You are on page 1of 26

1.

0 PENGENALAN
Alam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara
semula jadi di bumi. Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang tanpa
kegiatan manusia. Lawannya perkataan alam semula jadi ialah persekitaran terbina.
Bagi sebahagian orang, terdapat kesulitan terhadap istilah tersebut kerana kebanyakkan
persekitaran semula jadi mempunyai pengaruh manusia pada satu masa atau lain baik secara
langsung atau tidak. Bagi mengatasi masalah ini, sedikit sebanyak pengaruh manusia diizinkan
tanpa menyebabkan sesuatu landskap dikecualikan daripada status semula jadi. Biasanya maksud
istilah tersebut tergantung kepada konteksnya lebih daripada pengertian yang ditentukan.
Oleh sebab alasan ini, istilah ekosistem telah digunakan untuk menggambarkan persekitaran
yang mengandungi alam semula jadi, termasuklah manusia itu sendiri. Berdasarkan kajian ini
masalah persekitaran adalah manusia atau sosial. Ada sebilangan orang berpendapat bahawa
pengasingan persekitaran daripada manusia amat berbahaya. Ini merupakan pemahaman umum
yang telah menjadi dasar environmentalisme, yakni pergerakan politik, sosial dan falsafah yang
luas dan memyokong pelbagai tindakan serta dasar untuk melindungi apa apa alam semula jadi
yang tinggal atau mengembalikan serta mengembangkan peranan manusia terhadap alam semula
jadi di persekitaran ini. Sungguhpun tanah gersang semakin jarang, alam liar seperti hutan yang
tidak dikenali, padang rumput yang tidak dikerjakan, binatang liar dan bunga liar dapat ditemui
di banyak tempat yang dahulunya dihuni oleh manusia.
Matlamat yang biasanya dinyatakan dan disarankan oleh ahli kaji persekitaran adalah seperti
berikut:

Pengurangan dan pembersihan pencemaran buatan manusia dengan matlamat


pencemaran sifar pada masa depan;

Pengurangan penggunaan bahan api yang tidak boleh baharu dan pembangunan
alternative yang terdiri daripada tumbuh tumbuhan, bahan yang berkarbon rendah
atau sumber tenaga yang boleh baharu;

Pemuliharaan dan penggunaan sumber berkurangan yang boleh kekal seperti air,
tanah dan udara;

Perlindungan ekosistem wakilan, unik ataupun yang asli;

Pemeliharaan dan pengembangan spesies terancam atau ekosistem dari kepupusan;

Penubuhan rizab alam semula jadi dan biosfera di bawah pelbagai jenis
perlindungan dan yang terakhir

Yang amat penting umumnya ialah perlindungan biodiversity dan ekosistem yang
perlu oleh semua manusia dan hidupan yang lain di muka bumi ini.

1.1 DEFINISI ALAM SEKITAR


Alam membawa maksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi
manakala Sekitar pula bermaksud di tempat atau di sekeliling kita.
Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut invironment membawa maksud
keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu sekiranya berdasarkan kepada terjemahan literal,
maka perkataan alam sekitar adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.
Bagaimanapun secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada
biotik atau aboitik yang melingkungi suatu organism. Fenomena fizikal ini termasuk juga
fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. ( Mohd Zuhdi Marsuku, 2002 )
Terdapat satu lagi definisi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman
environmentalisme. Ia dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin
falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim
dunia yang berkait dengan akitiviti manusia. ( A. Bullock & O. Stallybrass, 1997 )
Kesemua definisi yang dikemukan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah
keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organism.
Definisi ini adalah pengertian yang diterima dalam Pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya
terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan
kepada metode emperikal. ( Mohd Nur Hakimi Razana, 2004 )

1.2 PENDIDIKAN KONSERVASI


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Pendidikan ditakrifkan sebagai kaedah mendidik
untuk membentuk perubahan dalam pemikiran dan cara hidup manakala Konservasi pula

didefinisikan sebagai menjaga, memelihara sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan.
Alam sekitar diertikan sebagai alam ciptaan Tuhan yang meliputi aspek yang terdapat di
sekeliling manusia yang wujud secara semula jadi.
Pendidikan Konservasi dilihat sebagai usaha bagi memberikan kesedaran kepada pelajar
untuk menjaga dan memelihara hak daripada rosak atau dimusnahkan.

1.3 KOMPENAN DALAM PENDIDIKAN KONSERVASI


Prinsip konservasi dalam pendidikan luar adalah untuk member kesedaran pendidikan alam
sekitar dalam semua aspek serta memupuk nilai berikut:

Prinsip rendah diri;

Prinsip bekerjasama;

Prinsip menghormati alam sekitar;

Prinsip kehidupan seimbang;

Prinsip mementingkan kemapanan ekosistem;

Prinsip mengekalkan kehidupan liar dan kepelbagiaan hidup;

Prinsip kerosakan minima;

Prinsip perubahan berterusan;

Prinsip ekonomi bukanlah segala galanya;

Prinsip mengikut hak generasi akan dating dan;

Prinsip bertanggungjawab setiap individu.

