daripada itu, portal ini dapat menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara m
enyeluruh seperti Kids Science Projects
pembelajaran berlaku apabila gambaran tugasan yang diberikan secara menyeluruhdengan meng
aplikasikan fahaman Gestalt. Gestalt mengatakan pembelajaran akan berlaku apabila dilihat
secara keseluruhan dan memberi makna kepada hubungan diantara bahagian-bahagiannya.

TEORI KOSTRUKTIVE
Teori Pembelajaran Konstruktivis ialah teori pembelajaran yang berpusatkan pelajar danlebih
menekankan kepada pencapaian kognitif dan tingkah laku. Maka, teori ini lebihm
enggalakkan pelajar berfikir sendiri untuk mewujudkan
pengetahuan baru hasilgabungan pengetahuan sedia ada dengan maklumat baru yang diterima
melalui prosesP&P yang terancang dan bersistematik.They are constructing their own
knowledge by testing ideas and approaches based on their prior knowledge and experience,
applying these to a new situation andintegrating the new knowledge gained with preexiting intellectual constructs (Briner,M., 1999)Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada
satu komitmen terhadap
pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu penget
ahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yangdilakukan oleh
individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaranyangditerima secara pasif dari
luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada
pemikiranseseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insanmem
bentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalaman secara terpilih.(Nik Azis Nik Pa,
1999)Portal pendidikan ini sebenarnya menyediakan satu bahagian yang dinamakan blog. Blog
ini menyediakan ruang untuk pelajar membina kreativiti dalam menghasilkan bahan yanh
kemudiannya dikaitkan dengan sains
. Selain itu, pelajar akan berasa seronok untuk menjalankan eksperimen melalui segmen yang
disediakan di dalam portal ini iaitu dalam bahagian Kids Science Projects
.Mereka akan menyesuaikan pengetahuan yang akan diterima dengan pengetahuan sediaada
untuk membina pengetahuan baru.
Ciri-ciri
Berpusatkn pelajar

Pelajar ygmengawal proses


Lebih kepada proses penilaian kendiri
Lebih subjektif
Tidak perlu ikut step yg tertentu
3. Cikgu Atan ingin merekabentuk satu pengajaran matematik tingkatan 5 selama 45 min.
Terangkan langkah-langkah rekabentuk berlandaskan Gagne Nine event of Instuctional.

4. Gambar diberi
- Kaitkan strategi
- Kaitkan model
- Kaitkan objektif
- Kaitkan tajuk subjek yang sesuai
- Bagaimana digunakan
effective teaching and learning

SENDER

ENCORD

MEDIA -

DECORD

Feel of
references

feedback
feedback

ENCORD
Input guru
1.Learning teori ( behavior / kognitif of konstruktive)
2.Strategi pengajaran ( brpusat pljar, brpusat guru, berpusat bahan)
3.Kaedah pengajaran (inkuiri, perbincangan )
Aturkan / plan sesi p&p
Bahasa yang sesuai
Apa yang perlu diajar
Apa maklumat yg hendak diajar
Susun rekabentuk
Analisis ciri2 umur, gaya pembelajaran, pengalaman

RECEIVER

MEDIA ( feel of reference)


Nota / movie/ suara yg bagaimana utk sampaikan maklumat
Ganguan fikirkan apa yg bkan berlaku serta gangguan yang mungkin beraku

DECORD ( akan diterjemahkan )


Input pelajar
Pelajar terima maklumat
Disimpan dlm short term memory ( ingatan sementara )
Alat yg bantu pelajar decord (mind map / note / graphic organizer)

- wujudkan maklumbalas dlm bentuk kuiz, soal jawab dan ujian


mesti ada aliran utk soalan / komunikasi dua hala

INTERAKTIVITI
Guru dgn bahan
-

Guru taip satu input baru berdasarkan jwapan murid


Guru ubah font dan warna
Highlight dan staging

Guru dgn pelajar


-

Aju soalan panggil nama


Ujian
Teguran
Minat pendapat
Sumbangsaran

Pelajar dgn bahan

Eksperimen
Soalan kuiz
Kad tugasan

Pelajar dgn pelajar


-

Perbincangan dlm kumpulan


Bentuk kumpulan
Lantik ketua kumpulan
Buat laporan perbincangan

Pelajar dgn teknologi


Blog

5. Kegunaan rekabentuk pengajaran


- Menghasilkan pengajaran yang berkesan
- Membolehkan pelajar memperolehi kemahiran, pengetahuan dan sikap yang
diharapkan
- Pengajaran yang berkesan, digemari oleh para pelajar
- Mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar
- Dapat melaksanakan pengajaran dengan lancer dan menarik serta tidak kelam kabut.\
6. Perkara asas model rekabentuk pengajaran ( yg ni tak sure tp sy masukkan sebagai
persediaan kot2 klua soalan bentu mcm ni )
Menentukan keperluan menentukan matlamat/objektif membina proses dan penilaian
merekabantuk dan memilih strategi Mencuba system pengajaran Menilai
keseluruhan system.
Langkah Penyediaan Media Instruksional
Kualiti sesuatu media instruksional terletak pada perancangan yang rapi. Jika diteliti, proses
penyediaan media hampir sama bagi semua jenis media. Yang membezakan adalah kemahiran
teknikal yang diperlukan bagi sesuatu media tertentu.
Langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam proses penyediaan atau penerbitan media adalah
seperti berikut:

8.4.2.1 Cetuskan idea.


Idea tercetus daripada pengalaman, pembacaan, pemerhatian dan sebagainya. Yang penting,
fikiran diajukan kepada usaha membantu pelajar dan mengatasi masalah pembelajaran mereka.
8.4.2.2 Nyatakan objektif.
Tuliskan dengan jelas apakah yang kita inginkan pelajar kita dapat lakukan di akhir pengajaran
nanti. Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus
kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif
pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah
fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif
pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk
dipelajari.

