You are on page 1of 3

MEMBINA AYAT TUNGGAL

JAMILAH BT HAMZAH
EN SHEIKH ROSLAM BIN SHEIKH ABDULLAH
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam Penulisan Bahasa Melayu. Sampel
terdiri daripada 13 orang murid pemulihan Tahun 6 Jaya Sekolah Kebangsaan Semut Api, Kota Bharu, Kelantan.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif jenis kajian tindakan. Empat kaedah digunakan dalam kajian
ini iaitu Kaedah Gambar Kata, Kaedah Mengeja Kata, Kaedah Buat Apa? dan Kaedah Kotak Idea .
Instrumen utama yang digunakan ialah praujian dan pascaujian. Dapatan kajian ini menunjukkan berlaku
peningkatan pencapaian sampel iaitu daripada kelulusan sebanyak 54 peratus dalam praujian kepada 100 peratus
kelulusan dalam pascaujian. Peningkatan purata markah sebanyak 46 peratus. Siri tindakan kaedah yang
digunakan terbukti dapat membantu meningkatkan kebolehan sampel dalam membina ayat tunggal. Kebolehan
sampel dalan membina ayat juga turut meningkat daripada purata markah sebanyak 40.5 peratus dalam praujian
kepada 75.5 peratus dalam pascaujian. Peningkatan sebanyak 35 peratus. Hasil kajian ini menunjukkan objektif
kajian telah tercapai. Walau bagaimanpun, bimbingan secara intensif dan secara individu perlu dilakukan bagi
memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran ini.
Kumpulan Sasaran
Saya menjalankan kajian ke atas 17 orang murid Tahun 6 Jaya Sekolah Kebangsaan Semut Api, Kota
Bharu, Kelantan.. Kelas ini terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Kelas ini
merupakan kelas ketiga yang menempatkan murid-murid yang lemah pencapaian akademiknya. Seramai 13
orang murid berada pada tahap yang sangat lemah dipilih sebagai sampel kajian ini.
Pelaksanaan Tindakan
Di bawah ini ialah peringkat pelaksanaan tindakan yang saya jalankan dalam kajian tindakan ini.
Pemerhatian dan
mereflek terhadap
masalah yang
dihadapi oleh murid

Menjalankan
Ujian Diagnostik
bagi mengenal
pasti kebolehan
murid
Menjalankan
praujian bagi
memungut data
awal sebelum
tindakan rawatan

Tindakan 3:
Teknik Buat
Apa?

Tindakan 2:
Teknik
Mengeja Kata

Tindakan 1:
Teknik
Gambar Kata

Tindakan 4:
Teknik Kotak
Idea

Menjalankan
pascaujian bagi
memungut data
selepas tindakan

Membuat laporan
tentang dapatan hasil
kajian yang
dijalankan

RUJUKAN
Abdullah Hassan & Ainon Mohamad. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: utusan Publications
Abdullah Hassan (ed). (1987). Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Arbak Othman. (1989). Nahu Bahasa Melayu. Petaling jaya:Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD.

Azizah Othman & Samidon Abdullah. (2006). Meningkat Kemahiran Pelajar


Membina Ayat Mudah dengan Struktur yang Betul dalam Bahasa Inggeris dengan Menggunakan
Formula
P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2.
Diakses
pada
31
Mac
2012,
daripada
http://www.arjpnj.com/ktindak/files/binaayat.pdf

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Manual
Kajian Tindakan (Edisi Ketiga). Putrajaya : BPPPDP, KM.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Manual Kajian
Tindakan.Kuala Lumpur : BPPPDP, KPM.

Habsah Binti Nan. (2006). Teknik Four Wifes One Husband : Membina Ayat Penyata
Berdasarkan Gambar Tunggal atau Bersiri. Laporan penyelidikan yang tidak diterbitkan, Jurnal Kajian
Tindakan Guru, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

Iskandar Muda Ishak. (2005). Penggunaan Latih Tubi Berdasarkan Gambar Bagi Meningkat Pencapaian dan
Kebolehan Murid Tahun 5 Membina Ayat Bahasa Inggeris. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar
Penyelidikan Tindakan IPBA, 17-19 April 2005 di Hotel Garudia, Medan, Indonesia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kuala
Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Masni Mohamad Saidi & Suen Sau Chun. (2003). Meningkatkan Kebolehan Membina
Ayat Majmuk Tentang Sesuatu Topik dengan Teknik S-R 8W 1H. Diakses pada 27 Februari 2012,
daripada http://www/.
sribd.com/doc/25170188/Meningkatkan-Kebolehan-Membina-Ayat-Majmuk
Tentang-Sesuatu.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Idayu. (2005). Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Bahasa Inggeris Melalui

Latih Tubi Menggunakan Tafsiran Gambar dan Kata Kunci Bagi Murid Tahun 2. Kertas kerja yang
dibentangkan di Seminar Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005.

Noresah Bt. Baharom (Ed). (2010). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Raminah Hj Sabran & Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya:
Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD.

You might also like