You are on page 1of 54

PENGARUH ORIENTASI MATLAMAT PENCAPAIAN DAN KERESAHAN

MATEMATIK TERHADAP PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR

MOHD RUSTAM BIN MOHD RAMELI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o


JUDUL :

PENGARUH
ORIENTASI
MATLAMAT
PENCAPAIAN
DAN
KERESAHAN
MATEMATIK
TERHADAP
PENCAPAIAN
MATEMATIK PELAJAR

SESI PENGAJIAN: 2012/2013


Saya

MOHD RUSTAM BIN MOHD RAMELI

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan


Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1.
2.
3.
4.

Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.


Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
**Sila tandakan (  )




SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan


oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap:
38, JALAN BALAU 3,
TAMAN KEMANG,
81900, KOTA TINGGI,
JOHOR.
Tarikh: 7.7.2013

CATATAN

(TANDATANGAN PENYELIA)

DR. NORA BINTE MISLAN

Tarikh: _________________

* Potong yang tidak berkenaan


** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
Muda (PSM).

ii

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Psikologi Pendidikan.

Tandatangan

:.

Nama Penyelia :DR. NORA BINTE MISLAN


Tarikh

:.

Tandatangan

:.

Nama Penyelia :PROF MADYA DR HAMDAN BIN SAID


Tarikh

:.

BAHAGIAN A Pengesahan Kerjasama*


Adalah disahkan bahawa projek penyelidikan tesis ini telah dilaksanakan melalui
kerjasama antara ______________________ dengan ______________________

Disahakan oleh:
Tandatangan :..............................................................
Nama

:.............................................................

Jawatan
(Cop rasmi)

:.............................................................

Tarikh: ......................

* Jika penyediaan tesis/projek melibatkan kerjasama.


____________________________________________________________________
BAHAGIAN B Untuk Kegunaan Pejabat Sekolah Pengajian Siswazah
Tesis ini telah diperiksa dan diakui oleh:
Nama dan Alamat Pemeriksa Luar :

Prof. Madya Dr. Samsilah Binti Roslan


Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia,
43400, Serdang, Selangor.

Nama dan Alamat Pemeriksa Dalam I:

Dr. Zainudin Bin Abu Bakar


Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310, Johor Bahru, Johor

Nama dan Alamat Pemeriksa Dalam II:

..................................................................
..................................................................
..................................................................
..................................................................

Disahkan oleh Timbalan Pendaftar di SPS:


Tandatangan :

.....................................................

Nama

....................................................

Tarikh:

.........................

PENGARUH ORIENTASI MATLAMAT PENCAPAIAN DAN KERESAHAN


MATEMATIK TERHADAP PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR

MOHD RUSTAM BIN MOHD RAMELI

Proposal Tesis ini dikemukakan


sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Psikologi Pendidikan

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

JULAI 2013

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

:.

Nama Penulis

:MOHD RUSTAM BIN MOHD RAMELI

Tarikh

:.

iii

DEDIKASI

Kau
Ayah, Ibu dan Ahli Keluargaku yang Dihormati
Doa, nasihat dan pengorbananmu menjadi pelita
Serta panduan perjuanganku dalam kehidupan ini...

Kau
Penyelia-Penyeliaku yang Disanjungi
Bimbingan, tunjuk ajar dan jasamu yang diberikan
Tidak akan kulupai. ...

Kalian
Sahabat-sahabat seperjuangan,
Kejujuran dan keikhlasan dalam petolongan yang diberi
Akan kukenangi selamanya ...

iv

PENGHARGAAN

Syukur kepada Allah S.W.T, kerana dengan limpah kurnia serta izinNya,
juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dapatlah
saya menyiapkan Tesis Sarjana ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan ikhlas dan terima kasih saya kepada penyelia


tesis iaitu Dr. Nora Bin Mislan dan Prof. Madya. Dr. Hamdan Bin Said yang tidak
jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang empat semester tempoh
penyelidikan tesis ini.

Juga ucapan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan


Universiti Teknologi Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, pentadbirpentadbir sekolah, guru-guru serta pelajar-pelajar yang memberikan kerjasama dalam
menjayakan kajian ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan serta individu
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang turut membantu dan memberi
dorongan dalam menyiapkan tesis ini. Jasa baik kalian tetap dikenang selamalamanya.

ABSTRAK

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti orientasi matlamat


pencapaian dan keresahan pelajar terhadap subjek Matematik. Orientasi matlamat
pencapaian dilihat melalui Orientasi Matlamat Masteri (OMPM), Orientasi
Matlamat) Pendekatan-Pencapaian (OMPPP) dan Orientasi Matlamat PengelakanPencapaian (OMPEP) manakala keresahan Matematik (KM) pelajar dilihat melalui
penilaian terhadap situasi, rangsangan, ekspresi muka dan kecenderungan tindakan.
Achievement Goal Questionnaire yang diubahsuai kepada domain Matematik dan
instrumen pengukuran keresahan Matematik yang dibangunkan berdasarkan Teori
Emosi Empat Faktor Parkinson serta tinjaun literatur digunakan setelah disahkan
melalui proses analisis menggunakan Rasch Measurement Model. Responden yang
terlibat dalam kajian ini ialah seramai 976 orang pelajar Tingkatan Empat daripada
20 buah sekolah terpilih dari tiga daerah Negeri Johor (Kluang, Pontian dan Johor
Bahru). Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan Perisian
Statistical Packages for Social Science Version 16.0 (SPSS 16.0). Hasil analisis
menunjukkan pelajar paling banyak menggunapakai OMPM dan diikuti OMPPP dan
OMPEP. Sementara itu, KM pelajar adalah pada tahap sederhana. Ujian Korelasi
Pearson pula menunjukkan OMPM berhubung secara positif dengan pencapaian
Matematik dengan nilai pekali r= 0.202 tetapi berhubung secara negatif dengan
OMPEP (r=-0.153) dan KM (r=-0.385). Kesemua hubungan tersebut adalah
signifikan (p=0.00). Bagi Ujian Perbezaan ANOVA pula, perbezaan signifikan
berdasarkan jantina ditunjukkan bagi OMPM (p=0.01), OMPEP (p=0.00) dan juga
keresahan Matematik (p=0.01). Akhir sekali, model regresi menunjukkan kombinasi
pembolehubah orientasi matlamat pencapaian dan keresahan Matematik berupaya
meramal sebanyak 16.6% (F=64.268; =-0.08) kepada perubahan pencapaian
Matematik. Dapatan kajian ini menggambarkan peranan penting konstruk motivasi
dan afektif dalam mempengaruhi pencapaian Matematik dalam konteks pelajar
Malaysia.

vi

ABSTRACT

This survey study aims to identify achievement goal orientation and students'
Mathematics anxiety. There are three constructs on achievement goal orientation
which are Mastery (OMPM), Performance-Approach (OMPPP) and PerformanceAvoidance (OMPEP) while Mathematics anxiety (KM) is seen through the four
constructs, namely an appraisal of a situation, stimuli, facial expressions and action
tendencies.. Instrument for measuring the achievement goals orientation is adopted
from the Achievement Goal Questionnaire modified to Mathematics domain.
Meanwhile, the instrument measuring Mathematics anxiety is developed based on
Parkinsons Four Factor Theory of Emotion and literature review. Both instruments
are validated using the Rasch Measurement Model. A total of 976 Form Four
students from 20 selected schools from three districts in Johor (Kluang, Pontian and
Johor Bahru) were involved in this study. All collected data were analyzed
descriptively by using Statistical Packages for Social Sciences Version 16.0
Software. Results showed that students adapt OMPM the most and followed by
OMPPP and OMPEP. Students Mathematics anxiety level was moderate. Pearson
Correlation Test results showed that OMPM positively correlated to Mathematics
achievement with the correlation coefficient r=0.202 but negatively correlated with
OMPEP (r=-0.153) and KM (r=-0.385). All the correlation is significant (p=0.00).
For ANOVA Test, there were significance differences across gender for OMPM
(p=0.01), OMPEP (p=0.00) and KM (p=0.01). Finally, regression model showed that
combination of these two variables can predict 16.6% (F=64.268; =-0.08) the
changes of Mathematics achievement. Findings of this study revealed that the
significant role of motivation and affective construct as affecting factors on
Mathematics achievement in the context of Malaysian students.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB

