You are on page 1of 19

Unit Inovasi dan Penyelidikan

Tingkat 9, Ibu Pejabat MARA


21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

Bil. MARA

: MARA/UNI : 1/6 (15)

Tarikh

: 18 Ogos 2014

SURAT EDARAN UNIT INOVASI DAN PENYELIDIKAN


ANUGERAH INOVASI MARA 2014
1.

TUJUAN
1.1

2.

3.

Surat edaran ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pusat-Pusat


Pentadbiran MARA mengenai pelaksanaan program Anugerah Inovasi MARA
2014.

LATAR BELAKANG
2.1

Anugerah Inovasi MARA adalah merupakan satu program yang diwujudkan


oleh MARA bagi menyemarakkan budaya kreativiti dan inovasi dalam
kalangan warga MARA. Melalui program ini, warga MARA berpeluang untuk
memperkenalkan inovasi atau idea baru dalam semua aspek kerja untuk
menghasilkan perkhidmatan berkualiti. Hasil inovasi ini boleh merangkumi
apa-apa perubahan kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau cara bekerja.

2.2

Anugerah Inovasi MARA yang telah diperkenalkan sejak tahun 2011


diteruskan pada tahun ini agar penerapan budaya kerja berprestasi tinggi
yang berasaskan inovasi dan kreativiti dapat ditingkatkan. Usaha ini sejajar
dengan empat strategi utama dalam Pelan Strategik MARA (PSM) 20112015 iaitu inovasi usahawan (i-usahawan), pekerja (i-pekerja), pelaburan (ipelaburan) dan organisasi (i-organisasi).

OBJEKTIF
Objektif Anugerah Inovasi MARA 2014 adalah untuk:
3.1

Meningkatkan kesedaran warga MARA tentang perlunya kreativiti dan inovasi


demi pengupayaan penyampaian perkhidmatan bernilai tinggi;

3.2

Membudayakan pemikiran kreatif dan penghasilan inovasi dalam kalangan


staf MARA yang mampu memenuhi kehendak pelanggan sekaligus
meningkatkan imej MARA; dan

3.3

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pusat pentadbiran MARA


terhadap kejayaan yang telah dicapai melalui pelaksanaan inovasi dalam
penyampaian perkhidmatan yang terbaik.

4.

KATEGORI ANUGERAH
Kategori anugerah yang akan dipertandingkan adalah sebagaimana berikut:
4.1

Kategori Pengurusan:
Kategori Pengurusan meliputi pengenalan, pewujudan atau penambahbaikan
sistem pentadbiran dan pengurusan merangkumi sistem prosedur serta
kaedah kerja yang boleh menjimatkan masa, meningkatkan produktiviti atau
hasil kerja, mengurangkan kos operasi, meningkatkan tahap kepuasan hati
pelanggan serta faedah-faedah lain.
Contoh: Penggabungan borang permohonan, pengenalan borang baharu,
pelaksanaan prosedur kerja baharu, pengenalan kaedah kerja baharu,
pengubahsuaian kaedah lama kepada baharu dan pemendekan tempoh
memproses permohonan.

4.2

Kategori Teknikal:
Kategori Teknikal meliputi pengenalan, pewujudan atau penambahbaikan
sistem, produk atau kaedah teknikal / proses fizikal serta penyelesaian
masalah yang menggunakan bidang pengetahuan yang tertentu seperti
kejuruteraan, seni perusahaan (Industrial arts) dan sains gunaan (Applied
science).
Contoh: Penciptaan peralatan baharu, pengubahsuaian rekabentuk peralatan
lama kepada yang baharu, pengwujudan kaedah teknikal baharu, perubahan
dalam penggunaan bahan atau komponen kimia yang mempunyai nilai
komersil.

