You are on page 1of 10

Isu - Isu Guru

Thursday, August 11, 2011 - by huzaini ismail1

1.0
Pengenalan
Paparan isu dan masalah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh
guru sering kali dilaporkan tidak kira melalui media cetak atau media
elektronik. Paparan isu ini sering kali dijadikan isu yang hangat dan menjadi
topik perbincangan oleh masyarakat di seluruh Malaysia secara amnya dan di
seluruh dunia secara khususnya. Pelbagai masalah yang melibatkan etika
perguruan sering dilaporkan melibatkan beberapa kes tingkah laku negative
yang dilakukan oleh guru seperti kes rasuah, gangguan seksual, dera dan
sebagainya.
Sebagai contohnya isu gangguan seksual iaitu mencium murid yang
dilakukan oleh guru yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro yang bertarikh
22 Julai 2010 telah menjadikan isu ini semakin hangat diperkatakan
disegenap lapisan masyarakat. Berdasarkan isu gangguan seksual yang
dilakukan oleh guru yang berumur 50 tahun yang mencium murid tahun satu,
menunjukkan bahawa guru tersebut telah melanggar kod etika perguruan
dengan membuat gangguan seksual ke atas muridnya. Isu gangguan
seksual yang dilakukan oleh guru ini semakin berleluasan dari hari ke hari.
Persoalannya mengapa isu gangguan seksual ini berlaku?
Kejadian gangguan seksual semakin berleluasan dewasa ini.
Gangguan seksual ini bukan sahaja berlaku di tempat kerja dan tempat awam
malah isu ini telah menular di sekolah dimana mangsanya ialah murid-murid.
Gangguan seksual yang dilakukan oleh para pendidik ini menunjukkan
mereka tidak bertanggungjawab dalam melindungi anak murid dibawah
jagaan mereka. Sering kali kita dengar terdapat tingkah laku yang negatif
yang dilakukan oleh guru tidak kira guru itu muda atau tua. Ini memberikan
gambaran bahawa sekolah bukan lagi institusi yang selamat dari masalah ini
jika hal ini dilakukan sendiri oleh guru.
Kod Amalan (1999) mentakrifkan gangguan seksual contohnya
mencium ialah sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak dingini dan
memberi kesan samada secara lisan, isyarat, visual, psikologi atau fizikal.
Gangguan seksual boleh dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu gangguan
seksual berbentuk ugutan (sexual coercion) dan gangguan seksual berbentuk
ancaman terhadap ketenteraman peribadi (sexual annoyance).

Gangguan seksual berbentuk ugutan ialah gangguan yang


memberikan kesan secara langsung kepada mangsanya contohnya
seseorang pelaku mempunyai kuasa untuk cuba mengugut mangsanya untuk
mendapatkan kepuasan mereka. Manakala gangguan seksual secara
peribadi ialah tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai
ancaman, ugutan atau penghinaan.
Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk-bentuk
gangguan seksual kepada lima jenis iaitu gangguan secara lisan, gangguan
secara isyarat, gangguan secara visual, gangguan secara fizikal dan
gangguan secara psikologikal. Gangguan secara lisan ialah bentuk
gangguan yang dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui
perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan,
komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan,
pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seseorang
berasa tersinggung, terhina atau terugut
Selain itu, gangguan secara isyarat (Bukan Lisan) ialah gangguan
yang dipamerkan melalui sikap atau perlakuan seseorang yang memberi
maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain,
seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau
mengguna bahasa isyarat yang lain. Manakala gangguan secara visual ialah
perlakuan menghantar nota, surat, e-mail, pesanan ringkas (sms), gambar,
poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan
apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau peralatan komunikasi
kepada mangsa yang menyebabkan mangsa berasa tersinggung, terhina
atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual.
Disamping itu, gangguan secara fizikal ialah gangguan yang
berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang
lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang
selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium
atau meraba sehingga mangsa berasa tersinggung, terhina atau terugut.
Manakala gangguan secara psikologi ialah mangsa cuba merapati secara
seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi
memenuhi keinginan seksual seseorang sama ada melalui surat, telefon, emel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada mangsa yang
menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas mangsa.
2.0
Punca Tingkah Laku Guru Bagi Kes/ Isu Tersebut
Gangguan seksual contohnya cabul (mencium) adalah satu isu tingkah
laku yang negatif yang dilakukan oleh guru terhadap muridnya sehingga
murid tersebut takut untuk ke sekolah. Keselamatan murid tersebut telah
terancam kerana perbuatan yang dilakukan oleh guru tersebut sangat
keterlaluan. Menurut Koss (1990), murid yang mengalami gangguan seksual
iaitu dicium seringkali merasa diri mereka sebagai mangsa dan menukar
corak hidup mereka menjadi pendiam, kurang bergaul dan sebagainya. Murid
yang menjadi mangsa ini melarikan diri dari keadaan tersebut menyebabkan
peluang untuk belajar mereka rosak dan menjejaskan masa depan mereka.
Murid yang mengalami gangguan seksual akan menanggung tekanan
yang tinggi termasuk perasaan takut, marah, murung, malu, mudah