TAJUK

MUKA
SURAT

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

ABSTRACT

vi

ISI KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xiii

SENARAI RAJAH

xvi

SENARAI SINGKATAN

xvii

SENARAI LAMPIRAN

xviii

PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Penyataan Masalah

13

1.4 Objektif Kajian

15

1.5 Persoalan Kajian

15

1.6 Hipotesis Kajian

16

1.7 Skop dan Limitasi Kajian

17

1.8 Kerangka Teori Kajian

17

1.9

1.8.1 Kerangka Teori Orientasi Matlamat Pencapaian

19

1.8.2

20

Kerangka Teori Emosi

Kerangka Konsep Kajian

22

viii

1.10 Signifikan Kajian


1.10.1 Kepentingan kepada Pelajar

26

1.10.2 Kepentingan kepada Guru Sekolah

26

1.10.3 Kepentingan kepada Penggubal Kurikulum

27

1.10.4 Kepentingan kepada Bakal-Bakal Guru

27

1.10.5 Kepentingan kepada Ibu Bapa atau Penjaga

28

1.10.6 Kepentingan kepada Ahli Akademik

28

1.10.7

29

Sumbangan kepada Pengetahuan Sedia Ada

1.11 Definisi Istilah Kajian

29

1.11.1 Orientasi Matlamat Pencapaian

29

1.11.2 Keresahan Matematik

30

1.11.3 Pencapaian

31

1.11.4 Pelajar

31

1.12 Penutup

26

32

TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan

33

2.2 Kepentingan Matematik

33

2.3 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Matematik

35

2.4 Aspek Afektif dan Pembelajaran Matematik

37

2.5 Perbezaan Gender dalam Pendidikan Matematik

38

2.5.1 Perbezaan Gender dalam Keresahan Matematik

43

2.5.2 Perbezaan Gender dalam Motivasi Pencapaian

46

2.6 Teori-Teori berkaitan Motivasi Pencapaian

50

2.6.1 Teori Bersepadu Motivasi Pencapaian Elliot (1997)

50

2.6.2 Teori Motivasi Pencapaian Atkinson (1964)

51

2.6.3 Teori Matlamat Pencapaian Dweck (1986)

53

2.7 Model Tindakan Dinamik

54

2.8 Teori-Teori berkaitan Pengalaman Emosi

55

2.8.1 Faktor Pertama: Penilaian terhadap Situasi

55

2.8.1.1 Penilaian Primer

58

2.8.1.2 Penilaian Sekunder

60

ix

2.8.1.3 Model Penilaian Emosi Lazarus

63

2.8.1.4 Emosi sebagai Motivasi

64

2.8.2 Faktor Kedua: Rangsangan

65

2.8.2.1 Teori Emosi Schachter-Singer (1962)

65

2.8.2.2 Teori Emosi James-Lange (1884)

68

2.8.3 Faktor Ketiga: Ekspresi Muka


2.8.3.1 Hipotesis Maklum Balas Muka
2.8.4 Faktor Keempat: Kecenderungan Tindakan

69
70
73

2.9 Pemurnian Kerangka Teori Emosi

75

2.10 Faktor-Faktor yang Menyumbang kepada Keresahan

76

Matematik
2.10.1 Pengalaman Hidup yang Lepas

77

2.10.2 Tekanan Sosial dan Harapan Keluarga

78

2.10.3 Sikap dan Pemikiran Negatif terhadap Matematik

78

2.10.4 Pengaruh Guru

80

2.10.5 Sikap, Personaliti dan Hubungan Guru dengan

80

Pelajar
2.10.6 Kaedah Pengajaran Guru

81

2.10.7 Pengaruh Rakan Sebaya

82

2.10.8 Mitos terhadap Matematik

83

2.10.9 Stereotaip Gender

85

2.10.10 Situasi dan Instrumentaliti Ujian atau Peperiksaan

85

2.10.11 Kurikulum yang Lemah

86

2.11 Cara Mengatasi Fenomena Keresahan Matematik

86

2.11.1 Mengawal Tahap Keresahan

86

2.11.2 Berfikiran Positif dan Melawan Percakapan

87

Kendiri yang Negatif


2.11.3 Memupuk Keghairahan dan Semangat

87

(enthusiasm) terhadap Matematik


2.11.4 Membina Kumpulan Sokongan

88

2.11.5 Mengubah Gaya Pembelajaran

88

2.11.6 Persiapan dan Strategi Mengambil Ujian atau

89

Peperiksaan

2.12 Orientasi Matlamat Pencapaian

90

2.12.1 Trikotomi Orientasi Matlamat Pencapaian

91

2.12.2 Kesan-kesan Trikotomi Orientasi Matlamat

92

Pencapaian
2.12.2.1 Kesan-Kesan Orientasi Matlamat Masteri

92

2.12.2.2 Kesan-Kesan Orientasi Matlamat

94

Pendekatan Pencapaian
2.12.2.3 Kesan-kesan Orientasi Matlamat

95

Pengelakkan-Pencapaian
2.13 Orientasi Matlamat Pencapaian dengan Pencapaian Pelajar

96

dan Keresahan Pelajar


2.14 Kajian-Kajian Lepas tentang Motivasi Pencapaian,

97

Orientasi Matlamat dengan Pencapaian Pelajar


2.15 Kajian-Kajian Lepas dalam Negara tentang

99

Fenomena keresahan dan Pencapaian


2.16 Penutup
3

106

METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan

107

3.2 Reka Bentuk Kajian

107

3.3 Lokasi Kajian

109

3.4 Populasi Kajian

110

3.5 Sampel Kajian

111

3.5.1 Teknik Persampelan

113

3.5.2 Pemilihan Sampel Sekolah

113

3.5.3 Pemilihan Sampel Pelajar

116

3.6 Instrumen Kajian


3.6.1 Prosedur Pembangunan Item Keresahan Matematik

119
119

3.6.1.1 Pengujian Set Item Awalan

120

3.6.1.2 Maklum Balas Pelajar

125

3.6.1.3 Pandangan Pakar

125

3.6.2 Prosedur Pembangunan Instrumen Orientasi


Matlamat Pencapaian

129

xi

3.7 Ujian Analisis Set Item Interim

129

3.7.1 Rumusan Statistik

130

3.7.2 Kesepadanan Item

131

3.7.3 Kesepadanan Responden

133

3.7.4 Unidimensi

133

3.7.5 Perbezaan Fungsi Item (Differential

135

Item Functioning)
3.7.6 Kesahan Skala Pengkadaran (Rating Scale

135

Validating)
3.7.7 Pemetaan Item Responden (Person-Item Map)

136

3.7.8 Hasil Analisis Instrumen Keresahan Matematik

139

3.7.9 Hasil Analisis Instrumen Orientasi Matlamat

140

Pencapaian

3.8 Teknik Analisis Data

141

3.9 Penutup

144

ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan

145

4.2 Analisi Demografi Responden

145

4.2.1 Jantina

146

4.2.2 Markah bagi Subjek Matematik Moden

146

4.3 Hasil Dapatan Analisi Deskriptif

147

4.3.1 Hasil Dapatan berdasarkan Persoalan Pertama

147

4.3.2 Hasil Dapatan berdasarkan Persoalan Kedua

151

4.3.3 Hasil Dapatan berdasarkan Persoalan Ketiga

155

4.3.4 Hasil Dapatan berdasarkan Persoalan Keempat

157

4.3.5 Hasil Dapatan berdasarkan Persoalan Kelima

157

4.3.6 Hasil Dapatan berdasarkan Persoalan Keenam

159

4.3.7 Hasil Dapatan berdasarkan Persoalan Ketujuh

160

4.4 Penutup

162

xii

PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


5.1 Pengenalan

163

5.2 Perbincangan

163

5.2.1 Orientasi Matlamat Pencapaian yang Digunapakai

164

Pelajar Dalam Matapelajaran Matematik


5.2.2 Keresahan Matematik dalam kalangan Pelajar

167

5.2.3 Hubungan antara Orientasi Matlamat Pencapaian

169

dengan Pencapaian Matematik Pelajar


5.2.4 Hubungan antara Keresahan Matematik dengan

171

Pencapaian Matematik Pelajar


5.2.5 Perbezaan Orientasi Matlamat Pencapaian

173

berdasarkan Jantina
5.2.6 Perbezaan Keresahan Matematik berdasarkan Jantina

176

5.2.7 Orientasi Matlamat Pencapaian dan Keresahan

179

Matematik sebagai Peramal kepada Pencapaian


Matematik
5.3 Implikasi Teori

181

5.3.1 Implikasi Teori Orientasi Matlamat Pencapaian

181

5.3.2 Implikasi Teori Keresahan Matematik

183

5.4 Implikasi Praktikal


5.4.1 Implikasi Praktikal terhadap Pelajar

184
184

5.5 Cadangan Kajian

185

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

188

5.7 Penutup

192

RUJUKAN

194

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

2.1

TAJUK

Pencapaian pelajar lelaki dalam penilaian

MUKA SURAT

43

Matematik antarabangsa
2.2

Rujukan yang melaprokan keresahan

46

Matematik pelajar lelaki yang lebih tinggi


2.3

Perbezaan Matlamat Masteri dan Matlamat

54

Pencapaian dalam konteks bilik darjah


2.4

Pemetaan antara turutan peringkat

58

mengikut Model Lazarus, contoh umum


dengan contoh berkaitan kajian
2.5

Perbandingan komponen yang mendasari

63

penilaian bagi dua situasi yang berbeza


2.6

Pemetaan antara turutan peringkat

67

mengikut Model Schachter-Singer, contoh


umum dengan contoh berkaitan kajian
2.7

Pemetaan turutan peringkat mengikut

69

Model James-Lange, contoh umum dengan


contoh berkaitan kajian
2.8

Perbezaan antara aksi muka berbeza

70

dengan kesannya
2.9

Taburan otot pada tiga bahagian utama

71

muka
2.10

Lapan otot muka utama yang terlibat


dengan ekspresi muka (Ekman & Friesen,
1975)

72

xiv
3.1

Taburan bilangan sekolah menengah di

110

Negeri Johor mengikut daerah


3.2

Pecahan bilangan pelajar Tingkatan Empat

111

di Negeri Johor mengikut jantina


3.3

Penentuan sampel kajian

112

3.4

Bilangan sampel pelajar mengikut jantina

117

3.5

Taburan bilangan item mengikut domain

120

dan subdomain
3.6

Pemetaan antara faktor mempengaruhi

122

pengalaman emosi, konstruk kajian,


contoh item dengan penerangan perkaitan
3.7

Pemurnian bahasa yang dilakukan

127

3.8

Contoh penukaran item positif kepada item

128

negatif
3.9

Pecahan item positif dan negatif

128

3.10

Pengubahsuaian item

129

3.11

Kriteria ujian kesepadanan item

131

3.12

Analisis kesepadanan responden

133

3.13

Principal Component Analysis

134

3.14

Analisis Local Dependence Test

134

3.15

Analisis Differential Item Functioning

135

3.16

Analisis skala pengkadaran

136

3.17

Penerangan

structure

137

keresahan

139

Hasil analisis instrumen orientasi matlamat

140

perbezaan

nilai

calibration
3.18

Hasil

analisis

instrumen

Matematik
3.19

pencapaian
3.20

Pemetaan

antara

persoalan

kajian,

142

pendekatan kajian serta jenis analisis data


dan ujian statistik yang digunakan
3.21

Klasifikasi tahap nilai min

143

3.22

Klasifikasi tahap nilai korelasi

143

xv
4.1

Hasil analisis frekuensi dan peratusan

146

responden mengikut jantina


4.2

Hasil analisis Ujian-T markah Matematik

146

Moden berdasarkan jantina


4.3

Hasil analisis min, sisihan piawai dan

148

tahap min bagi setiap item dan konstruk


orientasi matlamat pencapaian
4.4

Hasil analisis interkorelasi antara orientasi

150

matlamat pencapaian
4.5

Hasil analisis min, sisihan piawai dan

152

tahap min bagi setiap item dan konstruk


keresahan Matematik
4.6

Hasil Analisis Ujian Kolerasi Pearson


antara

orientasi

matlamat

156

pencapaian

dengan pencapaian Matematik pelajar


4.7

Hasil Analisis Ujian Korelasi Pearson


antara

keresahan

Matematik

157

dengan

pencapaian Matematik pelajar


4.8

Hasil Analisis Ujian ANOVA Sehala bagi

158

orientasi matlamat pencapaian berdasarkan


jantina
4.9

Analisis

min

orientasi

matlamat

159

Hasil Analisis Ujian ANOVA Sehala bagi

159

pencapaian berdasarkan jantina


4.10

keresahan Matematik berdasarkan jantina


4.11

Analisis

min

keresahan

Matematik

160

berdasarkan jantina
4.12

Hasil Analisis Ujian Regresi Pelbagai

161

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Kerangka Teori Kajian

18

1.2

Kerangka Konsep Kajian

25

2.1

Penilaian Kompleks Lazarus : Jenisjenis

56

Manfaat, Kemudaratan dan Ancaman


2.2

Turutan Berlakunya Pengalaman Emosi

57

Menurut Teori Penilaian Lazarus


2.3

Model Penilaian Emosi Lazarus

64

2.4

Turutan Berlakunya Pengalaman Emosi

66

Menurut Teori Emosi Schachter-Singer


2.5

Turutan Berlakunya Pengalaman Emosi

68

Menurut Teori James-Lange


3.1

Prosedur Persampelan Kelompok Pemilihan

115

Sampel Sekolah
3.2

Pemilihan Sampel Pelajar

118

3.3

Rumusan Statistik Bagi Responden

131

3.4

Rumusan Statistik Bagi Item

131

3.5

Analisis Kesepadanan Item

132

3.6

Analisis Penyingkiran Item

133

3.7

Taburan Respon Item

136

3.8

Pemetaan Item-Responden

138

xvii

SENARAI SINGKATAN

ANOVA -

Analysis of Variance

df

Degree of Freedom

FPN

Falsafah Pendidikan Nasional

GPN

Gred Purata Negeri

OMP

Orientasi Matlamat Pencapaian

KM

Keresahan Matematik

KBSM

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KSSM

Kurikulum Standard Sekolah Menengah

KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KPM

Kementerian Pelajaran Malaysia

MEB

Malaysia Education Blueprint

NCES

National Center for Education Statistics

OMPM

Orientasi Matlamat Pencapaian Masteri

OMPEP

Orientasi Matlamat Pencapaian Pengelakan-Pencapaian

OMPPP

Orientasi Matlamat Pencapaian Pendekatan-Pencapaian

PBS

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PISA

Programme for International Student Assessment

PPNJ

Pejabat Pelajaran Negeri Johor

Probability

SAT

Scholastic Aptitude Test

Sig

Signifikan

SSA

Sistem Saraf Automatik

STEM

Science, Technology, Engineering and Mathematics

TIMSS

Third International Mathematics and Sciences Study

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

Soal Selidik

Analisis Pengesahan Instrumen

Analisis Kajian

Borang Pengesahan Instrumen

Skop Ujian Matematik Moden Mengikut


Sekolah

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian (KPM)

