You are on page 1of 2

RAHSIA BUSANA MELAYU YANG PERLU BANGSA MELAYU TAHU

1. Pemakaian Baju Melayu telah di kuat-kuasa kan sewaktu pemerintahan


Sultan Muhammad Syah (1424-1444) Sultan ketiga dari empayar Kesultanan
Melayu Melaka.. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang
orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara
Bawah Angin (China & Khmer).. Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di
kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik
lengkap bertanjak dengan wangian kasturi.. Pemakaian serban Arab bagi lelaki
Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja..
2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada
juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan.. Asal seluar Melayu juga adalah
pendek separas betis kaki.. Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil
diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat
dijulang ) pada tahun 1699, beliau telah mengubah pemakaian baju dan seluar
dengan memanjangkan kain sehingga ke pangkal lengan (baju) dan ke pangkal
buku lali (seluar).. Semua buatan baju Melayu dan seluar adalah berkekek dan
berpesak..
3. Baju sikap / baju layang pula hanya boleh dipakai oleh golongan Bangsawan
yang berdarah Raja dan juga orang-orang yang di anugerahi gelaran seperti
Datuk, Tun dan sebagainya.. Jadinya bukan semua orang boleh memakai baju
sikap ini..
4. Pemakaian tanjak / destar / ikat kepala juga telah ditetapkan mengikut darjat
dan pangkat masing-masing dari jenis kain yang digunakan sehingga cara ikatan
dan lipatan.. puncak tanjak yang dipanggil Daun pula dihalakan ke sebelah kiri
bagi rakyat biasa dan ke sebelah kanan (atau duduk) di tengah-tengah bagi
golongan bangsawan dan Di Raja.. Manakala ekor tanjak yang disebut pucuk
pula perlu disimpan ke dalam bagi semua lapisan rakyat jelata melainkan 2
golongan sahaja iaitu Raja (termasuk ahli keluarga) dan Laksamana.. Pucuk ini
adalah lambang kuasa yang ada pada seseorang.. Begitu juga dengan lapisan
tingkat lipatan.. makin besar darjat dan pangkat seseorang, makin tinggi lipatan
tanjaknya..
5. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher teluk belanga .. Baju
cekak musang hanya boleh dipakai oleh Raja atau Sultan sahaja..
6. Bagi jenis-jenis seluar pula, terdapat pelbagai rekaan dalam alam Melayu..
golongan panglima, pahlawan dan sebagainya gemar mengenakan seluar dari
gaya Gunting Aceh yang mempunyai buatan kekek yang amat besar (kelihatan
seperti kain sarung), manakala bagi orang-orang lain termasuk Sultan, mereka
hanya mengenakan seluar biasa dari gaya Gunting Cina..
7. Pemakaian sampin pula adalah wajib bagi semua golongan di dalam istana.. di
luar istana pula adalah optional.. Bagi penduduk asal kawasan-kawasan
tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan sampin dengan cara Berdagang
Dalam (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu macam style Orang Johor
sekarang Baju di luar) manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal

dari situ pula mengenakan sampin cara Berdagang Luar (kain sampin dipakai di
atas baju Melayu Baju di selit ke dalam kain).. Dengan cara ini orang-orang
Melayu dahulu kala dengan mudah mengenali siapa pedagang luar dan siapa
penduduk asal sesuatu tempat.. Cara mengikat sampin juga dibahagikan dalam 3
cara mengikut pangkat dan darjat iaitu:
a. Ikatan pancung (Raja, Sultan dan Kerabat sahaja)
b. Ikatan kembung (Pembesar dan orang-orang bergelar)
c. Ikatan lingkup (orang kebanyakkan)
Begitulah unik dan indahnya kod-kod dan etika pemakaian Melayu bilamana kita
terus dapat mengenali status seseorang, asal usulnya dengan hanya melihat
cara ia berpakaian.
-Hangpcdua Malaya-

You might also like