You are on page 1of 3

Laporan Bina Insan Guru

Fasa 4 Semester 5
Tajuk : " Guru dan Perundangan
Program Bina Insan Guru bagi semester pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan
sesi ceramah Guru dan Perundangan yang disampaikan oleh Pensyarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak ( Unit Kokurikulum ) iaitu Encik Yusri bin Mat
Johor dan bagi bahagian kedua pula merupakan bengkel yang berkaitan dengan tajuk
yang sama iaitu Guru dan Perundangan yang dikendalikan oleh pensyarah
pembimbing Kelas Sains 1 iaitu Encik Zulkiply bin Mohd.Nor yang mengambil masa
selama dua jam.
Pada 10 November 2014, sesi seramah dan bengkel bagi Program Bina Insan
Guru ini telah diadakan di Dewan Kuliah Sri Melati Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh, Perak. Sesi ceramah dan bengkel ini adalah berdasarkan kepada pro forma di
mana tempoh masa bagi sesi ceramah perlu dijalankan selam dua jam dan dua jam
lagi diperuntukkan untuk bengkel. Seramai 80 orang pelajar Program Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan semester lima daripada empat buah kelas telah terlibat bagi
menjayakan program ini.
Pada sesi pertama, sesi ceramah telah disampaikan oleh seorang pensyarah
daripada Pusat Latihan Kokurikulum ( PULAKO ) , iaitu En. Yusri bin Mat Johor yang
bertajuk Guru dan Perundangan . Ceramah dimulakan pada jam 2.00 petang setelah
para pelajar mendaftarkan diri dan tamat pada jam 4.00 petang.
Berikut adalah antara makluman-makluman penting yang berkaitan dengan guru
dan perundangan yang disentuh oleh Encik Yusri dalam ceramah beliau.
i.

Peraturan Kelakuan Tatatertib adalah satu bentuk kawalan ke atas semua


penjawat awam untuk menjamin keberkesanan sesuatu organisasi.

ii.

Antara kandungan yang terdapat dalam peraturan ini adalah peraturan


mengenai kelakuan, tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan
tatatertib, prosedur dan tatacara tindakan tatatertib, hukuman tatatertib dan

peruntukan pelbagai yang berkaitan.


iii. Golongan

guru

hendaklah

memastikan

martabat

perguruan

sentiasa

dipertingkatkan dari semasa ke semasa.


iv. Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) telah
diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kakitanga kerajaan
yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
v.

Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya


peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaanya pada
2002.

vi. Akta Pendidikan 1996 juga halus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan
matlamat pendidikan negara.
Di samping itu juga , Encik Yusri juga turut memaklumkan matlamat tatatertib itu
dilaksanakan untuk semua penjawat awam :
i.

Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan


bertanggungjawab.

ii.

Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam lebih daripada


kepentingan mereka sendiri.

iii. Supaya pegawai awam menjaga imej perkhidmatan.


iv. Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.
Pada sesi ceramah ini, para pelajar terlibat secara langsung dan berlaku
komunikasi dua hala di antara pensyarah dengan pelajar. Peserta-peserta diberi
peluang untuk bersoal-jawab dan memberikan pendapat masing-masing berkaitan tajuk
Guru dan Perundangan ini. Di akhir ceramah ni, pihak jawatankuasa Program Bina
Insan Guru semester lima kali ini, telah menyampaikan cenderahati kepada
penceramah di atas kesudiannya dalam berkongsi ilmu dengan peserta-peserta.
Selepas rehat, sesi kedua disambung dengan bengkel yang bertajuk, " Guru dan
Perundangan" oleh Pensyarah Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak iaitu Encik Zulkiply bin Mohd.Nor.. Sesi bengkel ini juga diadakan di Dewan
Kuliah Sri Melati IPG Kampus Ipoh. Tempoh masa bengkel dijalankan ialah selama dua
jam bermula jam 4.00 petang hingga jam 6.00 petang.
Dalam sesi perbengkelan ini, setiap peserta dibahagikan kepada beberapa

kumpulan. Setiap kumpulan telah diberi tajuk tugasan masing-masing dan diminta
membuat pembentangan berdasarkan hasil perbincangan yang telah dilaksanakan.
Setiap kumpulan juga diberi peluang untuk bersoal-jawab antara satu sama lain dan
memberikan pendapat serta pandangan berdasarkan tajuk tugasan masing-masing.
Sesi bengkel diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh

Ketua Unit PPG

Sains 1 iaitu En.Abdul Razak bin Samsu kepada penceramah jemputan sebelum
semua pelajar bersurai.

You might also like