2.0 LIMA ISU, PUNCA TERHADAP ALAM SEMULA JADI KE ATAS KANAK
KANAK AKIBAT DARIPADA KEJAHILAN MANUSIA DAN PEMBANGUNAN DI
MALAYSIA

2.1 Isu Pencemaran


Kebelakangan ini pencemaran alam sekitar semakin berleluasa di bumi kita ini. Ia
merangkumi pencemaran tanah, air, udara dan bunyi. Jika dilihat di media massa dan media

cetak hangat membincangkan mengenai masalah tersebut. Pencemaran alam ini harus
ditangani segera supaya masalah tersebut dapat dibendung. Masalah ini dapat ditangani
sekiranya kita dapat mengenal pasti punca punca dan kesannya kepada manusia dan
seterusnya mengambil langkah langkah pembetulan. Berikut adalah jenis jenis pencemaran
dan punca punca pencemaran:

2.1.1

Jenis Pencemaran Dan Punca Pencemaran


1.

Punca Pencemaran Tanah


a)

Pembuangan bahan bahan buangan daripada kilang. Sikap tidak


bertanggungjawab pihak tertentu seperti kilang kilang yang membuang
bahan bahan pencemar daripada aktiviti aktiviti yang dijalankan. Antara
bahan buangan seperti minyak, sisa toksik dan sisa sisa kilang tanpa
melupuskan secara sistematik menyebabkan berlakunya pencemaran tanah
kerana bahan bahan tersebut merosakkan kesuburan tanah ekoran sistem
tanah yang tidak elok.

b) Pembuangan sampah merata rata oleh segelintir individu dan


masyarakat.
Sifat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan tidak
mempunyai kesedaran untuk menjaga alam sekitar. Mereka membuang
sampah merata rata tanpa membuangnya ke tempat yang sepatutnya.
Kesannya sampah tidak terlupus secara sistematik dan seterusnya akan
mengakibat pencemaran tanah kerana bahan yang tidak terlupus akan
menganggu sistem tanah.
c)

Pembalakan yang tidak terkawal. Pembalakan yang tidak terkawal juga


menyumbangkan kepada pencemaran tanah. Aktiviti ini akan mengubah
struktur tanah dan mengubah rupa bentuk muka bumi sekiranya aktiviti ini
tidak dikawal pencemaran kepada tanah akan berlaku di dalam skala yang
besar dan akan mengancam kepada kepupusan tanah.

Rajah 1.1 : Gambar menunjukkan contoh pencemaran tanah

2.

Punca Pencemaran Air


a)

Kumuhan daripada kilang. Bahan bahan buangan dosmetik yang terdiri


daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang
wenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan dialirkan ke dalam parit
dan sungai sebagai cara termudah menanganinya.

b) Aktiviti penerokaan. Pengilangan hasil hasil pertanian menghasilkan


bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai seperti hampas
hampas daripada bahan pemprosesan.
c)

Pembuangan bahan bahan pencemar oleh sesetengah individu dan


masyarakat. Sikap suka mengambil jalan mudah dan tidak prihatin
sesetengah individu dan masyarakat yang suka membuang bahan bahan
pencemar ke dalam sungai atau pun parit.

Rajah 1.2 : Gambar menunjukkan contoh pencemaran air

3.

Punca Pencemaran Udara


a)

Pelepasan gas karbon dioksida. Ini diakibatkan oloeh penambahan


bahan pencemar seperti gas, debu dan asap ke atmosfera. Keadaan ini
menyebabkan gangguan dalam kehidupan manusia, haiwan, tumbuhan dan
harta benda kita.

b) Pembangunan tidak dirancang. Hasil daripada terbinanya kilang kilang


yang tumbuh dengan tidak terancang. Asap asap dilepaskan tanpa ada
sebarang sekatan dan penguatkuasaan daripada pihak yang berwajib.

Rajah 1.3 : Gambar menunjukkan contoh pencemaran udara

4.

Punca Pencemaran Bunyi


a)

Bunyi daripada kenderaan. Kesan daripada pembinaan bandar yang


tidak terancang dan jumlah kenderaan di jalanraya menyebabkan
kesesakan bunyi dan sikap sesetengah individu yang suka mengubah suai
kenderaan seperti ekzoz yang bising.

b) Bunyi daripada kilang. Pembinaan kilang kilang yang tidak terkawal dan
menghasilkan bunyi yang amat kuat pada setiap hari bekerja dan ketidak
prihatinan penguatkuasaan daripada pihak yang berkenaan.