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian (JPN)

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian (UTM)

Bilangan Pelajar Mengikut Daerah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Selain daripada sumber kewangan yang kukuh sebagai tonggak utama dalam
memacu pengukuhan ekonomi sesebuah negara, modal insan yang berkualiti dan
mempunyai produktiviti yang tinggi juga menjadi aset berharga dalam proses
pembangunan sesebuah negara kerana ianya menjadi elemen penting kepada inovasi
dan transformasi ekonomi. Justeru itu, jentera pentadbiran negara sentiasa
meletakkan agenda pembangunan modal insan sebagai fokus utama. Rancangan
Malaysia Kesembilan dalam misi nasional pada teras kedua Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan iaitu Pembangunan Modal Insan memberi tumpuan
kepada sistem, nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi
melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif, kreatif
serta boleh dipasarkan (RMke-9, 2006). Kesinambungan daripada itu, dalam
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMke-10, 2011), penekanan juga diberikan kepada
membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelayakan pendidikan yang tinggi menjadi salah satu ciri yang perlu ada pada
modal insan bagi sesebuah negara maju. Situasi ini jelas menggambarkan bahawa
kualiti sistem pendidikan yang cemerlang menjadi medium utama dalam memastikan
pembangunan modal insan berdaya saing yang bersifat glokal. Ekoran daripada itu,
sistem pendidikan dan perlaksanaannya seharusnya sentiasa dipantau agar
penambahbaikan boleh dilaksanakan mengikut keperluan. Untuk tujuan itu, Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) yang diperkenalkan pada tahun 1989 yang berpaksikan

2
kepada matlamatnya iaitu membangunkan potensi individu secara holistik dan
bersepadu merangkumi empat aspek utama iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani
menjadi teras dan rujukan utama dalam usaha menganjak paradigma dan
mentransformasi pendidikan sedia ada. Signifikan lain kepada situasi ini
menunjukkan pembangunan diri pelajar di sekolah tidak dapat dipisahkan dengan
kesepaduan keempat-empat elemen tersebut yang juga semestinya menjadi penentu
kepada pencapaian pelajaran dalam proses pendidikan di sekolah.

Keupayaan intelek dan emosi seseorang pelajar dikenalpasti antara aspek


potensi diri yang penting seperti yang ditekankan dalam FPN. Dalam konteks Negara
Malaysia yang mengamalkan penilaian pencapaian pelajar berpusatkan kepada
peperiksaan, guru-guru sentiasa berusaha ke arah meningkatkan tahap kecerdasan
intelek pelajar yang dianggap faktor penentu utama pencapaian akademik. Hal ini
selaras dengan kenyataan Matarazzo (1972) yang mengatakan bahawa kajian
berkenaan hubungan tahap kecerdasan intelek terhadap pencapaian pelajar sudah
lama diterokai oleh banyak kajian lepas. Beliau juga membuat kesimpulan bahawa
pekali hubungan antara kecerdasan intelek terhadap pencapaian pelajar adalah lebih
tinggi bagi peringkat sekolah tetapi sedikit rendah bagi pelajar di institusi yang lebih
tinggi. Dalam keghairahan untuk mengembangkan kecerdasan intelek seseorang
pelajar, aspek kecerdasan emosi kini juga sudah mula mendapat tumpuan kerana
elemen ini dipercayai membawa implikasi yang besar terhadap pencapaian
akademik.

Menurut Saniah et al. (2000), aspek-aspek pertumbuhan, perkembangan,


pembelajaran dan pencapaian manusia dipengaruhi oleh motivasi. Dengan merujuk
situasi di sekolah pula, guru-guru secara dasarnya bersetuju bahawa semua jenis
tingkahlaku adalah disebabkan oleh motivasi. Hal ini selaras dengan penyataan yang
dikeluarkan oleh Mook (1996) iaitu untuk menjelaskan perlakuan yang ditunjukkan
oleh manusia mahupun haiwan, kita akan menggunakan elemen motivasi sebagai
hujahnya. Dalam konteks pembelajaran, motivasi dirujuk sebagai kesanggupan
pelajar, keperluan, keinginan untuk melibatkan diri dan berjaya dalam proses
pembelajaran (Md Yunus dan Wan Ali, 2009). Kajian oleh Khoush, Bakht dan
Kayye (2005), Md Yunus dan Wan Ali (2009), serta Middleton dan Spanias (1999)

3
mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan yang positif antara motivasi dan
pencapaian Matematik pelajar. Dapatan kajian ini secara umumnya dapat dijelaskan
dengan kenyataan bahawa motivasi akan memberi kesan kepada perlakuan dengan
mengarahkan niat dan keinginan untuk melaksanakan perlakuan tertentu yang
berkaitan (Reeve, 2005). Oleh itu, pelajar yang berkeinginan untuk mencapai yang
terbaik dalam pelajaran pasti akan melaksanakan usaha-usaha ke arah merealisasikan
sasaran yang diletakkan.

Elemen motivasi merupakan satu cabang pengetahuan yang sangat penting


untuk dikuasai oleh guru-guru di sekolah. Hal ini kerana menurut Reeve (2005),
pengetahuan yang berkisarkan motivasi pelajar apabila diaplikasikan dapat
menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran, mengembangkan
potensi bakat pelajar serta membantu guru untuk mewujudkan suasana persekitaran
dan pengajaran di dalam kelas yang efektif dan menyokong keperluan pelajar.
Persekitaran pembelajaran yang baik amat penting kerana kehidupan mereka yang
dikelilingi persekitaran yang dapat memenuhi keperluan akan menunjukkan
kecergasan yang tinggi (great vitality) dan lebih maju (Ryan dan Deci, 2000).
Dengan melihat skop yang lebih kecil, apabila persekitaran pada kelas tidak dapat
membawa kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik mata pelajaran maka pelajar
akan berasa kurang bersungguh untuk berusaha dan mudah cepat berputus asa.
Secara spesifiknya, menurut Haspiah (2006), ketidakupayaan memahami tajuk
persamaan kuadratik dengan baik didapati mempengaruhi minat dan motivasi pelajar
seterusnya menjejaskan penggunaannya dalam komponen lain yang akhirnya
mempengaruhi sebahagian topik Matematik Tambahan. Jelas di sini menunjukkan
bahawa betapa besar kesan motivasi terhadap perlakuan dan pencapaian seseorang.

Motivasi seseorang dipercayai mempunyai hubungkait dengan emosi iaitu


emosi sebagai salah satu jenis motivasi yang merintis dan memandu perlakuan serta
emosi bertindak sebagai sistem pembaca (read-out system) yang menentukan
sejauhmana penyesuaian diri berlangsung (Reeve, 2005). Hubungan yang kuat antara
emosi dan motivasi dapat dijelaskan dengan kenyataan bahawa emosi merupakan
sistem motivasi primer (Tomkins, 1962, 1963, 1984; Izard, 1991) yang mana
mengambil alih keluar emosi seseorang adalah sama seperti mengambil alih keluar

4
motivasinya. Begitu juga dalam proses pembelajaran, aspek emosi adalah penting
dalam mengekalkan momentum tumpuan di bilik darjah. Sekiranya terdapat perasaan
tidak tenang dalam diri pelajar maka semestinya mereka tidak dapat menerima
pelajaran yang disampaikan guru dengan baik. Begitu juga dalam mempelajari
Matematik, aspek afektif dapat mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar seperti
yang dinyatakan oleh Suinnn dan Edwards (1982) yang berhujah bahawa lebih
daripada setengah faktor yang dikaitkan dengan pencapaian akademik termasuk
Matematik dikaitkan dengan pembolehubah afektif salah satunya merupakan
keresahan Matematik.

Dalam aspek sosial-kognitif, Bandura (1997) mendefinisikan keresahan


sebagai keadaan yang menjangkakan sesuatu kemudaratan berlaku secara berlebihan
yang membawa kepada kebimbangan. Umumnya, keresahan ini adalah disebabkan
kerisauan terhadap sesuatu perkara.

Begitu juga dalam mempelajari ilmu Matematik, kerisauan pelajar terhadap


mata pelajaran tersebut sering dijadikan perbincangan lebih-lebih lagi sistem
pendidikan di Malaysia berorientasikan peperiksaan yang secara langsung
menimbulkan kebimbangan dalam diri pelajar untuk skor dalam peperiksaan.
Menurut Marzita (2002), dalam majoriti sistem pendidikan yang wujud di mana
sekalipun, kepentingan Matematik jelas ditonjolkan dalam kurikulum sekolah yang
dirangka. Kepentingan Matematik sering dikaitkan dengan aplikasinya dalam
kehidupan seharian dan secara khususnya pengetahuan Matematik dianggap sebagai
asas kepada pembangunan Sains dan Teknologi. Sama keadaannya di negara kita,
percambahan yang cepat dalam teknologi komputer dan automasi dalam kebanyakan
bidang sama ada industri mahupun komersial mendorong kepada keperluan yang
tinggi bagi semua pelajar menguasai kompetensi Matematik. Natijahnya, menyedari
akan hakikat ini pasti menimbulkan rasa kekurangan dalam diri pelajar sekiranya
mereka ketinggalan dalam menguasai subjek ini dengan baik.

Kesimpulannya, dalam menelusuri usaha ke arah negara maju, pembangunan


modal insan yang mempunyai kelayakan pendidikan yang tinggi adalah wajar
dititikberatkan. Justeru, sistem pendidikan yang efektif serta perlaksanaan proses

5
pengajaran dan pembelajaran yang baik menjadi medium pelaksana. Sebagai subjek
yang berkait langsung dengan isu ini, pembangunan pelajar menjadi fokus yang perlu
diutamakan dan tidak boleh dipandang remeh. Kepentingan elemen motivasi dan
emosi pelajar seperti yang telah dihuraikan perlu sentiasa diambilkira dan dipantau
setiap masa agar segala matlamat pendidikan yang direncanakan dapat dicapai
dengan jayanya.

