You are on page 1of 4

KEHADIRAN :

BIL.
1.
2.
3.
4
5
6
7
8
9

NAMA PEGAWAI
En. Annuar Bin Hj. Lay
Pn. Ismawatiee Binti Madel
Pn. Malati Binti Abu Hassan
Pn. Latifah Binti Bujang
Pn. Hadijah Binti Hj. Razali
En. Norman Bin Sahar
Pn. Ratna Binti Borhan
Pn. Suriany Iskandar Wong
Pn. Siti Hajar Binti Hj. Masleh

JAWATAN
Guru Besar
Penolong Kanan Tadbir
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan PPKI
Guru
Guru
Guru
Guru
Guru

TIDAK HADIR BERSEBAB :


BIL. NAMA PEGAWAI
1.
En. Hasli Bin Pulit
2.
Pn. Lydia Zeta Donald Anak Stavy

JAWATAN
Penolong Kanan KK
Guru

BIL.

BUTIRAN PERBINCANGAN

1.

Kata-kata aluan Guru Besar.

1.1

Guru Besar mengucapkan selamat sejahtera dan terima kasih kepada semua penolong
kanan dan guru-guru sains bagi sesi 2015 yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat
Panitia Sains pertama tahun ini.
Makluman

1.2

Beliau juga menyatakan bahawa mesyuarat panitia tidak boleh melepasi bulan Fabruari
kerana akan menyebabkan aktiviti lain akan tergendala. Panitia yang lain boleh buat
mesyuarat bersama-sama dengan ahli tanpa kehadiran guru besar dan penolong kanan.
Makluman

1.3

Guru Besar turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada panitia Sains kerana mendapat
keputusan yang agak selesa dalam UPSR 2014 iaitu 86.20%.
Makluman

1.4

Guru Besar menyatakan mesyuarat hari ini berkisar tentang KPI UPSR bagi tahun 2015.
Beliau menambah, untuk menetapkan sasaran A,B,C tidak menjadi masalah, yang
menjadi masalah adalah untuk menetapkan GPS.
Makluman

1.5

Guru Besar menegaskan bahawa sasaran GPS untuk sekolah pada tahun ini adalah 2.00.
Semua guru sains terutama guru yang mengajar Tahun 6 harus bersama berusaha untuk
mencapai sasaran GPS ini.
Tindakan semua guru sains

1.6

Penilaian prestasi.
Semua guru harus dapat mencapai markah prestasi 80% ke atas. Antara kriteria yang
penting untuk mendapat keputusan yang cemerlang adalah guru harus mencapai tahap
KPI yang telah ditentukan. Guru juga haruslah terlibat secara aktif dengan aktiviti
peringkat sekolah. Malaysia dalam kelompok 1/3 negara yang dinilai oleh PISA dan
TIMSS. Jika tidak dapat bersaing di peringkat global tidak akan berjaya. Wawasan 2020
mencapai ke tahap negara maju.
Makluman
Penulisan refleksi dalam buku rekod mengajar.
Tulisan semasa menulis refleksi mesti kemas dan mudah dibaca. Refleksi harus ditulis
selepas PdP. Semasa menghantar buku rekod mengajar, jangan tulis refleksi terlebih
dahulu sekiranya RPH pada masa tersebut belum dijalankan. Pentadbir diarah untuk
memantau bahagian refleksi. Jika terdapat guru yang tidak membuat refleksi sebanyak 2
kali dalam setahun layak dapat skor 2 sahaja. Refleksi mencerminkan apa yang diajar,
tidak kira objektif tercapai atau tidak.

1.7

Makluman dan tindakan

2.

Mengesahkan Minit Mesyuarat Panitia Sains sesi 2014


Pengesahan minit dicadang oleh Pn. Siti Hajar Binti Hj. Masleh.
Disokong oleh Pn. Ratna Binti Borhan.

3.

Laporan Maklum Balas dan Tindak Susul Minit Mesyuarat 2014

3.1

Zoom A kalau boleh diteruskan kerana banyak terdapat soalan KBAT. Pihak Zoom A ada
diskaun 20%.

4.

Pembentangan Kertas Kerja / Isu / Laporan

4.1

Penubuhan ahli jawatankuasa Panitia Sains 2015


Pengerusi
:
En. Annuar b. Hj Lay ( Guru Besar )
Naib pengerusi
:
Pn. Ismawatiee bt. Madel ( PKT )
Ketua Panitia
:
En. Norman b. Sahar
Setiausaha
:
Pn. Ratna bt. Borhan
Bendahari
:
Pn. Lydia Zeta Donald ak. Stavy
AJK
:
Pn. Suryani Iskandar Wong
Pn. Siti Hajar bt. Hj. Masleh
Pn. Hadijah bt. Hj. Razali

4.2

Laporan Analisis Sains UPSR 2014


Rujuk lampiran.

4.3

Analisis TOV dan ETR Murid 2015


4.3.1 Terdapat 4 orang murid yang perlu diberikan lebih tumpuan untuk meningkatkan
pencapaian dalam UPSR dalam matapelajaran sains. Murid tersebut adalah:
i.
ii.
iii.
iv.
4.3.2

4.4

Florence ak Gayar
Mohd Iyad Iskandar b Azzan
Muhammad Nurfitri b Irwan
Nelson ak Limben

TOV ETR Sains 2015


Rujuk lampiran.

Rancangan Pengajaran
4.4.1 Ketua Panitia telah menyediakan rancangan pengajaran harian ( RPH ). Terdapat
3 format RPH yang telah disediakan iaitu untuk :
i.
ii.
iii.
4.4.2

Sains ( KSSR ) Tahun 1 Tahun 3


KSSR Tahap 2 ( Tahun 4 dan Tahun 5 )
KBSR ( Tahun 6 )

Cikgu Norman menambah, rancangan pengajaran tahunan boleh diambil melalui


online.

4.5

Program dan aktiviti Panitia sepanjang tahun 2015


Program dan aktiviti panitia bagi tahun 2015 adalah seperti berikut :
4.5.1 Kuiz sains
4.5.2 Program Anugerah Saintis Muda Harapan ( pertandingan inovasi )
4.5.3 Risalah Tahukah Anda?
4.5.4 Jejak maklumat ( dijalankan semasa Pasca UPSR )

4.6

Laporan Kewangan 2014


Peruntukan mata pelajaran yang berjumlah RM1092.00 telah dibelanjakan untuk
pembelian barang-barang keperluan sains.

5.

Hal-hal lain
5.1
Ketua Panitia berpesan kepada semua guru sains mengambil tapak soft copy
untuk membuat TOV ETR daripada beliau.

6.

Penutup
Guru Besar menangguhkan mesyuarat pada pukul 5.00 petang dan meminta semua guru
menikmati jamuan ringan yang telah disediakan.

Disediakan oleh,

( PN. RATNA BINTI BORHAN )


Setiausaha Panitia Sains,
SK Bumiputera, Lundu
Disemak oleh :
.
( EN. NORMAN BIN SAHAR
Ketua Panitia Sains,
SK Bumiputera, Lundu
Disahkan dan diluluskan oleh,

( EN. ANNUAR BIN HJ. LAY )


Guru Besar,
SK Bumiputera, Lundu

You might also like