You are on page 1of 7

1.

7 Bagaimana Menggunakan
Kalendar Anda (Pengguna: Guru)
1.7 How to Use Your Calendar (User: Staff)

transforming education through the Internet

55

Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda


TUGASAN:
Menggunakan Kalendar.

OBJEKTIF:
Memastikan para peserta memahami bagaimana untuk memasukkan aktiviti dan acara ke dalam kalendar
peribadi dan menghantar jemputan kepada guru-guru lain.

TEMPOH MASA:
20 minit

ALATAN DIPERLUKAN:
Video 1.7 Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda
Komputer
Papan putih
Pen Marker
Pen and buku nota
Projektor

TATACARA:
1. PENGENALAN
Jurulatih mengajukan soalan mengenai pengalaman peserta menggunakan kalendar.
SOALAN:
Mengapakah anda perlu menggunakan Kalendar Frog untuk aktiviti harian?
Apakah impak positif hasil daripada penggunaan Kalendar Frog?
Anda boleh memaparkan dan mengurus apa juga aktiviti seperti memasukkan tarikh, masa, tempat dan
nota berkaitan.
Kalendar Frog memberi impak positif kepada pengurusan masa. Pengguna boleh menyusun tugasan tertentu
berdasarkan keutamaan, mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan. Keupayaan untuk menghasilkan
beberapa jenis kalendar juga turut membolehkan peserta menguruskan aktiviti-aktiviti sekolah seperti kelas
ICT, aktiviti kokurikulum dan lain-lain, secara lebih teratur.
2.

KALENDAR DIGITAL

Jurulatih menerangkan tentang perlunya kalendar digital menggantikan kalendar manual.


3.

VIDEO Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda


Paparkan video Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda dan hentikannya seketika apabila
perlu.
Minta peserta mematuhi arahan yang diberikan menerusi video.

4.

SESI IMBASAN

Imbas semula langkah-langkah yang diperlukan untuk pengubahsuaian kalendar.

transforming education through the Internet

56

Panduan Pengguna
Menghasilkan Acara / Aktiviti baru
Klik pada Quick Launch di Frog Bar dan klik pada Calendar.

Dalam tetingkap Calendar, klik pada masa acara


/ aktiviti anda bermula dan kemudian tarikh dan
masa ia berakhir.

Dalam panel New Event masukkan nama acara / aktiviti tersebut.


Sebagai latihan, masukkan acara / aktiviti anda sendiri seperti
mesyuarat, sambutan, acara dan sesi perbincangan.

Pada pilihan Repeat, secara lalai tertera perkataan No recurrence


yang menunjukkan bahawa acara/aktiviti baru tidak akan diulang
setiap hari, minggu, bulan dan tahun seterusnya. Jika anda mahu
mengubah peringatan ulangan ini, klik pada pilihan No recurrence.

transforming education through the Internet

57

Setelah itu, anda akan dibawa ke panel seterusnya yang memaparkan


beberapa pilihan untuk ulangan acara/aktiviti iaitu: No recurrence, Every
day, Every week, Every two weeks, Every month, dan Every year. Sebagai
latihan, pilih No recurrence dan tekan pada butang OK.

Anda akan dibawa kembali ke panel asal iaitu panel New Event. Pada
panel ini, sila masukkan nota jika terdapat maklumat tambahan yang
berkaitan dengan acara/aktiviti. Sebagai contoh, masukkan nota: Tolong
Bawa Laptop Dan Laporan Mesyuarat PIBG Bulan 3. Terima kasih.

Hantar jemputan kepada seorang guru atau kumpulan ke acara


tersebut dengan mengklik butang Manage Invitations dan cari
individu atau kumpulan yang berkenaan.

Di dalam kotak carian, taip nama individu atau


kumpulan yang anda ingin jemput ke acara
tersebut. Jika nama mereka tersimpan di dalam
VLE, ia akan muncul secara automatik di bawah
kotak carian.

transforming education through the Internet

58

Klik butang Add di sebelah nama individu tersebut


untuk menambahkannya ke dalam senarai.
Jemputan akan dihantar kepada mereka melalui
panel Notifications. Acara/aktiviti juga akan
muncul di dalam kalendar mereka supaya mereka
boleh menerima atau menolak jemputan tersebut.
Klik OK untuk menghantar jemputan.

Klik butang Create Event untuk memasukkan acara/aktiviti ke dalam


kalendar anda.

Memadam Acara / Aktiviti

Klik pada acara/aktiviti kalendar untuk


melihat butirannya. Untuk memadamkannya,
klik butang Delete yang berwarna merah.
Tindakan ini juga akan memadamkan manamana jemputan pada kalendar dan di panel
Notifications pengguna lain.

Menukar Warna Kalendar


Untuk mengenal pasti acara/aktiviti kalendar anda dengan
lebih mudah, tetapkan warna yang berbeza untuk setiap
kalendar. Klik pada anak panah kecil berwarna putih di
hujung kalendar anda, di bahagian My Calendars.

transforming education through the Internet

59

Pilih Set Colour dari menu pilihan untuk melihat


pilihan warna.

Pilih satu warna dari pilihan warna. Jika anda klik


warna di dalam petak empat segi kecil, warna itu
akan ditambah ke dalam panel New.
Klik OK untuk mengubah dan mengemaskini
warna kalendar anda.

Menambah Kalendar
Untuk menambah satu lagi kalendar, klik butang
Add di kawasan My Calendars.
Kalendar tambahan mungkin diperlukan untuk
acara berjadual yang berbeza, sebagai contoh
aktiviti ko-kurikulum.

Apabila anda mengklik butang Add, anda akan melihat paparan


skrin seperti di sebelah.
Masukkan nama dan huraian pada kalendar baru.
Sebagai latihan, masukkan maklumat berikut:
Calendar Name: Tae Kwon Do
Calendar Description: Sesi Latihan
Dalam menu ke bawah Calendar Availability, pilih tahap akses
kalendar tersebut.

transforming education through the Internet

60

Pilihan adalah seperti berikut:


Restricted Hanya anda yang boleh mengakses kalendar.
Public Semua pengguna VLE boleh melihat kalendar tetapi tidak boleh membuat perubahan
ataupun memasukkan acara/aktiviti ke dalam kalendar.
Shared Hanya mereka yang diberi kebenaran boleh melihat dan membuat perubahan pada
kalendar.

Kemudian, klik Create Calendar.

Kalendar baru anda akan muncul di bawah kalendar


peribadi. Pengguna lain boleh mengakses kalendar
tersebut. Klik tab untuk menukar paparan kalendar
mengikut keperluan.

You might also like