You are on page 1of 13

KONSEP DAN DEFINISI KURIKULUM

1. Kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau
satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang
dihajati.(Ornstein dan Hankins 1993,98)
2. Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan unutk memandu guru
mengajar kumpulan murid tertentu.(MOHD DAUD 1995)
3. Kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan P&P yang
mempunyai objektif psikomotor,efektif dan kognitif bagi satu subjek.
4. Kurikulum

juga

didefinisikan

sebagai

satu

rancangan

pendidikan

yang

mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan
daripada generasi ke generasi yang lain.
5. Contohnya : KBSR(Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah)
6. Konsep kurikulum dapat dikategorikan kepada 5 iaitu:a) Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri
daripada cadangan-cadangan berhubung dengan matlamat, objektif, ciriciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi kandungan pelajaran, kaedah,
bahan dan cara penilaian.
b) Kurikulum perlu memberi

tumpuan kepada kaedah penyampaian yang

lebih menarik. Ini membantu pelajar menguasai kemahiran dan isi


kandungan dengan berkesan.
c) Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada subjek
yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan.
d) Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang. Ia
bukan sahaja membolehkan pelajar menimba ilmu, tetapi juga mencari dan
mendapat pengalaman.
e) Selain itu, ia juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui
pembelajaran terancang, pelajar akan memperolehi nilai-nilai sampingan.
CTHNYA: interaksi dan komunikasi. Ia membolehkan kanak-kanak menjadi
lebih matang dan dewasa serta mempelajari nilai dan etika dalam
kehidupan masyarakat.

KURIKULUM (MATLAMAT DAN OBJEKTIF)


1. Berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak
disampaikan.
2. Menyampaikan maklumat mengikut peringkat tertentu.
3. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Pusat
perkembangan kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia
dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai
mengikut keperluan supaya pelajar sentiasa belajar mengikut trend pengetahuan
terkini.
4. Kurikulum pendidikan (KP) yg dibina baig melahirkan insan yang seimbang dari
segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir.
Selain daripada intelek, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan
unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini,
kurikulum telah mengutamakan kepimpinan pelajar melalui kokurikulum.
5. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat
untuk menguatkan hubungan kekeluargaan antara masyarakat majmuk di
Malaysia.
6. Kurikulum pendidikan yang sama membentuk masyrakat yang bersatu padu dan
menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.
7. Kurikulum juga diharap dapat melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah
air.

HALA TUJU KURIKULUM


1. Kurikulum di Malaysia bertujuan membangunkan modal insan yang cemerlang
dari segi sahsiah dan akademik.
2. Kurikulum yang dibina perlu memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani,
rohani dan emosi.
3. Kurikulum dibina perlu memberi penekanan kpd perkembangan kemahiran
belajar dan genetik. Pendekatan ini melahirkan masyarakat yang mampu
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan sentiasa berkebolehan
mengikuti pelajaran. Aspek ini penting kerana proses pendidikan berlangsung
secara berterusan ke arah melahirkan insan yang dapat menyesuaikan diri
dengan pelbagai perubahan yang mencabar seperti keadaan ekonomi dan
aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi
4. Aspek pembangunan intelek tidak mencukupi, kurikulum perlu menekankan
aspek jasmani, rohani dan emosi, pengajaran Pendidikan Jasmani, pelaksanaan
kokurikulum, penerapan nilai-nilai agama dan moral kepada semua peringkat
perlu diperkukuhkan.
5. Pembangunan tenaga manusia menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada
penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang terampil tetapi aspek
melahirkan usaha yang berwibawa, terancang dan ketahanan diri yang tinggi juga
diberi perhatian.
6. Kurikulum perlu besifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan
corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.

PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM (PPK)


1. Pembangun kurikulum perlu mengkaji
a) Teori-teori berkaitan dengan kurikulum
b) Falsafah pembentukan kurikulum
c) Kriteria pembentukan kurikulum

2. Teori berkaitan dengan kurikulum :


Terdapat 3 kategori utama dalam merekabentuk kurikulum:a) Teori tradisional
-

Didukung oleh ahli-ahli akademik seperti Dewey, Bobbit, Tyler,Taba, Dull


dan lain-lain.

