You are on page 1of 6
KP(PP) 0022/189/2 Jid.14(39) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 4 TAHUN 2014 PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN LATIHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TUJUAN 1. Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan pelaksanaan urusan merekodkan semua bentuk latihan yang telah dihadiri oleh semua warga Kementerian Pendidikan (KPM) menggunakan Sistem Pengurusan Latihan (SPL), KPM. LATAR BELAKANG 2. Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam yang dimantapkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005 menetapkan bahawa semua anggota Perkhidmatan Awam perlu mengikuti latihan sekurang- 1 KP(PP) 0022/189/2 Jid.14(39) kurangnya tujuh (7) hari setahun. Latihan boleh dilaksanakan dalam pelbagai kaedah seperti sesi pembelajaran dan pembelajaran kendiri Kepentingan latihan berterusan bagi warga kerja sektor awam ini terus diberi penekanan dengan penetapan bahawa semua Ketua Setiausaha turut dinilai berasaskan pencapaian matlamat dasar ini 3. Dalam usaha memastikan pematuhan kepada dasar tersebut, KPM telah menetapkan kaedah perekodan kehadiran latihan dengan menggunakan Kad Pelaporan Kursus selaras dengan Surat Pekeliling KP(PP)SULIT 0022/189/2 Jid.4 (34) bertarikh 27 Disember 2007. 4, Panel Pengurusan Sumber Manusia (Latihan) KPM Tahun 2014 telah memutuskan bahawa urusan prestasi kehadiran kursus dan latihan warga kerja di bawah seliaan turut menjadi sebahagian Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua Jabatan/Bahagian KPM. Untuk tujuan ini, SPL KPM telah dibangunkan bagi memperkemaskan lagi urusan perekodan latihan. PENGGUNAAN SPL KPM 5. Penggunaan SPL KPM adalah melalui pewujudan pengguna di setiap peringkat dengan peranan seperti berikut: 5.1 Pentadbir Sistem: (i) pentadbir sistem adalah orang yang dipertanggungjawab mengurus dan memantau pelaksanaan SPL di peringkat Bahagian/Jabatan masing-masing. 2 KP(PP) 0022/189/2 Jid.14(39) 5.2 Penyelaras Latihan: (i) penyelaras latihan —dipertanggungjawab untuk mengendali SPL KPM di peringkat Bahagian/Jabatan masing-masing. 5.3 Urus Setia Kursus: (i) Urus setia kursus bertanggungjawab mendaftar semua maklumat latihan dalam perkhidmatan yang dilaksanakan. 5.4 Individu: (i) Individu dipertanggungjawab merekodkan_ kehadiran kursus yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar; dan (ii) menyemak pelaporan kehadiran latihan dalam perkhidmatan dari semasa ke semasa dan memaklumkan kepada Penyelaras —_Latihan Bahagian/Jabatan masing-masing untuk —_ sebarang pembetulan 6. Garis Panduan Penggunaan Sistem Pengurusan Latihan KPM boleh dicapai di http://apps1.moe.gov.my/spla/ KAD PELAPORAN KURSUS 7. | Penggunaan Kad Pelaporan Kursus KPM adalah dimansuhkan. (PP) 0022/189/2 Jid.14(39) 8. Walau bagaimanapun, bagi sekolah yang masih mempunyai masalah capaian internet, penggunaan Kad Pelaporan Kursus KPM masih diteruskan. Maklumat Kad Pelaporan Kursus KPM ini perlu direkodkan ke dalam SPL KPM sebelum 15 haribulan bulan berikutnya oleh Penyelaras Latihan Bahagian/Jabatan masing-masing TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 9. Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk: 9.1 9.2 9.3 9.4 memastikan semua warga kerja masing-masing didaftarkan di dalam SPL, dan senarai dikemaskini dengan mengeluarkan mereka yang tidak lagi bertugas di Bahagian/Jabatan; menyediakan peluang menjalani latihan untuk semua warga kerja di bawah seliaan masing-masing dan memastikan mereka mematuhi keperluan berkursus; memastikan urusan perekodan segala bentuk aktiviti latihan dilaksanakan dengan berkesan bagi memastikan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005 dipatuhi sepenuhnya; mewujudkan kaedah pengurusan bagi _memastikan pelaksanaan dan pematuhan Pekeliling ini di Jabatan/Bahagian masing-masing; dan KP(PP) 0022/189/2 Jid.14(39) 9.5 mewujudkan kaedah pemantauan berterusan terhadap penggunaan SPL bagi memastikan ia sentiasa dikemaskini PEMAKAIAN 10. Pemakaian Pekeliling ini hanya tertakluk kepada Sektor Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia. TARIKH KUATKUASA 44. Pekeliling ini berkuatkuasa pada tarikh ia ditandatangani “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ‘ (7) "MADINAH BINTI MOHAMAD) Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Tarikh: | November 2014 KP(PP) 0022/189/2 Jid.14(39) Salinan Kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan)

You might also like