1.2

Latar Belakang Masalah

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aspek perkembangan


potensi dan kebolehan individu secara menyeluruh dan bersepadu diberi penekanan
khusus dalam pendidikan yang dipraktikkan di negara kita (Wan Mohd Zahid, 2000).
Salah satu daripadanya ialah elemen kecemerlangan dalam pembangunan intelektual
yang kebiasaannya diberi tumpuan terhadap prestasi akademik. Prestasi akademik
pelajar di sekolah majoritinya dinilai berdasarkan keputusan dalam peperiksaan
selain hanya mengambil kira peratusan yang rendah dalam hasil projek. Bagi
seseorang pelajar yang normal, pencapaian akademik yang baik menjadi sasaran
setiap daripada mereka. Tambahan lagi, masyarakat kita masih lagi melihat
pencapaian akademik sebagai alat pengukur kepada kejayaan seseorang. Lantaran
daripada itu, isu pencapaian akademik pelajar seringkali hangat diperkatakan oleh
semua lapisan masyarakat. Salah satu topik perbincangannya berkisar kepada faktorfaktor yang menyumbang kepada pencapaian akademik yang cemerlang.
Kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan merupakan pendapat peribadi individu
berdasarkan pengalaman yang rata-ratanya bersifat umum dan di peringkat dasar.
Oleh itu, adalah wajar untuk menjalankan kajian berbentuk ilmiah dalam mengenal
pasti elemen-elemen yang memberi kesan kepada pencapaian akademik seseorang
pelajar.

Dalam membicarakan isu akademik pelajar di sekolah, salah satu subjek yang
sering mendapat perhatian ialah Matematik. Para pelajar diajar dengan Matematik
asas di peringkat sekolah rendah sementara di peringkat sekolah menengah pula,
pengajaran Matematik lebih menekankan kefahaman penggunaan konsep dan

6
penyelesaian masalah (KPM, 2010, KPM, 2006). Hampir dua dekat telah berlalu,
fenomena pengajaran Matematik sebahagian besarnya masih lagi sama di semua
peringkat pengajian. Dalam melangkaui satu peringkat ke peringkat pengajian yang
seterusnya, setiap pelajar pasti melalui pengalaman pembelajaran yang berbeza sama
ada membuatkan mereka teruja atau bosan dan tidak berminat untuk menerokai
pengetahuan Matematik pada peringkat yang lebih tinggi. Justeru itu, adalah penting
kepada guru untuk memastikan kemajuan pelajar dalam menguasai konsep dan
kemahiran Matematik pada peringkat bawahan ke peringkat pengajian lebih tinggi.
Hal ini selari dengan saranan Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) yang
menekankan pengajaran guru kepada aspek kemahiran dan konsep yang perlu
diperolehi dalam topik pembelajaran; hierarki dan perhubungan antara topik
pembelajaran; dan kemahiran topik pembelajaran asas diperoleh sepenuhnya
sebelum beralih ke pembelajaran yang bersifat lebih berani.

Pencapaian Matematik pelajar menjadi fokus yang sering diberikan tumpuan


dalam sistem pendidikan di seluruh dunia. Kegagalan dalam subjek Matematik juga
menjadi isu global yang kritikal di kebanyakan negara. Di Malaysia pula, keresahan
Matematik menjadi faktor utama yang mempengaruhi pencapaian Matematik dalam
kalangan pelajar sekolah menengah (Zakaria dan Nordin, 2008) dan Darvajoo
(2007). Perkara ini seharusnya tidak dipandang remeh kerana seringkali kita kaitkan
keupayaan intelek seseorang dalam pencapaian tetapi kenyataan ini membawa
dimensi yang lain dengan mengaitkan elemen afektif dalam diri seseorang pelajar.
Untuk melihat secara mendalam tentang isu ini, pengkaji akan mengupas beberapa
isu dan fenomena sebagai latar belakang masalah yang berkaitan motivasi
pencapaian dengan pencapaian pelajar, orientasi matlamat pencapaian merentas
jantina, keresahan Matematik dengan pencapaian pelajar serta keresahan Matematik
dan stereotaip jantina.

Kepentingan motivasi dalam proses pembelajaran adalah signifikan kerana


menurut Hassan (2002), motivasi diibaratkan jantung kepada proses belajar. Tambah
beliau lagi, selain menggerakkan tingkah laku, elemen motivasi juga memperkuatkan
lagi tingkah laku. Pelajar yang bermotivasi dalam proses pembelajaran akan
konsisten dalam menunjukkan minat, semangat dan ketekunan yang tinggi dan

7
kurang bergantung kepada guru. Namun sebaliknya akan berlaku bagi pelajar yang
kurang atau tidak bermotivasi. Selaras dengan kenyataan oleh Reeve (2005) yang
menyatakan bahawa motivasi mempunyai struktur multidimensi yang berkait dengan
pembelajaran dan motivasi akademik. Motivasi terhadap pencapaian akademik
membawa kepada perlakuan untuk pembelajaran dan pencapaian seperti melakukan
sesuatu tugasan sehingga berjaya dalam konteks tertentu (Masaali, 2007). Secara
spesifik, motivasi pencapaian yang berorientasikan masteri menyebabkan seseorang
itu lebih melibatkan diri dengan aktiviti kelas, kerja rumah dan dapat menguruskan
masa dengan lebih baik (Luo et al., 2011).

Proses pembelajaran merupakan sesuatu yang dinamik dan tidak bersifat


statik. Peningkatan dan perkembangan perlu kerana para pelajar akan melalui fasa
peningkatan dari aspek pengetahuan, kaedah pembelajaran, halangan dan sebagainya.
Oleh itu, motivasi dan pembangunan diri perlu bergerak seiring dalam proses
pendidikan agar elemen-elemen dalam fasa peningkatan tersebut dapat diimbangi.
Dalam penulisan yang bertajuk Personality, Motivation and Achievement oleh
Atkinson dan Rogner (1978) menyatakan bahawa pecahan motivasi pencapaian
terbahagi kepada dua iaitu motif untuk mencapai kejayaan dan motif untuk mengelak
kegagalan. Penggunaan unsur menakut-nakutkan (fear appeals) dalam menghadapi
ujian oleh guru dengan menerangkan manfaat untuk pendidikan masa hadapan dan
prospek kerjaya dipercayai akan memotivasikan pelajar yang malas (Putwain, 2009).
Menurut Martin (2001) pula, seseorang pelajar akan berterusan dalam usaha untuk
terus belajar dan bermotivasi tinggi sekiranya mereka melihat nilai pada tugasan
serta aktiviti yang dilaksanakan.

Isu gender dengan motivasi pencapaian juga sudah lama dibincangkan dalam
kajian psikologi mahupun pendidikan. Bagaimanapun dapatan tentang perbezaan
gender dalam orientasi matlamat pencapaian kelihatan tidak konsisten. Sebagai
contoh, dalam kajian Anderman dan Young (1994) yang melihat kepada elemen
motivasi dan strategi dalam pembelajaran subjek Sains melaporkan bahawa pelajar
perempuan cenderung kepada orientasi matlamat berfokuskan pembelajaran tetapi
kurang pada orientasi matlamat berfokuskan keupayaan dalam subjek Sains
berbanding pelajar lelaki biarpun tahap efikasi kendiri pelajar perempuan lebih

8
rendah. Dalam kajian lain pula yang berkaitan perbezaan motivasi pencapaian antara
atlet lelaki dan atlet perempuan, dapatan menunjukkan bahawa tiada perbezaan
gender dalam orientasi ego dan skor atlet perempuan adalah lebih tinggi pada
orientasi tugasan (Hanrahan dan Cerin, 2009). Kedua-dua dapatan yang
menunjukkan perkaitan perbezaan gender dengan orientasi matlamat pencapaian
dalam domain yang berbeza (subjek Sains dan Sukan) menjadi dasar kepada kajian
ini yang ingin melihat dalam konteks pembelajaran Matematik.

Pengajaran dan pembelajaran Matematik mendapat kesan secara langsung


dan tidak langsung ekoran daripada fenomena keresahan Matematik yang wujud
dalam diri pelajar. Keresahan Matematik ini boleh wujud hasil daripada pengalaman
negatif lalu yang dialami pelajar dalam mempelajari Matematik tidak kira sama ada
di sekolah mahupun di rumah. Keresahan Matematik sebenarnya berkait dengan
pelbagai kekangan dalam proses pembelajaran Matematik. Dapatan yang diperolehi
oleh Hambree (1990), Ma (1999) dan Ho et al. (2000) menunjukkan bahawa pelajar
yang mengalami keresahan Matematik akan cenderung untuk tidak mengikuti kursus
Matematik terutamanya kursus Matematik lanjutan, mengelak diri dari menceburkan
diri dengan pekerjaan yang memerlukan kemahiran kuantitatif serta tidak gemar
mengajar Matematik sekiranya menjadi seorang guru. Tambahan lagi menurut
Anderson (2007), keadaan keresahan yang tinggi menyebabkan pengelakan dari
melibatkan diri dengan tugasan yang melibatkan Matematik.

Kesedaran yang wujud terhadap kepentingan pengaruh elemen keresahan


terhadap proses pembelajaran dan pencapaian membawa kepada perlaksanaan kajian
untuk mendalami isu ini secara mendalam. Tinjauan literatur yang dilakukan
memperlihatkan bahawa wujud korelasi negatif antara keresahan ujian dan prestasi
dalam konteks pendidikan dan kerjaya iaitu semakin tinggi tahap keresahan, semakin
rendah prestasi yang dipamerkan (Erden dan Akgul, 2010; Cassady dan Johnson,
2002; Hambree, 1998; Ackerman dan Heggestad, 1997; Seipp, 1991). Kewujudan
perasaan resah atau bimbang merupakan perasaan emosi asas bagi setiap manusia
yang telah dikenalpasti melangkaui sempadan budaya (Bodas dan Ollendick, 2005;
Engelhard, 2001). Dalam melihat perkaitan antara perasaan resah dengan motivasi
pencapaian, terdapat kajian yang telah dilakukan dengan menyentuh aspek khusus

9
seperti keresahan ujian (Hambree, 1988; Bodas dan Ollendick, 2005) dan keresahan
Matematik oleh Bandalos, Yates dan Thorndike-Christ (1995) dan Hambree (1990).

Ancaman stereotaip menerangkan bagaimana konteks sosial menyumbang


kepada pembinaan, pengekalan atau penghapusan pencapaian yang lemah bagi
kumpulan yang didiskriminasikan (Steel, 1997). Tambahan lagi, kesedaran dan
kepekaan terhadap stereotaip negatif meningkatkan keresahan terhadap situasi
tertentu (Goffman, 1963, Howard dan Hammond, 1985; Steele dan Aronson, 1995;
Steele, 1990). Satu faktor yang dikaitkan dengan perbezaan keupayaan Matematik
pelajar ialah jantina. Ramai ahli teori berhujah bahawa dapatan kajian yang
menunjukkan keupayaan Matematik yang lebih tinggi bagi pelajar lelaki adalah
disebabkan perbezaan yang diwarisi (inherent differences) ataupun berpunca
daripada stereotaip berasaskan jantina (Hyde, Fennema, Ryan, Frost dan Hopp,
1990).