Rajah 1.4 : Gambar menunjukkan contoh pencemaran bunyi

2.2 Isu Pembuangan Sampah


Pembuangan sampah adalah salah satu punca pencemaran yang semakin serius
pada alam sekeliling kita. Antara sebab ialah orang membuang sampah merata rata adalah
kerana mereka tidak mahu bergerak jauh ke tempat pembuangan sampah. Selain itu sikap
tidak bertanggungjawab individu dan masyarakat yang membuang sampah sesuka hati,
membuang sisa industri, penebangan hutan dan sebagainya.

2.2.1

Jenis Dan Punca Pembuangan Sampah


1.

Kurangnya Pendidikan. Ini menyebabkan masih ramai yang belum faham


dan tahu tentang betapa pentingnya kebersihan dengan tidak membuang
sampah di merata tempat.

2.

Tiada Penguatkuasaan Undang Undang. Penguatkuasaan undang undang


yang lemah pihak penguatkuasaan yang kurang tegas, mudah ditipu dan disuap
dengan wang dan kekayaan walaupun undang undang sudah ada tetapi jika
tiada pelaksanaan maka sia sia sahaja.

3.

Masalah Kawasan Perumahan. Sikap dan rasa tanggungjawab yang kurang.

Penghuni suka mencari jalan mudah bila membuang sampah merata rata
sedang kerajaan telah menyediakan tong sampah.
4.

Masalah Kawasan Setinggan. Penghuni di sini lagi menyusahkan. Mereka


dengan sesuka hati membuang sampah tambahan pula di tempat tersebut tidak
disediakan tong sampah oleh pihak kerajaan. Sampah di sini menyebabkan bau
busuk yang tidak terhingga.

5.

Masalah Penghuni di Tepi Sungai. Masalah ini adalah punca pembuangan


sampah yang amat menyedih dan merisaukan. Mereka lebih mudah membuang
sampah ke dalam sungai dan ini sekaligus menyebabkan pemcemaran sungai.

6.

Masalah Kawasan Flat. Penghuni di kawasan ini lagi mengambil jalan


mudah sehingga perbuatan melontar sampah dari tingkat atas flat sering jadi
amalan mereka kerana bagi mereka itu perbuatan yang mudah dilakukan.

7.

Masalah Mengangkut Sampah Sarap. Kelewatan dan sikap tidak prihatin

pihak yang dilantik untuk mengangkut sampah tersebut juga punca


menyebabkan sampah sampah menjadi semakin bertimbun banyaknya, berbau
dan tidak elok dipandang mata.
8.

Masalah Sistem Pelupusan Sampah. Masalah ini ialah ketidaksesuaian tapak


pelupusan sampah. Faktor kelewatan untuk melupuskan sampah sarap yang
sedia ada juga memainkan peranan yang penting. Bayangkan sampah yang
terdahulu belum dilupuskan dan ditambah lagi dengan sampah yang
seterusnya. Ini akamenyebabkan ketimbunan sampah yang banyak dan
menyebabkan bau busuk yang ketara.

Rajah 2.0 : Gambar menunjukkan contoh pembuangan sampah

2.3 Isu Pembakaran Terbuka


Pembakaran terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada berlakunya
pencemaran udara. Pembakaran terbuka kebanyakkannya dikesan berlaku di kawasan tapak
pelupusan sampah, sisa pepajal di kawasan industry dan tapak pembinaan, sisa perladangan,
sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan.

2.3.1

Jenis Dan Punca Pembakaran Terbuka


1.

Pembakaran Hutan. Punca utama masalah jerebu ialah pembakaran hutan,


ladang dan bahan sisa pertanian secara terbuka untuk membersihkan kawasan
pertanian dan menyuburkan tanah selepas kerja penuaian, sesetengah petani
mengambil jalan mudah dengan membakar sisa tanaman secara terbuka. Selain
itu hutan juga boleh terbakar akibat cuaca yang terlalu panas.

2.

Pembakaran Bahan Sisa Pembinaan Secara Terbuka. Sesetengah pemaju


perumahan juga melakukan pembakaran bahan sisa pembinaan secara terbuka.
Semua tindakan ini merupakan punca jerebu. Pembakaran ini sering dilakukan
kerana sikap manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar
malah mereka lebih memikirkan jalan yang lebih mudah dan menguntungkan.

3.

Pembakaran Sisa Sampah di Kawasan Perumahan. Sikap dan


tanggungjawab penghuni di kawasan tersebut yang sering mengambil langkah
mudah menghapuskan sisa sampah mereka dengan membakar tanpa
menghiraukan kesannya.

4.

Pembakaran Sisa Sampah di Kawasan Setinggan. Masalah ini juga sering


berlaku di mana penghuni penghuni yang tinggal di kawasan ini membakar
sampah sesuka hati tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar.

