You are on page 1of 2

CARA PERMAINAN BOLA BERACUN

1) Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Perlawanan dibuat di antara


kumpulan 1 lawan 2 dan kumpulan 3 lawan 4 yang masing-masing
mempunyai enam orang dalam setiap kumpulan.
2) Guru akan menyediakan kawasan permainan yang akan ditandai dengan kon.
3) Ketua kumpulan akan melambung duit syiling untuk menentukan kumpulan
mana yang akan menjadi penyerang atau mangsa.
4) Setiap mangsa mempunyai nilai satu mata manakala ketuanya mempunyai
lima mata. Oleh itu, kumpulan mangsa akan melantik seorang ketua yang
diyakini dapat menyelamatkan diri dengan baik.
5) Kesemua mangsa akan berada di dalam kawasan permainan.
6) Ketua mangsa boleh menyelamatkan diri dengan cara duduk mencangkung
dan boleh meneruskan permainan apabila rakan mangsa yang lain
menyentuh ketua mereka tersebut.
7) Ketua mangsa hanya boleh menyelamatkan diri sebanyak satu kali sahaja.
8) Ketua penyerang akan berada di dalam kawasan permainan manakala lima
orang penyerang berada di luar kawasan permainan.
9) Tugas penyerang adalah untuk menangkap mangsa dengan cara membaling
mangsa dengan menggunakan bola beracun.
10) Penyerang hanya boleh membaling bola beracun di bahagian pinggang dan
kebawah mangsa
11) Ketua penyerang boleh bergerak bebas di dalam kawasan permainan tetapi
apabila ketua penyerang mendapat bola, ketua penyerang tidak boleh
bergerak untuk membaling mangsa. Ketua penyerang hanya boleh membaling
mangsa dalam keadaan statik.
12) Mangsa perlu berusaha untuk mengelak daripada terkena bola daripada
penyerang.
13) Sekiranya mangsa terkena bola, bermakna mangsa berjaya ditangkapdan
akan dikurung diluar kawasan permainan.
14) Permainan akan tamat jika penyerang berjaya membaling semua mangsa
ataupun masa permainan telahpun tamat dalam masa dua minit.
15) Mata akan dikira berdasarkan jumlah ahli kumpulan mangsa yang ditangkap.
16) Apabila tamat permainan, kumpulan akan bertukar peranan.
PERATURAN PERMAINAN POLIS PENCURI
1) Mangsa tidak boleh keluar dari kawasan permainan yang telah disediakan.
2) Penyerang tidak boleh masuk di dalam kawasan permainan kecuali ketua
penyerang.
3) Penyerang tidak boleh menyentuh bola.
4) Penyerang yang sudah terkena bola akan dikurung dan tidak boleh bermain
lagi.
5) Ketua penyerang hanya boleh menyelamatkan diri satu kali sahaja.
6) Ketua penyerang tidak boleh bergerak apabila mendapat bola.
7) Ketua penyerang hanya boleh menembak mangsa dalam keadaan statik.

You might also like