8.4.2.3 Analisis pelajar dari segi:


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Latar Belakang;
Pengetahuan Sedia Ada;
Kadar Pembelajaran;
Kemahiran Asas;
Kebolehan Bertutur;
Sikap; Dan
Gaya Belajar.

Maklumat di atas boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara
langsung dan pengajar akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar.
Analisis pelajar akan mempengaruhi:

Perkembangan pengajaran
Kepantasan pengajaran
Paras perbendaharaan kata
Cara dan tahap penglibatan pelajar.

Media yang digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah,
media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar, terdapat 3 perkara penting yang
perlu dilihat iaitu: penggunaan sesuatu media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu
disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar supaya penggunaannya berkesan dan bermakna kepada
pelajar itu sendiri. Perkara-perkara berikut harus dijadikan pertimbangan guru iaitu
perkembangan tahap kognitif dan fizikal pelajar yang akan diajar. Dengan itu bahan media yang
digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar, di mana hasil pengajaran dan
pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain itu, perbezaan budaya dan bahasa setiap pelajar harus
diberi pertimbangan.

8.4.2.4 Kumpul dan susun bahan

Kenal pasti sumber dengan menjalankan kajian sama ada menerusi pembacaan atau
pergi terus ke lokasi berkenaan.
Buat sorotan menyeluruh tentang kandungan.
Susun isi-isi utama.
Buat satu sinopsis ringkas.

8.4.2.5 Tukarkan idea ke dalam bentuk visual.


Visual ialah media berbentuk paparan interaktif dan bahan media pengajaran yang menggunakan
imej yang dapat dilihat, atau berdasarkan penglihatan. Visual membolehkan proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan. Muhamad Hasan A.Rahman (2000),
berdasarkan piramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan
peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan pendengaran. Ini menunjukkan
bahawa visual membolehkan proses pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan.
Visual boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu visual tayangan dan visual bukan
tayangan. Visual tayangan adalah seperti transperensi dan OHP, projektor slaid, kamera video
serta video dan televisyen. Manakala visual bukan tayangan adalah seperti carta, poster, papan
tulis dan model.
Pelajar akan lebih cepat menerima pelajaran dengan melihat, mendengar dan
melakukannya apabila guru menggunakan bahan visual sebagai suatu media instruksional di
dalam pembelajaran.
Seseorang guru mesti mempunyai pengetahuan asas grafik untuk membuat persediaan
Bahan Bantu Mengajar (BBM) asas. Pemahaman asas grafik membolehkan seseorang
menghasilkan BBM yang sistematik dan efektif. Menurut Kemp (1980), seseorang itu tidak
semestinya mempunyai pengetahuan dan latarbelakang seni yang tinggi bagi membentuk sesuatu
BBM; memadailah jika mempunyai pengetahuan asas grafik.
Prinsipprinsip seni reka seperti mudah, penyatuan, penumpuan dan perseimbangan
harus diberi perhatian utama untuk menghasilkan media instruksional yang berkesan dan dapat
membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran
8.4.2.6 Rancangkan penglibatan pelajar.
Penglibatan yang aktif akan meningkatkan keberkesanan pengajaran. Pelbagai cara boleh
dilakukan seperti:

Memberikan soalan yang memerlukan jawapan segera, secara lisan atau bertulis.
Membuat kesimpulan atau menyatakan pandangan; dan
Membuat pemilihan, penilaian atau perkara yang berkaitan dengan membuat
keputusan.

8.4.2.7 Semak perancangan anda.


Dalam semakan ini, beberapa soalan perlu diajukan, iaitu:

Adakah ia membantu pencapaian objektif?


Wujudkah kesinambungan, misalnya antara satu keping slaid atau transparensi
dengan yang lain?
Adakah ia membawa pertambahan pengetahuan di kalangan pelajar?
Adakah ia berfokus kepada idea utama?
Adakah idea itu jelas?
Adakah semua perkara yang tidak penting telah diketepikan?
Adakah ia dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan?
Adakah tajuk jelas dan cukup pendek untuk dibaca semasa persembahan?
Adakah aktiviti yang disediakan mencukupi?

8.4.2.8 Penerbitan
Setelah anda berpuas hati dengan perancangan yang dibuat, maka penerbitan
merupakan langkah yang seterusnya. Dalam konteks ini, aspek teknikal penting dikuasai.
7. Rekabentuk instruksional yang efektif perlu diberlandaskan teori pembelajaran yang
dikenalpasti. Bincangkan
- definisi efektif
- boleh banding beza
- boleh terangkan
- boleh cadangkan

8. Apakah yang perlu kita lakukan untuk pastikan rekebantuk mencapai E T & L ( ET & L
ni sy tak tau sbb salin cpat2 masa mr tan ckap )

You might also like