Dalam konteks pendidikan negara Malaysia, beberapa perubahan telah


dilaksanakan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan sedia ada. Terkini, acuan
terbaru dunia pendidikan di Malaysia bakal berlandaskan Malaysia Education
Blueprint (MEB) yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2013 hinggalah 2025.
Penghasilan MEB adalah bertujuan untuk melonjakkan standard pendidikan negara
ke tahap antarabangsa sebagai aspirasi kerajaan dalam melahirkan generasi muda
Malaysia yang berupaya mengharungi cabaran abad ke-21. Dalam aspirasi sistem
kedua yang dicadangkan dalam MEB iaitu kualiti, semua kanak-kanak berhak
mendapatkan peluang pendidikan yang terbaik dan setanding dengan sistem
pendidikan antarabangsa (Preliminary Report MEB, 2012). Satu aspirasi yang ingin
dicapai adalah untuk menjadi salah satu daripada tiga kelompok negara yang
mempunyai prestasi terbaik dalam penilaian antarabangsa seperti Programme for
International Student Assessment (PISA) dan Third International Mathematics and
Sciences Study (TIMSS) dalam tempoh 15 tahun selain daripada penilaian-penilaian
antarabangsa yang lain.

Landskap pencapaian pendidikan yang berubah dalam konteks persaingan


dengan negara-negara lain membawa kepada persoalan di mana letaknya kedudukan

10
pelajar-pelajar Malaysia. Antara indikator penting yang perlu dijadikan asas kepada
keperluan perubahan sistem pendidikan negara kita adalah berdasarkan penilaian
antarabangsa yang disertai pelajar-pelajar Malaysia iaitu PISA dan TIMSS.
Berdasarkan hasil kajian penilaian PISA dan TIMSS, pelajar negara kita menghadapi
kesukaran dalam menguasai kemahiran pemikiran tahap tinggi (Preliminary Report
MEB, 2012).

Daripada 74 negara yang terlibat dalam PISA pada tahun 2009, prestasi
pelajar Malaysia adalah pada tiga kelompok terendah bagi Matematik, Sains dan juga
Pembacaan (PISA, 2009). Laporan menunjukkan skor yang diperolehi adalah kurang
daripada skor purata yang ditetapkan. Tambahan lagi, tiada seorang pun pelajar
Malaysia yang mencapai tahap advanced manakala 60% mencapai tahap kurang
daripada tahap profisiensi minimum (PISA, 2009). Secara khususnya, PISA
mentakrifkan pelajar yang berada di bawah tahap minimum ialah mereka yang tidak
berupaya untuk menggunakan pengetahuan asas logaritma, formula dan prosedur
serta tidak berupaya membuat penaakulan dan mengintepretasi keputusan. Hal ini
perlu dilihat secara teliti kerana penilaian PISA adalah menilai tahap pemikiran
tinggi pelajar untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan sebenar yang
menjadi elemen penting untuk berjaya dalam menelusuri cabaran hidup pada abad
ke-21.

Selain daripada PISA, TIMSS pula dijalankan bagi mengukur profisiensi


pelajar daripada tiga aspek iaitu kemahiran kognitif, mengingat semula pengetahuan,
aplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan masalah serta keupayaan untuk menaakul
dalam menyelesaikan masalah. Namun, pelajar Malaysia dikatakan tidak menguasai
ketiga-tiga dimensi tersebut. Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 10
daripada 45 negara terlibat menunjukkan penurunan dalam Matematik biarpun skor
yang diperoleh melepasi skor purata yang ditetapkan (TIMSS, 2003). Namun, pada
tahun 2007, berlaku penurunan yang banyak (kedudukan 20 daripada 48 negara
terlibat) dengan skor bagi Matematik dan Sains kedua-duanya kurang daripada skor
purata. Sebanyak 20% pelajar Malaysia tidak memenuhi penanda aras minimum iaitu
hampir tiga kali ganda berbanding tahun 1999 dan 2003 (TIMSS, 2007). Dapatan

11
menyimpulkan bahawa pelajar memahami konsep asas Matematik tetapi tidak
berupaya mengaplikasikan pengetahuan tersebut.

Perbandingan yang dilakukan antara dapatan TIMSS 2007 (pelajar Tingkatan


Dua) dengan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008 (pelajar Tingkatan
Tiga) pada sekolah yang sama mendapati pelajar yang mendapat gred cemerlang
Matematik dalam PMR adalah sebanyak 30% tetapi hanya 2% dalam penilaian
TIMSS. Hal ini kerana perbezaan dalam perkara yang dinilai iaitu TIMSS lebih
mengukur kemahiran penaakulan pelajar tetapi PMR mengukur kepada pengetahuan
kandungan (content knowledge).

Sebagai usaha untuk mengatasi isu yang dinyatakan, pihak kementerian akan
memastikan semua kanak-kanak perlu celik dari segi literasi dan numerasi pada
tahap yang paling asas. Justeru, adalah penting bagi pelajar untuk memahirkan diri
dalam subjek teras seperti Matematik dan Sains. Standard yang perlu dicapai pula
perlulah setanding dengan negara lain termasuklah dalam Matematik, Sains, Bahasa
Inggeris dan kemahiran berfikir seperti penaakulan dan penyelesaian masalah.

Antara inisiatif pihak kementerian adalah melaksanakan penilaian holistik


dengan memurnikan semula peperiksaan kebangsaan disamping memperkenalkan
pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Selain itu, pada tahun 2011 Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah ditukar kepada Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) secara berperingkat. Sementara itu, pada tahun 2017,
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) akan menggantikan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sepenuhnya. Antara penambahbaikan yang
dilakukan pada kurikulum standard ini ialah penekanan kepada elemen 3R (Reading,
wRiting, aRithmetic) menjadi 4R (Reading, wRiting, aRithmetic dan Reasoning).
Pada tahun 2016 pula, soalan penilaian di sekolah yang menguji kemahiran berfikir
tahap tinggi akan merangkumi 80% pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),
80% pada PMR serta 75% untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada subjek teras
termasuk Matematik (Preliminary Report MEB, 2012).

12
Jika dilihat pada usaha yang dijalankan pihak kementerian, kesemuanya
adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran tahap tinggi.
Dalam konteks pendidikan Matematik pula, pelajar yang dijangka dapat dilahirkan
adalah mereka yang bukan sahaja berupaya mengaplikasikan sesuatu pengetahuan
Matematik yang diperolehi ke dalam satu situasi sahaja tetapi lebih bersifat fleksibel
pada apa jua keadaan. Perubahan ini merupakan satu cabaran yang relevan untuk
dilaksanakan dengan adanya garis panduan yang jelas. Selari dengan itu, aspek-aspek
pembelajaran psikologi seperti orientasi matlamat pencapaian dan keresahan
Matematik perlulah dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Orientasi matlamat pencapaian yang digunapakai pelajar perlulah mendorong


pelajar tersebut untuk terus aktif dalam aktiviti pembelajaran disamping membentuk
pelajar yang lebih kreatif dan inovatif. Dengan pelaksanaan PBS, biarpun pelajar
tidak lagi akan membandingkan skor pencapaian yang diperoleh tetapi kawalan perlu
diberikan supaya tidak pula wujud perbandingan BAND antara pelajar dengan jelas.
Situasi ini jelas menunjukkan betapa penting orientasi matlamat pencapaian
memainkan peranan penting dalam membentuk tingkahlaku seseorang pelajar.

Selain daripada itu, aspek afektif keresahan Matematik yang sering dikaitkan
dengan pencapaian perlu juga diambilkira dan tidak diabaikan hanya kerana sistem
penilaian pelajar yang tidak lagi berasaskan skor peperiksaan. Hal ini kerana,
keresahan Matematik bukan sahaja berlaku pada situasi penilaian tetapi juga
dikaitkan dengan kekurangan kemahiran pelajar dalam memahami simbol
Matematik, formula Matematik, konsep Matematik yang abstrak dan perwakilan
Matematik (Ho dan Hyun, 2011). Oleh yang demikian, dalam memastikan pelajar
berupaya membentuk pemikiran tahap tinggi, situasi keresahan Matematik perlulah
diminimumkan kerana elemen-elemen dalam keresahan Matematik mampu menjadi
penghalang kepada usaha tersebut.

Sehubungan dengan penerangan yang dijelaskan, penambahbaikan dilakukan


ke atas konteks kajian lepas bagi mengukuhkan dapatan kajian sedia ada. Pertama
sekali, kajian lepas berkaitan konstruk motivasi sudah banyak dijalankan pada
peringkat tempatan seperti yang berkaitan konsep kendiri (Conelia, 2009; Norlaily,

13
2009; Rahiman, 2009; Tay, 2002; Noor Sadah, 1999), penghargaan kendiri (Siti
Mariam, 2006; Nadia Azwa, 2006; Rozali, 2003), regulasi kendiri (Siti Liyana, 2008),
motivasi intrinsik dan ekstrinsik (Faridah, 2008; Abdul Ghani, 2009; Amirrul, 2007;
Siti Liyana, 2008; Saadiah, 2003). Bagaimanapun konstruk motivasi yang berkaitan
dengan orientasi matlamat pencapaian adalah kurang. Sebagai contoh, kajian oleh
Hamimah (2009) yang melibatkan orientasi matlamat pencapaian bagaimanapun
menjurus kepada domain akademik Sains dan bukan Matematik.

Kedua, kajian berkaitan keresahan pula lebih banyak dilakukan secara umum
bagi melihat aspek keresahan penggunaan perpustakaan (Ansari, 2009) dan keresahan
belajar (Vitasari et al., 2010). Tambahan lagi, kajian tersebut lebih memfokuskan
kepada mahasiswa dan mahasiswi universiti. Kajian berkaitan keresahan Matematik
yang pernah dilakukan pula ada yang berskala besar dengan melihat kepada pelajar di
negara Asia manakala kajian keresahan Matematik dijalankan kepada pelajar
universiti. Justeru, kajian ini wajar dijalankan bagi melihat kedua-dua pembolehubah
ini dalam konteks pelajar Malaysia dalam domain Matematik.

1.3

Pernyataan Masalah

Kelayakan pendidikan yang tinggi menjadi passport yang membolehkan


seseorang itu menjalani kehidupan yang penuh cabaran pada masa kini. Pencapaian
akademik menjadi elemen penting yang sangat ditekankan dalam proses pendidikan
di Malaysia. Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang diberi fokus
utama kerana sifatnya yang universal dan bersepadu dengan subjek-subjek yang lain.
Tambahan lagi, aplikasi pengetahuan dan kemahiran Matematik sangat diperlukan
dalam banyak lapangan kehidupan manusia. Banyak faktor yang dapat dikaitkan
dengan pencapaian Matematik dan salah satunya adalah faktor psikologi. Faktor
psikologi dan kesannya terhadap pencapaian Matematik kini menjadi perhatian dan
sangat dititkberatkan oleh pengkaji akademik dan juga pengamal (practitioners)
ekoran daripada kurangnya kajian dan penemuan saintifik yang terhasil pada faktor-

14
faktor tersebut. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, faktor tersebut termasuklah
orientasi matlamat pencapaian dan keresahan Matematik.

