You are on page 1of 9

Pengenalan Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik.

Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi bermaksud cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus dan menumpukan pada pencapaian atau hasil pembelajaran. Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Pendekatan yang terdapat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah Pendekatan Induktif,

Pendekatan Deduktif, Pendekatan Eklektik dan Pendekatan Komunikatif. Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi

melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan, Kaedah Terus, Kaedah Ajuk Hafaz, Kaedah Linguistik, Kaedah Kod Kognitif, Kaedah Bahasa Komuniti dan Kaedah Oral Aural. Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang dicadangkan adalah Teknik Drama, Teknik Permainan Bahasa,Teknik Perbincangan, Teknik Bercerita dan Teknik Latih Tubi.

Strategi, kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu boleh diklasifikasikan dalam tiga jenis, iaitu strategi berpusatkan murid, berpusatkan guru dan strategi berpusatkan bahan. Strategi yang digunakan dalam rancangan pengajaran harian yang dibuat ialah strategi berpusatkan murid. Dalam

pembelajaran berpusatkan murid menekankan tanggungjawab murid sepenuhnya

untuk menentukan hala tuju dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini murid telah banyak memainkan peranan yang sangat penting. Berdasarkan strategi yang digunakan ini terjadi komunikasi dua hala di antara murid dan guru, dimana guru sentiasa menyoal dan membimbing murid. Murid juga sangat memberi respon yang baik terhadap setiap soalan, arahan dan pandangan guru sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Berdasarkan strategi ini juga kepimpinan guru adalah secara demokratik. Guru mengadakan perbincangan dengan murid dan menggalakkan murid memberikan pendapat masing-masing sama ada secara kumpulan atau individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran strategi ini mengutamakan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran murid untuk mengembangkan potensi secara menyeluruh dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Pemilihan strategi ini telah memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi secara positif kerana mereka dapat bekerjasama, tolong menolong dan bertolak ansur semasa menjalankan aktiviti. Pemilihan strategi ini telah menjadikan penyampaian guru adalah untuk pembelajaran bermakna, memahami dan membuat kesimpulan. Ujian formatif juga boleh diadakan bagi mengatasi kelemahan murid dimana dalam rancangan pengajaran harian yang telah dirancang ini terdapat ujian formatif di akhir pengajaran dan pembelajaran. Dalam rancangan pengajaran harian yang telah saya rancang dan jalankan di dalam kelas adalah menggunakan strategi berpusatkan murid. Ia memang jelas dimana semasa pelaksanaannya berlaku komunikasi dua hala antara guru dan murid. Setiap soalan yang diutarakan kepada murid mendapat respon yang baik daripada murid. Komunikasi dua hala ini menjadikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran lebih berkesan dan bermakna. Guru dapat menggalakkan keyakinan diri murid untuk cuba menjawab setiap soalan yang diutarakan dan dapat meningkatkan kemahiran murid dalam berkomunikasi. Setiap langkah pengajaran yang dijalankan mengandungi komunikasi dua hala. Melalui strategi yang dijalankan ini saya dapat mengesan kekuatan dan kelemahan murid dalam menguasai kemahiran yang diajar. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 ), kaedah bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu atau hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah itu terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Ini bermakna, guru menggunakan sesuatu kaedah secara tidak

langsung di dalam bilik darjah. Oleh itu, apa-apa sahaja cara yang dilakukan guru adalah untuk memberikan kefahaman kepada murid untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran, maka itu disebut kaedah. Hasan Langgulung ( 1981 ) mengatakan bahawa kaedah ialah satu aktiviti pengajaran yang mempunyai langkah-langkah yang tersusun. Dalam tiap-tiap langkah pula terdapat kemahiran dan latihan yang terancang. Baginya, kaedah pengajaran bukanlah aspek utama dalam pengajaran, tetapi merupakan wasilah atau satu jalan untuk mencapai sesuatu objektif. Jadi, apa-apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang guru untuk memberikan kefahaman kepada seseorang murid, maka itu ialah kaedah walaupun tidak mempunyai namanama khas. Kaedah yang telah saya gunakan di dalan rancangan pengajaran harian yang telah dilaksanakan ialah kaedah natural. Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif. Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau teori tatabahasa tertentu. Kaedah ini melihat bahasa itu sebagai alat yang digunakan untuk menghubungkan makna dengan mesej. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang telah dijalankan jelas menggunakan kaedah ini kerana dalam setiap sesi soal jawab bersama murid, murid bebas untuk menggunakan ayat yang mereka bina sendiri tanpa perlu mematuhi teori bahasa tertentu. Guru boleh menerima apa sahaja pendapat atau jawaban dari murid. Guru hanya perlu memperbetulkan dan membimbing murid sekiranya perlu apabila ayat yang diucapkan mengandungi kesalahan tatabahasa yang sangat ketara. Kaedah kedua yang saya gunakan dalam pengajaran ini adalah kaedah bahasa komuniti. Dalam kaedah bahasa komuniti, murid-murid akan menjadi ahli dalam komuniti. Mereka akan melalui proses interaksi dengan rakan-rakan dalam komuniti tersebut. Matlamatnya adalah untuk memastikan murid-murid belajar caracara berkomunikasi menggunakan bahasa yang ingin dipelajari mengikut gaya sendiri. Dalam rancangan pengajaran yang dibuat murid terlibat dalam sesi perbincangan pada langkah pengajaran yang keempat. Murid telah dibahagikan kepada sepuluh kumpulan untuk menghasilkan buku cerita. Dalam proses perbincangan murid berinteraksi menggunakan bahasa komunikasi mengikut gaya sendiri bersesuaian dengan komuniti tersebut.

