You are on page 1of 8

LAPORAN KESELURUHAN

PROGRAM CERAMAH ETIKA DAN PROFESIONAL GURU


SERTA AKTIVITI GOTONG-ROYONG
Pada 28 Ogos 2013, pelajar PPG Sains 1 ambilan Februari 2012 telah
berjaya melaksanakan

program Bina Insan Guru

iaitu ceramah etika dan

professional guru serta aktiviti gotong royong bertempat di Sekolah Kebangsaan


Bandar Baru Perda,Bukit Mertajam,Pulau Pinang. Program yang kami jalankan ini
bermula pada jam 1.00 petang dan tamat pada pukul 6.30 petang.
Slot pertama yang dijalankan ialah ceramah yang disampaikan oleh seorang
kaunselor dari SMK Serdang Baru, Kedah

iaitu En Hairul Anuar bin Ismail.

Kumpulan sasarannya adalah guru-guru Pendidikan Islam, guru-guru J Qaf dan


guru-guru PPG Sains 1 Ambilan Februari 2012. Masa yang diperuntukkan ialah 2
jam iaitu dari jam 1.15 hingga 3.15 petang.Slot ke-2 pula adalah aktiviti gotongroyong yang melibatkan murid-murid pengakap darjah 5.Aktiviti gotong-royong ini
dikhususkan untuk membersihkan pusat sumber, bilik muzik, surau dan bilik wuduk
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda ini.
Secara keseluruhannya laporan ini terbahagi kepada 3 peringkat iaitu
sebelum , semasa dan selepas program.
Sebelum Program
Taklimat tentang perlaksanaan Bina Insan Guru Fasa 2 dan 3 telah
disampaikan oleh En. Abdul Rahman bin Moidu, pensyarah Unit Kokurikulum di
Dewan Aminudin Baki pada 6 Julai 2013. En. Abdul Rahman bin

Moidu telah

menyampaikan taklimat umum BIG selama 1 jam, taklimat ceramah 1 jam dan
taklimat aktiviti kemasyarakatan selama 1 jam.Kami juga diberi peluang untuk
mengadakan mesyuarat berkaitan program pada hari tersebut. Kumpulan kami telah
bersetuju untuk mengadakan ceramah etika dan professional guru serta aktiviti
gotong royong di SK Bandar Baru Perda,Bukit Mertajam pada 28 Ogos 2013. Encik
Mohd Ridzuan bin Kamarudin akan menjadi wakil tuan rumah program ini. Berikut
merupakan gambar gambar berkaitan.

Gambar 1 : Taklimat oleh En. Abdul Rahman bin Moidu

Gambar 2 : Mesyuarat kumpulan Sains 1

Semasa Program

Seramai 15 orang guru Pendidikan Islam dan J-Qaf telah hadir dan
mendaftar di kaunter pendaftaran . Program pendaftaran dimulakan pada jam 1.00
tengahari selepas guru-guru SK Bandar Baru Perda selesai mengajar bagi sesi pagi.

Gambar 3 : Pendaftaran guru-guru


Ceramah etika dan professional guru ini telah disampaikan oleh Encik Hairul
Anuar bin Ismail,seorang kaunselor yang berpengalaman selama 2 jam. Beliau telah
memberikan satu sesi ceramah yang sangat menarik dan sangat sesuai bagi
seorang guru.Kata-kata semangat yang diberikan memberikan satu inspirasi buat
kami sebagai guru dan juga pelajar.

Gambar 4 : Guru-guru tekun menghayati isi ceramah yang disampaikan.


Majlis penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah telah disempurnakan
oleh En. Abdul Rahman bin Moidu. Beliaumengucapkan ribuan terima kasih kepada
pihak sekolah diatas kerjasama yang diberikan.Selain itu beliau juga

telah

memberikan kata kata semangat dan motivasi kepada guru-guru PPG

serta

mengucapkan tahniah kepada semua guru guru PPG Sains 1 yang telah berjaya
menjalankan program ini.

Gambar 5 : En. Abdul Rahman bin Moidu ketika sedang menyampaikan ucapan.

Gambar 6 : Cenderahati kepada penceramah.

Gambar 7 : Cenderahati kepada pihak sekolah

Gambar 8 : Cenderahati kepada fasilitator daripada pelajar PPG Sains 1

Gambar 9 : Gambar kenangan bersama fasilitator, penceramah, wakil sekolah dan


pelajar PPG

Setelah selesai aktiviti ceramah, kami terus menjalankan slot yang kedua iaitu
aktiviti gotong-royong. Semua murid diarahkan berkumpul di dalam perpustakaan.
Murid-murid diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil untuk bersama-sama guru
PPG Sains 1 untuk bergotong- royong membersihkan beberapa bilik-bilik yang telah
disenaraikan.Antaranya ialah perpustakaan, bilik muzik, surau dan bilik wuduk.

Gambar 10 : Sebahagian murid yang mengemas di surau.

Gambar 11 : Aktiviti gotong-royong di bilik muzik.

Gambar 12 : Guru PPG juga bersama-sama membersihkan bilik wuduk.

Gambar 13 : Ketika mengemas buku-buku di perpustakaan

Setelah selesai mengemas dan membersihkan bilik-bilik yang di senaraikan, semua


murid ke kantin untuk mengambil makanan yang telah ditempah dari pihak kantin
sekolah.Begitu juga dengan pelajar PPG Sains 1.

Gambar 14 : Bergambar bersama-sama murid yang terlibat dalam aktiviti gotongroyong

Selepas Program
Semua guru PPG menyediakan refleksi kendiri tentang program ini dengan
mengutarakan cadangan serta penambahbaikan yang akan dijalankan selepas ini.
Kami juga telah berbincang untuk tugasan menyediakan portfolio kumpulan serta
laporan. Kami juga telah meneliti refleksi daripada guru-guru yang mengikuti
ceramah untuk mengetahui kekuatan serta kelemahan dan akan cuba membuat
perubahan yang terbaik di masa akan datang.
Kesimpulan
Kami sangat bersyukur kerana melalui program BIG ini

telah banyak

memberi pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri kami dan yang paling penting
dapat membantu diri kami bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma
tinggi. Diharapkan dengan program yang telah dijalankan akan dapat membantu
meningkatkan prestasi sekolah masing-masing. Kami berharap pada BIG yang
seterusnya, kami akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai
matlamat untuk menjadi seorang pendidik yang terbaik.

Laporan disediakan oleh :

............................................
AZLINA BINTI ZABIDI
Jawatankuasa Laporan,
BIG Fasa 2 Sains 1 Ambilan Feb 2012.

30 Ogos 2013

You might also like