tersinggung dan kurang motivasi untuk belajar (Koss, 1990). Keadaan yang
dialami oleh murid ini berpunca dari guru yang tidak bertanggungjawab dalam
menjaga keselamatan murid tersebut. Terdapat pelbagai teori yang boleh
dikaitkan denga punca tingkah laku yang dilakukan oleh guru tersebut
terhadap muridnya. Persoalannya adakah punca ini menyebakan guru
berkelakuan begini?
Antara punca tingkah laku negatif yang dilakukan guru bagi kes
gangguan seksual (mencium) pertamanya ialah kurang memahami etika
keguruan. Guru yang memahami etika keguruan tidak akan tergamak
melakukan perkara sedemikian terhadap anak muridnya sendiri. Ini berbeza
pula dengan guru tersebut kerana telah melanggar kod etika guru yang telah
digariskan. Ini menunjukkan bahawa guru tersebut tidak mengerti dan
memahami apa yang terkandung dalam kod etika guru. Berdasarkan kod
etika perguruan sepatutnya setiap ahli profesion iaitu guru sedia maklum
tentang perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan. Tetapi
dalam kes ini yang terjadi adalah sebaliknya.
Selain itu, punca berlakunya tingkah laku negatif dikalangan guru ini
ialah mereka mempunyai masalah keluarga. Guru yang mengalami masalah
keluarga contohnya penceraian mengalami tekanan dan emosi yang tidak
stabil. Ini bermakna guru yang mengalami krisis rumah tangga ini tiada
tempat untuk mengadu dan meluahkan perasaan kasih sayang. Hal ini
menyebabkan guru tersebut mengambil jalan mudah dengan melakukan
gangguan seksual kepada anak muridnya sendiri bagi melepaskan tekanan
yang dihadapi oleh mereka.
Menurut teori seksualiti menjelaskan bahawa perkembangan hidup dan
tingkah laku manusia adalah didorong oleh kemahuan, kehendak dan kuasa
seksualiti (Abd Rahim, 2003). Disini jelas menunjukkan bahawa seks adalah
satu keperluan asas kepada orang dewasa dan cara manusia mencapai
kehendak dan keperluan seksual pada umurnya mencorakkan perkembangan
tingkah laku, sahsiah, emosi dan moral. Ini menunjukkan bahawa, masalah
rumah tangga seperti penceraian menyebabkan keperluan seksual tidak
dapat dipenuhi menyebabkan guru terbabit menjadikan murid sebagai tempat
untuk melepaskan tuntutan seksual mereka.
Di samping itu juga, antara punca penyumbang kepada tingkah laku
negatif yang dilakukan oleh guru tersebut ialah pengaruh media massa tidak
kira media cetak atau media elektronik. Mengikut kajian yang dilakukan
pengaruh media elektronik lebih banyak dari media massa kerana media
elektronik mudah didapati dengan meluas tanpa sekatan. Pengaruh ini
akhirnya mendorong guru tersebut melakukan perkara seumpama ini
terhadap anak muridnya. Pengaruh media massa contohnya media cetak
membolehkan guru tersebut mendapatkan bahan lucah melalui buku, majalah
dan sebagainya dengan mudah seterusnya membuat gangguan seksual
kepada anak muridnya.
Manakala melalui media elektronik seperti penggunaan internet,
telefon bimbit dan sebagainya membolehkan bahan-bahan lucah mudah
didapati dan mudah di layari berbanding medium yang lain. Ini menyebabkan
guru tersebut mudah mendapatkan bahan bagi tujuan sedemikian. Oleh itu,
apa yang dilihat dan dipelajari telah di aplikasikan ke atas murid. Sudah sedia
maklum bahawa kes keganasan seksual kanak-kanak di luar negara semakin
berleluasan dimana kanak-kanak dijadikan hamba seks. Dengan kata lain,

