You are on page 1of 29

Definisi Kaedah

kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan.

kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.

Kaedah merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

Jenis-Jenis Kaedah

Kaedah natural Kaedah Tatabahasa Terjemahan Kaedah Oral-Aural

Kaedah Terus

Kaedah pengajaran Bahasa Melayu

Kaedah Bahasa Komuniti

Kaedah Ajuk Hafaz Kaedah linguistik

Kaedah Kod Kognitif

Kaedah Natural

Konsep

Berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif

Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau teori tatabahasa tertentu.

kaedah ini melihat bahasa itu sebagai alat yang digunakan untuk menghubungkan makna dengan mesej.

Ciri-ciri Kaedah Natural

Penekanan kepada persembahan input pemahaman dalam bahasa sasaran

Mirip kepada prinsip audio-linguis

Kelas diasaskan kepada tugasan yang dapat memenuhi keperluan murid

Memperkembangkan keupayaan bahasa melalui penguasaan dan pembelajaran

Kebaikan Kaedah Natural

Murid tidak dipaksa mengucapkan sesuatu sehingga mereka betul-betul bersedia untuk berbuat demikian.

Murid mengambil bahagian aktif untuk memperoleh input pemahaman.

Murid tidak perlu menguasai bentuk dan struktur ayat semasa menentukan matlamat komunikasi murid.

Objektif pelaksanaan bergantung kepada keperluan, kemahiran bahasa dan peringkat yang akan diajar kepada murid.

Kelemahan Kaedah Natural

Penguasaan bahasa hanya berlaku apabila memahami mesej.

Guru perlu menentukan situasi supaya murid dapat menggunakan bahasa sasaran secara berkesan.

Murid harus boleh bercakap dalam bahasa sasaran selepas beberapa jam pembelajaran.

Guru terbeban kerana terpaksa menjadi sumber utama.

Kaedah Tatabahasa Terjemahan Konsep

Kaedah ini berfokus kepada kemahiran menulis dan bukannya kemahiran lisan.

Kaedah ini tidak mementingkan fonetik ketika menggunakannya.

Kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk menterjemahkan bahan daripada bahasa asing ke bahasa jati.

Gabungan tatabahasa dengan terjemahan.

Ciri-ciri Kaedah Tatabahasa Terjemahan

Berfokus kepada aspek tulisan

Berteraskan pendekatan deduktif

Mengekalkan bahasa pertama sebagai sistem rujukan

Pengajaran dan praktikalnya berdasarkan ayat

Menekankan hafazan peraturan tatabahasa

Kebaikan Kaedah Tatabahasa Terjemahan

Menjimatkan masa kerana tidak memerlukan masa yang panjang.

Menjimatkan kos kerana tidak memerlukan pembiayaan yang banyak.

Tidak membebankan guru kerana tidak perlu menyediakan BBM.

Tidak mengehadkan bilangan murid di dalam bilik darjah.

Tidak memerlukan latihan intensif yang lama.

Guru kurang fasih masih berpeluang mengajar bahasa berkenaan.

Murid boleh belajar sendiri tanpa bimbingan guru.

Kelemahan Kaedah Tatabahasa Terjemahan

Sukar membuat terjemahan kerana dua perkataan berbeza untuk maksud yang sama.

Persepsi salah dalam kalangan murid kerana menganggap fonetik tidak penting.

Murid juga beranggapan bahawa pembelajaran struktur bahasa tidak penting kerana menekankan aspek hafazan.

Kaedah Terus

Konsep

Kaedah yang membabitkan pengajaran perbualan

Tujuannya adalah untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak

Murid-murid diajar untuk menguasai keempat-empat kemahiran bahasa secara berkesan

Segala pengajaran tidak menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh muridmurid

Ciri-ciri Kaedah Terus

Hubungan secara terus antara perkataan dengan benda, ayat dengan fikiran dan sebagainya.

Mementingkan pengalaman sedia ada murid.

Timbulkan perasaan ingin tahu menerusi soalan yang dikemukakan.

Pengajaran haruslah berpandukan lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.

Utamakan bahasa lisan di mana kemahiran mendengar didahulukan.

Murid-murid dihubungkan terus dengan bahasa yang hendak diajar.

Tidak menggunakan terjemahan.

Murid tidak diajar hukum-hukum bahasa.

Mengutamakan sebutan yang betul dan sempurna.

Latih tubi diuatamakan.

Mempelajari sesuatu keseluruhan.

Mempelajari sesuatu yang mudah dahulu sebelum abstrak.

Kebaikan Kaedah Terus

Penglibatan murid secara aktif

Penglibatan murid secara menyeluruh

Murid dapat berkomunikasi atau bertutur dengan cepat dan lancar.

