You are on page 1of 2

POKOK PECAH BELING

(idris bald)
Pokok Pecah Beling yang dikenali juga dengan pelbagai nama seperti Pecah Kaca,
Bayam Karang, Ngo Kilo, Keji Beling dan Jin Batu merupakan tumbuhan herba yang
berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia. Di Malaysia, pecah beling atau nama
saintifiknya (Strobilanthes crispus) dari family (Acanthaceae) mudah ditanam dan hidup
subur di kawasan-kawasan lapang atau belukar dan selalu dilihat sebagai rumpai atau
tumbuhan yang tidak diingini.
Daun pokok pecah beling banyak digunakan dalam perubatan tradisional seperti merawat
kanser, kencing manis serta batu karang. Ia digunakan juga sebagai agen diuretic.
Mengikut penemuan kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992), ekstrak air pecah
beling mempunyai kompoun atau molekul yang boleh merencatkan pertumbuhan
retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit
(AIDS) dan mampu merencatkan pertumbuhan sel leukemia.
Manakala kajian makmal yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
UPM mendapati daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi
seperti Kalium, kalsium, natrium, ferum, fosforus serta vitamin C, B1 dan B2. Terdapat
juga kandungan kafeina dalam daun pecah beling tetapi ianya rendah. Kandungan ini
merupakan penyumbang kepada antioxidant yang sangat tinggi.
Selain dari itu ekstrak pecah beling secara in vitro (tisu kultura) mampu membunuh sel
kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada dengan mengaruh sel ini mati secara
semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Ekstrak ini juga mampu
memendamkan gen penyebab kanser dan sekali gus mengurangkan risiko kanser.
Antara lain kegunaan secara perubatan pokok pecah beling berupaya mengubati penyakit
kencing manis kerana ekstrak air daun pecah beling dikatakan berkesan sebagai agen
antidiabetis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah yang telah diuji
pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total
antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam
darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini
sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang
normal bagi tujuan pencegahan.
Selain dari itu pecah beling didapati mampu menghancurkan batu yang terdapat dalam
hempedu di buah pinggang. Tumbuhan ini juga berupaya menurunkan kolestrol dalam
badan dan melancarkan pembuangan air kencing.
Kesimpulannya. pokok pecah beling yang tumbuh melata di kawasan kebun atau belukar
dan dianggap tumbuhan rumpai yang tidak diperlukan, sebenarnya adalah tumbuhan
herba yang sangat berkhasiat yang terdapat disekeliling kita. Tidak akan menjadi
kemudaratan jika kita menggunakan tumbuhan ini sebagai alternative untuk perubatan

walau pun kajian secara klinikal (human study) belum benar-benar dijalankan
keberkesanannya terhadap pesakit kanser, diabetes atau batu karang.
Rujukan : Wikipedia bebas; Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan
dan Sains Kesihatan,
UPM, Serdang, Selangor, Malaysia - Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd.
Fadzelly Abu Bakar.

You might also like