You are on page 1of 2

KULIAH 3

Mata Pelajaran
Tajuk
Sub Tajuk

:
:
:

PENGAJIAN PERNIAGAAN [PERNIAGAAN]


2 Pengeluaran
2.3 Kawalan kualiti
2.3.1 Konsep dan proses kawalan kualiti
2.3.2 Kaedah pemeriksaan

Hasil Pengajaran dan Pembelajaran

Calon seharusnya dapat:


(a) menjelaskan maksud kawalan kualiti, kepentingannya, dan proses
(rancang, buat, semak, dan tindakan - PDCA);
(b) menghuraikan kaedah pemeriksaan termasuklah pemeriksaan menyeluruh dan pelan
pensampelan;

PANDUAN GURU
Maksud kawalan kualiti:
Proses pemeriksaan produk yang dihasilkan bagi memastikan produk menepati standard atau
piawai yang telah ditetapkan.
Kepentingan kawalan kualiti:
Mengurangkan kos pengeluaran.
Mengelakkan liabiliti produk terhadap pengguna.
Meningkatkan keyakinan dan kepuasan pelanggan.
Membentuk imej perniagaan yang baik.
Objektif kawalan kualiti:
Menghasilkan produk berkualiti tinggi dan dapat memuaskan kehendak dan keperluan pengguna.
Mengelakkan kecacatan pada produk.
Mengelakkan kesilapan semasa proses pengeluaran.
Mengurangkan kos dan perbelanjaan organisasi.
Meningkatkan daya saing perniagaan.
Proses kawalan kualiti:

1.
2.
3.
4.

Proses Kawalan Kualiti


Rancang (Plan) - Memperkukuhkan objektif dan proses-proses yang perlu untuk hasil selaras
dengan keperluan pelanggan dan polisi organisasi.
Buat (Do) - Melaksanakan proses-proses
Semak (Check) - Memantau dan mengukur proses-proses dan produk yang bertentangan polisi,
objektif-objektif dan keperluan untuk semua produk dan laporkan hasilnya.
Tindakan (Act) - Mengambil tindakan untuk penambahbaikan berterusan terhadap prestasi

KAEDAH PEMERIKSAAN
Pemeriksaan menyeluruh
Pengawalan kualiti terhadap semua produk yang dikeluarkan.
Setiap produk melalui proses pemeriksaan.
Sesuai untuk produk yang dihasilkan dalam kuantiti yang kecil.
Tidak sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran kerana masa yang panjang, penggunaan
sumber yang banyak.
Pelan persampelan
Beberapa sampel produk diambil secara rawak bagi mewakili satu kumpulan atau satu lot produk.
Sekiranya sampel yang diperiksa mematuhi piawai yang ditetapkan, lot produk tersebut akan
diterima.
Jika didapati sampel mempunyai kecacatan , lot produk akan ditolak.
Kebaikan dan keburukan persampelan berbanding pemeriksaan menyeluruh:
Kebaikan lebih jimat, kurang kerosakan pada barangan, kurang operator pemeriksaan, kerja
pemeriksaan daripada butir-demi-butir kepada lot-demi-lot lebih mudah dan mencabar.
Keburukan risiko menerima barangan yang buruk dan risiko meolak barangan yang baik,
memakan masa, maklumat ttg barangan kurang.

You might also like