You are on page 1of 5

TEORI KOS PENGELUARAN

1. Dalam sebuah firma, kos tetap ialah RM600, kos purata ialah RM5, dan kos berubah
purata ialah RM3.00. Jumlah keluaran firma tersebut ialah
A. 100 unit
B. 150 unit
C. 200 unit
D. 300 unit
2. Pada suatu tingkat pengeluaran tertentu kos pengeluaran suatu barang ialah
RM1000.00. Apabila pengeluaran ditambah satu unit, kos pengeluaran meningkat
kepada RM1025.00. Apabila suatu unit output lagi ditambah, kosnya meningkat
kepada RM1040.00. Keadaan ini menggambarkan
A. kos sut meningkat
B. kos sut tidak dapat ditentukan
C. kos sut menurun
D. kos sut meningkat kemudian menurun
3. Sebuah firma mempunyai tiga saiz logi yang ditunjukkan oleh keluk-keluk kos
purata jangka pendek (SAC) melalui jadual di bawah
LOJI 1
Keluara SRAC1
n
(RM)
(unit)
1
1.00
2
0.95
3
0.90
4
0.95
5
1.00

LOJI 2
Keluaran SRAC2
(unit)
(RM)
2
3
4
5
6

0.74
0.72
0.70
0.72
0.74

LOGI 3
Keluara SRAC3
n
(unit)
(unit)
3
1.05
4
1.00
5
0.95
6
1.00
7
1.05

4. Kos purata jangka panjang pada tingkat keluaran 4 unit ialah


A. RM 0.70
B. RM 0.72
C. RM 0.90
D. RM 0.95
5. Antara yang berikut, yang manakah bukan kos tetap?
A. Sewa bangunan
B. Susutan nilai modal
C. Bunga ke atas pinjaman
D. Perbelanjaan ke atas bahan-bahan mentah

6. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat output dengan jumlah kos
dan kos berubah purata.

Tingka
t
Output

Jumlah
kos
(RM)

Q0
Q1

18000
24750

Kos
berubah
purata
(RM)
900
?

Jika kos tetap ialah RM4500 dan Q1 Q0 = 3, berapakah kos berubah purata pada
tingkat output Q1?
A. RM1000
B. RM1125
C. RM1375
D. RM1500

7. Antara yang berikut , pernyataan yang manakah benar tentang kos pada manamana tingkat output?
A. Kos sut akan melebihi kos tetap purata sebesar kos berubah purata
B. Kos sut akan melebihi kos berubah purata sebesar jumlah kos purata
C. Kos berubah purata akan melebihi jumlah kos purata dalam jangka pendek
D. Jumlah kos purata akan melebihi kos berubah purata sebesar kos tetap purata

8. Jika kos sut melebihi kos berubah purata pada masa output sedang meningkat, ini
bermakna
A. kos purata sedang menurun
B. kos purata sedang meningkat
C. kos purata dalam keadaan malar
D. kos berubah purata sedang meningkat

9. Jadual di bawah menunjukkan kos berubah bagi pengeluaran barang X


Barang X (unit)
Kos berubah
(RM)

0
0

1
30

2
50

3
60

4
90

5
130

6
186

Jika kos tetap ialah RM30.00, berapakah tingkat keluaran apabila kos sut menyamai
kos purata?
A. 2 unit
B. 3 unit
C. 4 unit
D. 5 unit

10.

Andaikan bahawa kos tetap ialah RM2000 dan kos purata pada 40 unit ialah
RM600. Berapakah kos berubah purata pada tingkat keluaran 40 unit?
A. RM55.00
B. RM65.00
C. RM350.00
D. RM550.00

11.

Mengapakah jarak antara keluk kos purata (AC) dengan kos berubah purata
(AVC) semakin kecil apabila kuantiti output bertambah?
A. Kos sut semakin tinggi
B. Kos tetap purata semakin kecil
C. Operasi firma menjadi semakin cekap
D. Kos purata pengurusan firma semakin kecil

12.

Keluk kos sut akan bersilang dengan keluk kos purata pada ketika
A. kos purata minimum
B. kos purata menurun
C. kos purata menaik
D. kos sut minimum

13.

Jadual di bawah menunjukkan kuantiti keluaran dan jumlah kos berubah sebuah
firma.
Keluaran

Jumlah kos berubah

(unit)
(RM)
5
80.00
10
240.00
15
380.00
20
540.00
25
750.00
Jika jumlah kos pada keluaran 0 unit ialah RM100.00, maka kos sut akan menyamai
kos purata pada keluaran
A. antara 5 dan 10 unit
B. antara 10 dan 15 unit
C. antara 15 dan 20 unit
D. selepas 25 unit

14.

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk jumlah kos tetap (TFC) dan jumlah
kos berubah (TVC).

Jumlah kos untuk mengeluarkan 10 unit output ialah


A. RM50.00
B. RM500.00
C. RM1200.00
D. RM24000.00

15.

Pernyataan yang manakah benar tentang kos purata?


A. Apabila kos purata menurun, kos sut sentiasa menurun

B. Kos purata bergerak melalui titik minimum keluk kos sut


C. Kos purata menurun apabila kos sut kurang daripada kos purata dan meningkat
apabila kos sut lebih daripada kos purata
D. Kos purata meningkat apabila kos sut kurang daripada kos purata dan menurun
apabila kos sut lebih daripada kos purata

16.

Gambar rajah di bawah menunjukkan TC, TVC, dan TFC masing-masing ialah
keluk jumlah kos, keluk jumlah kos berubah, dan keluk jumlah kos tetap sebuah
firma

Pada tingkat keluaran Q , AB ialah


A. jumlah kos berubah
B. jumlah kos tetap
C. kos purata
D. kos sut

17.

Berapakah tingkat keluaran sebuah firma jika kos purata ialah RM50.00 kos
berubah
purata ialah RM45.00, dan jumlah kos tetap ialah RM200.00?
A. 20 unit
B. 30 unit
C. 40 unit
D. 50 unit

18.

Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara output dengan kos berubah


purata sebuah firma.
Output

Kos berubah purata

(unit)
1
2
3
4

(RM)
30.00
27.50
25.00
28.25

Kos sut bagi output yang ketiga ialah


A. RM20.00
B. RM30.00
C. RM38.00
D. RM75.00

19.

Jika jumlah kos untuk mengeluarkan 10 unit keluaran ialah RM100.00 dan kos
sut bagi unit yang ke-11 ialah RM21.00 , maka
A. jumlah kos tetap ialah RM79.00
B. kos purata bagi mengeluarkan 11 unit ialah RM11.00
C. Kos sut bagi unit ke-10 adalah lebih daripada RM21.00
D. jumlah kos berubah bagi mengeluarkan 11 unit ialah RM121.00

20.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah yang tidak benar tentang kos
sut?
A. Jika keluk kos sut menaik, ia menunjukkan keluk kos purata juga menaik.
B. Jika keluk kos purata berada di bawah keluk kos sut, ini menunjukkan keluk kos
purata menaik.
C. Jika keluk kos sut bersilang dengan keluk kos purata, ia menunjukkan bahawa
kos
purata adalah minimum.
D. Jika keluk kos sut berada di bawah keluk kos purata, ia menunjukkan bahawa
keluk
kos purata adalah menurun

You might also like