You are on page 1of 5

1.

SEKOLAHBERPRESTASI TINGGI(SBT)
2. Pendahaluan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkansebagai sekolah yang
mempunyai etos,watak, identiti tersendiri dan unik sertamenyerlah dalam semua aspek
pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerjayang sangat tinggi dan
cemerlang denganmodal insan nasional yang berkembangsecara holistik dan
berterusan serta mampuberdaya saing di persada antarabangsa danmenjadi sekolah
pilihan masyarakat.
3. RASIONAL1. Mengangkat Kualiti Sekolah-sekolahYang Terbaik:Meningkatkan
kualiti pencapaian institusipendidikan melalui peningkatan tahapautonomi.
Membenarkan sekolah melaksanakaninovasi dalam pengurusan masingmasing(pemusatan dalam aspek kurikulum dananggota Perkhidmatan)
4. 2. Menghasilkan Pelajar Yang CemerlangSebagai tempat untuk melatihkan
pelajarcemerlang bertaraf antarabangsa dan yangmenjadi personaliti unggul dalam
semuabidang.
5. 3. Merapatkan Jurang Antara Sekolah-sekolah Di Dalam SistemSebagai inspirasi
kepada sekolah-sekolahlain untuk membangunkan kecemerlangantahap yang lebih
tinggi melalui bimbingandan jaringan antara sekolah-sekolahtersebut.
6. CIRI-CIRI SBT1. Pemimpin Sekolah Melibatkan sekolah ke
peringkatantarabangsa. Membangunkan bakat kepimpinanguru dan murid.
7. 2. Guru Membantu melibatkan murid ke peringkatantarabangsa. Membangunkan
bakat kepimpinan murid.
8. 3. Murid Boleh bertanggungjawab untukpembelajaran kendiri. Berupaya
mengendalikan danmenguruskan diri dan aktiviti sekolah. Boleh bekerjasa dalam
kumpulan danberkomunikasi dengan berkesan. Boleh menggunakan kuasa
autonomiyang diberikan dengan berkesan.
9. KRITERIA DALAM PEMILIHANSBT
10. Pencapaian akademik yang cemerlang skor purata berasaskan* skor
GPS(70%)* skor verifikasi SKPM (30%)1. Pencapaian Akademik
11. 2. Personaliti unggul Rekod pembangunan kejayaan individuyang berpengaruh
(cth: menteri,atletnegara aktif) Bagi sekolah baharu> memberi inspirasijelas untuk
memupuk pemimpin
12. 3. Anugerah kebangsaan danantarabangsa Penyertaan dan pencapaian
dalampertandingan peringkat kebangsaan danantarabangsa
13. 4. Jalinan dgn institusi pengajiantinggi Jalinan dengan universiti dalam
programpemindahan kredit,kajian tindakanbersama, perkongsian kemudahan
danprasarana
14. 5. Jaringan kukuh Jaringan kukuh dgn sekolah tempatan danluar negara( cnth
program pertukaran stafdan pelajar,komuniti,organisasi awam danswasta)
15. 6. Penandaarasan kebangsaan danantarabangsa Sekolah digunakan sbgai
penandaarasandi peringkat kebangsaan, denganmenggunakan piawaian
antarabangsa(cntoh, PISA,TIMSS)
16. KELEBIHAN SBT SEKOLAHPelbagai prasarana yang disediakan.Insentif
kewangan sebanyak RM 700.000.Pihak pentadbir berhak untuk mengeluarkanguru
yg bermasalah.
17. PELAJARDiberi kelonggaran dalam memilih kurikulum.Insentif kewangan
sebanyak RM 1,000 bagisetiap orang di sekolah menengah dan RM 700di sekolah
rendah.Diberi kelebihan untuk memendekkan tempohwaktu pembelajaran bagi
sesuatu tahun tertentu. Cth: Pelajar ini boleh melangkau Tahun 2
denganmenghabiskan 50% sukatan pelajaran tahun tersebutsemasa Tahun 1.

18. CONTOH-CONTOH SEKOLAHSBT Sekolah Berasrama Penuh: Sekolah Tun


Fatimah (STF), Johor Bahru Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban Kolej
Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya Sekolah
Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra,
Perlis Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya Sekolah Menengah Sains Muzaffar
Syah , Melaka
19. Sekolah Menengah Harian: Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri
Aman,Petaling Jaya Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki,
KualaLumpur Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah Sekolah
Menengah Kebangsaan (P) St George, PulauPinang Sekolah Rendah: Sekolah
Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota
Bharu, Kelantan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
Sekolah Convent Kota Taiping, Perak Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala
Lumpur Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

