You are on page 1of 1

1.

1 Pengenalan
Menurut Wee Eng Hoe (1996) di dalam Wong Ling Syu (2004) kecergasan fizikal
terbahagi kepada dua bahagian.

Bahagian pertama ialah kecergasan fizikal

berasaskan kesihatan. Pecahan kecilnya ialah daya tahan kardiovaskular, daya


tahan otot, kekuatan otot, komposisi tubuh badan serta kelenturan. Bahagian
kedua pula ialah kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor. Bahagian ini
merangkumi ketangkasan, koordinasi, kuasa, imbangan, masa tindak balas dan
juga kelajuan.
Ping-pong amat memerlukan atlet menguasai ketangkasan. Ketangkasan
akan membantu atlet untuk bertindak dengan pantas dan selamat tanpa raguragu. Jadi, ini mendorong saya untuk menjalankan kajian berkaitan cara untuk
meningkatkan ketangkasan kanak-kanak. Ping-pong adalah sukan yang
memerlukan ketangkasan iaitu mata menterjemahkan ke mana lawan ingin
menghantar bola dengan cara yg bagaimana (screw atau cut atau spin atau
lain2) dan bersedia membalas bola kepihak lawan dengan ketangkasan tangan
bertindak.
Ketangkasan adalah istilah umum yang digunakan dalam kekuatan dan
conditioning yang merupakan satu elemen yang perlu ada dalam kebanyakan
aktiviti sukan termasuklah pemainan ping-pong. Ketangkasan didefinisikan
sebagai keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan
dengan pantas dan tepat (Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin, 1987).
Keupayaan seseorang itu bertindak dengan secepat mungkin yang dapat
membantu dalam situasi permainan dan dalam masa kecemasan untuk
menyelamatkan diri.

You might also like