3.0

guru tersebut telah meniru budaya tersebut yang diperolehi melalui media
elektronik yang begitu banyak dewasa ini sehingga melakukan gangguan ini
terhadap anak muridnya sendiri.
Tiada kesedaran agama juga adalah punca kepada tingkah laku
negatif yang dilakukan oleh guru tersebut. Kesedaran agama yang kurang
terutama tentang hukum halal dan haram menyebabkan seseorang guru
tersebut sanggup melakukan perkara terkutuk itu demi kepuasan mereka
sendiri. Kesedaran agama yang kurang iaitu tidak menggunakan ilmu yang
dipelajari dengan sebaik mungkin menyebabkan guru tersebut tidak dapat
membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Guru tersebut juga
tidak menjaga pergaulan beliau dengan anak muridnya dimana dia sanggup
membuat gangguan seksual keatas anak muridnya sendiri. Di sini jelas
menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh guru tersebut bukan
mencerminkan beliau sebagai seorang muslim yang mengamalkan ajaran
Islam dengan baik. Jika difikir kembali tidak mungkin akan berlaku kes
seumpama ini jika guru tersebut mempunyai kesedaran agama yang tinggi
serta takutkan balasan dari Allah SWT.
Selain itu, punca tingkah laku negatif ini ialah pengaruh pil peransang.
Kebanyakkan kes yang melibatkan gangguan seksual ini sering kali
dipengaruhi oleh pengambilan pil peransang seperti Viagra yang tidak
terkawal dan dijual di pasaran secara terbuka. Apabila pengambilan pil
peransang secara tidak terkawal, keinginan seksual semakin meningkat
menyebabkan berlakulah gangguan seksual keatas murid. Kebanyakkan guru
lelaki yang tidak berkahwin atau telah bercerai yang menggunakan pil
peransang ini akan cuba membuat gangguan seksual terhadap anak
muridnya apabila teransang. Dalam situasi ini, guru tersebut hanya ingin
memuaskan diri mereka tanpa mengira nasib yang akan menimpa anak murid
apabila berkelakuan negatif seperti ini.
Tambahan lagi, punca yang menyebabkan tingkah laku negatif ini ialah
tekanan kerja yang dihadapi menyebabkan guru tersebut mengalami stress
yang tinggi. Mengikut Kyriacou (2000), stress guru merujuk kepada
pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan,
kekecewaan, kebimbingan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada
tugasnya sebagai guru. Bebanan kerja yang terlalu banyak, dimarahi oleh
pihak pentadbir, disisihkan dan sebagainya adalah contoh tekanan kerja yang
dihadapi oleh guru setiap hari menyebabkan guru itu tidak dapat berfikir
panjang seterusnya mencari jalan lain untuk melepaskan tekanan yang
dihadapi. Guru terbabit menggangap, gangguan seksual yang dilakukan ini
boleh mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi namun kesan dari perkara
itu lebih teruk dari apa yang dijangkakan. Selain itu, pengurusan tekanan
yang tidak betul menyebabkan guru tersebut menggunakan murid sebagai
alat untuk gangguan seksual bagi melepaskan tekanan yang dihadapinya.
Kesan Jangka Pendek Dan Jangka Panjang Kepada Guru, Profesion
Perguruan Dan Pihak Lain (Sekirannya Terlibat)
Sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan baik, mungkin masalah
ini akan menular dengan lebih teruk lagi. Kesan dan akibat dari perbuatan
tingkah laku guru yang negatif ini bukan sahaja akan tmemberi kesan kepada
diri guru tersebut sahaja namun kesannya akan turut dirasai oleh mangsa
gangguan seksual, guru-guru lain, sekolah, masyarakat dan sebagainya.
3.1 Guru

