You are on page 1of 6

7.

0 CARA UNTUK MENGATASI GEJALA PONTENG SEKOLAH


7.1 Peranan pihak sekolah
Antara cara untuk mengatasi gejala ponteng sekolah ialah pihak sekolah juga
berperanan dalam menangani gejala ponteng dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana
pihak sekolah merupakan pihak bertanggungjawab untuk mendidik atau mengajar mahupun
membentuk akhlak pelajar di sekolah. Pihak sekolah khususnya guru-guru perlulah
menerapkan nilai-nilai moral dalam kalangan subjek yang diajar supaya pelajar dapat
membezakan antara perkara baik atau perkara buruk sejak awal lagi. Penerapan nilai-nilai
berdisiplin dan bertanggungjawab kepada pelajar dapat mengelakkan pelajar daripada
melakukan gejala ponteng sekolah. Nilai-nilai tersebut dapat membentuk sikap dan pemikiran
manusia di mana penghayatan nilai-nilai murni akan membolehkan seseorang itu membuat
keputusan yang wajar dan bertanggungjawab ke atas akhlak dan perilakunya (Mohd. ArifHj
Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman dan Rosnaini Hj. Mahmud, 2005).
Di samping itu, pihak sekolah juga perlu mengadakan peruntukan undang-undang di
peringkat sekolah. Hal ini boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar dan pelajar tidak
akan melakukan sesuatu yang negatif seperti ponteng sekolah.
Jenis tindakan yang boleh diambil ke atas kesalahan ponteng sekolah:
1.1.KaunselingKaunseling
2.2.AmaranAmaran
3.3.Merotan (sekali)Merotan (sekali)
4.4.Merotan (2 kali)Merotan (2 kali)
5.5.Merotan (3 kali)Merotan (3 kali)
6.6.Merotan melebihi 3 kali Merotan melebihi 3 kali
7.7.Gantung sekolah Gantung sekolah
8.8.Buang sekolah Buang sekolah
9.9.Tindakan polis Tindakan polis

14

(Unit Disiplin (1990), Rekod Disiplin Murid, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1990)Kementerian Pendidikan.

Menurut responden yang ditemu bual juga, Pelajar yang ditangkap atas kesalahan ponteng
akan dirujuk kepada kaunselor untuk mengenal pasti

punca yang menyebabkan pelajar

berkelakuan sedemikian. Seterusnya pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa
berkaitan salah laku pelajar yang ponteng, pada kebiasaannya guru menjemput ibu bapa
untuk hadir ke sekolah. Perbincangan kebiasaannya melibatkan pihak pentadbir, guru
disiplin, guru tingkatan guru-guru mata pelajaran dan pelajar itu sendiri. Semua pihak yang
terlibat berusaha mencari solusi terbaik supaya pelajar tidak mengulangi kesalahan tersebut.
Sehubungan dengan itu, denda juga akan menjadi teladan kepada semua murid-murid supaya
tidak mengulangi perkara yang sama. Seterusnya, pihak sekolah perlu mengadakan aktivitiaktiviti yang berbentuk motivasi dan kesedaran kepada murid-murid seperti kempen jangan
ponteng dan ceramah-ceramah motivasi yang akan membantu meningkatkan minat murid
terhadap pembelajaran.

7.2 Peranan ibu bapa


Antara cara untuk mengatasi gejala ponteng sekolah ialah ibu bapa perlu memainkan
peranan untuk mendidik dan memberi perhatian terhadap anak-anak supaya tidak terlibat
dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana
banyak masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Hal ini juga cukup bertepatan
dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah
mengisytiharkan cuti pada hari sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini
cukup membuktikan bahawa keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan
peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak. Oleh itu, Ibu bapa perlulah sentiasa
mengawal dan memerhati setiap gerak-geri atau tingkah laku anak-anak mereka dari semasa
ke semasa. Menurut respon yang ditemubual, Ibu bapa merupakan tulang belakang dalam
membentuk perilaku anak. Tahap sosial yang semakin meninggi menyebabkan keghairahan
mencari wang ringgit dan harta menjadi keutamaan. Wang ringgit diberikan sewenangwenangnya tanpa menyiasat bagaimana wang tersebut digunakan. Selian itu, Lambakan
pusat-pusat hiburan, pusat beli belah menyebabkan tempat-tempat ini menjadi tempat yang
15

