You are on page 1of 5

HALAMAN AKUAN

Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami olahkan sumbernya hasil daripada
sumber-sumber bacaan, pengetahuan dan rujukan yang saya peroleh.

Tandatangan

: .

Nama Penulis

: HARIZ HAMIZAN BIN HAMID

Nombor I/C

: 930628-01-5111

Tandatangan

: .

Nama Penulis

: MOHAMED NUR ARIEF BIN AWANG

Nombor I/C

: 930708-03-6115

Tandatangan

: .

Nama Penulis

: WAFI BIN JALALUDIN

Nombor I/C

: 931115-03-5103

Tarikh

: 14 MAC 2014

IV

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

HALAMAN

PROFIL

HALAMAN AKUAN

IV

ISI KANDUNGAN

1.0 PROJEK KUMPULAN

RUJUKAN

V
1.0 PROJEK KUMPULAN

Rutin bilik darjah ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh muridmurid dalam aktiviti spesifik mereka di dalam bilik darjah. Rutin diwujudkan untuk melicinkan
proses pembelajaran dan pengajaran (P&P). Rutin bilik darjah akan diterangkan oleh guru pada
setiap awal sesi persekolahan. Ini penting agar pelajar tahu mengenai peraturan dan rutin bilik
darjah. Kajian mendapati bahawa guru yang efektif mengambil masa pada awal tahun
persekolahan untuk mengembangkan peraturan dan prosedur bilik darjah untuk menghasilkan
perjalanan bilik darjah yang lancar dan meminimakan gangguan serta memaksimakan masa
pembelajaran pelajar (Jones & Jones, 2004). Penekanan terhadap rutin bilik darjah yang
sistematik amat penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Terdapat
pelbagai jenis rutin yang boleh diaplikasikan oleh guru bagi mewujudkan iklim pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah. Antaranya ialah rutin kelas, rutin
pentadbiran, rutin pergerakan murid, rutin pengurusan tugasan, rutin pembelajaran dan rutin
interaksi.
Rutin kelas adalah salah satu rutin yang dapat mewujudkan iklim pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Rutin interaksi menekankan peraturan dan prosedur untuk
mewujudkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang baik. Peraturan dan prosedur yang
telah ditetapkan oleh guru dapat mendisiplinkan murid agar mematuhi kepada arahan. Bagi
murid yang tidak mematuhi arahan digalakkan diberi peneguhan negatif untuk dijadikan
pengajaran kelak. Rutin kelas bertindak sebagai agen pencegahan tingkah laku yang negatif di
dalam bilik darjah. Menurut Bianco (2002), prosedur adalah untuk melatih pelajar untuk
melaksanakan tugasan rutin dalam bilik darjah. Apabila prosedur yang ditetapkan diikuti oleh
murid akan memberikan kesan yang positif dalam iklim pengajaran dan pembelajaran. Mengikut
Model Pengurusan Kounin, asas kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah
bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti oleh guru terhadap bilik darjah.
Guru harus aktif ketika mengawasi segala gerak tingkahlaku murid dalam bilik darjah. Setiap
rutin yang dibentuk oleh guru hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga
prosedur-prosedur ini menjadi satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi
suatu budaya di sekolah. Secara amnya, murid akan mematuhi peraturan dan prosedur yang
telah ditetapkan oleh guru apabila guru kerap memberikan peneguhan dan penghargaan
kepada murid. Murid akan merasakan diri mereka dihargai dan tidak dipinggirkan oleh guru. Di
samping itu juga tahap disiplin murid juga akan meningkat secara tidak langsung kerana
menjadi kebiasaannya untuk mematuhi segala peraturan dan prosedur. Murid yang berdisiplin

dalam bilik darjah dapat membantu mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Tetapi peraturan dan prosedur yang tidak teratur dan tidak tersusun memberikan
kesan yang negatif kepada murid dan secara tidak langsung mempengaruhi iklim pengajaran
dan pembelajaran. Guru harus memainkan peranan untuk memastikan murid mematuhi
peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.
Di samping itu, rutin kelas juga dapat mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan kerana rutin ini amat menekankan suasana pembelajaran yang kondusif untuk
murid-murid. Persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berkesan bermaksud tempat murid
melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Contoh
rutin kelas yang sering diamalkan di dalam bilik darjah ialah rutin kebersihan, kekemasan,
jadual bertugas dan sebagainya. Tujuan utama rutin kelas adalah untuk mewujudkan iklim atau
suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal
bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Ini bermaksud suasana bilik darjah yang teraputik dapat memberi keselesaan
kepada murid manakala bilik darjah yang tidak selesa akan menyebabkan murid kurang
bersemangat untuk belajar. Lemlech (1988) menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah
mementingkan penyusunan bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan
perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalahmasalah yang mungkin timbul. Dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif, guru boleh meminta murid membersihkan kelas pada setiap pagi atau menyediakan
jadual bertugas kebersihan. Umumnya, keadaan fizikal bilik darjah yang kondusif mampu
merangsang murid untuk belajar dengan lebih bersemangat dan berkesan. Namun demikian,
rutin kelas berkaitan kebersihan, kekemasan kelas dan sebagainya tidak akan berjaya
mewujudkan suasana yang kondusif sekiranya guru tidak menggalakkan keterlibatan semua
muridnya secara menyeluruh. Misalnya, beberapa orang murid yang tidak mahu mengikuti
jadual bertugas kebersihan akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakan-rakannya yang lain.
Ini menyebabkan rakan-rakannya yang lain turut tidak mahu mengikut jadual bertugas yang
telah disediakan.
Selain itu, rutin kelas juga penting dalam usaha untuk mengubah tingkah laku murid ke
arah yang lebih positif dan baik. Sekiranya sesuatu rutin diulang-ulang setiap hari atau
sepanjang masa, maka ia dapat memberi peneguhan yang positif kepada murid. Menurut B.F.
Skinner melalui teori pelaziman operan yang dikemukakannya, gerak balas akan diulangi atau
dihapuskan jika seseorang diberi peneguhan positif atau negatif sebaik sahaja gerak balas itu

ditunjukkan. Oleh hal yang demikian, untuk mengekalkan rutin yang baik ini, guru hendaklah
sentiasa memberi peneguhan yang berbentuk ganjaran atau hukuman. Contohnya, seorang
guru sering memeriksa kebersihan kelas sebelum memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya murid dapat memastikan kelas sentiasa berada dalam keadaan bersih
sebelum memulakan pembelajaran, guru bolehlah memberikan ganjaran berbentuk pujian atau
hadiah kepada muridnya. Murid yang sering menerima ganjaran tersebut kerana memastikan
kelas berkeadaan bersih akan terus mengekalkan perlakuannya untuk mendapatkan ganjaran
daripada guru. Rutin memeriksa kebersihan bilik darjah yang sentiasa diulang-ulang oleh
gurunya akan menyebabkan perubahan tingkah laku murid tersebut ke arah yang lebih positif.
Sekiranya bilik darjah sentiasa kekal berkeadaan bersih hasil daripada tingkah laku murid yang
positif maka murid dapat merasai suasana atau iklim pembelajaran yang kondusif yang
membawa kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Namun begitu, guru
perlulah memastikan keterlibatan semua murid dalam aktiviti pembersihan kelas dengan cara
mewujudkan jadual bertugas dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk melahirkan tingkah laku
yang positif disamping menggalakkan semangat kerjasama dalam kalangan murid.

You might also like