Berfokus kepada pendekatan tingkah laku dan ianya dikenali kurikulum


tersurat. Ini kerana objektif pembelajaran kurikulum ini boleh ditentukan
sama ada tercapai atau tidak.

Teori ini mementingkan proses pemindaan pengetahuan

Teori ini menganggap proses pendidikan boleh dikenal pasti, dijelaskan


dan dikawal.

Kurikulum dibina dgn mengambil proses pemecahan tingkah laku.


Pengajar

bertindak

sbg

penyampai

maklumat

dan

ditatih

dlm

melaksanakan kurikulum dgn berkesan.


b) Teori konseptual
-

Didukung oleh kebanyakan ahli akademik yang berfahaman psikologi


kognitif seperti Bloom, Brunner, Stake dan lain-lain.

Ahli akademik berpendapat ilmu pengetahuan distrukturkan mengikut


konsep utama. Konsep utama diorganisasikan untuk mendedahkan
hubungan penting dan seterusnya menghasilkan kurikulum tersusun
sehingga pelajar dapat menguasai konsep ilmu pengetahuan dengan
mudah.

Member fokus kepada analisis situasi semasa dan mencadangkan pilihan


pada kandungan kurikulum.

Teori ini menggunakan kaedah penelitian dlm sains bagi menghasilkan


generalisasi yang membolehkan pendidik meramal dan mengendalikan
apa-apa yang berlaku di sekolah.
4

c) Teori rekonseptual
-

Didukung oleh kebanyakan yg berfahaman Marxism dan Neo-Marxism


seperti James Macdonald, Michael Apple, Harold Rugg, Robert Yoong dan
lain-lain.

Merupakan bidang yang dapat membekalkan pedoman dan garis panduan


ketika membuat keputusan.

Menurut Ornstein dan Hunkins (1988), manusia sering bertungkus-lumus


mencari

maklumat

dari

bukti

bertulis

berbanding

menggunakan

kebijaksanaan sendiri.
-

Teori rekonseptual menganggap kurikulum sebagai bahan penting yang


membawa kesedaran dan perubahan kepada masyarakat. Kurikulum
bertujuan untuk mewujudkan golongan pelajar mempunyai kesedaran dan
berupaya mengubah masyarakat.

Teori ini berpendapat pelajar perlu menganalisis kebenaran dari semasa


ke semasa serta mengimbas kembali kepercayaan dan pendapat yang
mempengaruhi kehidupan.

FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM


1. Kajian falsafah pendidikan membolehkan pengkaji memahami pendidikan secara
keseluruhan, mentafsir konsep umum dan dasar pendidikan Negara
2. Kandungan falsafah membolehkan pembina kurikulum memahami dan menilai
secara dalaman dan luaran hala tuju pendidikan
3. Oleh itu, falsafah menjadi sumber rujukan utama dalam membina kurikulum
4. Terdapat beberapa aliran falsafah yang mempengaruhi reka bentuk kurikulum.
Antaranya:
a) Idealisme
-

Menganggap ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir

Pengetahuan sebenarnya berlaku dalam fikiran

b) Realisme
-

Menolak pandangan idealisme dan menganggap kebenaran apaapa yang dapat dilihat dan ilmu yang terhasil dari penaakulan dan
lengkap.

Ilmu harus mempunyai kaitan antara dunia fizikal dan pemikiran


manusia.

c) Paramatism
-

Sekiranya satu idea dapat dipraktikkan maka idea itu benar. Iaitu
idea yang sah adalah idea yang dapat dibuktikan.

Menganggap minda manusia bertindak dengan aktif. Manusia yang


berkebolehan untuk menaakul dan mempunyai gaya fikiran pelbagai
bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Falsafah ini menganggap pengetahuan bukan semata-mata ilmu


tetapi pengetahuan ialah mengaplikasikan ilmu sebagai panduan
dan pedoman hidup.