Antara kesan jangka pendek yang akan menimpa guru yang


melakukan perbuatan ini ialah menyebabkan hubungan guru dan murid
menjadi semakin rengang dimana semua murid membenci dan takut untuk
menuntut ilmu dengan guru tersebut. Dalam situasi ini, murid berasa tidak
selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dan
rakan sejawatannya juga akan musnah kerana mereka semua tidak lagi
mempercayai guru tersebut selepas sekali melakukan perkara yang tidak
senonoh. Guru tersebut akan mengalami tekanan emosi juga adalah kesan
jangka pendek yang akan dihadapi dimana guru tersebut mungkin mengalami
konflik jiwa yang serius akibat dari perbuatannya. Mengikut Terri Mauro
(2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi
contohnya masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah keluarga.
Di samping itu juga, keluarga guru yang terbabit dalam tingkah laku
negatif ini mungkin akan mendapat kesan yang buruk contohnya mungkin
keluarga beliau akan dibenci dan dicemuh oleh masyarakat. Ini menyebabkan
keluarga beliau akan hidup dalam suasana yang tidak tenteram. Tambahan
lagi, kesan jangka pendek yang akan menimpa guru tersebut ialah beliau
akan hilang pekerjaan dan mata pencarian akibat dari perbuatan mereka
yang tidak senonoh itu.
Kesan jangka panjang yang akan ditempuhi oleh guru tersebut ialah
mereka tidak lagi diterima oleh masyarakat dimana masyarakat akan
memandang serong kepada mereka. Selain itu kesannya juga ialah guru
tersebut akan dipindahkan ke sekolah yang lain bagi menjaga nama baik
sekolah tersebut. Di samping itu juga, guru tersebut tidak ada tempat dalam
masyarakat dimana beliau bukan lagi menjadi guru yang boleh dipercayai
oleh masyarakat.
Kesan jangka pendek kepada guru lain ialah, masyarakat tidak lagi
mempercayai bahawa guru dapat mendidik dan mengajar anak mereka
menyebabkan tugas guru tidak lagi di pandang sebagai satu tugas yang mulia
oleh masyarakat. Kesan daripada itu juga menyebabkan guru guru
walaupun mereka tidak bersalah akan diselubungi dengan perasaan malu
terhadap masyarakat dengan tindakan yang dilakukan oleh rakan
sejawatannya yang berkelakuan negatif. Kesan jangka panjang kepada guru
yang lain menyebabkan mereka sendiri tidak lagi berminat untuk meneruskan
profesion ini lagi. Selain itu guru-guru yang lain tidak lagi mempunyai
perasaan seorang pendidik jika masalah ini berleluasan.
3.2 Profesion Perguruan
Kesan jangka pendek dari tingkah laku negatif yang dilakukan oleh
guru ini menyebabkan profesion perguruan ini dipandang rendah oleh
masyarakat. Masyarakat tidak lagi mempercayai kepada profesion perguruan
sehingga menyebabkan profesion ini tidak lagi diperlukan oleh masyarakat.
Selain itu, profesion perguruan tidak lagi dianggap mulia oleh masyarakat
dimana mereka tidak lagi mempercayai bahawa profesion ini dapat
membantu anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan
berkesan. Tambahan pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat
terutama ibu bapa dan murid-murid.
Manakala kesan jangka panjang kepada profesion perguruan
menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat untuk menjadi guru dan ini
mengakibatkan profesion ini kekurangan genarasi muda yang berbakat untuk
mendidik anak bangsa. Di samping itu juga, kesan dari ini kerajaan tidak lagi

dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana


kekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang ini. Mengikut Lilia
dan Norlena (1998), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara
professional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata
masyarakat.
3.3 Sekolah
Kesan jangka pendek yang menimpa sekolah ialah reputasi
sekolah atau nama baik sekolah akan menurun menyebabkan masyarakat
terutama ibu bapa tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah tersebut.
Selain itu, sekolah tidak lagi dianggap sebagai institusi pendidikan yang
memberi pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid. Manakala kesan
jangka panjang yang menimpa sekolah ialah sekolah dilabel sebagai tempat
yang tidak bermoral kerana membiarkan masalah gangguan seksual
berleluasan secara tidak terkawal.
3.4 Ibubapa Dan Masyarakat
Kesan pendek dari kes ini menyebabkan hubungan ibubapa dan guru
menjadi rengang dimana ibubapa tidak lagi mempercayai kredibilitui guru
untuk mendidik anak mereka menjadi insane yang berguna. Di samping itu
juga, masyarakat akan memandang serong kepada semua pihak termasuklah
guru dan pentadbir sekolah. Tambahan lagi, kesannya ialah ibubapa tidak
puas hati dengan layanan guru terhadap anaknya. Manakala kesan jangka
panjang yang menimpa ibubapa dan masyarakat ialah mereka menyalahkan
guru sehingga guru tersebut dibenci dan dicaci oleh masyarakat yang lain.
selain itu, ibubapa membawa isu gangguan seksual ini kepada pihak atasan
seperti polis dan peguam bagi mendapat keadilan bagi pihak anak mereka.
3.5 Mangsa Gangguan Seksual
Kesan jangka pendek yang dialami oleh mangsa gangguan seksual
ialah mangsa lebih cenderung berdiam diri, bersendirian, murung dan
sebagainya. Ini menyebabkan mangsa tidak lagi berminat untuk belajar
sehingga prestasi mangsa menurun. Tambahan pula kesan jangka panjang
ialah mangsa gangguan seksual akan phobia dengan guru terutama guru
lelaki. Kesan jangka panjang kepada mangsa ialah mangsa mengalami
tekanan emosi dan jiwa yang tinggi sehingga mangsa cuba membuat perkara
yang tidak diingini contohnya membunuh diri dan sebagainya.
4.0
Kod Etika Guru Yang Berkaitan
Kod etika ialah peraturan, adab kebiasan manusia dalam pergaulan
antara satu sama lain dan aturan ini menegaskan apa yang benar dan apa
yang salah. Kod etika guru adalah peraturan untuk membantu guru yang
profesional agar mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub demi menjaga imej
profesion. Mengikut Nikki (2009) pula etika dianggap sebagai pedoman
perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan manusia dalam
bahagian tertentu manakala Bascom (2007) menganggap etika sebagai ilmu
mengenai suatu kewajiban.
Antara fungsi kod etika ialah memberikan pedoman bagi setiap ahli
dalam profesion mengenai prinsip profesionalisme yang dirangka. Ini
bermakna setiap ahli yang juga guru sedia maklum tentang perkara yang
boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Fungsi kod etika juga ialah
merupakan kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan.
Ini bemakna bahawa etika profesion dapat menyediakan pengetahuan

kepada masyarakat supaya lebih memahami kepentingan suatu profesion.


Akhir sekali fungsi kod etika ialah membantu para profesional mencegah
campur tangan pihak di luar organisasi profesion tentang hubungan etika
dalam keanggotaan profesion.
Kod etika perguruan adalah pedoman dan panduan kepada guru
dalam menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab membimbing
murid-murid untuk mencapai kemajuan sepenuhnya. Di dalam kod etika
perguruan terdapat 4 tangggungjawab yang perlu dipatuhi dalam profesion ini
iaitu tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibubapa,
tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara serta tanggungjawab
terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.
Berdasarkan isu tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru dalam
kes gangguan seksual (mencium), kita dapati guru tersebut telah melanggar
kod etika perguruan dimana beliau tidak menunjukkan tanggungjawab
terhadap pelajar. Dalam kes ini sepatutnya guru tersebut mengutamakan
kebajikan dan keselamatan pelajar namun guru tersebut telah melakukan
perkara yang sebaliknya terhadap pelajarnya. Kes seperti ini tidak
seharusnya dilakukan kerana ia mencemarkan nama baik profesion ini
sehingga menyebabkan murid tersebut tidak lagi selamat untuk melibatkan
diri dalam aktiviti pembelajaran.
Selain itu, berdasarkan kod etika perguruan, guru sepatutnya
bertanggungjawab dalam menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan
tingkah laku yang dapat memberi contoh. Dalam isu gangguan seksual ini,
guru tersebut tidak bertanggungjawab dalam memberi contoh yang baik
kepada murid dimana guru tersebut menunjukkan tingkah laku yang negatif
dengan membuat gangguan seksual secara terangan ke atas murid dengan
mencium murid tersebut.
Di samping itu kod etika yang terlibat dalam kes ini ialah guru tidak
harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionalnya dan akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai
terhadap profesion perguruan. Tambahan lagi, guru haruslah menanamkan
sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang
menjadi warga negara yang taat setia dan berguna. Ini berbeza dengan guru
yang membuat gangguan seksual tersebut sehingga melakukan sikap yang
tidak baik terhadap muridnya.
Demikian juga dengan kod etika bahawa guru haruslah bertugas
sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke
arah matlamat yang diterima oleh masyarakat, guru tidaklah harus
menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri
murid dan ibu bapa terhadapnya serta guru tidaklah harus mengajar sesuatu
yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau Negara. Kod
etika ini jelas menunjukkan bahawa guru yang melakukan gangguan seksual
tidak mengikut kod etika yang digariskan sebagai seorang pendidik. Secara
kesimpulannya, kod etika yang menjadi panduan kepada semua guru tidak
digunakan dan diamalkan oleh guru yang melakukan tingkah laku yang
negatif tersebut.
5.0
Tersebut

