You are on page 1of 3

SEJARAH ASIA TENGGARA PRA KOLONIAL

SOALAN 1
Diantara faktor-faktor yang bertanggungjawab kepada kemunculan politik dan kerajaan awal
Asia Tenggara adalah pertanian dan perdagangan maritim. Bincangkan sejauhmana anda
bersetuju dengan pernyataan ini.
Kerajaan awal di Asia Tenggara terbahagi kepada dua iaitu kerajaan Maritim dan Kerajaan
Agraria. Malahan kerajaan ini terletak di dua kawasan utama iaitu tanah besar Asia Tenggara
dan Kepulauan Asia Tenggara. Sistem politik yang diamalkan oleh kerajaan awal di Asia
Tenggara berasaskan konsep kosmologi yang meletakkan raja sebagai simbol kosmos
dengan manusia berada di bawah penguasaan raja.
Antara bentuk kerajaan Agraria seperti Angkor dan Funan. Kerajaan Agraria ini kebanyakan
terletak di kawasan muara dan lembangan sungai utama di Asia Tenggara yang merupakan
kawasan subur untuk pertanian. Kerajaan Agraria menjalankan aktiviti pertanian. Kegiatan
utama yang dijalankan oleh oleh penduduk kerajaan Agraria seperti bercucuk tanam,
berburu,memungut hasil hutan dan sebagainya.

Padi merupakan tanaman utama yang

diusahakan oleh masyarakat Agraria. Terdapat dua jenis padi yang diusahakan iaitu padi
sawah dan padi huma. Kerajaan Funan merupakan kerajaan Melayu yang tertua di
semenanjung Indochina. Pusat kerajaan ini terletak di Vyadhapura. Kerajaan ini muncul pada
permulaan abad pertama masihi. Kerajaan ini terletak dibahagian hilir delta Sungai Mekong.
Antara pemerintah yang terkenal iaitu Fan Shih Man. Baginda bertanggungjawab menjadikan
Funan sebagai pusat perdagangan. Melalui catatan utusan China iaitu Kang Tai, menjelaskan
kerajaan Funan juga terlibat di dalam aktiviti penanaman padi dan menjalankan aktiviti
perdagangan di pelabuhan Oc-Eo.
Manakala kerajaan Angkor pula terletak di Kemboja. Jayawarman II merupakan pengasas
kerajaan ini. Kerajaan ini mencapai zaman kegemilangan pada zaman pemerintahan
Suryavarman II. Kerajaan ini diasaskan pada abad ke-7 masihi. Selain itu, menerima
pengaruh Hindu-Buddha. Pusat pentadbirannya terletak di hilir sungai Mekong. Menjalankan
kegiatan pertanian di Tasik Tonle Sap serta mendapat hasil pertanian yang banyak hasil
daripada pembinaan Baray.
Disamping itu, terdapat kerajaan maritim yang terlibat dengan aktiviti kelautan.kerajaan ini
terletak di muara sungai,persisiran pantai dan pulau. Pada mulanya, mereka menjalankan
kegiatan menangkap ikan dan kemudian berkembang menjadi perkampungan nelayan

seterusnya menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan. Antara kerajaan maritim seperti
Srivijaya, Kedah Tua, Majapahit dan lain-lain.
Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan maritim. kerajaan ini terletak diantara
Sungai Muda di Selatan dan Sungai Sala di utara. Diasaskan pada kurun ke-5 masihi.
Mempunyai lokasi yang strategik untuk dijadikan pelabuhan iaitu Sungai Merbok yang
terlindung dari angin monsun dan terdapat Gunung Jerai yang dijadikan sebagai panduan
kepada pedagang. Perkembangan aktiviti perdagangan terbahagi kepada dua iaitu
pelabuhan Kedah Tua berpusat di sekitar Sungai Mas. Manakala Pangkalan Bujang
merupakan sebuah pelabuhan entrepot yang amat penting dan tempat tumpuan para
pedagang singgah dari timur dan barat pada abad ke-11 sehingga abad ke-13 masihi. Pusat
kerajaan Kedah Tua berfungsi sebagai pelabuhan penting dan entrepot utama rangkaian
perdagangan di Asia Tenggara, India, China dan Timur Tengah.
Malahan, Majapahit juga merupakan salah satu kerajaan maritim yang terdapat di Asia
Tenggara. Kerajaan ini diasaskan pada tahun 1293 masihi oleh Raden Wijaya. Pusat
pentadbirannya terletak di Delta Brantas, Jawa Timur. Semasa pemerintahan Hayam Wuruk
kerajaan