4.3

Kategori Pengajaran & Pembelajaran:


Kategori Pengajaran & Pembelajaran meliputi kaedah yang digunakan
dalam penyampaian ilmu kepada pelajar dengan berkesan sama ada secara
manual, menggunakan bahan multimedia atau penciptaan alat bantuan
mengajar.
Contoh: Penggunaan ICT, penciptaan peralatan atau kaedah atau teknik
baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.4

Kategori Keselamatan, Kesihatan, Persekitaran Berkualiti dan Go Green


(selain Pensijilan 5S):
Kategori Keselamatan, Kesihatan, Persekitaran Berkualiti dan Go Green
merangkumi pendekatan yang digunakan untuk mewujudkan persekitaran
kerja berkualiti, kondusif, sihat, selamat dan memenuhi ekspektasi di dalam
organisasi MARA. Ini termasuk usaha-usaha untuk menentukan kepatuhan
kepada standard dan dasar yang ditetapkan serta meningkatkan budaya
penambahbaikan berterusan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan

dan produktiviti kerja. Disamping itu, kategori ini juga termasuk inisiatif untuk
menghijaukan (going green) persekitaran kerja yang telah disebabkan oleh
perubahan peredaran arus global seperti berlakunya pencemaran, penipisan
lapisan ozon, pemanasan global dan pelbagai masalah lain.
Contoh: Penciptaan peralatan atau kaedah atau teknik baharu dalam
meningkatkan keselamatan pekerja di tempat kerja.
5.

PERLAKSANAAN
5.1

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:


5.1.1

Inovasi hendaklah dihasilkan oleh individu atau berkumpulan. Sebaikbaiknya penyertaan adalah melalui Kumpulan Inovatif dan Kreatif
(KIK);

5.1.2

Penyertaan hendaklah melalui Pegawai Mengawal Pusat;

5.1.3 Inovasi yang dihasilkan hendaklah memberi faedah yang jelas bagi
menghasilkan penyampaian perkhidmatan bernilai tinggi;
5.1.4 Hasil inovasi yang dipertandingkan adalah yang pertama kali
diperkenalkan di dalam MARA;
5.1.5 Inovasi yang telah memenangi anugerah di peringkat nasional
atau/dan antarabangsa adalah tidak layak untuk dipertandingkan; dan
5.1.6 Jumlah maksima penyertaan oleh setiap pusat adalah dua belas (12)
projek inovasi dengan penyertaan bagi setiap kategori tidak melebihi
empat (4) projek inovasi. Walau bagaimanapun, setiap pusat
adalah diwajibkan untuk menghantar sekurang-kurangnya satu
penyertaan.
5.1.6

Inovasi-inovasi berikut tidak layak untuk turut serta:


a) Inovasi daripada hasil penyelidikan dan pembangunan yang
tiada kaitan dengan inovasi dan produktiviti organisasi MARA;
dan
b)

5.2

Inovasi yang berusia melebihi satu (1) tahun dari tarikh ianya
diperkenalkan.

Tumpuan dan Kriteria Penilaian Anugerah Inovasi


Tumpuan penilaian dan kriteria yang digunakan dalam proses penilaian dan
pemilihan adalah seperti berikut:
Tumpuan Penilaian Pertama : Idea
Idea yang dicetuskan bagi menghasilkan sesuatu inovasi itu diukur dari segi
kreativitinya iaitu dengan menilai keaslian dan adaptasi inovasi tersebut.

Kriteria Penilaian 1 : Kreativiti


Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana projek inovasi yang
dihasilkan memenuhi ciri-ciri keaslian dan adaptasi. Penerangan
mengenai kriteria ini perlu mempunyai ciri-ciri berikut :
(i)

Keaslian
- Inovasi yang dihasilkan adalah idea yang asli.

(ii)

Adaptasi
- Inovasi yang dihasilkan merupakan penambahbaikan atau
pengubahsuaian idea sedia ada.

Tumpuan Penilaian Kedua : Hasil inovasi (Output)


Hasil inovasi (output) diukur dengan mengambil kira tahap pelaksanaan dan
replicability sesuatu inovasi itu.