5.

Pembakaran Kebun. Pekebun pekebun kecil juga memain peranan dan punca
berlakunya pembakaran terbuka. Mereka lebih suka melakukan aktiviti ini
kerana mereka berpendapat ia mudah dilakukan, cepat dan tidak perlu
mengeluarkan kos yang tinggi.

10

Rajah 3.0 : Gambar menunjukkan contoh pembakaran terbuka

2.4 Isu Pertanian


Dalam keghairahan kerajaan memajukan sektor pertanian ini ada pihak yang
beranggapan bahawa penekanan terhadap sektor tersebut mampu membawa impak yang
negatif kepada alam sekitar, manusia dan menimbulkan masalah kepada Negara untuk
jangka masa panjang sehingga menjejaskan tahap kesihatan manusia.
2.4.1

Jenis Dan Punca Pertnian


1.

Penggunaan Baja Kimia, Racun Serengga dan racun Rumpai. Penggunaan


bahan kimia seperti baja, racun serengga dan racun rumpai yang begitu
keterlaluan sehingga mampun menjejaskan kesihatan manusia keseluruhannya.
Pengunaan bahan tersebut yang tidak terkawal ini menyebabkan berlakunya
pencemaran alam terutama terhadap sistem saliran yang melibatkan sungai
sungai dan kawasan tadahan air mengalami keracunan kimia toksid yang tinggi

11

lalu membawa berlakunya masalah kesihatan yang kronik kepada kehidupan


manusia.
2.

Penanaman Getah, Kelapa Sawit dan Bunga di Lereng Lereng Bukit.


Pertanian menggalakan pembukaan tanah yang luas dan begitu intensif
pengunaannya sehingga banyak kawasan baru terutama hutan dan lereng
lereng bukit terpaksa dibuka dan digunakan dengan begitu meluas sehingga
menjejaskan kemampuan tanah untuk menyuburkan diri secara semulajadi.
Aktiviti tersebut membawa banyak kawasan hutan dan lereng bukit Negara
diterokai dan dimusnahkan dalam sekelip mata sehingga kawasan tersebut
menjadi gersang kerana digunakan dengan begitu intensif dan memusnahkan
produktiviti tanah kerana teknik penanaman yang begitu intensif serta meluas.

Rajah 4.0 : Gambar menunjukkan contoh pertanian

2.5 Isu Sisa Toksid


Bahan buangan toksik bermaksud bahan buangan yang mengandungi sifat sifat
fizikal, kimia atau biologi yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar dan
boleh berlaku sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.

12

2.5.1

Jenis Dan Punca Sisa Toksik


1.

Pembuangan Sisa Toksik Daripada Kilang. Kebanyakkan kilang dibuka di


sepanjang sungai untuk memastikan bahan bahan buangan disalirkan ke dalam
sungai berkenaan tanpa dirawat terlebih dahulu dan mengandungi bahan toksik
yang mencemarkan air sungai.

2.

Pembuangan Bahan Bahan Buangan. Sesetengah penduduk bandar atau


kampong mengepam pelbagai bahan buangan seperti sampah sarap dan najis
yang tidak dirawat terlebih dahulu. Kilang pula turut membuang bahan beracun
ke dalam sungai.

3.

Sikap Manusia Yang Tidak Bertanggungjawab. Masyarakat tidak


mempunyai pengetahuan yang mnencukupi terhadap perkara ini. Mereka tidak
menguruskan sampah sarap dengan langkah yang efektif dengan membuang
sampah tersebut sesuka hati.

4.

Aktiviti Pertanian. Pengilang hasil hasil pertanian menghasilkan banyak


bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai. Hampas hampas organik
yang menjadi bahan buangan pemprosesan juga turut di buang ke dalam
sungai.

5.

Kurang Kesedaran Masyarakat. Sesetengah perkilangan menumpahkan sisa


sisa bertoksik ke dalam laut untuk kepentingan diri dan hanya mementingkan
keuntungan sahaja manakala penduduk setempat juga berbuat demikian. Sikap
malas dan mengambil jalan mudah menyebabkan perkara ini berlaku.