Cadangan Mengatasi Tingkah Laku Guru Yang Negatif

Gangguan seksual yang berlaku keatas murid ini bukannya


penghujung kepada kes yang melanda masyarakat kita pada hari ini. Mungkin
suatu hari nanti kes ini menjadi semakin serius jika tidak ditangani dengan
segera. Tingkah laku yang negatif ini boleh dibendung jika masyarakat
berkerjasama dalam menyelesaikan masalah ini.
Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik untuk mengatasi
tingkah laku guru yang negatif dimana melalui kaedah ini kita boleh
membangunkan kesedaran guru tentang bahaya gangguan seksual yang
dilakukan oleh mereka terhadap murid-murid. Kebanyakkan negara maju
telah memperkenalkan pendidikan seks kepada semua masyarakat bagi
mendedahkan pelbagai isu dalam menimbulkan kesedaran mengenai
gangguan seksual seperti diskriminasi seksual, hak asasi wanita, hilai-nilai
baik dalam hubungan antara lelaki dan wanita, pencabulan, penderaan
seksual dan sebaginya.
Justeru itu kerjaan atau badan bukan kerajaan perlu memainkan
peranan yang penting dalam menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat
menyedarkan masyarakat khususnya guru-guru dalam mengatasi masalah
tingkah laku yang negetif ini . Pendidikan seks bukan sahaja sesuai kepada
murid, guru-guru dan masyarakat namun kepada pesalah gangguan seksual
itu sendiri. Pendidikan seks ini bertujuan untuk memberi maklumat yang
sebenar tentang kesalahan seksual yang dilakukan lebih-lebih lagi dilakukan
kepada murid-murid. Di samping itu juga, pendidikan seks ini juga
mengetengahkan implikasi dan kesan yang diperolehi oleh pesalah gangguan
seksual jika mereka terus melakukan gangguan seksual kepada murid-murid.
Selain itu, bagi mengatasi masalah ini, kursus, ceramah atau
bengkel perlu dibuat bagi meningkatkan nilai-nilai dan tingkah laku yang
teratur dan bertanggungjawab terutama yang melibatkan penjawat awam
contohnya guru. Bagi mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi, semua
guru perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh kerajaan bagi
menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sebagai pendidik. Nilai murini
seperti kemanusiaan, kasih sayang, nilai moral, etika, tanggungjawab dan
sebagainya perlu di terapkan ke dalam diri semua guru dalam kursus ini bagi
menyedarkan mereka tentang kesalahan gangguan seksual dari terus
berlaku. Nilai hidup yang baik ini dapat memelihara mereka daripada
melakukan gangguan seksual yang bertentangan dengan norma hidup yang
perlu dipertahankan. Menurut Fullan (1993) menyatakan guru melibatkan diri
secara produktif dalam proses perubahan, guru mempunyai tujuan moral
yang dikaitkan dengan dengan tugas dan tanggungjawab mereka.
Selain itu bagi menangani masalah tingkah laku guru yang negative ini
(gangguan seksual), kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu
menyediakan kemudahan khidmat kaunseling khususnya kepada murid-murid
yang mengalami gangguan seksual serta guru yang melakukan gangguan
seksual. Di setiap sekolah perlu diwujudkan khidmat bimbimbing dan
kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu gangguan seksual
di mana khidmat ini dikendalikan oleh individu yang pakar dalam masalah ini.
Khidmat bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan guru
mendapatkan bantuan dan nasihat dari pakar kaunseling jika mereka terjebak
dengan masalah ini. Menurut Shertzer dan Stone (1981) mengatakan bahawa
bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang memerlukannya
untuk mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.