Kriteria Penilaian 2 : Tahap Pelaksanaan


Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pelaksanaan
inovasi yang dihasilkan sama ada ia telah berjaya dilaksanakan
sehingga ke peringkat seperti berikut :
(i)
(ii)

Secara penuh (melepasi peringkat percubaan); atau


Secara percubaan (di peringkat prototaip).

Kriteria Penilaian 3 : Replicability


Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana inovasi yang
dihasilkan memenuhi ciri-ciri replicability dan terdapat bukti inovasi
boleh diguna pakai oleh agensi-agensi lain seperti berikut :
(i)
(ii)

Dilaksanakan secara terus di pelbagai tempat; dan


Dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan
tanpa melibatkan kos yang tinggi.

Tumpuan Penilaian Ketiga : Impak (Outcome)


Impak (outcome) dinilai dengan melihat kepada kriteria efisien (kecekapan)
dan signifikan sesuatu inovasi tersebut.

Kriteria Penilaian 4 : Efisien


Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang
dihasilkan memenuhi ciri-ciri efisien iaitu yang dapat menyumbang
kepada :
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Penjimatan masa
Penjimatan kos
Peningkatan Produktiviti
Mudah digunakan (user-friendly).

Kriteria Penilaian 5 : Signifikan


Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang
dihasilkan memenuhi ciri-ciri signifikan dan terdapat bukti yang nyata
inovasi dapat memberi impak kepada keberkesanan dan kecekapan
sistem penyampaian perkhidmatan dalam :
(i)
(ii)
(iii)

5.3

Perkhidmatan Awam
organisasi
bahagian/seksyen/unit.

Pembahagian Markah Anugerah Inovasi


Pembahagian markah diberikan mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan
seperti di Lampiran A.

5.4

Proses Penilaian Dan Pemilihan Penerima Anugerah Inovasi


Penilaian dan pemilihan dibuat melalui beberapa peringkat seperti dijelaskan
di Lampiran B.

5.5

Tatacara Penyertaan
Peserta mestilah mematuhi perkara-perkara berikut:
5.5.1

Melengkapkan borang permohonan yang ditandatangani oleh


Pegawai Mengawal Pusat seperti dijelaskan di Lampiran C. Setiap
projek inovasi yang disertai perlu menggunakan borang berasingan.

5.5.2

Menyediakan laporan inovasi dalam


mengandungi perkara-perkara berikut:
a)

Bahasa

Melayu

yang

Maklumat ringkas mengenai pusat, bahagian, seksyen atau


unit yang memperkenalkan inovasi;

b)

Penerangan mengenai inovasi yang diperkenalkan, objektif,


tempoh pelaksanaan sama ada secara penuh atau percubaan
dan lokasinya;

c)

Penerangan ringkas mengenai kedudukan sebelum inovasi


dilaksanakan;

d)

Masalah-masalah
dilaksanakan; dan

e)

Faedah-faedah pelaksanaan inovasi bagi meningkatkan kualiti


perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan mengikut
kriteria yang ditetapkan di para 5.2.

yang

dihadapi

sebelum

inovasi

5.5.3 Menggunakan format dan contoh laporan sebagaimana yang


disertakan bersama-sama.

5.5.4 Laporan
yang
telah
disiapkan
perlu
diemel
infouni@mara.gov.my sebelum atau pada 2 Januari 2015.

kepada

5.5.5 Skop dan tempoh projek yang akan dinilai berdasarkan projek yang
telah atau sedang berlangsung bermula 1 Januari 2014 sehingga 31
Disember 2014.
6.

HADIAH

6.1

Tiga pemenang bagi projek inovasi terbaik dan dua pemenang bagi
hadiah saguhati bagi setiap kategori akan menerima hadiah berupa wang
tunai, plaque dan sijil penghargaan. Nilai hadiah wang tunai bagi setiap
kategori adalah seperti berikut:
Pertama
Kedua
Ketiga
Saguhati
Saguhati

6.2

Pembahagian hadiah wang tunai antara pusat dan pereka adalah seperti
berikut:
i)
ii)

7.