13

Rajah 5.0 : Gambar menunjukkan contoh sisa toksik

3.0 LIMA ISU, KESAN TERHADAP ALAM SEMULA JADI KE ATAS KANAK
KANAK AKIBAT DARIPADA KEJAHILAN MANUSIA DAN PEMBANGUNAN DI
MALAYSIA

3.1 Isu Pencemaran dan Kesannya ke Atas Kanak Kanak.


Kesan utama pencemaran ke atas kanak kanak ialah akan menghidap pelbagai
penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Jika udara yang dihidu
tercemar , system pernafasan akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru paru.
Namun bahaya pencemaran tersebut tidak sihat terbukti mampu member kesan kerosakan
dan kecacatan jangka pendek dan jangka panjang terhadap kesihatan kanak kanak seperti
kecacatan anggota badan, kerosakan system pembiakan, kanser, penyakit mental dan lain
lain lagi Ada di antara kerokan tersebut bermula semenjak dalam rahim ibu lagi. Kesan
kerosakan dapat dilihat pada bayi yang baru lahir, pada kanak kanak dan ada yang dapat

14

dilihat setelah remaja. Kanak kanak amat mudah terdedah kepada bahaya pencemaran dan
persekitaran yang tidak sihat berbanding orang dewasa kerana factor semula jadi tubuh dan
sikap mereka.

3.2 Isu Pembuangan Sampah dan Kesannya ke Atas Kanak kanak.


Pembuangan sampah di merata rata tempat kerap kali menjdi isu yang hangat
diperkatakan, malah jadi bualan masyarakat yang cintakan alam sekitar. Pembuangan
sampah merata rata sememangnya mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar dan juga
kesihatan manusia khas kepada kanak kanak. Bau yang dihasilkan oleh sampah akan
membawa virus yang berbahaya kepada kanak kanak. Sampah sampah yang bertakung
dalam longkang misalnya akan membiakkan nyamuk aedes dan nyamuk itu akan hinggap
pada tubuh kanak kanak seterusnya merebakkan penyakit denggi dan sekira penyakit
tersebut tidak dibendung dengan segera ia boleh membawa maut.

3.3 Isu Pembakaran Terbuka dan Kesannya ke Atas Kanak Kanak.


Pembakaran terbuka membawa maksud sebagai pembakaran sebarang bahan dalam
cara yang hasil pembakaran dari pembakaran tersebut dibebaskan secara langsung ke udara
sekitar tanpa melalui serombong, pendiang atau lohong. Kesan yang amat ketara jika ia
dibiarkan ialah masalah jerebu. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan orang ramai
terutama sekali kanak kanak.Persekitaran yang kotor akibat jerebu menyebabkan penyakit
yang berkaitan dengan pernafasan. Kanak kanak yang terdedah dengan sindrom in iakan
mudah menghidap penyakit seperti asma berisiko tinggi untuk menghadapi masalah sesak
nafas. Di samping itu juga penyakit seperti lelah, bronchitis, alahan, radang paru paru, sakit
mata dan sakit kulit juga antara faktor penyumbang daripada kesan pembakaran terbuka
khas kepada kanak kanak.

3.4 Isu Pertanian dan Kesannya ke Atas Kanak Kanak.


Penggunaan bahan kimia yang tidak diurus dengan cekap dan teratur dalam
pertanian juga boleh menyebabkan gangguan kesihatan kepada manusia khas kanak kanak.

15

Kesan utama ialah penggunaan bahan kimia yakni baja kimia bagi tujuan pembesaran
tumbuh tumbuhan jika tidak dinyahtoksidkan sebelum dijual akan menyebabkan kandungan
bahan kimia sentiasa bertambah pada hasil pertanian. Kandungan bahan kimia ini akan
menyebabkan keracunan ataupun kesan sampingan kepada kanak kanak. Penggunaan racun
serangga juga memainkan peranan penting. Penggunaan racun serengga pada sayur sayuran
secara berlebihan akan menyebabkan kadar racun dan bahan kimia akan terserap pada sayur
sayuran amat tinggi. Ini akan memudahkan dan boleh mendatangkan komplikasi kepada
saraf dan system badan manusia terutama sekali kanak kanak.

3.5 Isu Sisa Toksik dan Kesannya ke Atas Kanak Kanak.


Sisa toksik yang tidak diurus dan dikendalikan dengan sistemmatik akan
mengakibatkan keracunan makanan. Salah satu kesan sisa toksik ialah menjejaskan
kesihatan manusia. Apabila gas gas toksik dibebaskan dari kilang atau tapak pelupusan
secara tidak sistematik maka ia akan membawa kesan negatif. Kesan utama yang menimpa
manusia terutama kanak kanak ialah akibat daripada pencemaran udara adalah terhadap
system pernafasan. Udara yang tercemar akan memasuki hidung atau mulut manusia dan
seterusnya memasuki paru paru melalui trakea dan akan mengalami sesak nafas dan yang
lebih menyedihkan lagi ialah tumbesaran kanak kanak dan bayi dalam kandungan juga akan
terjejas.

4.0 CADANGAN AKTIVITI ATAU PROGRAM PENDIDIKAN LUAR DALAM


USAHA MEMELIHARA ALAM SEKITAR.

