You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN MERGONG

05150 ALOR SETAR, KEDAH


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
TAHUN 4

NAMA : ___________________________________________________ TAHUN 4 _______________

Bahagian A
Soalan Objektif ( 40 Markah )
Baca soalan dengan teliti. Kemudian bulatkan jawapan yang betul.
1. Perkataan komputer dalam bahasa Latin bermaksud _________________.
A. pengiraan
C. penjumlahan
B. pendaraban
D. penambahan
2. Berikut merupakan jenis-jenis komputer kecuali
A. komputer riba
C. komputer timbul
B. komputer tablet
D. komputer benam
3. Bahagian komputer yang mengandungi komponen seperti unit pemprosesan pusat,
papan induk, memori, sumber kuasa dan storan dipanggil sebagai _______________
A. Unit fungsi
C. Unit maklumat
B. Unit sistem
D. Unit simpanan
4. Tiga jenis perisian utama komputer ialah system pengendalian, _________________ dan
program utiliti.
A. perisian aplikasi
C. perisian penggunaan
B. perisian maklumat
D. perisian penyimpanan
5. Komputer ialah alat elektrik yang
A. berupaya menghasilkan maklumat berdasarkan data yang diterima.
B. berfungsi untuk menerima dan memproses data.
C. berupaya untuk menerima dan menyimpan data sahaja.
D. berupaya menerima, memproses dan menyimpan data untuk menghasilkan
maklumat.

SULIT

6. Jika tetikus rosak semasa menggunakan komputer riba, kita boleh menggunakan
_____________ sebagai pilihan untuk memilih dan menggerakkan objek pada paparan.
A. monitor
C. pad sesentuh
B. unit sistem
D. papan kekunci
Soalan 7, 8 dan 9 adalah berdasarkan simbol di bawah :

7. Namakan simbol X
A. Google Chrome
B. Adobe Photoshop

C. Microsoft Office Excel


D. Microsoft Office Word

8. Namakan simbol Y
A. Microsoft Office Word
B. Windows Media Player

C. Microsoft Office Excel


D. Microsoft Office Power Point

9. Namakan symbol Z ..
A. Paint
B. Linux

C. Google
D. Real Player

10. 1 kb = _____________ bait


A. 1204
B. 1024

C. 1402
D. 4201

11. Berikut merupakan jenis-jenis peranti input kecuali


A. pencetak
C. pen cahaya
B. pengimbas
D. papan kekunci
12. Teks, audio, imej dan video termasuk dalam kategori __________________.
A. fail.
C. utiliti.
B. data.
D. maklumat.
13. Berikut adalah kesan kesan gangguan virus komputer kecuali
A. Perisian tidak dapat dilancarkan.
B. Fail tidak dapat dibuka.
C. Berlaku kehilangan fail.
D. Capaian data menjadi lebih pantas..

Soalan 14, 15, 16 dan 17 berdasarkan gambar di bawah.


Tulis pilihan jawapan A, B, C atau D pada ruangan yang disediakan (

).

14. Peranti yang digunakan sebagai alat penuding untuk memilih program (
15. Peranti yang digunakan untuk menyimpan data (

).

).

16. Peranti yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer. (


17. Peranti yang digunakan untuk mencetak maklumat.(

).

18. Data ialah ___________________ yang dimaksudkan ke dalam komputer untuk diproses.
A. input
C. output
B. storan
D. peranti
19. Data dalam bentuk teks terdiri daripada kecuali
A. Imej
C. Simbol
B. Huruf
D. Nombor
20. Kira jumlah bait bagi ayat di bawah.

SAYA SUKA TMK


A. 11 bait
B. 12 bait

C. 13 bait
D. 14 bait

SULIT

BAHAGIAN B
1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul ( 6 markah )
menyimpan

paint

perisian

pengendalian

papan induk

megabait

a. Komputer terdiri daripada komponen perkakasan dan _______________________.


b. Peranti storan merupakan alat yang digunakan untuk ____________________ data.
c. Kita boleh melukis gambar dengan menggunakan aplikasi ___________________.
d. Simbol MB mewakili ukuran data ___________________.
e. Sistem __________________ ialah satu program yang mengawal dan menyelaras
semua aktiviti komputer.
f. Bahagian hadapan unit sistem terdiri daripada tiga komponen termasuklah
_____________________.
2. Suaikan bahagian A dengan keterangan yang betul pada bahagian B. ( 4 markah )
BAHAGIAN A

BAHAGIAN B

a)

Input

Pengolahan data oleh komputer

b)

Storan

Masukkan data seperti teks ke dalam komputer.

c)

Output

Tempat data dan maklumat disimpan.

d)

Proses

Menghasilkan data seperti berbentuk cetakan.

3. Namakan peranti yang boleh menjalankan fungsi seperti berikut ( 3 markah )

Memasukkan data
dan arahan ke
dalam komputer

____________________________

Memancarkan
paparan maklumat
pada skrin layar

Mencetak maklumat
kepada pengguna dalam
bentuk hasil cetakan

____________________________

____________________________

4. Lengkapkan rajah di bawah mengikut susunan yang betul berdasarkan pilihan


jawapan yang diberikan ( 4 markah )
Hasil Maklumat

Proses Data

Simpan Data atau Maklumat

Masuk Data

Rajah menunjukkan cara komputer memproses data.


5. Lukiskan gambar berdasarkan jenis-jenis komputer berikut. ( 4 markah )

Komputer Atas Meja

Komputer Riba

Komputer Tangan

Komputer Tablet

SULIT

6. Labelkan bahagian yang betul pada gambar komputer di bawah.( 6 markah )


1. ________________________________.
2. ________________________________.
3. ________________________________.
4. ________________________________.
5. ________________________________.
6. ________________________________.
Soalan 7 berpandukan peryataan di bawah. ( 3 markah )
Ia merupakan proses penyusunan semula fail-fail pada cakera keras supaya capaian fail
akan lebih cepat dan pantas dengan menggunakan Utiliti Disk Defragmenter. Melalui proses
defragmentasi di dalam komputer, fail yang kerap digunakan akan disusun secara teratur dan
ditempatkan pada bahagian utama storan. Ini memendekkan proses pencarian satu fail
tertentu di antara longgokan fail di dalam komputer. Sekiranya proses defragmentasi jarang
ataupun tidak dilakukan, komputer akan menjadi lembab di mana ia mengambil masa yang
agak lama untuk mencari fail yang tersimpan di dalam komputer.

a) Apakah maksud defragmentasi ?


_________________________________________________________________________________
b) Kenapa komputer perlu didefragmentasikan ?
_________________________________________________________________________________
c) Apakah masalah yang akan timbul sekiranya komputer tidak didefragmentasi ?
________________________________________________________________________________

Disediakan oleh :

Disemak oleh:

..
Encik Nazer bin Senafi
( Guru TMK Tahun 4 )

Puan Rosnah bt. Osman


( Ketua Panitia TMK )
--- Kertas soalan tamat ---

You might also like