RM10000.00
RM7000.00
RM5000.00
RM2000.00
RM2000.00

Pusat 30% daripada nilai hadiah wang tunai yang dimenangi.


Pereka 70% daripada nilai hadiah wang tunai yang dimenangi.

PEMAKAIAN
7.1

Semua Pusat Pentadbiran MARA yang terlibat dikehendaki menggunakan


surat edaran ini sebagai panduan dan rujukan untuk tujuan penyertaan dalam
Anugerah Inovasi MARA 2014.

8.

TARIKH KUATKUASA DAN PERTANYAAN


8.1

Surat Edaran Unit Inovasi dan Penyelidikan ini berkuat kuasa dari tarikh
surat ini dikeluarkan.

8.2

Sebarang pertanyaan sila hubungi:


En. Rosidi Ishak di talian 03-26134360, emel rosidi@mara.gov.my atau
Pn. Sarinah Sulaiman di talian 03-26134480, emel sarinah@mara.gov.my/

9.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI MENGAWAL PUSAT


9.1

Pegawai Mengawal Pusat dipohon untuk memberi kerjasama dalam


menjayakan Anugerah Inovasi MARA 2014 dan memaklumkan kepada
semua pegawai di bawah seliaan masing-masing berkenaan program ini.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

KAMARUZAMAN JAFFAR
Pengarah
Unit Inovasi dan Penyelidikan
MARA.

Keusahawanan dan Pendidikan Global


Amanah rakyat

Lampiran A

Pembahagian Markah Anugerah Inovasi MARA


Tumpuan
Penilaian
Idea

Hasil
Inovasi
(Output)

Impak
(Outcome)

Kriteria

Markah

1. Kreativiti
a. Keaslian; atau
b. Adaptasi
2. Tahap Pelaksanaan
a. Secara penuh (melepasi peringkat
percubaan) ; atau
b. Percubaan (di peringkat prototaip)
3. Replicability
a. Boleh dilaksanakan terus di pelbagai
tempat; atau
b. Boleh dilaksanakan dengan
pengubahsuaian mengikut keperluan
tanpa melibatkan kos yang tinggi
4. Efisien (Kecekapan)
a. Jimat masa
b. Jimat kos
c. Tingkatkan produktiviti
d. Mudah digunakan (user-friendly)
5. Signifikan
a. Tinggi (Impak kepada MARA) ; atau
b. Sederhana (Impak kepada
bahagian/pusat) ; atau
c. Rendah (Impak kepada seksyen /
unit)
Jumlah keseluruhan

Markah
Penuh
25

25
20
20
20
10
10
10
6

20
5
5
5
5
25
25
15
10
100

Lampiran B
PROSES PENILAIAN DAN PEMILIHAN PENERIMA
ANUGERAH INOVASI MARA
i.

Peringkat Pertama : Tapisan Oleh Pihak Urus Setia


Semua permohonan yang diterima akan dibuat tapisan di peringkat urus setia untuk
memastikan permohonan memenuhi syarat-syarat penyertaan dan tatacara
permohonan yang telah ditetapkan.

ii.

Peringkat Kedua : Penilaian Berasaskan Laporan


Semua laporan inovasi yang diterima akan dinilai oleh Panel Penilai yang dipilih dan
dilantik khas. Penilaian akan dilaksana berdasarkan kriteria penilaian yang telah
ditetapkan. Pada peringkat ini, projek inovasi akan disenarai pendek untuk penilaian
peringkat ketiga.

iii.

