You are on page 1of 3

Tambahan pula, faktor nilai antara etnik juga menjadi antara aspek yang mendorong

kepada kemerosotan semangat perpaduan di kalangan masyakat di Malaysia.


Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Hal ini
menyebabkan, setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam
mereka serta mengutamakan etnik mereka. Ekoran daripadanya, anggota etnik lebih
mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat,
mendapatkan pekerjaan dan natijahnya akan mewujudkan polarisasi antara etnik.
Selain

daripada

itu,

kewujudan

akhbar

yang

pelbagai

bahasa

dengan

mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan


kumpulan etnik masing-masing. Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa,
cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar
jika fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.
Sementara itu, faktor penyalahgunaan media sosial juga antara aspek yang
menyebabkan semangat perpaduan semakin rapuh di kalangan masyarakat negara
kita. Hal ini terjadi kerana, media sosial seperti web dan blog serta facebook banyak
menimbulkan isu-isu sensitif. Tamsilnya, beberapa laman web yang bebas bergerak
telah menaburkan fitnah serta berita palsu yang boleh menyebabkan wujudnya
keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan bersifat rasis dan
berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang melalui media sosial.
Keadaan ini pula tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan
tugas dan bidang kuasa antara badan penguatkuasa dan badan pengawal
komunikasi. Penyebaran berita palsu dan tokoh-tambahan juga menjadi punca
perbalahan dan persengketaan terhadap anggota masyarakat di negara ini.
Antaranya adalah seperti, isu kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam
Bahasa Melayu menyebabkan berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan

rakyat di negara ini. Ianya bakal menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam
dalam masyarakat yang mampu mengguggat keamanan negara. Akhirnya saya
menegaskan bahawa, cabaran penyalahgunaan media sosial ini merupakan satu
anasir luar yang mampu untuk memecahbelahkan perpaduan dalam negara kita.

Sementara itu sejak negara menikmati arus kemerdekaan, perpaduan antara


etnik adalah satu matlamat pembangunan negara. Bermula daripada Rancangan
Malaysia Kedua (1970-1974), matlamat perpaduan sentiasa termaktub dalam setiap
rancangan pembangunan lima tahun negara. Begitu juga dalam rancangan
pembangunan jangka panjang kedua, 1991-2000, matlamat perpaduan antara etnik
terus dijadikan matlamat utama pembangunan. Hal ini demikian kerana, persoalan
mengenai semangat perpaduan adalah amat penting bagi mewujudkan kestabilan
politik dan seterusnya membawa kepada pembangunan negara yang lancar dan
konsisten

tanpa

sebarang

gangguan.

Selain

itu

daripada

kepentingan

pembangunaan negara, perpaduan juga penting dalam membantu negara untuk


menyelesaikan masalah yang melibatkan kepelbagaian etnik yang wujud di negara.
Persoalannya, apakah implikasi sekiranya tidak wujud perpaduan dalam negara?

Secara keseluruhannya, dasar-dasar British pada zaman kolonial merupakan


penyumbang utama kepada berlakunya masalah perpaduan ini. Hal ini kerana, pada
zaman penjajahan British tidak ada satu pun dasar yang tegas untuk menyatukan
masyarakat pelbagai kaum ini, bahkan British bertindak mengasingkan kaum-kaum
ini mengikut jenis pekerjaan, pendidikan, politik dan asas ekonomi yang berbeza.
Tindakan British ini mengakibatkan timbul syak wasangka dan sikap curiga antara

satu sama lain dalam kalangan orang Melayu, orang Cina dan orang India
seterusnya mewujudkan jurang pemisah serta membantutkan proses perpaduan
antara etnik-etnik ini sehingga hari ini.

You might also like