1. Lawatan Penanda Aras ke SK Bandar Maharani, Muar JohorDalam proses


pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang,memerlukan beberapa perkara
yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yangmulia. Bukan semua orang boleh
menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang.Bagi mendapat seorang guru yang
berkualiti pada masa akan datang terdapatbeberapa proses yang harus dilalui dan
ditempuhinya seperti seperti menghadiriprogram bina insan guru. Program tersebut
harus dilakukan bermula apabila gurupelatih mula menjejakkan kaki ke peringkat
ijazah sarjana muda. Jumlah guru pelatihyang telah menyertainya seramai 1 unit iaitu
Prasekolah daripada PISMP Januari2011.Pertama sekali saya ingin mengucapkan
syukur ke hadrat illahi keranadengan limpah dan kurniaNya,akhirnya saya dapat
menyiapkan Program Bina InsanGuru iaitu mengadakan lawatan penanda aras ke Sk
Bandar Maharani, Muar Johorini dengan jayanya mengikut masa yang telah
ditetapkan. Tarikh lawatan tersebutpada 7 Mac 2013 iaitu hari Kahmis. Tidak
dilupakan kepada mentor kami iaitu EncikJamiluddin Binti Mat Nor yang banyak
membantu kami menyiapkan rangka programini serta rakan sekelas. Pada semester
kali ini iaitu semester lima, kami telahdiwajibkan menjalankan program BIG iaitu
lawatan penanda aras ini.Sebelum itu, seluruh ahli kelas telah beberapa kali
bermesyuarat untukmenentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam
program BIG ini.Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya
ialah pemilihantempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah
perbincangandibuat, kami telah bersetuju untuk memilih Sk Bandar Maharani, Muar
Johor iaitusalah sebuah sekolah berprestasi tinggi untuk dijadikan tempat program
BIGdilaksanakan. Ahli Jawatankuasa bagi lawatan penanda aras ini telah
berbincangserta memohon kebenaran bagi mengadakan lawatan penanda aras ke
sekolahtersebut. Pihak Sk Bandar Maharani, Muar Johor telah memberi maklum balas
yangpositif untuk kedatangan kami ke sana. Kami berasa bangga dan terharu
denganpenerimaan itu.Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar Johor merupakan
sebuahsekolah berprestasi tinggi. Untuk makluman, sekolah ini telah mendapat
2. pengiktirafan sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT) pada pada tahun
2012.Pogram Bina Insan Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi
peluanguntuk meninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung
diMalaysia. Program lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami

kepadaalam persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya
kerjaserta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti
sesebuahsekolah sebagai satu institusi pendidikan.Apabila sampai di SK Bandar
Maharani , kami telah disambut dengan penuhmesra oleh warga SK Bandar Maharani.
Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakanyang begitu selesa untuk mendengar
taklimat daripada Guru Besar, Tn Haji HassanBin Haji Johari Sebelum majlis ramah
mesra dijalankan kami telah disediakansedikit santapan dari pihak sekolah untuk
dijamu kepada kami. Selepas itu, beliautelah menerangkan tentang sejarah sekolah,
kemudahan yang ada di SK BandarMaharani, dan pencapaian SK Bandar Maharani
dalam bidang akademik mahupunsukan. SK Bandar Maharani telah mendapat
pelbagai anugerah di peringkat negeri,kebangsaan dan juga antarabangsa. Ini dapat
menunjukkan betapa guru-guru disekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama
sekolah. Di SK BandarMaharani, peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian
Pelajaran Malaysiasebanyak RM 700, 000 selepas menerima Anugerah Sekolah
Berprestasi Tinggi(SBT).Setelah mendengar penerangan daripada guru besar sekolah
maka sesi kamidisusuli dengan sesi bersoal jawab diantara pihak pelajar IPG Kampus
PerempuanMelayu dengan pihak sekolah. Akhir sekali kami akhiri lawatan kami
dengan sesimelawat sekitar kawasan sekolah. Antara kawasan yang dilawati ialah
pusat sumbersekolah, prasekolah, bilik muzik, sudut pembelajaran, bilik kaunseling
danbimbingan, makmal dan lain-lain lagi. Sepanjang membuat lawatan ke
sekitarsekolah saya amat tertarik dengan bilik kaunseling di sana terdapat satu
bilikpenghakiman bagi menghakimi pelajar yang membuat kesalahan disiplin
terutamakesalahan yang berat. Hanya kesalahan yang besar akan masuk ke dalam
biliktersebut. Menurut salah seorang guru tersebut, sebelum bilik itu diwujudkan
masalahdisiplin kurang memuaskan. Setelah pihak sekolah mencari inisiatif untuk
adakanbilik hukuman tersebut masalah disiplin semakin berkurang. Dalam bilik
hukuman
3. tersebut telah ditempatkan ada kandang pesalah, baju hitam yang selalu
digunakanoleh peguam untuk perbicaraan, dan ada tempat duduk untuk saksi
kes.Terdapat beberapa kekuatan yang boleh saya dapati sepanjangmelaksanakan
program ini iaitu mempunyai semangat kerjasama dan bersungguh-dalam
melaksanakan program ini. Kami telah berganding bahu dalammenyumbangkan idea,
fikiran dan tenaga supaya program dapat berjalan denganlancar tanpa sebarang
kekangan. Selain itu, dengan adanya program sebeginisecara tidak langsung saya
dapat menambah dan mendalami dengan lebihmendalam mengenai bagaimana untuk
berurusan dengan pihak luar . Sekiranya diberi tugasan semasa di sekolah nanti secara
tidak langsung mampu menguruskandan tidak teragak-agak untuk menolak apa sahaja
kerja yang diberikan oleh gurubesar. Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang
cemerlang, pengalamanmemainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari
dalam diri guru itu sendiridan dipersekitaran dirinya. Jika ia mampu melakukan pada
masa sekarang iaitumampu mengendalikan dan menguruskan sesuatu perkara
bermakna pada masaakan datang tidak mustahil akan dapat melakukan kerja tersebut
dengan lebih baikdan cemerlang.Kekuatan yang lain boleh dilihat ialah dari pihak
sekolah sendiri dalammentadbir sekolah tersebut. Saya dapati bahawa guru besar
sekolah tersebut iaituTn Haji Hassan Bin Haji Johari merupakan seorang guru besar
yang suka merendahdiri. Beliau menyatakan bahawa, sebarang perubahan dan budaya
kecemerlanganyang diterapkan di sekolah tersebut adalah sama seperti sekolahsekolah yang lain,tiada banyak perbezaan dilakukan. Namun, beliau amat menekankan
disiplin disekolah tersebut. Bukan sahaja murid-murid perlu berdisiplin malahan gurugurujuga tidak terkecuali. Menurut beliau sahsiah sahaja bukan datang dari murid