Peringkat Ketiga: Penilaian Inovasi Yang Disenarai Pendek Berasaskan


Taklimat Dan Demonstrasi
Inovasi yang disenarai pendek oleh Panel Penilai di peringkat kedua akan dijemput
untuk memberi taklimat serta demonstrasi mengenai projek inovasi masing-masing.
Taklimat ini bertujuan untuk membolehkan Panel Penilai mendapat maklumat
terperinci, penjelasan lanjut dan membuat pengesahan ke atas pematuhan kriteria
penilaian yang ditetapkan. Jika perlu, panel penilai akan membuat lawatan ke pusat
yang terbabit bagi menyaksikan projek inovasi yang dilaporkan.
Projek inovasi berkenaan boleh juga dirujuk oleh panel penilai kepada agensi
teknikal yang berkaitan untuk mendapat ulasan dan pengesahan berhubung dengan
inovasi-inovasi yang dihasilkan. Panel Penilai akan menyediakan senarai projek
inovasi yang diperakukan sebagai penerima Anugerah Inovasi MARA.

iv.

Peringkat keempat : Keputusan Muktamad Penerima Anugerah Inovasi Oleh


Jawatankuasa Induk Panel Hakim Anugerah Inovasi MARA 2014
Senarai projek inovasi yang diperakukan sebagai penerima Anugerah Inovasi MARA
akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Induk Panel Hakim Anugerah Inovasi
MARA 2014 untuk pertimbangan dan keputusan muktamad.

Lampiran C
BORANG PENYERTAAN
ANUGERAH INOVASI MARA
1.

Maklumat Pusat
Nama Pusat

2.

Tajuk Projek Inovasi

3.

Kategori Inovasi

Pengurusan

Teknikal

Pengajaran &

Pembelajaran
Kategori Keselamatan, Kesihatan, Persekitaran
Berkualiti dan Go Green
(Tandakan ( / ) pada ruang berkaitan)

4.

5.

Maklumat Ketua Pereka/Pereka :


Nama

Jawatan

No. K/P

Emel

No. Telefon

No. Faks

Pengesahan Pengawal Pusat :


Saya mengesahkan bahawa hasil inovasi ini adalah yang pertama kali diperkenalkan di
dalam MARA.

Tandatangan

Nama

Tarikh

Untuk Kegunaan Urus Setia


Tarikh
diterima

10

CONTOH FORMAT LAPORAN INOVASI


ANUGERAH INOVASI MARA
1.

Laporan inovasi hendaklah dihasilkan dalam Bahasa Melayu dan mengandungi


perkara-perkara berikut :
a.

Maklumat ringkas mengenai agensi, bahagian, seksyen atau unit yang


memperkenalkan inovasi;

b.

Penerangan mengenai inovasi yang diperkenalkan, objektif, tempoh


pelaksanaan sama ada secara penuh atau percubaan dan lokasinya;

c.

Penerangan ringkas mengenai kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan;

d.

Masalah-masalah yang dihadapi sebelum inovasi dilaksanakan; dan

e.

Faedah-faedah pelaksanaan inovasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan


yang disampaikan kepada pelanggan mengikut kriteria penilaian yang telah
ditetapkan.
(Penerangan mengenai faedah perlu disokong dengan data dan bukti yang
nyata).
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

f.

Kreativiti
Tahap Pelaksanaan
Replicability
Efisien
Signifikan
Komitmen Pengurusan Atasan

Gambar-gambar inovasi berserta dengan tajuk termasuk gambar sebelum


dan selepas inovasi yang tidak melebihi 10 keping.

2.
Satu (1) salinan laporan dalam bentuk soft copy (fail PDF) perlu diemel kepada
infoUNI@mara.gov.my untuk setiap projek inovasi.
3.
Format penulisan: Tulisan jenis Arial bersaiz 12 dengan jarak baris 1.5.
4.
Jumlah maksima muka surat laporan ialah 20 muka surat termasuk lampiran dan
gambar.

