You are on page 1of 2

Definisi Muzik Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, muzik adalah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan

irama yang indah dan menyenangkan atau bunyibunyian Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aura. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak sekolah dalam bentuk elemen bunyi.

Menyebut nama huruf mengikut melodi

Lagu rumah Huruf merupakan lagu yang telah dicipta berilhamkan lagu kanakkanak

Irama lagudikekalkan dan liriknya diberi penambahan.

Lagu ini bertujuan untuk membantu murid menyebut nama huruf mengikut melodi.

Kekuatan dalam lagu

Lagu ini membantu murid mengingati huruf-huruf yang hendak diajar oleh guru. Dengan menggunakan irama yang menarik dan mudah diingati, murid lebih bersemangat untuk menyanyi. Menghiburkan murid sewaktu pengajaran dan pembelajran dijalankan.

Prosedur pelaksanaan 1. guru menunjukkan kad imbasan huruf 2. Murid menyebut huruf yang ditunjukkan oleh guru. 3. Guru mengedarkan sekeping kad huruf kepada setiap murid. 4. Murid mengangkat kad masing-masing apabila guru menyebut huruf tersebut.

5. Murid menyanyikan Lagu.. sambil mengangkat huruf masing-masing apabila disebut dalam lirik lagu. 6. Murid diedarkan dengan lembaran kerja

Bahan bantu mengajar 1. Kad imbasan 2. Carta lagu 3. Lembaran kerja

Refleksi Pada 7 Januari 2012 iaitu interaksi pertama, pensyarah Literasi Bahasa iaitu Pn. Faizah Abu telah mengagihkan tajuk-tajuk yang perlu dijalankan oleh kelas saya mengikut kumpulan yang ditetapkan. Kumpulan saya mempunyai tiga orang ahli terdiri daripada saya sendiri, Nurliza dan Suraya. Kami dikehendaki menyempurnakan tajuk 7 iaitu Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik. Tajuk 7 ini mempunyai 3 sub topik iaitu menyebut nama huruf mengikut melodi, mengeja perkataan satu dan dua kata-kata mengikut melodi serta membuat aktiviti pergerakan badan. Oleh sebab kumpulan saya mempunyai 3 orang ahli, maka setiap orang dikehendaki membuat satu sub topik. Sebelum menyiapkan tugasan yang diberi, saya bersama rakan-rakan berbincang terlebih dahulu bagaimana untuk menyempurnakan tugasan yang telah diberi. Selepas itu, barulah tugasan ini dibuat. Saya dapati apabila adanya penyerapan pemulihan dan menulis dalam mata pelajaran Muzik ini, maka pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Murid-murid juga berasa seronok untuk belajar kerana adanya nyanyian dalam pembelajaran.

You might also like