Majapahit

telah

menguasai

wilayah-wilayah

yang

terdapat

di Sumatera,

Semenanjung Melayu, kalimantan Sulawesi, Maluku dan sebagainya. Disamping itu,


Majapahit juga menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan China, Siam,
Champa dan Kemboja. Menghasilkan beras, rempah ratus, garam dan kain sebagai barang
eksport utama. Manakala, pelabuhan utamanya terletak di Kataha dan Temasik.
Kegiatan pertanian dan kegiatan maritim ini telah mewujudkan satu sistem politik dan
pembentukan kerajaan awal di Asia Tenggara. Seperti kerajaan Maritim pada mulanya
berasal daripada sebuah perkampungan nelayan yang hanya menjalankan kegiatan
menangkap ikan kemudian berkembang menjadi sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan.
Dengan terdapat pusat perdagangan secara tidak langsung telah mewujudkan sebuah
kerajaan yang mengawal kegiatan perdagangan dan sistem politik di sesuatu kawasan
tersebut.
Malahan, melalui kegiatan pertanian telah mewujudkan satu hierarki sosial dalam sistem
pemerintahan,dimana terdapatnya golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan
pemerintah terdiri daripada raja dan pembesar. Manakala golongan diperintah terdiri
daripada petani, rakyat biasa, dan hamba. Golongan diperintah memainkan peranan penting
dalam memajukan kegiatan ekonomi dan memperkuatkan pertahanan kerajaan awal di Asia
Tenggara.
Disamping itu, melalui aktiviti pertanian dan maritim telah mewujudkan hubungan
diplomatik antara kerajaan awal di Asia Tenggara dengan kerajaan lain. Hubungan ini

berdasarkan

hubungan

perdagangan

dan

pertahanan.

Contoh

kerajaan

Majapahit

menjalinkan hubungan diplomatik dengan China bertujuan untuk berdagang dan mendapat
perlindungan dari China.
Selain itu, perkembangan aktiviti pertanian dan maritim juga mewujudkan konsep raja
berkuasa mutlak. Semasa kewujudan kerajaan awal di Asia Tenggara raja amat berkuasa
kerana mengawal semua kegiatan ekonomi. Disamping itu, raja juga melantik pembesar
untuk melancarkan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan. Melalui kekayaan dari
hasil pertanian dan maritim menunjukkan sesebuah kerajaan itu mempunyai sistem
pemerintahan yang cekap dalam menguruskan kegiatan politik dan perdagangan.
Malahan, kawasan pertanian dan pelabuhan maritim merupakan kawasan yang strategik
dalm pembentukan kerajaan awal di Asia Tenggara. Kawasan pertanian dan pelabuhan
maritim membekalkan hasil yang banyak sehingga membolehkan seseorang raja membina
sebuah kerajaan dan sistem politik yang stabil untuk mengawal kegiatan ekonomi ini.
Secara kesimpulannya, pertanian dan perdagangan maritim memainkan peranan yang
penting dalam mewujudkan satu sistem politik yang kukuh dan pembentukan kerajaan awal
di Asia Tenggara. Kedua-dua kegiatan ekonomi ini penting dalam membentuk sistem politik,
ekonomi, dan sosial masyarakat awal di Asia Tenggara.

You might also like