11

INOVASI

PROGRAM HARI KHAS JPA BERSAMA PELANGGAN


SECARA MAYA

AGENSI

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

INOVASI YANG DILAKSANAKAN


Program Hari Khas JPA Bersama Pelanggan Secara Maya merupakan saluran
secara maya kepada para pelanggan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk
mendapatkan kemudahan khidmat nasihat, secara serta-merta serta menyediakan
kemudahan untuk pelanggan berkomunikasi dengan pegawai-pegawai JPA secara
real time. Program ini merupakan kaedah alternatif selain dari bertemu secara
bersemuka atau fizikal pada Hari Khas Bersama Pelanggan JPA. Ia berkonsepkan
hari terbuka melalui penyediaan kaunter perkhidmatan khas atau maya. Kaunterkaunter interaksi atau chatting secara maya diaktifkan pada Jumaat terakhir setiap
bulan sempena Program Hari Khas JPA Bersama Pelanggan.
Inovasi ini yang mula dilaksanakan secara penuh pada November 2006 telah
memberi saluran komunikasi alternatif kepada lebih satu juta pelanggan JPA iaitu
agensi kerajaan, anggota sektor awam, pelajar tajaan JPA dan pesara sama ada
untuk hadir secara bersemuka atau maya. Hasilnya, inovasi ini telah meningkatkan
jumlah pelanggan pada Hari Khas JPA Bertemu Pelanggan dengan membuka ruang
interaksi melepasi sempadan tanpa pertambahan kos.

Paparan Menu Utama Laman Web Hari Khas JPA


Bersama Pelanggan Secara Maya
12

SEBELUM INOVASI
Pelaksanaan Hari Khas JPA Bersama Pelanggan adalah pada hari Jumaat terakhir
setiap bulan. Pada hari tersebut kaunter-kaunter perkhidmatan khas oleh semua
Bahagian JPA diwujudkan secara one stop centre. Pendekatan bersemuka
dipraktikkan dengan menawarkan khidmat nasihat, bantuan teknikal, taklimat khas
dan perkhidmatan sokongan kepada para pelanggan yang hadir. Purata kehadiran
pelanggan dari tahun 2002 hingga 2005 amat menggalakkan terutama pelanggan
bagi kaunter Bahagian Pencen, Latihan dan Perkhidmatan. Namun kaedah
bersemuka ini mempunyai beberapa kekangan seperti memerlukan pelanggan hadir
sendiri ke JPA. Ini menimbulkan kerumitan dari segi kekangan masa pelanggan dan
kos perjalanan terutama bagi pelanggan yang jauh atau berada di luar negeri.

Pelanggan perlu hadir untuk mendapatkan perkhidmatan

SELEPAS INOVASI
Selepas inovasi diperkenalkan, para pelanggan JPA cuma perlu klik pada capaian
Hari Khas JPA Bersama Pelanggan secara on-line di laman web service.jpa.gov.my
untuk mengajukan sebarang masalah atau aduan. Inovasi ini menyediakan saluran
alternatif dan membuka ruang interaksi antara pelanggan dengan pegawai JPA
dengan mengambil kira faktor kos, keselesaan, jarak serta kecepatan pemberian
maklum balas. Hasilnya, jumlah pelanggan JPA pada Hari Khas Bersama
Pelanggan telah berjaya ditingkatkan melalui saluran bertemu secara mega ini.
Jumlah peningkatan pelanggan ditunjukkan melalui Jadual 1. Pelanggan dari luar
negara dan pelbagai negeri di Malaysia juga telah menggunakan saluran alternatif
ini.

13

Jadual 1
Bilangan Kehadiran Pelangan Secara Bersemuka dan Maya
Pada Hari Khas Bersama Pelanggan JPA
(Oktober 2006 hingga Mac 2007)

Faedah-Faedah Dari Inovasi Yang Dilaksanakan


Inovasi yang dilaksanakan telah berjaya memberikan faedah-faedah berikut :a)

Kreativiti
Inovasi ini adalah idea yang asli dari segi konsep kaedah penganjuran Hari
Bersama Pelanggan di mana ia menambahbaik pendekatan interaksi secara
bersemuka kepada secara maya antara pelanggan dan para pegawai JPA.
Inovasi ini menggunakan aplikasi chatting Microsoft Internet Relay Chat
(MIRC) iaitu salah satu aplikasi Internet Relay Chat yang paling popular dan
boleh diakses serta dimuat turun secara percuma. Ia membolehkan para
pelanggan JPA dari seluruh dunia berkomunikasi dengan pegawai JPA
secara real time dengan melayari kaunter-kaunter khas yang dikendalikan
oleh pegawai yang mahir bagi setiap perkhidmatan JPA dan diselia oleh
penyelia yang berpengalaman.