4.1 Isu Pencemaran. Cadangan yang sesuai bagi program tersebut ialah menjalankan
program Kitar Semula. Aktiviti atau program tersebut yang akan dijalankan secara
berkumpulan. Kumpulan kecil akan dibentuk yang terdiri di kalangan guru dan murid serta
diketuai oleh seorang ketua. Lokasi di kawasan perumahan, kilang dan tempat tempat yang
dikenal pasti tinggi tahap pencemarannya.Pengiliran lokasi akan ditentukan oleh penyelaras
program sebagai contoh minggu ini program akan dijalankan di lokasi kawasan perumahan
dan lokasi seterusnya di masa akan datang. Pihak penyelaras program telah menentukan
bahan bahan yang akan dipungut untuk tujuan kitar semula. Bagi merancakkan aktiviti

16

tersebut, penyelaras program menyediakan satu bentuk hadiah kepada kumpulan yang
berjaya mengumpul bahan bahan kitar semula yang mencapai tahap yang ditetapkan. Masa
juga ditetapkan oleh penyelaras bagi tujuan ini. Kertas kerja mesti disiapkan seminggu lebih
awal sebelum program dijalankan.

4.2 Isu Pembuangan Sampah. Dalam isu ini pula cadangan yang sesuai ialah menjalankan
program gotong royong secara beramai ramai. Program ini akan melibatkan murid, guru, ibu
bapa, PIBG, dan pihak yang berwajib seperti Majlis Perbandaran serta NGO. Prigram ini
akan diketuai oleh Pentadbir Sekolah dan dibantu oleh semua guru yang terlibat. Lokasi
yang dikenalpasti ialah lokasi yang banyak menerima aduan daripada pihak tertentu. Pihak
sekolah akan mendapat maklum balas daripada pihak Majlis Perbandaran mengenai perkara
tersebut. Program ini boleh dijadikan sebagai program atau aktiviti wajib khasnya untuk
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta dimasukkan dalam kalendar sekolah sebagai
aktiviti pendidikan luar. Kertas cadangan atau kerja juga diserahkan seminggu lebih awal
sebelum program ini bermula kepada Pentadbir untuk tindakan selanjutnya.

4.3 Pembakaran Terbuka. Pihak sekolah mengadakan program Kempen. Aktiviti ini
dijalankan di luar sekolah dan ia melibatkan seratus peratus warga sekolah. Bagi
menjayakan program tersebut pihak sekolah terpaksa meminta kerjasama daripada pihak
perhutanan untuk mendapatkan gambar gambar yang sesuai untuk tujuan kempen tersebut.
Lokasinya ialah di luar kawasan sekolah yang dikenalpasti berisiko tinggi berlakunya
pembakaran terbuka. Pihak sekolah, guru guru, ibu bapa dan semua murid adalah kumpulan
sasaran dalam menjayakan kempen tersebut.

4.4 Pertanian. Dalam isu pertanian pula pihak sekolah telah bercadang mengadakan
program penanaman semula. Program ini dijalankan di suatu lokasi yang juga dikenalpasti
sesuai dan kumpulan sasaran terdiri daripada pihak sekolah, guru guru, ibu bapa dan semua
murid. Pegawai dari Jabatan pertanian juga dijemput untuk membantu menjayakan program
dan menunjukkan cara dan teknik yang betul bagaimana proses penanaman semula
dijalankan

17

4.5 Sisa Toksik. Pameran adalah salah satu pilihan untuk dicadangkan bagi tujuan tersebut.
Kumpulan yang akan dikenalpasti ialah bagi program ini ialah pihak sekolah, guru guru, ibu
bapa dan semua murid. Lokasi program ini akan diadakan di suatu tempat yang dikenalpasti
sesuai dengan pameran tersebut. Jabatan Alam Sekitar adalah agensi yang akan membantu
menjayakan program ini.

5.0 BENTUK PENILAIAN UNTUK MENCAPAI KEBERKESANAN DAN


PENCAPAIAN OBJEKTIF SETIAP PROGRAM YANG DIRANCANG.
Penilaian ialah prinsip untuk mengukur pencapaian secara sistematik (Robiah 1992).
Menurut Cozby (2001), bagi menjamin satu program berjalan dengan lancar dan mencapai
objektif, penilaian memainkan peranan yang penting. Kita perlu membuat penilaian terhadap
sesuatu program kerana keberkesanan sesuatu program akan diketahui setelah penilaian.

5.1

Isu

Pencemaran

Program/Aktiviti

Program Kitar Semula

Kumpulan Sasaran

Murid Murid Tahap Dua

Objektif

Diharap murid dapat mengetahui dan memahami isu


punca dan kesan pencemaran serta bagaimana
menangani isu tersebut dengan baik melalui
program yang telah dirancang.