Kamus Dewan mendefinisikan pendekatan sebagai kaedah, cara atau langkah-langkah yang digunakan bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas untuk mengatasi masalah dan sebagainya. Dalam konteks bahasa, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Manakala dalam konteks

pendiddikan, pendekatan merujuk kepada bagaimana cara sesuatu matapelajaran diajarkan untuk mencapai objektif. Pendekatan pengajaran boleh digolongkan kepada beberapa aspek iaitu, mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta disampaikan, keaktifan murid dan pengajaran bahasa. Dalam pengajaran bahasa, pendekatan diertikan sebagai satu kumpulan andaian yang berhubungan, yang memperkatakan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Justeru itu, terjelmalah pendekatan induktif, deduktif, eklektik dan komunikatif dalam pengajaran bahasa. Pendekatan yang dipilih dalam rancangan pengajaran yang telah saya buat ialah pendekatan induktif. Pendekatan ini memerlukan proses penaakulan yang tinggi. Dalam konteks ini , iaitu pembelajaran dan pengajaran bahasa guru-guru akan mengumpul contoh-contoh daripada teks, kemudian menerangkan dan menunjukkan bagaimana guru berfungsi dan membantu murid untuk membuat satu kesimpulan yang sesuai berdasarkan contoh-contoh yang diberikan. Dalam pengajaran bahasa pendekatan ini lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal, iaitu mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari kemudian membuat kesimpulan mengenainya. Dalam langkah pengajaran yang keempat ini saya telah menggunakan bahan seperti gambar-gambar dan juga kad perkataan untuk membantu murid-murid membuat satu kesimpulan diakhir pembelajaran. Melalui gambar-gambar yang ditunjukkan murid diberi peluang untuk mentafsirkan apa yang dilihat dan cuba mengujarkan cerita berdasarkan gambar. Manakala kad-kad perkataan yang digunakan telah membantu murid untuk membina ayat yang betul. Gabungan penggunaan kedua-dua bahan bantu belajar ini menggalakkan murid untuk membuat satu kesimpulan berkaitan tajuk yang diajar di akhir pembelajaran. Teknik merupakan satu set himpunan kelakuan atau cara dalam kaedah. Contohnya, jika kaedah yang hendak disampaikan oleh guru ialah kaedah penerangan, maka teknik yang boleh digunakan oleh guru bagi menyampaikan penerangan tersebut ialah melalui teknik bercerita, syarahan, taklimat dan sebagainya. Sebarang bentuk perlakuan yang mengandungi kemahiran dan

melibatkan

aspek

keterampilan,

disebut

sebagai

teknik mengajar.