ideal untuk ponteng. Keluar seawal jam 6 pagi dan pulang lewat malam, sememangnya masa
yang diluangkan dengan anak-anak terhad. Justeru, anak-anak bebas melakukan apa sahaja
yang pastinya sesuatu yang menghiburkan dan menyeronokkan.
Di samping itu, sikap ibu bapa juga memainkan peranan dalam mempengaruhi sikap
anak-anak khususnya pelajar dalam melakukan setiap perbuatan. Ibu bapa seharusnya
menunjukkan sikap yang baik supaya dijadikan teladan kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Anak-anak akan mengikut sikap baik ibu bapa yang ditunjukkan oleh ibu bapa itu untuk
dilaksanakan dalam kehidupan dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah seperti ponteng sekolah. Di samping itu, masalah-masalah peribadi ibu bapa seperti
masalah kerja, perbalahan hendaklah tidak perlu melibatkan anak-anak kerana akan
mendatangkan tekanan kepada mereka seterus amat mudah untuk mereka melakukan perkaraperkara negatif seperti ponteng sekolah.
Ingatlah, segala-galanya bermula di rumah. Begitulah ungkapan kalimah tokoh
filsuf terkenal, Franklin D Franklin, Maka ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak
utama membentuk karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada
pada hari akan datang. Justeru penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani
gejala ini. Ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai murni dan ilmu-ilmu agama dalam diri
anak-anak sejak kecil lagi supaya mereka dapat menilai perkara yang baik atau yang buruk
sejak awal lagi. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan dengan
norma masa kini amat penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anakanak dan tidak terlibat dengan gejala-gejala negatif khususnya ponteng sekolah. Oleh itu,
peranan ibu bapa penting untuk mendidik anak-anak supaya tidak berpengaruh dengan
gejala-gejala negatif dan contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik
anak-anaknya berorientasikan Al-Quran dan Al-Hadis.

7.3 Peranan Masyarakat


Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala
ponteng sekolah. Masyarakat haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab dan bekerjasama
dalam menangani gejala ini. Seharusnya masyarakat sekeliling haruslah mendukung konsep
ummah atau kekitaan dalam menangani gejala ponteng sekolah, sikap tegur-menegur,
nasihat-menasihati apabila sesuatu kepincangan berlaku dalam masyarakat.
16

Masyarakat

haruslah mengelak sikap lepas tangan apabila berlaku sebarang gejala gejala negatif dan
jangan bertindak seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Masyarakat
setempat boleh membendung gejala ini dengan menegur perbuatan ponteng sekolah secara
langsung atau membuat aduan kepada pihak berkuasa. Pada masa yang sama, lokasi-lokasi
yang sering menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng ini hendaklah dipantau oleh ahli
jawatankuasa masyarakat setempat. Masyarakat setempat juga boleh meminta bantuan pihak
polis dalam mengawasi lokasi tertentu yang menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng.
Menurut responden pula, terdapat segelintir masyarakat yang memberikan maklumat
berkaitan hot spot pelajar ponteng kepada pihak sekolah. Justeru, pihak sekolah mengambil
tindakan untuk melakukan siasatan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar terlibat. Jika pelajar
ponteng dalam kuantiti yang ramai, pihak sekolah akan menghubungi pihak berkuasa
tempatan seperti pihak polis untuk membuat rondaan di kawasan tersebut. Pelajar akan
dibawa ke balai polis atau dibawa semula ke sekolah sebelum waris hadir.
Di samping itu, aktiviti-aktiviti yang dapat merapatkan hubungan kemasyarakatan
hendaklah diadakan seperti aktiviti hari keluarga ataupun gotong royong. Hal ini demikian
kerana apabila aktiviti seperti itu dapat dijalankan, hubungan silaturahim semakin erat
menyebabkan anak-anak muda berasa bersalah untuk melakukan perkara negatif seperti
ponteng sekolah. Melalui aktiviti ini juga, pelajar akan lebih berdisiplin dan
bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu aktiviti. Penerapan nilai-nilai itu akan
mengelakkan pelajar terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti ponteng sekolah. Menurut
responden pula, Selain itu program kemasyarakatan yang melibatkan PIBG dan JKK
kampung, AJK kampung turut diadakan bagi membanteras gejala ponteng. Pihak yang
terlibat ini akan membekalkan maklumat kepada pihak sekolah dan mesyuarat akan diadakan
setiap bulan. Oleh itu, masyarakat memainkan peranan yang penting dalam membanteras
gejala ponteng supaya tidak berleluasa.