Borang Senarai Semak


Sebelum Pelaksanaan Aktiviti

Berkesan

1. Ceramah berkaitan dengan isu punca dan kesan


pencemaran kepada manusia dan alam sekitar.
2. Menyediakan Tayangan Video
3. Murid berbincang mengenai kepentingan Kitar

18

Tidak Berkesan

Semula
4. Murid membaca dan memahami isu isu Kitar
Semula
Semasa Pelaksanaan Aktiviti

Berkesan

Tidak Berkesan

Berkesan

Tidak Berkesan

1. Pembahagian kepada kumpulan kecil


2. Mengenal pasti bahan bahan bahan kitar semula
dan lokasi aktiviti
3. Mengumumkan kumpulan yang berjaya dalam
program Kitar Semula
4. Membuat rumusan keselurahan aktiviti
Selepas Pelaksanaan Aktiviti
1. Amalan Kitar Semula di peringkat kelas
2. Amalan Kitar Semula di peringkat luar kelas
3. Amalan membawa bahan bahan Kitar Semula ke
sekolah
4. Pertandingan Kitar Semula antara kelas

E5.2

Isu

Pembuangan Sampah

Program/Aktiviti

Program Gotong royong

Kumpulan sasaran:

Murid murid, Ibu bapa, PIBG dan Badan Berkanun

Objektif

Diharap murid dapat mengetahui dan memahami isu


punca dan kesan pembuangan sampah serta bagaimana
menangani isu tersebut dengan baik melalui program
yang telah dirancang.

Borang Senarai Semak


Sebelum Pelaksanaan Aktiviti

Berkesan

1. Membuat sesi penerangan tentang sampah sarap


kepada murid, ibu bapa, PIBG, Majlis

19

Tidak Berkesan

Perbandaran dan ahli NGO


2. Menyediakan Tayangan Video
3. Sesi Soal Jawab
4. Membentangkan kertas cadangan
Semasa Pelaksanaan Aktiviti

Berkesan

Tidak Berkesan

Berkesan

Tidak Berkesan

1. Pembahagian kepada beberapa pasukan


2. Mengenal pasti bahan bahan dan jenis sampah
serta lokasi aktiviti
3. Menghimpun sampah sarap di tempat yang betul
dan sesuai dengan jenis sampah
4. Membuat rumusan keselurahan aktiviti dan
menyampaian sijil penghargaan kepada murid
dan jemputan khas
Selepas Pelaksanaan Aktiviti
1. Amalan kebersihan kelas
2. Amalan kebersihan tandas
3. Amalan kebersihan kawasan sekolah
4. Amalan kebersihan kawasan dalam dan luar
rumah sendiri.

E5.3

Isu

Pembakaran Terbuka

Program/Aktiviti

Program Kempen

Kumpulan Sasaran

Pihak Sekolah, Ibu Bapa dan semua murid

Objektif

Diharap murid dapat mengetahui dan memahami isu


punca dan kesan pembakaran terbuka serta bagaimana
menangani isu tersebut dengan baik melalui program
yang telah dirancang.

20

Borang Senarai Semak


Sebelum Pelaksanaan Aktiviti

Berkesan

Tidak Berkesan

Berkesan

Tidak Berkesan

Berkesan

Tidak Berkesan

1. Guru dan pelajar mengumpul maklumat


berkenaan isu pembakaran terbuka
2. Guru membuat brosur tentang isu pembakaran
terbuka
3. Menyediakan tayangan video
4. Menyediakan sijil penyertaan/penghargaan
Semasa Pelaksanaan Aktiviti
1. Guru mengedarkan brosur kepada ibu bapa
tentang isu pembakaran terbuka
2. Guru menayangkan tayangan video tentang isu
pembakaran terbuka
3. Bersoaljawab antara ibu bapa, guru dan murid
perihal pembakaran terbuka
4. Guru menyampaikan sijil
penyertaan/penghargaan
Selepas Pelaksanaan Aktiviti
1. Melahirkan murid dan ibu bapa yang
bertanggungjawab terhadap alam sekitar
2. Melatih murid dan ibu bapa agar prihatin
terhadap alam sekitar yang kian terancam
3. Meningkatkan tahap kesedaran murid dan ibu
bapa tentang penjagaan alam sekitar
4. Dapat mengaplikasikan program yang disertai
dengan baik.

21

E5.4

Isu

Pertanian

Program/Aktiviti

Program Projek Penanaman Semula

Kumpulan Sasaran

Pihak Sekolah, Guru guru, Ibu Bapa dan semua murid

Objektif

Diharap murid dapat mengetahui dan memahami isu


punca dan kesan pertanian serta bagaimana menangani
isu tersebut dengan baik melalui program yang telah
dirancang.