Menekankan aspek penguasaan bahasa dan komunikasi.

Kelemahan Kaedah Terus

Tugas guru bertambah sukar terutama mengajar perkataan sukar dan abstrak

Mengambil masa yang lama untuk melihat hasilnya

Memerlukan guru-guru yang terlatih

Menerbitkan kekeliruan makna sepanjang pengajaran guru

Hanya sesuai untuk murid-murid pandai sahaja

Kaedah Ajuk Hafaz Konsep

Pengajaran demonstrasi oleh guru perlulah berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa

Kaedah ini dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi

Konsep

Sesudah ayat dibaca, murid-murid diminta mengajuknya sehinggalah ayat-ayat tersebut diingati dan hafaz oleh murid.

Ciri-ciri Kaedah Ajuk Hafaz

Tatabahasa diajar secara menghafaz

Menggunakan beberapa ayat asas melalui cara ajukan.

Apabila ayat telah dihafaz sepenuhnya, murid diminta membaca deskripsi asal dalam bahasa ibunya.

Kebaikan Kaedah Ajuk Hafaz

Mudah kerana murid belajar melalui hafazan dan ajukan

Murid berpeluang menguasai pelajaran dengan cepat dan betul

Kelemahan Kedah Ajuk Hafaz

Tugas guru bertambah kerana terpaksa menyediakan latihan pertuturan yang banyak

Memerlukaan guru menguasai cara sebutan yang betul terlebih dahulu

Kaedah Linguistik

Pengetahuan bahasa murid harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa.

Kaedah ini digunakan untuk pengajaran bahasa moden secara saintifik dengan membandingkan dua bahasa.

KONSEP

Tujuannya supaya murid menggunakan bahasa yang telah diketahui untuk mempelajari bahasa baharu dari segi bunyinya.

Kaedah ini amat mementingkan aspek pertuturan dan membolehkan guru menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid semasa proses pengajaran di dalam bilik darjah.

Ciri-ciri Kaedah Linguistik

Mendahulukan bentuk daripada makna.

Mementingkan pengetahuan fonetik kerana pemilihan bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa diutamakan. Ciri-ciri Kaedah Linguistik

Pemilihan bentuk ayat adalah berdasarkan bentuk ayat yang ada dalam bahasa ibunda.

Mengajar dahulu sebutan bunyi yang ada persamaan dengan bunyi bahasa yang diketahui.

Kebaikan Kaedah Linguistik

Guru berpeluang menyediakan bahan pengajaran dengan lebih tersusun dan teratur.

Murid-murid dapat memahami dengan jelas bahan tatabahasa yang dipelajari.

Menjimatkan masa.

Murid-murid dapat bertutur dan membuat ayat dalam bahasa yang dipelajari dengan cepat.

Dapat mengelakkan salah faham dalam kalangan murid-murid terhadap bahasa yang dipelajari.

Kelemahan Kaedah Linguistik

Hasil yang dijangka tidak mungkin tercapai sebab hukum-hukum bahasa sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa.

Murid sukar membaca kerana kaedah ini menekankan bahasa pertuturan (lisan) sematamata.

Murid sukar membaca kerana bahan bacaan dikarang dalam bahasa tulisan.

Hanya boleh diajar oleh guru-guru yang terlatih dalam ilmu bahasa, pengajaran dan pendidikan sahaja.

Kaedah ini mengambil masa yang lama dan memerlukan belanja besar.

Murid-murid hanya dapat menuturkan apa yang diajar sahaja tetapi tidak dapat memperkembangkannya dengan baik.

Kaedah Kod Kognitif Konsep

Kaedah ini merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian kaedah nahu terjemahan.

Kaedah ini wujud berasaskan pendapat golongan mentalis yang memandang bahasa sebagai kreativiti mental.

KONSEP

Menekankan aspek bentuk dan makna menyebabkan murid-murid yang hendak mempelajari sesuatu bahasa baharu itu harus terlebih dahulu mengetahui sistem bahasa yang didasarkan kepada hukum dan norma dalam tatabahasa.

Ciri-ciri Kaedah Kod Kognitif

Ciri-ciri Kaedah Kod Kognitif

Menekankan kemahiran membaca dan menulis.

Murid-murid perlu berpengetahuan tentang tatabahasa yang hendak dipelajari.

Murid-murid diberi galakan untuk menggunakan secara maksimum kemampuan kreatif.

Pengertian dan huraian dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran perlu diwujudkan guru.

Menggunakan aplikasi tatabahasa transformasi-generatif untuk menghuraikan bahasa.

Kebaikan dan Kelemahan Kaedah Kod Kognitif

Kebaikan Kaedah Kod Kognitif

Kelemahan Kaedah Kod Kognitif

Murid berpeluang belajar membaca dan menulis dengan bimbingan guru sepenuhnya.