Iaitu bukan semata-mata mengajar manusia menghafal ilmu tetapi


menggunakan ilmu.

Aliran ini dapat dilihat dalam sistem peperiksaan awam di Malaysia


yang berubah diri soalan bentuk hafalan ke soalan berorientasikan
pemikiran.

d) Perialisme
-

Adalah falsafah konservatif, tradisional dan tidak fleksibel.

Menganggap manusia dan pendidikan dalam keadaan tetap.

Perbezaan manusia dengan haiwan ialah keupayaan manusia


berfikir, pendidikan adalah keperluan untuk hidup.

Pelajar perlu melalui proses pembelajaran yang tetap melalui


pengujian berstruktur.

Kurikulum mempunyai disiplin, latih tubi dan latihan yang ketat.

Di sekolah, guru perlu mengajar dan murid sebagai penerima dan


kurikulum terbina adalah muktamad.

e) Essentialisme
-

Menganggap kurikulum dan guru merupakan faktor penting dalam


pembelajaran.

Ahli pendidik hendaklah membezakan perkara yang diperlukan dan


tidak perlu dalam pendidikan.

Kurikulum yg dibina bagi memenuhi kehendak masyarakat semasa


dan mengutamakan tamadun masa lampau serta merangsang
kebijaksanaan masa hadapan.

f) Progressivesme
-

Menyatakan pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan kemajuan


dan bukan ketekalan.

Memfokuskan kepada pendekatan p&p berpusat pelajar dan


pengajaran melalui alat bantuan belajar.

Memberi penekanan kepada demokrasi. Sekolah perlu membina


suasana demokrasi serta kerjasama antara pelajar dan bukan
persaingan. Guru berperanan fasilitator dan bukan guru tradisional

Menganggap

perubahan

yang

dihasilkan

bergantung

kepada

kecenderungan dan minat pelajar.


-

Pelajar harus diberi bimbingan untuk mengubah pengalaman


langsung menjadi pengetahuan.

Pendidikan ialah proses pembentukan yang berterusan kerana


manusia terus hidup dan berfikir.

g) Rekonstrutionalisme
-

Menyatakan peranan pendidikan perlu menerapkan tanggungjawab


sosial serta melahirkan masyarakat berilmu.

Percaya manusia membina masyarakat baru melalui perubahan


yang berkesan dalam pendidikan dan masyarakat.

h) Eksistensialisme
-

Mementingkan pendidikan melalui persekitaran.

Guru membantu murid dalam proses penerokaan.

Persekitaran

memainkan

peranan

penting

dalam

membina

pendidikan.
-

Dunia sebagai bahan pembelajaran yang boleh ditafsirkan secara


individu.

KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM


1. Dikategorikan kepada tiga kaedah :
a) Berpusatkan subjek
b) Berpusatkan pelajar
c) Berpusatkan masalah

2. Reka bentuk berpusatkan subjek


-

Adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran yang terdiri


daripada:

reka bentuk mata pelajaran

reka bentuk disiplin

reka bentuk bersepadu

reka bentuk korelasi

a) Reka bentuk mata pelajaran


-

Ini terkenal dan kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum.

Merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran


yang terdapat dalam buku teks.

Ilmu disusun menjadi teratur dan berperanan sebagai subjek.

Bagi memudahkan pembelajaran, konsep disusun daripada ringkas ke


kompleks.

Tumpuan pelajaran tertumpu kepada proses mengingat dan memahami.

b) Reka bentuk disiplin


-

Setiap subjek mempunyai disiplin ilmu tersendiri iaitu cara dan proses.

Ia menekankan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu.

c) Reka bentuk bersepadu


-

Menyatukan dua atau lebih subjek yang menjadi satu mata pelajaran
yang bersepadu.

Membekalkan pelajar dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing

Menghilangkan sempadan matapelajran dan disiplin

Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih
bermakna.

d) Reka bentuk korelasi


-

Mengaitkan maklumat antara satu subjek dengan subjek bertujuan


untuk mengurangkan pemisahan antara subjek.