Borang Senarai Semak


Sebelum Pelaksanaan Aktiviti

Berkesan

Tidak Berkesan

Berkesan

Tidak Berkesan

1. Menyediakan lokasi dan tapak serta kawasan


untuk proses penanaman semula
2. Menyediakan segala peralatan yang sesuai untuk
tujuan tersebut
3. Guru memberikan taklimat kepentingan
penanaman semula
4. Pegawai jemputan memberikan taklimat dan
tunjuk ajar cara dan teknik yang betul
penanaman semula
Semasa Pelaksanaan Aktiviti
1. bekerjasama dan bergotong royong mengali
tanah untuk proses penanaman
2. Semua benih yang dikenalpasti ditanam ditempat
yang disediakan
3. Menyiram kesemua benih atau pokok yang
ditanam untuk melahirkan kesedaran terhadap
alam sekitar
asti punca-pun
ca pencemaran alekitar dan seterusnya mengambingkah pembet

22

Selepas Pelaksanaan Aktiviti

Berkesan

Tidak Berkesan

1. Memberikan kesedaran dan rasa tanggungjawab


dalam diri setiap individu tentang keperluan dan
kepentingan menjaga alam sekitar agar
kehidupan yang sihat dapat dinikmati oleh semua
warga sekolah dan ibu bapa yang terlibat.
2. Dapat memupuk nilai nilai murni dan sikap
yang positif serta mendisiplinkan diri di
kalangan pelajar agar dapat menjaga
kesejahteraan alam sekitar.

mani,Merangkumi pencem
a e5.5 Isu

Sisa Toksik

Program/Aktiviti

Program Pameran

Kumpulan Sasaran

Pihak Sekolah, Guru guru, Ibu Bapa dan semua murid

Objektif

Diharap murid dapat mengetahui dan memahami isu


punca dan kesan sisa toksik serta bagaimana menangani
isu tersebut dengan baik melalui program yang telah
dirancang.

Borang Senarai Semak


Sebelum Pelaksanaan Aktiviti

Berkesan

Tidak Berkesan

Berkesan

Tidak Berkesan

1. Menyediakan artikel dan bahan bahan serta


gambar gambar tentang sisa toksik
2. Mencari bahan dari keratan akhbar lama dan
sumber dari internet
3. Menyediakan tempat dan lokasi pameran yang
sesuai
Semasa Pelaksanaan Aktiviti
1. Susun atur bahan bahan pameran agar kelihatan
kreatif, menarik dan sesuai untuk dipamerkan

23

2. Artikel dan gambar gambar yang sesuai dan


menarik minat murid
3. Tayangan video
4. Penggunaan latar belakang grafik yang menarik
Selepas Pelaksanaan Aktiviti

Berkesan

Tidak Berkesan

1. Melahirkan murid yang peka kepada alam sekitar


dan membudayakan sikap suka menjaga alam
sekitar dengan baik.

,air,udara dan bunyi.Jika dilihat d dan media cetak,

hangat membincangkan mengenai masalahlam sekitar. Pencemaran alam ini

harus dit

6.0 RUMUSAN
Untuk mengumpul maklumat bagi membantu menilai prestasi pelaksanaan program
pendidikan luar, kita perlu melaksanakan proses penilaian program. Kesemua ini akan
menyebabkan program yang akan datang dijalankan secara lebih berkesan di masa hadapan.

24

Proses penilaian program pendidikan luar melibatkan peserta dengan menggunakan


instrument soal selidik atau senarai semak program.
Data yang didapati daripada senarai semak merupakan data mentah. Data ini perlu kita
proses dan analisis untuk menjadi maklumat. Dengan kata lain, maklum balas dalam
pelbagai bentuk seperti keberkesanan aktiviti dan lain lain perlu dikumpul, disusun,
dianalisis, diinterpretasikan dan dianalisis bagi melihat signifikan sesuatu perkara.
Pentaksiran ini membolehkan penyelaras program membuat tafsiran yang berkesan dan tidak
berkesan sesuatu program tersebut. Analisis ini boleh dilakukan dengan menggunakan
sistem analisis data seperti SPSS, atlas dan pelbagai lagi.harus ditangani
segera,supaya masalah ing.Masalah pencemaran ini dapat ditangani sekiranya
kita dapat mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar dan seterusnya
mengambil

25

RUJUKAN / REFERENSI
Modul Pendidikan Luar. (1993). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Mohd Yusof Abdullah. (1992) Teknik kegiatan luar. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Maznah Hassan. Persepsi guru pelatih KDPM terhadap pelaksanaan program


Pendidikan luar. Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Rimba Hijau. (2000). Jabatan Perhutanan Malaysia.

Hasnul Faizal Hushin Amri. (2013) Pendidikan luar. Selangor Darul Ehsan: Open
University Malaysia.

Modul Bina Insan Guru. (2000). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian


Pendidikan Malaysia.

WETSIDE
http://www.scribd.com/6064805/Kesan Pencemaran Alam-Sekitar-Terhadap-Dunia-Hari-Ini

http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/pencemaran-udara.html

iii

You might also like