You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN

KESIHATAN
KALI PERTAMA TAHUN 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN GEDOK, 73200
GEMENCHEH, N.SEMBILAN DARUL KHUSUS
Tarikh

: 13 JANUARI 2015

Hari

: Selasa

Masa

: 1.30 3.00 Petang

Kehadiran

: 1. En. Ahmad Bakhari bin Hashim ( GPK KO-KO)


2. En. Azrool Afizie bin Ahmad ( KETUA PANATIA PJ & PK )
3. Pn. Junaidah binti Abd Malek
4. Pn. Noriah binti Abd Rahim
5. Pn.Juani binti Masuni

Agenda Mesyuarat
1. Perutusan Ketua Panitia/Pengerusi
2. Perlantikan Setiausaha Panatia Baru
3. Perutusan Guru Besar
4. Perkara Berbangkit
5. Keputusan Peperiksaan , PBS dan KSSR
6. Perancangan Aktiviti
7. Ujian Kecergasan SEGAK - PAJSK
8. Hal hal lain
9. Ucapan penangguhan

1 . Perutusan Pengerusi Panitia


Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum dan ahli jawatankuasa yang dapat hadir pada mesyuarat
Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan kali pertama pada
tahun ini. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua atas kerjasama
dalam segala aktiviti yang telah dijalankan pada tahun lepas.
2. Perlantikan Setiausaha Panatia Baru
Semua sepakat melantik Puan Junaidah Abdul Malek sebagai setiausaha
panatia baru menggantikan Encik Mohd Safwan Md Zainudin yang telah
berpindah ke sekolah baru.
3 . Perutusan GPK Ko-Kurikulum
Encik Ahmad Bakhari mengucapkan selamat datang dan terima kasih
kepada semua guru yang hadir dan beliau mengharapkan semua guru dapat
membincangkan tentang perancangan aktiviti Panitia Panitia Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang akan dijalankan sepanjang sesi
persekolahan pada tahun 2015.
Beliau turut berharap setiap guru yang mengajar Pendidikan Jasmani
dapat

membantu

melatih

murid

yang

akan

menyertai

pertandingan

badminton, merentas desa dan balapan padang. Murid yang terlibat boleh
dilatih pada waktu pagi dan petang. Bagi guru Pendidikan Kesihatan pula
diharap dapat mengajar dengan sebaiknya terutama berkenaan topik yang
melibatkan jantina murid.
4. Perkara berbangkit
4.1 Guru hendaklah memastikan semua murid memakai pakaian sukan yang
sesuai sewaktu Pendidikan Jasmani iaitu baju t-shirt putih dan berseluar
sukan.

4.2 Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar bagi murid lelaki dan
tudung hendaklah dimasukkan ke dalam baju bagi murid perempuan tahap
1. Bagi murid perempuan tahap 2 pula hanya semasa aktiviti yang
memerlukan sahaja seperti gimnastik dan sebagainya.
Tindakan

Semua

guru

panitia
5. Keputusan Peperiksaan, Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS)
dan KSSR
5.1 Keputusan dan analisa peperiksaan adalah seperti di lampiran 1.
5.2 Pentaksiran PBS bagi murid tahun 1, tahun 2, tahun 3, tahun 4 dan tahun
5 hendaklah di isi dalam sistem offline yang telah diberi semasa kursus
KSSR pada tahun lepas ataupun boleh dimuat turun sendiri oleh guru.
5.3 Ketua panatia mengedarkan format rph Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan mengikut format Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) kepada semua guru dan meminta setiap guru menggunakan format
yang diberi untuk mengelakkan sebarang masalah.
5.4 Setiap alatan atau bahan bantu mengajar yang digunakan harus
direkodkan dalam format baru RPH ditulis di bahagian bahan bantu belajar.
Tindakan

Semua

guru

panitia
6. Perancangan aktiviti.
6.1

Bulan Kecergasan akan dijalankan pada bulan Ogos dan aktiviti yang

akan dijalankan ialah senamrobik. Bulan ini juga akan menekankan


tentang kepentingan kecergasan fizikal dalam membentuk individu yang
sihat dan cergas.
6.2 Minggu Kesihatan akan diadakan pertandingan kuiz mengikut kelas
iaitu tahun 1, tahun 2, tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Kuiz ini

akan diadakan pada waktu perhimpunan harian agar tidak menggangu


pembelajaran murid.
6.3 Ujian kecergasan SEGAK dilaksanakan dua kali setahun iaitu akan
diadakan pada bulan Mac dan bulan Ogos bagi murid tahun 4 dan tahun
5.
6.4 Pemeriksaan kesihatan iaitu Body Mass Indexs (BMI). Berat dan tinggi
murid direkod bagi mendapatkan keputusan berat murid berada dalam
kategori mana iaitu kurang berat, sederhana, lebih berat atau obesiti.
Pemeriksaan kesihatan ini akan dilakukan pada awal tahun dan akhir
tahun untuk melihat perubahan badan murid. Melalui pemeriksaan ini
murid akan dapat mengenalpasti kategori berat badan masing-masing.
Tindakan : Semua guru
panitia
7. Ujian kecergasan SEGAK PAJSK
7.1 Ketua Panitia mengingatkan mengenai ujian kecergasan SEGAK yang
akan dilaksanakan bagi murid tahun 4 dan tahun 5, untuk dimasukkan ke
dalam sistem PAJSK. Sistem ini masih belum dibuka lagi secara dalam talian.
7.2 Ujian SEGAK 2015 dilaksanakan 2 kali setahun iaitu bulan Mac dan
Ogos.
Tindakan : Guru PJ tahun 4 dan
tahun 5

8 . Hal-hal lain.
8.1 Pengerusi mengingatkan semua guru agar menyimpan dan mengemas
semula semua alatan yang digunakan semasa Pendidikan Jasmani agar stor
sukan sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria.

Mohon juga semua guru

untuk merekodkan penggunaan dan peminjaman alatan di dalam Buku


Peminjaman & Penggunaan Alatan bagi tujuan audit dalaman.

8.2 Pembelian alatan harus bersesuaian dengan keperluan pengajaran dan


pembelajaran. Sekiranya terdapat barang atau alatan yang diperlukan oleh
guru, sila berbincang terus dengan Ketua Panitia untuk urusan pembelian.
8.3 Harap guru-guru dapat melatih anak murid untuk membasuh alatan PJ
yang telah digunakan sewaktu PDP PJ dan menggunakan paip di tepi Bilik
Sukan untuk tujuan tersebut bagi menjimatkan masa.
8.4 Sukan sekolah akan diadakan pada bulan April. Akan dibincangkan pada
mesyuarat akan datang.

Tindakan : Semua guru


panitia

9 . Ucapan Penangguhan.

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada GPK Ko-Kurikulum


serta semua AJK Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dapat hadir
dan mengharapkan segala perancangan dapat dijalankan dengan lancar dan
teratur.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh :


( Pn Junaidah binti Abd Malek )
Setiausaha Panitia PJK,
SK Gedok, 73200 Gemencheh N.Sembilan DK.

You might also like