You are on page 1of 15

MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN

MODEL STEPHEN KEMMIS

Model Stephen Kemmis


Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan
guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu
pengajaran dan pembelajaran yang hendak
ditangani.
Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang
sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
Seterusnya guru melaksanakan pelan yang
dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru
terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang
dijalankan itu.

Keseluruhan pelaksanaan ini disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1)


dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan
proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu
diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat
adaptasi terhadap pelan tindakan beliau.

Lingkaran
pertama (cycle 1)

Merancang

Pelajar menganggap bahawa sains adalah proses mengingat fakta berbanding


perasaan ingin tahu. Bagaimana guru dapat merangsang perasaan ingin tahu
dalam diri pelajar?

Bertindak

Memberikan soalan yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Memerhati

Rekod soalan dan jawapan untuk pemerhatian yang lebih terperinci. Catat
jangkaan.

Merefleksi

Persoalan guru diganggu oleh keperluan guru tersebut untuk mengawal


jangkaan pelajar.

Lingkaran kedua
(cycle 2)

Mengubah rancangan

Mengubah strategi menyoal untuk menggalakkan pelajar untuk mencari


jawapan sendiri. Matlamat yang sama masih diteruskan, tetapi mengurangkan
bilangan kawalan penyataan.

Bertindak

Mengurangkan penyataan kawalan dalam pelajaran.

Memerhati

Rekod soalan dan jawapan. Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada


tingkahlaku pelajar.

Merefleksi

Perasaan ingin tahu pelajar berkembang, tetapi tingkah laku mereka semakin
tidak dapat dikawal. Apa yang perlu guru lakukan?

Kelebihan & Kelemahan Model


Kelebihan model ini ialah menggalakkan guru
membuat kajian refleksi terhadap PdP makala
kelemahannya ialah model ini hanya melihat satu
maalah sahaja dan semua perkara lain adalah tetap.
Keadaan ini sebenarnya kurang wujud kerana setiap
masalah PdP diikuti dengan masalah yang lain.
Apabila kita ubah pendekatan yang lain maka wujud
satu set masalah serta bidang yang baru. Proses
kajian menggunakan model ini tidak konsistensi
dalam menentukan tahap pencapaian pelajar.

MODEL JOHN ELLIOT

John Elliot pada dasarnya bersetuju dengan


konsep lingkaran refleksi tindakan dalam model
Kemmis tetapi berpandangan model Kemmis
terlalu ringkas.
Beliau telah mereka bentuk sebuah model
lingkaran Eliot yang menunjukkan prosesproses
dengan
lebih
terperinci
dan
membolehkan lebih banyak aliran tindakan
dibuat dalam sesuatu kajian.

Kelebihan model John Elliot :


1. Lebih tersusun dan mudah difahami.
2. Tajuk atau idea kajian lebih khusus daan disokong dengan
fakta-fakta tinjauan.
3. Kajian dijalankan mengikut prosedur umum membolehkan
guru-guru lain mematuhi prosedur itu dan menguji kesahan
ujian.
4. Terdapat beberapa peringkat tindakan pada tahap pertama.
5. Semua kejayaan atau kegagalan dinilai, ditafsir dan
direkodkan.
6. Hasil tahap pertama memberi idea baru dan membaki
perancangan selanjutnya sebelum masuk pusingan kedua.
7. Sesuai untuk guru-guru pelatih dan guru permulaan.

MODEL DAVE EBBUTT

Model Dave Ebbutt

Model Ebbutt tidak mementingkan tentang


gelungan dan lingkaran seperti Model Kemmis
dan Elliot. Model ini memperlihatkan proses
pelaksanan untuk mencapai sesuatu matlamat.
Terdapat tiga peringkat tindakan iaitu:
1. Dapatkan idea umum atau isu kajian - buat
tinjauan bacaan untuk dapat lebih banyak
informasi terhadap idea.
2. Buat perancangan awal menggunakan bahan
rujukan. Tindakan pertama dijalankan mengikut
perancangan.
3. Buat pemerhatian, selaraskan tindakan dan buat
refleksi terhadap hasil dapatan tindakan.

Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk


menerangkan proses kajian tindakan adalah
menggunakan satu siri pusingan berturut-turut
iaitu dengan menyediakan kemungkinan
menggabungkan maklum balas di dalam dan
antara pusingan bagi tindakan.

You might also like