14

b)

Tahap Pelaksanaan
Inovasi ini telah diuji cuba pada September 2006 dan telah dilaksanakan
sepenuhnya mulai November 2006.

c)

Replicability
Inovasi ini boleh digunakan oleh semua agensi-agensi kerajaan bagi memberi
pilihan tambahan atau alternatif kepada para pelanggan untuk berkomunikasi
selain dari interaksi secara bersemuka, surat, emel atau telefon. Ia telah
diguna pakai oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mulai April 2007.

d)

Efisien
Kecekapan inovasi ini diterjemahkan seperti berikut :

e)

i.

Penganjuran Hari Khas JPA Bersama Pelanggan Penggunaan di luar


JPA telah dikurangkan. Oleh itu, masa bekerja telah dioptimumkan di
mana masa untuk urusan pengangkutan, persediaan kaunter dan
kemudahan pelanggan di lokasi dan pemunggahan tidak lagi
diperlukan.

ii.

Kos perbelanjaan penganjuran Hari Khas JPA Bersama Pelanggan


bagi setiap negeri adalah sebanyak RM55,300 yang meliputi kos
sewaan peralatan, pengangkutan, penginapan, jamuan, guna tenaga
dan promosi. Inovasi telah membolehkan JPA menjimatkan sebanyak
RM38,900 bagi setiap program hasil pengurangan kos terutamanya
perbelanjaan pengangkutan dan guna tenaga.

iii.

Produktiviti para pegawai JPA yang terlibat secara langsung pada Hari
Khas JPA Bersama Pelanggan telah meningkat. Para pegawai boleh
melayan lebih ramai pelanggan berbanding kaedah bersemuka untuk
satu tempoh masa yang sama. Jumlah pelanggan JPA pada Hari Khas
JPA Bertemu Pelanggan telah meningkat, terutamanya para
pelanggan luar Putrajaya dan luar negara.

Signifikan
Inovasi ini telah memperluaskan outreach JPA terhadap para pelanggannya
yang berada di pelbagai lokasi. Para pelanggan boleh berurusan dengan
selesa bersama pegawai JPA dari serata dunia tanpa perlu hadir ke JPA,
Putrajaya. Inovasi interaksi secara maya ini telah memudah dan
mempercepatkan urusan pelanggan, mengoptimumkan penggunaan ICT,
mengurangkan karenah birokrasi dan menyokong program e-Government.

15

INOVASI

PENGGUNAAN ALAT SEMBURAN PPE SHOWER DALAM


KERJA MEMBASMI KUMAN

AGENSI

JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN PERAK INOVASI


YANG DILAKSANAKAN

Alat semburan Personal Protective Equipment (PPE Shower) adalah inovasi alat
semburan untuk membasmi kuman pada pakaian PPE yang dipakai oleh pegawai
Jabatan Perkhidmatan Haiwan semasa operasi Highly Pathogenic Avian Influenza
(HPAI) atau Penyakit Selesema Burung. Penyakit berbahaya ini boleh berjangkit dari
ayam atau itik kepada manusia. Alat ini dihasilkan bagi menggantikan kaedah
penyemburan manual yang menggunakan pam semburan tangan di mana
penyemburan airnya tidak rata, kurang efektif, menggunakan kuantiti ubat yang
tinggi dan berkos tinggi.

