You are on page 1of 4

KAJIAN RINTIS

Selepas buku soal selidik siap direka, satu kajian rintis harus dilakukan keatasnya untuk
mengkaji kesesuaian dan ketepatan buku soalselidik tersebut. Menurut Abdul Grafar, tujuan
utama kajian rintis dijalankan ialah untuk menilai kebolehpercayaan item dalam soalselidik yang
telah dibangunkan. Selain itu, kajian rintis juga berfungsi untuk mencari kelemahan-kelemahan
yang ada pada buku soalselidik yang baru direka itu. Misalnya, kesesuaian ayat yang ditanya,
kesilapan ejaan, maklumat yang ditanya tidak terlalu lama dan rumit sehingga responden lupa
atau keliru dengan soalan yang ditanya dan lain-lain faktor yang akan memberi kesan kepada
pengumpulan data.
Dua set buku soalselidik yang berlainan teknik pengskalaan telah disediakan. Satu set
menggunakan teknik pengskalaan Skala Likert 1 hingga 7 yang mengandungi sangat di keduadua hujung, manakala satu set lagi pula menggunakan teknik pengskalaan Skala Likert 1 hingga
7 tanpa sangat di kedua-dua hujung. Setiap set diambil 20 responden sebagai responden bagi
kajian rintis ini. Kajian rintis ini dijalankan di sekolah-sekolah rendah Muar (SJKC, SJKT dan
SK) ke atas guru-guru yang mengajar subjek Matematik.
Data kajian rintis dianalisis melalui kaedah Ujian Konsistensi Dalaman dengan
menggunakan SPSS 19.0 untuk mencari nilai kebolehpercayaannya. Daripada hasil Analisis
Kebolehpercayaan, set buku soalselidik yang mempunyai nilai Alfa Cronbach yang lebih tinggi
akan digunakan. Alfa Cronbach ialah salah satu ukuran kebolehpercayaan borang soalselidik.
Pekali kebolehpercayaan berada di antara 0 hingga 1. Jadual 1 menunjukkan interprestasi skor
bagi nilai Alfa Cronbach.
Jadual 1: Interprestasi skor Alfa Cronbach
Skor Alfa Cronbach
Kebolehpercayaan
0.91 1.00
Sangat Baik dan efektif
0.81 0.90
Baik
0.71 0.80
Baik dan boleh diterima
0.60 0.70
Boleh diterima
Jika pekali kebolehpercayaan kurang daripada 0.6, borang soalselidik tersebut tidak boleh
dipercayai. Borang soalselidik hanya boleh dipercayai jika pekali kebolehpercayaannya berada di

antara 0.6 hingga 1. Alfa Cronbach membantu dalam menilai skala kebolehupayaan bagi cerapan
yang diperolehi. Ia juga membantu membina skala pengukuran yang dipercayai. Selain itu, Alfa
Cronbach juga digunakan untuk memperbaiki skala pengukuran yang sedia ada.
ANALISIS KAJIAN RINTIS
1. Set buku soal selidik yang menggunakan teknik pengskalaan Skala Likert 1 hingga 7 yang
mengandungi sangat di kedua-dua hujung
Hasil keputusan analisis SPSS 19.0
Reliability Statistics
Cronbach's Alpha

N of Items

.237

20

Daripada hasil keputusan analisis kebolehpercayaan Ujian Konsistensi Dalaman dengan


menggunakan program SPSS 19.0 ke atas data kajian rintis menggunakan buku soalselidik yang
menggunakan teknik pengskalaan Skala Likert 1 hingga 7 yang mengandungi sangat di keduadua hujung didapati bahawa nilai Alfa Cronbach hanya 0.237. Ini menunjukkan
kebolehpercayaan untuk buku soal selidik ini sangat rendah. Buku soal selidik ini tidak sesuai
digunakan.

2. Set buku soal selidik yang menggunakan teknik pengskalaan Skala Likert 1 hingga 7 yang
tanpa sangat di kedua-dua hujung
Hasil keputusan analisis SPSS 19.0
Reliability Statistics
Cronbach's Alpha
.714

N of Items
20

Daripada hasil keputusan analisis kebolehpercayaan Ujian Konsistensi Dalaman dengan


menggunakan program SPSS 19.0 ke atas data kajian rintis menggunakan buku soalselidik yang

menggunakan teknik pengskalaan Skala Likert 1 hingga 7 tanpa sangat di kedua-dua hujung
didapati bahawa nilai Alfa Cronbach ialah 0.728. Ini menunjukkan bahawa kebolehpercayaan
untuk buku soal selidik ini terletak pada tahap Baik dan Boleh diterima seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 1.
Selain itu, hasil keputusan analisis SPSS 19.0 untuk buku soal selidik ini juga menunjukkan
nilai korelasi yang memuaskan seperti berikut:

Item-Total Statistics
Cronbach's
Scale Mean if
Item Deleted

Scale Variance if Corrected ItemItem Deleted

Total Correlation

Alpha if Item
Deleted

A11

77.40

12.042

.614

.710

A12

81.20

12.379

.521

.702

A13

78.30

12.326

.590

.710

A14

76.50

11.526

.528

.682

A21

77.40

12.674

.483

.710

A22

76.50

12.158

.694

.702

A23

79.40

11.726

.430

.701

A24

77.50

11.737

.449

.689

A31

79.30

12.958

.450

.727

A32

79.20

12.800

.524

.714

A33

81.00

11.368

.552

.741

A34

77.20

12.484

.771

.705

A41

76.60

11.411

.499

.703

A42

80.30

11.695

.403

.692

A43

81.20

12.168

.422

.696

A44

77.20

12.168

.422

.696

C1

77.50

11.947

.471

.696

C2

77.50

11.526

.529

.682

C3

76.20

12.168

.422

.696

C4

76.30

12.011

.438

.701

Didapati bahawa nilai korelasi yang paling rendah ialah 0.403 manakala nilai yang paling
tinggi ialah 0.771. Hasil keputusan ini menunjukkan keseragaman item-item dalam instrumen
kajian soal selidik ini.

Maka, hasil analisis kebolehpercayaan Ujian Konsistensi Dalaman untuk kedua-dua set buku
soal selidik yang digunakan untuk menjalani kajian rintis, didapati bahawa set buku soal selidik
yang menggunakan teknik pengskalaan Skala Likert 1 hingga 7 yang tanpa sangat di keduadua hujung lebih sesuai digunakan dalam kajian ini berdasarkan nilai Alfa Cronbach yang lebih
tinggi iaitu 0.714 dan nilai korelasi item yang tinggi.

You might also like