tetapimesti datang dari guru barulah murid akan mengikuti. Selain itu, tema atau
prinsipyang dipegang oleh beliau dalam mentadbir sekolah ialah sahsiah cemerlang
teraskejayaan dunia dan akhirat. Untuk menjadi seorang guru yang hebat
beliaumenyatakan bahawa seorang guru perlu jadi agen perubahan iaitu yang
sentiasamengikuti peredaran semasa. Agen perubahan yang dimaksudkan ialah
bolehbercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat serta dapat membetulkan
sentimenminda masyarakat.
4. Selain itu, saya dapati kekuatan di sekolah tersebut ialah murid merekadigalakkan
bersukan ketika waktu rehat atau selepas habis sesi persekolahan.Ketika waktu berehat
terdapat murid murid akan bermain badminton. Pada waktulawatan tersebut saya
ternampak juga guru turut serta bermain permainan denganmurid. Ini menunjukkan
juga bahawa jalinan hubungan antara guru dan murid terjalindengan erat dan mesra.
Jadi tidak hairanlah sekiranya johan peringkat daerah untukkategori individu lelaki
bawah 12 tahun, bergu bawah 12 tahun dan individuperempuan bawah 12 tahun
menjadi johan daerah bagi tahun 2011 dan 2012. Selainitu, sekolah ini juga pernah
memasuki peringkat negeri bagi permainan ping ponghingga ke suku akhir.Di
samping itu, kelemahan yang boleh dikenalpasti sepanjang melakukantugasan ini ialah
kekangan yang saya maksudkan adalah dari segi masa,tenaga dankomitmen sesama
unit. Ini telah menyukarkan kami untuk menjayakan programtersebut. Selain itu,
kelemahan yang lain boleh dilihat ialah bagi sekolah tersebutialah kemudahan padang
yang kecil untuk menampung kegunaan murid.Bagi mengatasi semua kekangan di
atas, terdapat beberapapenambahbaikkan dan cadangan. Antaranya ialah kami telah
cuba menyiapkansegala kertas kerja serta surat menyuarat yang diperlukan seawal
mungkin. Selainitu, masalah kekeliruan dan keraguan yang timbul telah diatasi dengan
semua unittelah berganding bahu serta bergilir-gilir untuk menjalankan tugas supaya
tidakberlaku pertelingkahan antara satus sama lain. Bagi penambahbaikkan dari
segimasa yang diperuntukkan pula, carilah waktu dan masa yang sesuai
untukmenagadakan program tersebut serta semua maklumat yang ingin
disampaikandapat disalurkan dengan mudah dan tidak tegesa-gesa.Alhamdullilah,
tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya tanpaada yang tertinggal dan
dapat diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.Terima kasih saya ucapkan
pada semua pihak terutama yang telah membantusecara langsung dan tidak langsung.
Pada pendapat saya, lawatan penanda aras iniamat penting dijalankan oleh guru-guru
pelatih kerana mampu memberi motivasi dansemangat kepada kami untuk
bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalamansebanyak mungkin sebelum
bergelar guru agar kami lebih bersedia untukmembangunkan dan meningkatkan
prestasi sekolah pada masa akan datang.Selain
5. itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang
pengurusansesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam
kemuncakkecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah
inikerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini
supayaterus cemerlang.Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif
BIGFasa 5 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan
dapatditeruskan pada masaakan datang.
6. itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang
pengurusansesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam
kemuncakkecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah
inikerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini
supayaterus cemerlang.Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif

BIGFasa 5 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan
dapatditeruskan pada masaakan datang.

You might also like