You are on page 1of 1

Baca dan buat ringkasan mengenai perkembangan perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling di Malaysia.
PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN BNK DI MALAYSIA

Sejarah perkembangan kaunseling di Malaysia bermula pada tahun 1938


menerusi

pembentangan

laporan

keperluan

bimbingan

di

sekolah

melalui

pentadbiran Kolonial Britain H.R Cheeseman. Pada tahun 1939 , kaunseling di


Malaysia semakin berkembang dengan penerbitan buku panduan A Guide to
Careers in Malaya for Parents , Teachers and Pupils. Penubuhan Jabatan Kebajikan
Masyarakat

untuk

menjaga

kebajikan

komuniti

pada

tahun

tahun

1946

menunjukkan kaunseling di Malaysia semakin berkembang. Pada tahun 1959 ,


tertubuhnya Perkhidmatan Pekerjaan Belia oleh Jabatan Buruh. Kaunseling di
Malaysia semakin berkembang dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
diperkenalkan di sekolah pada tahun 1962. Pada tahun 1964 pula pekeliling
pendidikan dikeluarkan supsys setiap sekolah melantik seoarang guru bimbingan
yang memeberi focus kepada khidmat panduan pelajaran , kerjaya dan peribadi.
Setelah itu , UKM menawarkan perkhidmatan kaunseling di Unit Runing Cara pada
tahun 1973. Lima tahun kemudian iaitu pada tahun 1978 , Penjara Seremban
memulakan perkhidmatan kaunseling dadah dipenjaranya dan seramai 168
pegawai penjara dilatih oleh Bereau of International Narcotic matters , USA dalam
bidang kaunseling pemulihan. Setelah itu , pada tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu
Khas mula memeperkenalkan kursus Persijilan Kaunseling dan pada tahun 1982 ,
Persatuan Kaunselor Malaysia didaftarkan. Kemudiannya pada tahun 1989 ,
Persatuan Kaunselor Malaysia ditukar kepada persatuan Kaunselor Malaysia
(PERKAMA ) bertujuan untuk mewujudkan satu asas professional untuk kaunselor.
Pada tahun 1992 , jawatan Ketua Pegawai Psikologi dan Kaunseling ditubuhkan di
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA ) dengan kerjasama PERKAMA. Akta Kaunselor
1998 diluluskan oleh kerajaan pada 1 Disember 1998.

You might also like