Dalam konteks pendidikan, seseorang pelajar perlulah melibatkan diri secara


aktif dalam proses pembelajaran di sekolah dalam memastikan proses perkembangan
potensi diri berlaku secara menyeluruh (Martin, 2007). Justeru, elemen yang sangat
penting dalam memastikan penglibatan pelajar adalah orientasi matlamat pencapaian.
Orientasi matlamat tertentu akan menentukan perlakuan pelajar sama ada akan terus
melibatkan diri dalam pembelajaran ataupun sebaliknya (Reeve, 2005).

Sementara itu, keresahan Matematik mempunyai kesan secara langsung


mahupun tidak kepada semua aspek dalam pendidikan Matematik. Sementara itu,
tiada konsensus yang dicapai dalam menerangkan dimensi, faktor penyebab dan
kesannya (Hakan et al., 2009). Namun, banyak hasil kajian menunjukkan perkaitan
antara keresahan Matematik dengan kesan pembelajaran yang negatif termasuklah
pencapaian yang rendah (Erden dan Akgul, 2010; Anderson, 2007; Stubblefield,
2006; Ho et al., 2000).

Berkaitan perbezaan gender, dapatan yang konsisten melaporkan pelajar


perempuan mempunyai tahap keresahan Matematik yang lebih tinggi berbanding
pelajar lelaki pada tahun 80-an (Hembree, 1990; Hyde et al.,1990) namun perbezaan
tersebut tidak signifikan pada tahun 90-an (Lubinski et al., 2010; Ma dan Xu, 2004).
Perbezaan gender bagi orientasi matlamat pencapaian juga adalah tidak jelas. Hal ini
kerana tidak banyak kajian yang melihat perbezaan gender bagi orientasi matlamat
pencapaian berbanding teori pencapaian yang lain (Meece et al., 2006).

Berdasarkan huraian latar belakang masalah yang berkaitan dengan signifikan


elemen motivasi pencapaian dan keresahan Matematik dengan pencapaian
Matematik pelajar, serta jurang perbezaan motivasi pencapaian dan keresahan
Matematik merentas jantina, maka adalah wajar untuk menjalankan satu kajian
tentang orientasi matlamat pencapaian dan keresahan pelajar terhadap Matematik
serta kesannya terhadap pencapaian Matematik.

15
1.4

Objektif Kajian
Dalam penyelidikan ini, objektif yang ingin dikaji adalah seperti berikut:

i.

Menentukan tahap penggunaan orientasi matlamat pencapaian pelajar dalam


subjek Matematik.

ii.

Menentukan tahap keresahan Matematik pelajar.

iii.

Menentukan hubungan antara orientasi matlamat pencapaian pelajar dengan


pencapaian Matematik.

iv.

Menentukan hubungan antara keresahan Matematik pelajar dengan


pencapaian Matematik.

v.

Membandingkan

perbezaan

orientasi

matlamat

pencapaian

pelajar

berdasarkan jantina.
vi.

Membandingkan perbezaan keresahan Matematik pelajar berdasarkan jantina.

vii.

Menentukan pengaruh orientasi matlamat pencapaian dan keresahan


Matematik pelajar terhadap pencapaian Matematik pelajar.

1.5

Persoalan Kajian
Persoalan yang selari dengan objektif kajian ini pula adalah seperti berikut:

i.

Apakah tahap penggunaan orientasi matlamat pencapaian pelajar dalam


subjek Matematik?

ii.

Apakah tahap keresahan Matematik pelajar?

iii.

Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara orientasi matlamat


pencapaian pelajar dengan pencapaian Matematik?

iv.

Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara keresahan Matematik


pelajar dengan pencapaian Matematik?

v.

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan orientasi matlamat pencapaian


pelajar berdasarkan jantina?

vi.

Adakah terdapat perbezaan signifikan keresahan Matematik pelajar


berdasarkan jantina?

vii.

Sejauhmana orientasi matlamat pencapaian pelajar dan keresahan Matematik


menyumbang kepada pencapaian Matematik pelajar?

16
1.6

Hipotesis Kajian

Daripada tujuh persoalan kajian yang dibina, terdapat empat hipotesis kajian
yang ingin diuji seperti berikut:

i.

Hipotesis kajian pertama adalah selari dengan persoalan kajian yang ketiga.

Hipotesis Nol Pertama:


Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara orientasi matlamat
pencapaian dengan pencapaian Matematik pelajar.

ii.

Hipotesis kajian kedua adalah selari dengan persoalan kajian yang keempat.

Hipotesis Nol Kedua:


Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara keresahan Matematik
dengan pencapaian Matematik pelajar.

iii.

Hipotesis kajian ketiga adalah selari dengan persoalan kajian yang kelima.
Hipotesis Nol Ketiga:
Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan orientasi matlamat pencapaian
antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

iv.

Hipotesis kajian keempat adalah selari dengan persoalan kajian yang keenam.

Hipotesis Nol Keempat:


Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang siginifikan keresahan Matematik antara
pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

17
1.7

Skop dan Limitasi Kajian

Kajian ini secara umumnya ingin melihat hubungan dan perbezaan antara
pembolehubah orientasi matlamat pencapaian dan keresahan Matematik dengan
pembolehubah pencapaian Matematik pelajar merentasi jantina. Kajian ini juga
dijalankan tertakluk kepada beberapa limitasi dan tumpuan kepada skop yang
ditetapkan sahaja. Limitasi tersebut merangkumi aspek sampel kajian, pembolehubah
kajian dan instrumen kajian.

Sampel kajian ini adalah seramai 976 orang pelajar sekolah menengah.
Tingkatan Empat yang sudah menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012.
Sampel sekolah yang terlibat pula merupakan 20 buah sekolah menengah harian
daripada tiga buah daerah (Kluang, Pontian, Johor Bahru) yang terpilih.

Dalam pemilihan pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini pula, pengkaji
juga telah menetapkan skop pembolehubah yang ingin dijadikan tumpuan utama iaitu
hanya melibatkan pembolehubah afektif dan tidak kepada pembolehubah intelek dan
bukan intelek (perlakuan). Tambahan lagi, aspek afektif yang difokuskan ialah
orientasi matlamat pencapaian dan keresahan Matematik. Bagi pembolehubah
bersandar pula iaitu pencapaian Matematik, pengkaji mengambil markah Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2012 bagi subjek Matematik Moden sebagai indikator kepada
pencapaian pelajar. Untuk memastikan tidak wujud jurang yang terlalu besar bagi
skor pencapaian Matematik pelajar, pengkaji telah memastikan skop tajuk ujian yang
diuji adalah lebih kurang sama bagi semua sekolah (rujuk Lampiran E).

1.8

Kerangka Teori Kajian

Terdapat dua teori utama yang dijadikan asas iaitu teori berkaitan motivasi
iaitu Teori Motivasi Pencapaian Elliot (1997) dan Teori Emosi Empat Faktor
Parkinson (1995) yang akan dijelaskan dalam subtopik 1.8.1 dan 1.8.2. Sementara
itu, kerangka teori keseluruhan bagi kajian ini ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

PENCAPAIAN
MATEMATIK

Rajah 1.1: Kerangka Teori Kajian

Faktor Keempat:
Kecenderungan Tindakan
(Teori Rangsangan Cannon,
1929)

Faktor Ketiga: Ekspresi


Muka
(Teori Maklum Balas Wajah
Laird, 1974)

Faktor Kedua: Rangsangan


(Teori Emosi SchachterSinger, 1962 dan Teori Emosi
James-Lange 1922)

Faktor Pertama: Penilaian


(Teori Penilaian Lazarus,
1982)

Teori Emosi
Empat Faktor
(Parkinson, 1995)

Orientasi Matlamat
Pengelakan-Pencapaian
(Teori Matlamat Pencapaian
Atkinson, 1964)

Orientasi Matlamat
Pendekatan-Pencapaian
(Teori Matlamat Pencapaian
Atkinson, 1964)

Orientasi Matlamat Masteri


(Teori Matlamat Pencapaian
Dweck, 1986)

Teori Matlamat Pencapaian


(Elliot, 1997)

18

19
1.8.1 Kerangka Teori Orientasi Matlamat Pencapaian

Bagi pembolehubah Orientasi Matlamat Pencapaian dalam kajian ini, Teori


Motivasi Pencapaian Elliot (1997) digunakan sebagai kerangka teori bagi
menjelaskan peranan jenis orientasi matlamat yang berbeza terhadap pencapaian
khusus dalam subjek Matematik. Teori ini merupakan teori komprehensif yang
menyepadukan antara dua pendekatan Teori Motivasi Pencapaian yang utama iaitu
pendekatan klasik dan pendekatan kontemporari. Teori ini dipilih kerana ianya
merupakan teori yang signifikan disebabkan keupayaannya untuk memberikan
gambaran dan pemahaman secara mendalam dalam bidang motivasi sejak tiga dekad
yang lepas (Meece et al., 2006; Schunk et al., 2008).

Penyepaduan antara dua pendekatan klasik dan kontemporari yang bertujuan


untuk mengatasi kelemahan yang wujud membawa kepada tiga jenis orientasi
matlamat pencapaian iaitu Orientasi Matlamat Masteri, Orientasi Matlamat
Pendekatan-Pencapaian dan Orientasi Matlamat Pengelakan-Pencapaian (Elliot dan
Church, 1997).

Perkembangan terbaru dalam Teori Motivasi Pencapaian memecahkan


Orientasi Matlamat Masteri kepada dua iaitu Pendekatan-Masteri dan PengelakanMasteri (Cury, Elliot, Da Fonseca dan Moller, 2006; Elliot, 1999; Elliot dan
McGregor, 2001; Pintrich et al., 2003) yang mana Orientasi Pengelakan-Masteri
memfokuskan kepada mengelak daripada menunjukkan ketidakfahaman atau
mengelak daripada tidak mempelajari atau memahirkan diri dengan sesuatu tugasan
(Elliot, 1999, 2005; Pintrich et al., 2003). Bagaimanapun, Orientasi Matlamat
Pengelakan-Masteri tidak dimasukkan kerana elemen pengelakan dalam konteks
Orientasi Matlamat Masteri ini sedikit sebanyak masih belum dibuktikan secara teori
mahupun secara operasinya (Elliot dan Mc Gregor, 2001; Pintrich, 2000). Tambahan
lagi, kerangka model 2x2 masih kurang sokongan empirikal (Linnenbrink-Gracia et
al., 2008; Pintrich et al., 2003).

20
Kerangka orientasi matlamat pencapaian trikotomi diterima secara meluas
(Keys et al., 2012) dan diterimapakai dalam kalangan ahli teori matlamat
pencapaian. Banyak kajian yang menggunakan model trikotomi seperti kajian yang
dijalankan oleh Horst et al. (2007); Malmberg (2008); Harackiewicz et al. (2008);
Gonida et al. (2009); Steinmayr dan Spinath (2009); Lavasani, Hejazai dan Varzaneh
(2011); Steinmayr et al. (2011); dan Diseth (2011). Rasional kepada pengekalan
Orientasi Matlamat Masteri tanpa dibahagikan kepada Pendekatan-Masteri dan
Pengelakan Masteri adalah kerana dapatan berkaitan Orientasi Matlamat Masteri
adalah konsisten bagi kebanyakan kajian dan seringkali mempunyai hubungkait
dengan kesan positif. Oleh itu, tiada keperluan signifikan untuk pembuktian
empirikal bagi membahagikan orientasi tersebut kepada dua (Pastor et al., 2007).