7.4 Peranan media massa


Media massa juga memainkan peranan dalam menangani gejala pelajar ponteng
sekolah. Hal ini kerana keberkesanan media massa dalam mempengaruhi minda memang
tidak dapat disangkal lagi. Selain itu, media massa juga dikatakan saluran komunikasi dan
17

informasi yang penting buat masyarakat. Oleh itu, media massa elektronik seperti televisyen
boleh memapar kesan gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah agar boleh menjadi
pengajaran kepada mereka. Kesan gejala ponteng akan menyebabkan pelajar terlibat dengan
gejala-gejala yang tidak sihat seprti menghisap dadah, seks bebas dan sebagainya. oleh itu,
media massa haruslah memainkan peranan untuk menyebarkan iklan-iklan nasihat dengan
penerapan nilai-nilai moral supaya dapat member pengajaran kepada semua pihak.
Selain itu, berita dan rencana mengenai gejala ponteng yang disiarkan oleh media
cetak juga mampu member pengajaran dan maklumat kepada kita semua. Semua perkara
yang dilaporkan oleh media massa sudah pasti member pelbagai pendapat yang wujud lalu
menjadikan masyarakat kita sedar dan membuat perbandingan kehidupan mereka dengan
berita yang didengari. Melalui media massa, masyarakat lebih peka terhadap gejala-gejala
yang berlaku dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya apabila melihat gejala tersebut.
sikap bertanggungjawab dalam diri setiap anggota masyarakat penting dalam menangi gejala
ponteng sekolah ini dan tidak berleluasa.
Di samping itu, media massa juga haruslah tidak menayangkan cerita-cerita, program
atau iklan-iklan yang bersifat negatif seperti cerita berunsur gengster. Hal ini demikian
kerana akan mendorong remaja terutamanya para pelajar untuk meniru aksi-aksi tersebut
seperti merokok, menghisap dadah, gam, berlumba haram dan secara tidak langsung akan
terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Oleh itu, media massa banyak member peranan dalam
usaha untuk membentuk akhlak masyarakat dan menangani gejala sosial khususnya ponteng
sekolah.
7.5 Peranan kerajaan
Pihak kerajaan juga turut memainkan peranan yang sewajarnya untuk mengatasi
gejala ponteng sekolah memandangkan tiada pihak yang mempunyai lebih kuasa daripada
kerajaan dalam fokus kita kepada kepimpinan negara. Dengan kuasa yang ada pada kerajaan
sudah semestinya banyak cara yang boleh diambil dan dilakukan untuk mengatasi masalah
ini. salah satu daripadanya termasuklah dengan mengadakan kempen kesedaran kepada
semua golongan masyarakat contohnya kepada pelajar itu sendiri dan seterusnya kepada
orang dewasa ataupun ibu bapa. Kesemua kempen ini amat berperanan untuk mengelakkan
pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Kempen-kempen ini boleh dijalankan di
sekolah-sekolah rendah dan menegah dengan turut melibatkan ibu bapa dalam kempen ini.

18

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius akan


gejala ponteng sekolah, memandangkan gejala ini seterusnya akan membawa kepada
permasalahan sosial yang lebih teruk seperti gejala maksiat dan samseng remaja. Menurut
responden pula, Kerjasama daripada pelbagai pihak seperti PDRM, AADK, Jabatan
Kesihatan, Majlis Perbandaran Setempat dan agensi yang lain sememangnya di canangcanang, namun operasi bersepadu yang melibatkan pihak-pihak ini belum lagi mencapai
objektifnya

Oleh

itu,

pihak-pihak

tersebut

perlu

meningkatkan

kawalan

seperti

dengan menempatkan beberapa anggota polis bagi memantau kawasan tumpuan remaja bagi
mengesan pelajar ponteng, dan sekiranya pelajar yang didapati ponteng tertangkap maka ibu
bapa berkemungkinan akan dikenakan tindakan. Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga
turut mengambil inisiatif bagi menangani gejala ponteng dengan menyertakan syarat remaja
berpakaian seragam sekolah tidak boleh memasuki premis mereka sebagai salah satu syarat
bagi mengeluarkan lesen bagi kafe siber dan kedai permainan video.
Di samping itu, melalui Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memantapkan
penerapan nilai-nilai dalam sistem pendidikan negara yang merangkumi semua subjek. Hal
ini demikian kerana dapat memberi penerapan nilai-nilai yang berkesan terhadap pelajar
supaya tidak melakukan perkara-perkara negatif seperti ponteng sekolah. Sememangnya,
penekanan kepada persoalan nilai-nilai murni dalam sistem pendidikan di Malaysia amat
diberi perhatian. Perhatian yang serius bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada 1989
yang menggalakkan guru-guru melaksanakan pendekatan penerapan nilai merentas
kurikulum (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988).

19

You might also like