3. Reka bentuk berpusatkan pelajar


-

Menganggap pelajar merupakan elemen yang penting dalm bidang


pendidikan.

Berdasarkan kepada falsafah progressivesme.

Terbahagi kepada 3 kategori

Reka bentuk berpusatkan pelajar

Reka bentuk berpusatkan pengalaman

Reka bentuk berpusatkan humanistik

a) Reka bentuk berpusatkan pelajar


-

Pembinaan kurikulum berdasarkan kepada pendekatan semulajadi


pelajar ketika belajar.

Menganggap pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka diberi


peluang utk belajar berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajaran.

b) Reka bentuk berpusatkan pengalaman


-

Sama seperti reka bentuk berpusatkan pelajar.

Penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membina


kurikulum.

Ianya berbeza kerana berdasarkan reka bentuk berpusatkan


pengalaman, minat dan keperluan pelajar tidak boleh dijangka, oleh
itu kurikulum tidak akan dirancang dengan awal.

Kurikulum ini dibina setelah pendidik mengenali pelajar.

c) Reka bentuk berpusatkan humanistik


-

Mementingkan konsep kendiri kepada pelajar, pelajar akan belajar


dan membina tugasan atas kesedaran diri sendiri.

Menyatupadukan unsur kognitif dan afektif(sikap).

Memberi penekanan kepada isi kandungan, kognitif pengalaman dan


perasaan.

Menekankan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan


amalan.
10

Menekankan kepada pendidikan dan pembangunan insan secara


keseluruhan.

4. Reka bentuk berpusatkan masalah


-

Memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan.

Meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan


kemasyarakatan iaitu terbahagi kepada tiga :

reka bentuk situasi kehidupan

reka bentuk semula masyarakat


i. Reka bentuk situasi kehidupan

b. lebih mirip kepada teori konseptual.


c. berpendapat pembelajaran lebih bermakna jika pembelajaran itu boleh
di aplikasikan dalam kehidupan secara terus.
d. Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan
masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk diri.
b) Reka bentuk semula masyarakat
- berorientasikan masyarakat.
- mengaitkan hubungan kurikulum dengan perkembangan masyarakat
daripada aspek sosial, politik dan ekonomi.
- dilihat berupaya menjadi ejen perubahan dalam masyarakat.
- menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyarakat yang
berkualiti

11

KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH

1. Selaras dengan kehendak FPK. Tujuan penggubalan adalah untuk :


a) Meningkatkan pengetahuan kesihatan
b) Memupuk sikap positif terhadap kesihatan
c) Mengamalkan gaya hidup sihat

2. Kurikulum Pendidikan Kesihatan KBSR Tiga Tunjang


a) Kesihatan diri dan keluarga

Kesihatan diri

Perasaan

Kekeluargaan

b) Gaya Hidup Sihat

Pemakanan

Pengurusan Konflik dan Stress

Penyalahgunaan bahan

c) Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Keselamatan

Penyakit berjangkit

Pertolongan cemas

3. Penilaian Pendidikan Kesihatan


a) Penilaian Formatif

Menilai program utk perbaiki kurikulum, p&p, dan perkembang kanakkanak

Membentuk maklumat dan objektif program.

Pembelajaran kanak-kanak yg berterusan

Pengumpulan bukti secara sistematik

Memperbaiki kualiti pengalaman kanak-kanak.

b) Penilaian Sumatif

Akhir pelajaran PK samada setiap akhir unit atau akhir semester

Ujian yang standard


12

Menentukan tahap pancapaian murid

Menentukan keberkesanan kurikulum, pengajaranguru dan


pembelajaran murid.

c) Penilaian berterusan dan tidak formal

Penilaian tentang apa yang telah dilaksanakan

Maklumbalas semasa terhadap tindakan/ kerja murid.

Maklumbalas secara spontan melalui pemerhatian.

13

You might also like