Murid perlu mengetahui sistem bahasa yang didasarkan pada hukum dan norma dalam ilmu tatabahasa terlebih dahulu.

Murid diberikan peluang untuk menghasilkan bahan menggunakan kreativiti sendiri secara maksimum.

Kaedah Bahasa Komuniti Konsep

Dalam kaedah bahasa komuniti, murid-murid akan menjadi ahli dalam komuniti.

Mereka akan melalui proses interaksi dengan rakan-rakan dalam komuniti tersebut.

Konsep

Matlamatnya adalah untuk memastikan murid-murid belajar cara-cara berkomunikasi menggunakan bahasa yang ingin dipelajari mengikut gaya sendiri.

Ciri-ciri Kaedah Bahasa Komuniti

Memupuk semangat kekitaan dan perasaan keselamatan.

Peringkat awal pelaksanaannya, muridmurid dibenarkan untuk bergantung kepada guruguru. Tetapi apabila proses pembelajaran meningkat, mereka perlu berdikari.

Kebolehan murid meningkat maju dan mula berdikari.

Guru perlu menyokong dan memahami sifat murid-murid dalam usaha untuk menguasai bahasa tersebut.

Peranan guru sebagai pembimbing.

Guru mengenal pasti sejauh manakah situasi pembelajaran yang baharu ini boleh menggugat proses pembelajaran yang mantap.

Kebaikan Kaedah Bahasa Komuniti

Melahirkan kumpulan komuniti sokongan yang boleh membantu murid-murid mengurangkan rasa cemas dan takut.

Membantu murid menangani faktor-faktor yang boleh mengancam diri mereka seperti kerap kali melakukan kesalahan.

Menyemai sikap bersaing secara sihat dalam kalangan rakan sebaya.

Murid berpeluang membincang serta membahaskan tajuk-tajuk tertentu secara bebas tanpa mengambil kira tahap penguasaan bahasa mereka.

Murid juga bebas bercakap tentang apa jua topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.

Memantapkan penguasaan murid dalam bidang perbualan dan struktur ayat.

Proses terjemahan oleh guru membantu meningkatkan kemahiran murid-murid dalam tatabahasa.

Murid dibenarkan untuk menggunakan bahasa pertama dalam pada masa yang sama berpeluang menigkatkan bahasa kedua mereka.

Kelemahan Kaedah Bahasa Komuniti

Tidak sesuai dilaksanakan untuk kelas yang muridnya terdiri daripada pelbagai jurusan.

Guru sukar untuk memastikan semua murid berminat terhadap tajuk yang diperbincangkan dan sekali gus menarik minat mereka menyertai perbincangan.

Menyukarkan guru kerana mereka terpaksa menguasai dan fasih bahasa pertama dan bahasa kedua sebelum melaksanakannya kepada murid.

Guru hilang fokus terhadap susunan dan aras kesukaran jika murid membangkitkan struktur tatabahasa yang kompleks.

Sukar untuk melaksanakan kehendak kaedah ini yang menetapkan bilangan murid di dalam sesebuah bilik darjah adalah antara 6-12 orang murid sahaja.

Kaedah Oral-Aural Konsep

Kaedah oral-Aural juga dikenali sebagai kaedah dengar-tutur.

Kaedah ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti pula dengan cara ajukan.

Kaedah ini memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa kepada murid-murid.

Walau bagaimanapun, kemahiran mendengar dan bertutur diberikan keutamaan.

Ciri-ciri Kaedah Oral-Aural

Dimulakan dengan beberapa dialog tertentu.

Murid yang berjaya mencapai kemahiran yang diharapkan barulah diberikan teks.

Ciri-ciri Kaedah Oral-Aural

Dialog dipelajari melalui proses meniru dan menghafaz.

Aktiviti dijalankan secara kumpulan.

Kebaikan dan Kelemahan Oral-Aural

Kebaikan Kaedah Oral-Aural

Kelemahan Kaedah Oral-Aural

Murid mudah menerima pelajaran kerana aktiviti latih tubi.

Membebankan guru kerana keperluan tenaga yang banyak untuk menjalankan latih tubi.

Murid berpeluang meniru dan menghafaz apa-apa yang diajarkan guru.

Memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk dilaksanakan.

Kesalahan yang dilakukan murid-murid akan dibetulkan oleh guru dan mereka diminta mengulang-ulang perkataan yang betul.

Murid bosan kerana terlalu banyak latihan oral.

Murid hilang keyakinan untuk belajar kerana menganggap pembelajaran hanya tertumpu kepada aktiviti oral sahaja.

You might also like