You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MERAB LUAR,

43000 KAJANG, SELANGOR


TEL : 03-89256699

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PBS KALI PERTAMA


TARIKH

: 7 JANUARI 2014

HARI

: SELASA

MASA

: 1.30 PETANG

KEHADIRAN :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

EN. MUZZAN BIN TALIB


PN. SALMAH BTE MOHD SHARIFF
PN. ROHANA BTE AMINUDDIN
PN. NORLIZAH BTE JASIT
PN. ROBIAH BTE SALEH
PN. ALIAH AZIAN BTE ZAKARIA
PN. SITI AISHAH BTE MD. ZUKI
PN. HASIMAH BTE SARIMAN
PN. ROSMAZIAH BTE KAMARUDDIN
EN. MOHD FIRDAUS B. MOHAMAD
PN. AZIAN AZAHARI
PN. HASMAHANI BTE ABU HASSAN
PN. ZARISA BTE JAILANI
PN. W. NURAINAWATI BTE W. HAMZAH
EN. SYED KAMAL AZIRA B. SYED MOHAMED ZAIN

I. PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru.


Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat PBS kali
petama.
Makluman : Semua guru

II. UCAPAN PENASIHAT

Penasihat mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana merancang dan meluangkan
masa
untuk menghadiri mesyuarat pada kali ini.
Beliau berharap guru-guru tahun satu dan dua faham akan tugas guru sebagai pentaksir PBS.

Beliau menyatakan bahawa KSSR ialah satu kurikulum yang baharu maka akan terdapat
pembaharuan dari masa ke semasa.Diharap semua guru bersedia terhadap perubahan-perubahan
tersebut.
Makluman : Semua guru

III. PERLANTIKAN JAWATANKUASA KSSR 2012

Pengerusi menerangkan bahawa pembentukan jawatankuasa adalah mengikut apa yang telah
ditetapkan di dalam perlembagaan. Dan perlantikan ini dipersetujui.
Beliau mengedarkan senarai jawatankuasa dan tugas-tugas kepada setiap guru.
Beliau juga menjelaskan peranan setiap tugasan jawatankuasa PBS kepada guru-guru.

Tindakan: Semua guru

IV. SISTEM FAIL

Pengerusi menjelaskan bahawa tiga fail utama yang harus berada di dalam sekolah iaitu fail
induk, fail murid dan juga fail showcase telah dimansuhkan.
Beliau juga memaklumkan bahawa fail induk berada di dalam pejabat manakala dua lagi fail iaitu
fail murid dan fail showcase berada di dalam kelas.
Terdapat satu fail tambahan iaitu fail guru juga harus disediakan oleh semua guru yang mengajar
kelas KSSR. Pekara-pekara yang harus ada di dalam fail guru adalah seperti senarai semak yang
diedarkan kepada setiap guru.
Beliau juga menerangkan isi kandungan yang mesti disertakan di dalam fail murid. Beliau
mengedarkan senarai semak bagi fail murid.
Makluman: Semua guru

V. AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

Berikut adalah senarai aktiviti sepanjang tahun 2012:


a. Pengajaran dan pembelajaran mengikut kurikulum KSSR.
b. Perjumpaan waris bagi menerangkan tentang kurikulum KSSR dan PBS.
c. Kursus dan bengkel bagi guru-guru KSSR.
d. Mengemaskini fail-fail murid.

e. Memasukkan data murid ke dalam sistem.


f. Pemantauan.
Makluman : Semua guru

VI. HAL-HAL LAIN

Mesyuarat memutuskan untuk mengutip duit bagi tujuan mencetak bahan pentaksiaran
murid.
Puan Norliza mengingatkan pengerusi tentang fail-fail baru untuk murid tahun satu 2012.

Tindakan : Setiausaha

VIII. PENANGGUHAN MESYUARAT


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang

Sekian,

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

DISEDIAKAN OLEH:

DISEMAK OLEH:

................................

(PN. ZARISA BINTI JAILANI)

(EN. MUZZAN B. TALIB)

SETIAUSAHA PBS/KSSR

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

SK SG MERAB LUAR.

You might also like