You are on page 1of 2

PEMIKIRAN NEO HINDUISME

Pengaruh aliran pemikiran barat seperti humanisme, sekularisme,


individualisme, kritikal dan sebagainya telah membawa kelahiran ajaran Neo

Hinduisme.
Ia merupakan suatu pemahaman semula terhadap ajaran agama Hindu dan

lebih cenderung kepada usaha pemodenan dan pembaharuan.


Ia lebih memberi penekanan kepada usaha perubahan atau reformasi dari aspek

sosial iaitu budaya dan agama


Wujud setelah berlakunya pertembungan antara budaya dan agama Hindu
dengan pengaruh pemikiran barat yang juga berkait rapat dengan kemasukan

agama dan pemikiran Kristian di India.


Kehadiran barat dan para reformasi India sekitar abad ke 19 menyebabkan
kemunculan Neo Hinduisme di India yang menukarkan Hindu Ortodok (Hindu

Lama) kepada Hindu Baru (Neo Hinduisme).


Di samping itu, Neo Hinduisme juga dikatakan berlaku disebabkan oleh
ideologi kepada penguasaan Eropah di India.

PERUBAHAN ATAU KESAN NEO HINDUISME


1. Dalam ajaran Neo Hinduisme, golongan intelek turut menolak amalan
ritualistik dan filosofik yang diamalkan sejak turun- temurun dalam agama
hindu.
Sebagai contoh, seorang tokoh reformasi agama Hindu iaitu Swami
Dayanda Saraswati yang telah mengasaskan Arya Samaj telah menolak

bahawa kitab Veda hanya untuk golongan Brahmin.


Beliau telah menegaskan bahawa beberapa aspek dalam agama Hindu
perlu disemak semula dan turut menegaskan bahawa kitab Veda adalah

untuk semua golongan tidak kira daripada kelas mana mereka berada.
Beliau juga mengatakan bahawa kitab-kitab seperti Purana dan kitab
lain yang menyatakan hanya sekelompok orang saja yang berhak

mempelajari Veda adalah satu kitab yang bohong.


2. Dalam ajaran Neo-Hinduisme juga melihat bahawa perlunya masyarakat India
mengamalkan sikap rasional.

Terdapat golongan intelektual India yang cenderung kepada


pengasingan agama daripada ilmu pengetahuan dan menekankan
kepentingan pencapaian kerasionalan melalui ilmu pengetahuan

daripada agama.
Mereka menegaskan agama tidak h ditolak secara mutlak, tetapi
mereka keberatan untuk menerima supernaturalisme yang terkandung
dalam agama, kerana ia merupakan penghalang kepada toleransi,

kebebasan dan penemuan ilmiah.


Ini terbukti melalui permasalahan sosial akibat daripada sistem kasta
yang terkandung dalam ajaran Hindu, begitu juga dengan adat-istiadat
Hindu yang jelas tidak memberikan keadilan kepada masyarakat seperti
pengalaman sistem Sati, perkahwinan kanak-kanak, kedudukan balu

wanita telah memberi kesan kepada pembangunan di India.


Konsep rasional ini mula mendapat perhatian masyarakat India

terutamanya golongan elit yang menerima pendidikan barat..


Golongan ini menjadikan Neo Hinduisme sebagai suatu proses
intelektual iaitu suatu percubaan pemikiran secara rasional untuk
merombak serba sedikit nilai-nilai Hindu yang berkaitan konsep
penglibatan sosial dalam keadaan zaman moden hari ini.

3. Dengan ini wujud dua golongan yang mula berkembang di India selari dengan
kehadiran reformer-reformer India pada sekitar abad ke 19 iaitu aliran yang
mahukan perubahan dan cabaran yang digelar modenis dan satu lagi aliran
yang cuba mempertahankan nilai dan tradisi Hindu iaitu golongan
Tradisionalis.
4. Golongan modernist mengaitkan Neo Hinduisme sebagai liberation while
living atau pembebasan manusia sementara masih hidup.
5. Kedua-dua golongan ini mahukan pemulihan kepada agama Hindu supaya
lebih sesuai dan progresif.
6. Walau bagaimanapun, kedua-dua aliran ini masing-masing mempunyai

pendekatan tersendiri dalam melakukan reformasi ke atas agama Hindu ke


arah Hindu yang lebih baik

You might also like