You are on page 1of 2

Kemahiran Memerhati

1. Kemahiran memerhati

Definisi
Memerhati adalah proses mengumpul maklumat tentang objek atau
fenomena dengan menggunakan sebahagian atau semua lima deria.
Instrumen atau alat boleh digunakan dalam membantu deria. Pengetahuan
dan pengalaman lepas memainkan peranan dalam membuat pemerhatian
yang teliti.

Pemerhatian boleh dibahagikan kepada tiga:


i) Pemerhatian kualitatif melibatkan deria sahaja. Pemerhatian ini
direkodkan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dilaksanakan. Pemerhatian
berdasarkan ke atas ciri-ciri dan sifat-sifat objek atau fenomena seperti
warna, tekstur, bau, bentuk, berat, isipadu atau suhu.
ii) Pemerhatian kuantitatif melibatkan pengumpulan maklumat yang lebih
tepat dengan menggunakan instrumen untuk mengukur atau menyukat.
iii) Pemerhatian perubahan pula memerhati perubahan yang berlaku
khasnya berkaitan dengan fenomena yang mengalami perubahan fizikal atau
kimia. Perubahan ini boleh diperhatikan secara kualitatif dan kuantitatif.

Penguasaan kemahiran ini penting bagi anda kerana:


boleh meningkatkan perasaan ingin tahu anda.
meransangkan pemikiran anda.
anda boleh mentafsir tentang persekitaran .
boleh mendorong anda kepada penyiasatan selanjutnya

Anda sedang menggunakan kemahiran memerhati jika:


menggunakan pelbagai deria untuk memperolehi maklumat.
menggunakan instrumen atau alat yang sesuai untuk membantu deria
membuat pemerhatian terperinci.

membuat perbandingan.
mengesan perbezaan dan persamaan.
mengenal pasti ciri-ciri kelainan atau yang istimewa.
mengenal pasti ketertiban atau urutan fenomena yang berlaku.
menyedari perubahan yang berlaku di sekeliling.
memilih butiran yang relevan daripada banyak atau pelbagai maklumat.

You might also like