Teori ini juga dipilih untuk melihat perkaitan antara orientasi matlamat
tertentu dengan pencapaian pelajar khususnya dalam subjek Matematik. Banyak
kajian telah menunjukkan kewujudan hubungan antara orientasi matlamat dengan
pencapaian akademik pelajar bukan sahaja dalam seting sekolah tetapi juga di
universiti (Murayama dan Elliot, 2009; Steinmayr dan Spinath, 2009). Menurut
Pajares (2001), fokus dalam dunia pendidikan Matematik telah beranjak daripada
meningkatkan kompetensi Matematik kepada keupayaan untuk meneruskan
matlamat akademik. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memahami
bagaimana seseorang pelajar menetapkan matlamat pembelajaran Matematik mereka
dan bagaimana matlamat ini berkait dengan pencapaian mereka (Pintrich dan
Schunk, 1996). Penghuraian terperinci bagi teori yang berkaitan orientasi matlamat
pencapaian ini dijelaskan dalam Bab 2.

1.8.2 Kerangka Teori Emosi

Bagi menjelaskan perasaan keresahan pelajar terhadap subjek Matematik,


Teori Emosi Empat Faktor Parkinson dijadikan sebagai dasarnya. Penerangan akan
meliputi huraian kepada faktor yang membawa kepada seseorang mengalami emosi
(keresahan) dan teori-teori berkaitan yang menyokong Teori Emosi Empat Faktor
Parkinson.

21
Teori Emosi Empat Faktor telah diperkenalkan oleh Parkinson pada tahun
1994. Beliau membuat analisis berasaskan psikologi sosial dalam menentukan
pengalaman emosi seseorang. Pada dasarnya, perasaan yang dialami oleh seseorang
dalam kehidupan seharian adalah disebabkan pentaksiran seseorang terhadap situasi
yang dialaminya dan berbeza pada tahap tertentu. Selain itu juga, Parkinson
berpendapat bahawa paparan emosi yang diekspresikan seseorang mempunyai reaksi
berjangkit pada seseorang yang lain. Tambahan lagi, bagi seseorang yang tidak peka,
mereka akan menerima pakai emosi tersebut tanpa memikirkan kesannya.

Parkinson (1995) telah menjalankan analisis terhadap pelbagai faktor yang


difikirkan mempunyai kaitan dengan pengalaman emosi seseorang. Kesimpulan yang
dibuat ialah dengan meletakkan empat komponen yang berlainan dalam mendefinisi
pengalaman emosi seperti berikut:

i.

Penilaian terhadap situasi atau stimulus luaran (Appraisal): Merupakan


komponen yang paling penting dan ditekankan dalam Teori Lazarus
(1991). Penilaian kepada situasi ini menyebabkan seseorang sama ada
mengalami emosi yang positif atau negatif, tenang atau terangsang,
menyenangkan atau sebaliknya.

ii.

Rangsangan (Arousal): Rangsangan menurut Deckers (2001) terbahagi


kepada tiga iaitu rangsangan fisiologi, rangsangan otak dan rangsangan
psikologi. Bagaimanapun, rangsangan dalam Teori Parkinson (1995) ini
merujuk kepada rangsangan fisiologi. Rangsangan fisiologi disebabkan
oleh pengaktifan perasaan yang membawa kepada perubahan reaksi tubuh
badan (Deckers, 2001). Dalam kata lain, untuk mengalami sesuatu emosi,
sistem saraf automatik seseorang perlulah dirangsang terlebih dahulu.
Teori Schachter-Singer dan James-Lange dapat dijadikan penyokong
kepada komponen kedua ini.

22
iii.

Ekspresi muka (Facial Expression): Untuk menentukan jenis emosi yang


dialami seseorang, ekspresi muka juga dapat dijadikan indikator penting
kerana ianya merupakan perlakuan ekspresif yang dapat dikenalpasti
dengan mudah. Penerangan kepada faktor ketiga ini dijelaskan dengan
Hipotesis Maklum Balas Muka (Laird, 1974).

iv.

Kecenderungan tindakan (Action Tendencies): Komponen ini dapat


dijelaskan seperti teori rangsangan yang dikemukakan oleh Cannon
(1929) iaitu seseorang yang sedang marah akan membuat aksi
mengancam manakala seseorang yang sedang mengalami perasaan takut
akan menunjukkan aksi mengundur diri. Hal ini membawa maksud emosi
yang dialami akan menentukan niat perlakuan dan kesediaan untuk
bertindak dengan cara tertentu.

Kesimpulan yang boleh dibuat bagi teori ini ialah keempat-empat komponen
tersebut mempunyai pengaruh dalam menentukan pengalaman emosi seseorang.
Komponen penilaian terhadap situasi merupakan faktor terpenting dan memberi
kesan signifikan kepada pengalaman emosi tetapi pada masa yang sama pengalaman
tersebut dipengaruhi secara sekunder oleh reaksi tubuh badan, ekspresi muka dan
kecenderungan tindakan. Biarpun Parkinson meletakkan kepentingan tertinggi
kepada komponen penilaian tetapi beliau tidak melihat penilaian situasi dan reaksi
tubuh badan sebagai dua komponen berbeza secara mutlak. Penghuraian terperinci
bagi teori yang berkaitan pengalaman emosi keresahan ini dijelaskan dalam Bab 2.

1.9

Kerangka Konsep Kajian

Kajian ini melibatkan dua pembolehubah bebas iaitu orientasi matlamat


pencapaian dan keresahan Matematik pelajar manakala pembolehubah yang
bersandar ialah pencapaian Matematik pelajar.

23
Bagi pembolehubah orientasi matlamat pencapaian ianya dilihat pada tiga
dimensi iaitu Orientasi Matlamat Masteri yang merupakan kepercayaan bahawa
usaha akan memandu ke arah kejayaan dan fokusnya ialah nilai intrinsik dalam
pembelajaran (Elliot, 1999, 2005; Pintrich, Conley dan Kempler, 2003). Selain itu
ianya melibatkan usaha mengasah kemahiran dan kebolehan seseorang untuk
meningkatkan pembelajaran, memahami bahan

yang dipersembahkan atau

menyiapkan sesuatu tugasan.

Orientasi Matlamat Pendekatan-Pencapaian pula merujuk kepada keupayaan


seseorang dan nilai diri yang mana keupayaan merujuk kepada pencapaian relatif
berbanding individu lain dengan menunjukkan prestasi yang lebih baik (Ames, 1992;
Covington, 1992, 2000; Dweck dan Leggett, 1988; Nicholls, 1989).

Bagi orientasi matlamat yang ketiga iaitu Orientasi Matlamat PengelakanPencapaian ialah menjurus kepada kepercayaan dan perlakuan penghindaran untuk
menunjukkan kompetensi diri kepada individu lain (Al-Emadi, 2001; Midgley,
Kaplan dan Middleton, 2001; Schraw, Horn, Thorndike-Christ dan Bruning, 1995).

Kesimpulan ringkas yang boleh dibuat dalam menerangkan ketiga-tiga


orientasi matlamat pencapaian ini ialah Orientasi Matlamat Masteri memfokuskan
kepada keinginan untuk mempertingkat kompetensi, Orientasi Matlamat PendekatanPencapaian pula memfokuskan kepada keinginan untuk menunjukkan kompetensi
manakala Orientasi Matlamat Pengelakan-Pencapaian ialah harapan untuk tidak
mendedahkan kekurangan kompetensi diri.

Bagi pembolehubah keresahan Matematik pula diukur melalui empat


konstruk iaitu aspek penilaian, rangsangan, ekspresi muka dan kecenderungan
tindakan. Bagi aspek penilaian ianya merangkumi subdomain bahasa Matematik dan
kaedah pembelajaran (Ho dan Hyun, 2011), format dan instrumentaliti ujian
(Bonacio dan Reeve, 2010; Ho dan Hyun, 2011), guru dan rakan-rakan (Ho dan
Hyun, 2011; Meece, 1981) dan efikasi kendiri dan persepsi berkaitan tret (Bonacio

24
dan Reeve, 2010; Ho dan Hyun, 2011; Meece, 1981; Wren dan Benson, 2004; Lee,
2009).

Sementara itu, bagi aspek rangsangan pula subdomain yang terlibat ialah
tindak balas autonomik (Wren dan Benson, 2004) manakala subdomain bagi aspek
ekspresi muka ialah tindak balas ekspresi muka (Tomkins, 1962; Ekman dan Frieson,
1975). Akhir sekali, terdapat dua subdomain bagi aspek kecenderungan tindakan
iaitu tindak balas perlakuan mengganggu (Wren dan Benson, 2004) dan tindak balas
kecemasan (Cannon, 1929; Frijda, 1999).

Aspek-aspek yang dilihat bagi pembolehubah bergerak bebas ialah tahap dan
perbezaan antara jantina. Sementara itu, maklumat dari pembolehubah bersandar
iaitu pencapaian Matematik digunakan untuk mendapatkan korelasinya dengan
pembolehubah bergerak bebas. Selain itu juga, impak kombinasi pembolehubah
orientasi matlamat pencapaian dan keresahan Matematik terhadap pencapaian
Matematik pelajar juga dikenalpasti. Kerangka kajian ini dapat diperjelaskan melalui
Rajah 1.2.

Perbezaan
*Lelaki dan
Perempuan

Perbezaan
*Lelaki dan
Perempuan

Rajah 1.2: Kerangka Konsep Kajian

Keresahan
Matematik

Peramal

Hubungan

Orientasi
Matlamat
Pencapaian

Hubungan

Pencapaian
Matematik
Pelajar

25

26
1.10

Signifikan Kajian

Kajian ini dijalankan atas beberapa sebab yang menjadi rasional kepada
perlaksanaannya. Banyak pihak difikirkan mendapat manfaat daripada penulisan dan
dapatan kajian ini seperti pelajar, guru sekolah, penggubal kurikulum, bakal-bakal
guru, ibu bapa atau penjaga serta kepada ahli akademik yang lain. Selain itu juga,
dapatan kajian dapat memperkayakan lagi pengetahuan sedia ada.

1.10.1 Kepentingan kepada Pelajar

Subjek bagi kajian ini merupakan pelajar sekolah yang berhadapan dengan
keresahan Matematik. Oleh itu, kajian ini dapat memberi gambaran yang terbaik
kepada para pelajar akan isu-isu yang perlu diambil berat seperti faktor-faktor yang
menyumbang, simptom-simptom, kesan-kesan serta cara mengatasi keresahan
Matematik dalam proses pembelajaran mereka. Hal ini amat penting kerana majoriti
pelajar mengalami situasi ini. Selain itu, dapatan dapat menunjukkan bagaimana
orientasi matlamat pencapaian merentasi jantina pelajar dan kesannya terhadap
pencapaian Matematik. Diharapkan penulisan kajian ini dapat memberi pendedahan
kepada pelajar tentang isu-isu yang berkaitan orientasi matlamat pencapaian dan
keresahan Matematik.