Kuatkan undang-undang juga adalah satu jalan mudah yang boleh


diambil bagi mengatasi tingkah laku yang negatif. Penguatkuasaan undangundang yang melibatkan kes gangguan seksual dikalangan pendidik ini
perlulah dibanteras dengan segera supaya kes seumpama ini dapat diatasi
dengan segera. Penguatkuasaan undang-undang seperti penjara, sebatan,
hukuman dan sebagainya perlulah dikuatkuasakan bagi mengatasi masalah
ini dari terus berleluasan. Dengan adanya penguatkuasaan ini, tingkah laku
negatif dikalangan guru mungkin dapat diatasi dan dibanteras dengan segera.
Di samping itu juga, guru yang melanggar etika perguruan perlulah dilucut
dari jawatannya. Ini dapat memberi pengajaran kepada guru-guru yang lain
supaya tidak melakukan perkara yang tidak bermoral ini.
Bagi mengatasi masalah gangguan seksual seperti mencium di
sekolah, kempen kesedaran tentang gangguan seksual perlulah diadakan
bagi mengatasi tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru. Kefahaman
tentang konsep gangguan seksual perlulah diberi melalui kempen kesedaran
yang di adakah tidak kira di sekolah atau ditempat awam. Pihak
bertanggungjawab seperti media, mangsa sendiri dan pihak berkuasa
perlulah perbanyakan sebaran maklumat mengenai gangguan seksual
supaya semua masyarakat terutamanya guru dan masyarakat memahami erti
sebenar gangguan seksual. Jika kempen kesedaran ini dijalankan, tingkah
laku negatif yang berlaku dikalangan guru mungkin dapat diatasi dengan
segera.
Terdapat banyak lagi kaedah yang boleh digunakan dalam
menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat umum tentang
gangguan seksual seperti menyebarkan maklumat perlakuan gangguan
seksual ini seperti menggunakan poster, iklan, hebahan di televisyen dan
sebagainya. Jika masyarakat contohya guru mendapat input yang banyak
mengenai gangguan seksual ini contohnya faktor berlakunya gangguan
seksual ini saya percaya tingkah laku negatif ini tidak akan dilakukan oleh
mereka. Konsep yang betul tentang gangguan seksual perlulah disebarkan
bagi mengatasi masalah ini dengan berkesan.
6.0
Kesimpulan
Perlakuan gangguan seksual selain bersalahan di bawah peruntukan
undang-undang seperti yang sudah dibincangkan, masalah ini juga
bercanggah dengan prinsip keadilan asasi. Kepentingan memberi tumpuan
kepada kesalahan ini kerana ia mempunyai pertalian rapat dengan banyak
objektif pembangunan Negara khususnya bagi gangguan seksual.
Gangguan seksual adalah bentuk bentuk masalah dalaman dan
apabila masalah sebegini tidak dibendung, sudah tentu ia akan berleluasan
dan mengakibatkan sesebuah organisasi itu gagal beroperasi dengan
produktif contohnya apa yang berlaku kepada guru yang melakukan
kesalahan ini. Menurut Sinclair dan Anor (1994), gangguan seksual boleh
dirujuk sebagai salah satu bentuk diskriminasi yang melibatkan penghinaan,
penganiayaan dan kelakuan yang mengancam pihak yang terlibat oleh
seseorang atau sekumpulan orang kerana hendak memenuhi keingini seksual
mereka .Kesan yang akan berlaku kepada Negara amat buruk sekali apabila
banyak organisasi tidak produktif. Untuk itu, peranan undang-undang yang
boleh mengawal ganguan seksual yang dilakukan oleh guru daripada berlaku
amatlah penting.

Sebagai kesimpulannya saya dapat simpulkan bahawa gangguan


seksual merupakan tingkah laku negatif dan tidak bermoral yang mana
boleh merendahkan kehormatan sama ada kepada mangsa atau pelakunya
sendiri. Bagi mengelak gangguan seksual ini terus berleluasan, setiap orang
tidak kira lelaki atau perempuan perlulah saling menjaga akhlak masingmasing.
Oleh itu, bagi mengatasi isu gangguan seksual dengan lebih berkesan,
setiap orang sama ada lelaki atau perempuan perlu saling memelihara akhlak
antara satu sama lain. Dengan mengambil ajaran Islam, sekiranya kita
menggunakan dan mengamalkan panduan telah digariskan dalam ajaran
Islam saya percaya kita boleh mengelakkan berlakunya gangguan seksual
secara berleluasan.

You might also like