Personal Protective Equipment (PPE Shower)

SEBELUM INOVASI

16

Penggunaan alat Pam Spray secara manual kurang efektif kerana penyemburan
ubat basmi kuman tidak menyeluruh dan kuman tidak dapat dibasmi dengan
sempurna.

Penggunaan alat penyembur Bio-Hazard yang diguna pakai oleh Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia mempunyai beberapa kelemahan seperti penggunaan air
dan bahan ubat yang banyak, pancutan air kasar mengakibatkan pakaian PPE perlu
ditukar pada setiap kali operasi.

SELEPAS INOVASI

JPH Perak telah mengadaptasi alat Bio-Hazard untuk menghasilkan Alat


Penyemburan PPE Shower. Inovasi baru ini yang berketinggian 7 kaki diperbuat
daripada besi tahan karat (stainless steel) mempunyai 5 saluran berbentuk C yang
berdiameter 1/2 inci serta dilengkapi dengan nozel-nozel penyembur. Pam elektrik
atau petrol mudah alih digunakan untuk menghasilkan tekanan tinggi supaya air
melalui saluran-saluran tembaga. Alat ini diletakkan di dalam sebuah takung besi
tahan karat untuk mengumpul debu air semburan. Alat ini senang dibawa ke tempat
operasi serta mudah dipasang. Kaedah penyemburan berbentuk debu halus
17

menghasilkan semburan menyeluruh ke seluruh pakaian PPE. Ujian makmal


mengesahkan bahawa tiada kuman didapati pada pakaian PPE selepas ia diuji
cuba.
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Inovasi yang dilaksanakan telah berjaya memberikan faedah-faedah berikut :a)

Kreativiti
Inovasi yang diperkenalkan pada awal tahun 2006 ini telah diadaptasi dari
Alat Penyembur Bio-Hazard yang digunakan oleh JBPM untuk mencuci
pakaian pelindung dari bahan-bahan kimia berbahaya.

b)

Tahap Pelaksanaan
Inovasi ini telah diguna pakai semasa operasi basmi kuman HPAI di negeri
Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

c)

Replicability
Alat PPE Shower ini boleh digunakan oleh semua Jabatan Perkhidmatan
Haiwan (JPH) seluruh negara. Alat ini telah dikomersialkan oleh JPH Perak
dengan harga pasaran RM8,000 seunit untuk kegunaan para penternak ayam
dan itik untuk kegunaan di ladang. Ia juga amat berpotensi untuk
dikomersialkan untuk kegunaan agensi-agensi di luar negara.

d)

Efisien
Pengendalian Alat PPE Shower yang ringkas membolehkan jumlah pekerja
dalam proses semburan dapat dikurangkan dari 5 orang kepada 2 orang.
Bagi tahun 2006, kos guna tenaga kerja bagi kos Operasi HPAI di negeri
Perak yang melibatkan 1,428 ladang unggas dan kampung berjaya
dikurangkan dari RM456,960 kepada RM112,455 (Penjimatan sebanyak
RM344,505). Tempoh masa semburan terhadap seorang pekerja juga
dikurangkan dari 5 minit kepada 2 minit.
Semburan debu air alat ini amat halus berbanding dengan semburan pakaian
Bio-Hazard dan tidak membasahkan pakaian PPE. Oleh yang demikian,
pakaian PPE boleh diigunakan semula. Kos penggunaan pakaian pelindung
keselamatan PPE dapat dijimatkan sebanyak RM 251,598 bagi tahun 2006
oleh JPH Perak.

18

e)

Signifikan
Inovasi ini boleh digunakan oleh jabatan-jabatan lain dalam dan luar negara
yang terlibat di dalam operasi basmi kuman. Penggunaannya yang mudah
dan senang dipasang menjadikan operasi pembasmian kuman menjadi lebih
cepat dan kos efektif. Semburannya yang menyeluruh menjamin keselamatan
petugas semasa melaksanakan kerja-kerja mencuci hama dan basmi kuman
pada pakaian pelindung keselamatan yang dipakai oleh petugas.

19

You might also like