1.10.2 Kepentingan kepada Guru Sekolah

Guru merupakan antara golongan yang paling rapat dengan pelajar di sekolah.
Mereka merupakan pemerhati yang dapat melihat proses pembelajaran pelajarpelajar mereka. Dengan dapatan kajian ini, gambaran tentang sejauhmana pelajar
berasa bimbang untuk berhadapan dengan mata pelajaran Matematik dapat diketahui.
Lantaran itu, para guru dapat membuat persediaan yang lebih rapi dalam
menyediakan pengajaran yang boleh mengekalkan momentum motivasi pelajar
supaya dapat mengikuti kelas Matematik dengan baik tanpa ada halangan bersifat

27
dalaman dalam diri pelajar. Dalam aspek orientasi matlamat pencapaian pula, guru
dapat mengenalpasti jenis orientasi yang diamalkan pelajar dan bagaimana untuk
menyesuaikan kaedah pengajaran yang dilaksanakan.

1.10.3 Kepentingan kepada Penggubal Kurikulum

Biarpun dapatan kajian tidak dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan


pelajar sekolah menengah di Malaysia, bagaimanapun generalisasi yang dibuat
terhadap semua pelajar di Negeri Johor boleh dijadikan kayu pengukur yang baik
dalam melihat tahap orientasi matlamat pencapaian dan keresahan Matematik
pelajar. Pihak yang terlibat dalam penggubalan kurikulum dapat menjadikan dapatan
kajian dalam meneliti kurikulum yang sedia ada sama ada sudah mengambil kira
aspek-aspek ini ataupun tidak. Hal ini penting kerana corak pendidikan sesebuah
negara ditentukan oleh rangka dan acuan kurikulum yang dibangunkan.

1.10.4 Kepentingan kepada Bakal-Bakal Guru

Dunia pendidikan pada masa kini mengalami proses transformasi yang pesat.
Banyak perubahan telah berlaku dari sehari ke sehari. Bagi bakal-bakal guru yang
masih menuntut tidak kira di mana institusi sekalipun, pendedahan awal kepada
situasi-situasi yang berlaku di sekolah perlu diberikan. Hal ini penting bagi
mengelakkan kejutan budaya kerja kerana dunia persekolahan yang mereka alami
adalah jauh berbeza dengan dunia persekolahan yang bakal mereka ceburi. Oleh itu,
menerusi kajian ini, bakal-bakal guru khususnya bakal-bakal guru Matematik dapat
mengetahui tentang fenomena berkaitan orientasi matlamat pencapaian dan
keresahan pelajar terhadap Matematik. Perkara ini secara tidak langsung dapat
membantu mereka dalam mempersiapkan diri dengan teknik-teknik pengajaran yang
difikirkan sesuai kelak.

28
1.10.5 Kepentingan kepada Ibu Bapa atau Penjaga

Sekiranya guru merupakan golongan pemerhati kepada pelajar di sekolah, di


rumah pula ibu bapa atau penjaga mengambil alih tugas tersebut sepenuhnya. Ibu
bapa atau penjaga bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak mereka sentiasa
berusaha untuk mencapai tahap akademik yang baik. Mereka juga perlu
mengenalpasti halangan-halangan yang membantutkan proses pembelajaran anakanak mereka. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian ini dapat membantu ibu bapa
dalam menentukan bagaimana orientasi matlamat pencapaian dan perasaan bimbang
anak-anak mereka dalam berhadapan situasi berkenaan Matematik. Mungkin tidak
banyak yang dapat dilakukan tetapi sekurang-kurangnya melalui penulisan kajian ini
sedikit sebanyak dapat mendedahkan ibu bapa atau penjaga akan kewujudan
halangan

pembelajaran

sekaligus

membolehkan

mereka

mencari

alternatif

penyelesaian yang sesuai sama ada dengan melakukan perbincangan dengan anakanak mahupun guru di sekolah.

1.10.6 Kepentingan kepada Ahli Akademik

Selain daripada guru di sekolah mahupun penggubal kurikulum, ahli


akademik lain seperti pensyarah di institusi pengajian tinggi selaku ahli akademik
profesional juga boleh mendapat manfaat daripada penulisan kajian ini. Sebagai
contoh, pensyarah yang mengajar subjek pedagogi boleh berkongsikan idea dan
pendapat bagaimana untuk mengendalikan kelas yang mempunyai pelajar yang
berbeza orientasi matlamat pencapaian dan mengalami keresahan Matematik. Sama
pentingnya juga kepada pensyarah subjek psikologi yang perlu menekankan
kepentingan untuk menitikberatkan aspek afektif pelajar dalam proses pembelajaran.

29
1.10.7 Sumbangan kepada Pengetahuan Sedia Ada

Dapatan daripada kajian ini dipercayai dapat memberi sumbangan yang besar
dalam pengetahuan sedia ada terutamanya dalam melihat faktor keresahan
Matematik dan hubungannya dengan pencapaian pelajar. Kajian yang menyentuh
elemen keresahan Matematik masih lagi kurang dijalankan di Malaysia dan seperti
dipandang mudah. Bilangan sampel yang ramai, penglibatan banyak sekolah di
daerah Negeri Johor merupakan kelebihan kepada kajian ini dalam membuat
generalisasi. Selain itu juga, metodologi analisis data yang menggunakan Rasch
Measurement Model juga memberi kelainan dan dimensi baru kepada dapatan yang
diperoleh berbanding kajian-kajian lepas yang telah dijalankan sebelumnya.

1.11

Definisi Istilah Kajian

Terdapat empat istilah utama yang akan digunakan sepanjang penulisan


kajian ini. Istilah tersebut adalah berdasarkan konteks dan skop kajian. Istilah
tersebut adalah orientasi matlamat pencapaian, keresahan Matematik, pencapaian dan
pelajar. Huraian definisi bagi istilah tersebut secara konseptual dan operasional
adalah seperti berikut.

1.11.1 Orientasi Matlamat Pencapaian

Istilah motivasi merupakan daya yang memandu atau mendorong disebalik


tindakan kita yang mempengaruhi keinginan, keperluan serta impian hidup
(Rabideau, 2005). Sementara itu pula, motivasi pencapaian yang merupakan salah
satu jenis motivasi ialah dorongan dalaman untuk mencapai sesuatu perkara yang
diinginkan. Secara spesifiknya lagi, kajian ini mengkhususkan motivasi pencapaian
kepada orientasi matlamat pencapaian iaitu pendekatan belajar dan pendekatan
kompetensi yang lebih luas digunakan pelajar.

30
Definisi secara operasi bagi istilah orientasi matlamat pencapaian dalam
penulisan kajian ini merujuk kepada pendekatan kompetensi yang dipilih pelajar
dalam subjek Matematik iaitu sama ada meningkatkan kompetensi (Orientasi
Matlamat Masteri), menunjukkan kompetensi (Orientasi Matlamat PendekatanPencapaian),

mahupun mengelak dari menunjukkan kekurangan kompetensi

(Orientasi Matlamat Pengelakan-Pencapaian).

1.11.2 Keresahan Matematik

Keresahan Matematik umumnya bermaksud keadaan tidak selesa yang wujud


apabila seseorang pelajar dikehendaki untuk melaksanakan tugasan berbentuk
Matematik (Cemen, 1987; Wood, 1988; Zaslavsky, 1994). Ma dan Xu (2004)
memberi definisi keresahan Matematik sebagai perasaan tidak bersetuju (distasteful)
yang dialami oleh pelajar semasa membuat tugasan atau melaksanakan rutin
Matematik harian. Definisi lain yang diberikan kepada keresahan Matematik adalah
seperti kebimbangan terhadap kegagalan akademik dalam Matematik (Iossi, 2007),
perasaan tidak senang hati apabila disuruh melakukan tugasan Matematik,
menghindari kelas Matematik, merasai gangguan fizikal seperti pening, ketakutan
dan panik, ketidakupayaan melakukan ujian Matematik dan penggunaan kaedah tutor
yang memberikan kejayaan yang sedikit (Smith, 1997), atau perasaan resah yang
dialami individu apabila berhadapan dengan permasalahan Matematik (Sheffield dan
Hunt, 2006).

Istilah Keresahan Matematik yang digunakan dalam kajian ini merujuk


kepada keadaan pelajar yang resah, bimbang, risau, cemas, tidak senang hati untuk
berhadapan dengan situasi yang memerlukan mereka menggunakan pengetahuan dan
kemahiran Matematik sama ada semasa penilaian ataupun semasa pembelajaran di
dalam mahupun luar bilik darjah selain apabila memikirkan kekurangan keupayaan
kemahiran Matematik diri. Situasi keresahan Matematik ini dikesan melalui
perubahan fisiologi, ekspresi muka mahupun tindakan perlakuan pelajar yang
berpadanan.

31
1.11.3 Pencapaian

Menurut Rahiman (2009), pencapaian akademik seseorang pelajar sama ada


di peringkat sekolah atau pengajian yang lebih tinggi ialah markah yang diperolehi
oleh pelajar itu selepas menduduki sesuatu ujian atau peperiksaan. Sementara itu,
Steinberg (1993) mengaitkan pencapaian pelajar dengan kebolehan dan prestasi
mereka. Kebolehan ini berhubung dengan tumbesaran dan kognitif, perkembangan
emosi, sosial dan fizikal. Pencapaian ini juga tidak terbatas kepada sesuatu masa
tertentu sahaja kerana ia merangkumi kehidupan seluruh hayat.

Pencapian yang digunakan dalam kajian ini merujuk kepada markah subjek
Matematik yang diperoleh oleh responden pada peperiksaan pertengahan tahun 2012.
Markah yang diperoleh ini dijadikan pembolehubah bergerak balas yang bersandar
kepada pembolehubah orientasi matlamat pencapaian dan keresahan Matematik.

1.11.4 Pelajar

Esah (2004) menyatakan pelajar merupakan individu yang berbeza dari tiga
aspek iaitu kognitif, emosi dan psikomotor. Mereka mengalami proses pembelajaran
melalui penyampaian guru.

Dalam kajian ini, pelajar merujuk kepada sampel kajian yang terdiri daripada
pelajar Tingkatan Empat dari 20 buah sekolah terpilih di Negeri Johor. Pelajar ini
menjadi subjek kajian bagi melihat orientasi matlamat pencapaian, keresahan
Matematik dan pencapaian mereka dalam subjek Matematik.

32
1.12

Penutup

Aspek afektif seperti motivasi pencapaian dan keresahan Matematik dalam


kalangan pelajar dilihat sebagai faktor yang signifikan dalam menentukan
pencapaian pelajar dalam subjek Matematik. Tambahan lagi, sistem pendidikan yang
berorientasikan peperiksaan menambahkan lagi kesan faktor tersebut dalam
pencapaian pelajar. Sehubungan dengan itu, penentuan kedua-dua faktor tersebut
adalah penting bagi mendapatkan maklumat berkaitan tentangnya. Selain itu,
instrumen atau alat pengukuran yang digunakan juga perlulah mempunyai sifat
psikometrik yang baik agar proses pengukuran dan penganalisaan data adalah tepat
dan jitu.

You might also like