Justeru

kebanyakan guru menganggap teknik itu sama dengan kaedah yang pernah disebut juga sebagai kaedah kecil mengajar. Hal ini disebabkan semasa melaksanakan sesuatu kaedah, guru akan menggunakan teknik yang pelbagai. Ada teknik yang berkesan dan ada juga yang kurang atau tidak berkesan. Keberkesanan teknik pengajaran dan pembelajaran ini sebahagian besarnya bergantung kepada pengalaman, ketokohan, kewibawaan, kebijaksanaan dan keterampilan serta keperibadian seseorang guru. Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa teknik merupakan pelaksanaan kaedah dalam bilik darjah. Teknik juga digunakan untuk mencapai satu-satu objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, teknik merupakan strategi atau muslihat yang digunakan oleh guru di dalam bilik darjah apabila berhadapan dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan akibat daripada penerapan atau teori. Setiap teknik yang digunakan harus seirama atau selaras dengan kaedah. Ringkasnya teknik bermaksud amalan strategi yang diguna pakai oleh guru dalam bilik darjah. Teknik yang telah saya pilih di dalam rancangan pengajaran ini ialah teknik bercerita. Teknik ini sesuai untuk digunakan bagi membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sessuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan menerusi teknik ini. Teknik ini telah digunakan sejak dari awal proses pembelajaran dan pengajaran iaitu bermula di set induksi. Dalam sesi pembeljaran ini murid dikehendaki untuk menceritakan apa yang mereka lihat berkaitan dengan gambar yang ditunjukkan. Murid akan bercerita berdasarkan gambar yang dilihat mengikut tafsiran mereka sendiri. Teknik bercerita ini dipanjangkan lagi pada langkah pengajaran yang pertama dan juga pada langkah yang keempat. Murid ditunjukkan dengan gambar-gambar yang lain yang berfokus kepada pengajaran yang hendak disampaikan. Murid akan menjadi lebih kreatif lagi untuk mengujarkan cerita yang berkaitan dengan gambar yang ditunjukkan. Pada langkah yang keempat murid akan membacakan buku cerita yang telah siap dihasilkan melalui proses perbincangan dalam kumpulan. Kesimpulannya, kesemua istilah yang dibincangkan di atas iaitu strategi, pendekatan, kaedah dan teknik membawa pengertian yang berbeza tetapi terangkum dalam satu pengertian yang besar. Kesemua elemen-elemen di atas

mempunyai matlamat yang sama , iaitu menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar, berkesan dan menarik serta mencapai objektif. Sebagai penyampai ilmu pengetahuan, guru harus bijak mengintegrasikan elemenelemen seperti di atas dan dipilih mengikut kesesuaian dengan kemahirankemahiran lain khususnya kemahiran Abad ke-21 supaya proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menyeronokkan murid-murid.

Refleksi Dalam setiap rancangan pengajaran harian yang dirancang mestilah mengandungi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik. Dalam sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran juga, langkah pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik perlu dijadikan keutamaan kea rah penentuan sasaran sesuatu objektif pembelajaran. Oleh itu, saya sebagai seorang guru, persediaan rapi adalah wajar untuk berdepan dengan murid-murid ke arah penyerapan strategi melatih mereka bekerjasama, berinteraksi dan berfikir dalam suasana pembelajaran yang kondusif. Saya sebagai guru sains sepenuhnya telah diberi peluang untuk mengajar Bahasa Melayu merupakan satu pengalaman baru yang tidak harus dilepaskan. Semasa menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu ini terdapat beberapa kekuatan yang diperoleh. Pertama sekali, kekuatan yang ada ialah murid-murid yang diajar semuanya adalah murid berbangsa Melayu. Kelebihan ini telah memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran kerana murid-murid adalah penutur jati Bahasa Melayu. Mereka telah biasa membina ayat berdasarkan pola ayat yang betul dan menggunakan intonasi yang betul. Kedua, bilangan murid mengikut jantina adalah seimbang telah memudahkan perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran kerana murid mudah untuk diuruskan dan mendengar arahan. Ketiga, keadaan kelas yang kondusif juga telah membantu melancarkan perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran. Keempat, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang dipilih bersesuaian dengan kemahiran yang hendak disampaikan kepada murid. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap proses pembelajaran dan pengajaran juga mempunyai kelemahan. Antara kelemahan yang dapat saya jelaskan di sini ialah cara penyampaian saya sendiri kerana kadang-kadang sukar untuk menggunakan pola ayat dan istilah dengan betul dalam pengajaran Bahasa Melayu. Ia berbeza dengan cara penyampaian dalam subjek Sains kerana banyak melibatkan fakta. Kelemahan yang kedua, terdapat juga murid yang pasif tidak mahu mencuba untuk menjawab soalan yang diajukan secara lisan. Ada juga murid yang tidak aktif untuk berinteraksi dan berkomunikasi bersama rakan di dalam aktiviti berkumpulan.

Dapatan yang saya peroleh selepas menjalankan sendiri proses pembelajaran dan pengajaran dalam subjek Bahasa melayu ialah pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik mestilah bersesuaian dengan kemahiran yang hendak diajar dan mengikut tahap penguasaan murid. Saya sebagai guru subjek Sains juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk menguasai kemahiran berbahasa Melayu dengan betul dari segi penggunaan pola ayat dan juga istilah

You might also like