You are on page 1of 15

RIS

PEMARKAHAN

SEMESTER 1 SESI 2010/2011


KOD & NAMA KURSUS

KRL 3033
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
TAJUK

KEBERKESANAN LATTICE MULTIPLICATION DALAM


PENYELESAIAN OPERASI DARAB DENGAN 2 DIGIT DALAM
KALANGAN MURID TAHUN 5

BAB 1 PENGENALAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA
KAVITHA A/P AINAK

NO. MATRIK
D20102045286

PROGRAM
PPG PJJ

PENSYARAH / PENYELIA

: Dr. Azlan bin Kamari

TARIKH

: 23 March 2014

ABSTRAK

Kajian Penyelidikan ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan kaedah Lattice


Multiplication dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran operasi darab nombor
empat hingga lima digit dengan pendarab dua digit. Responden kajian ini terdiri
daripada l5 orang murid Tahun 5 Malligai yang berpencapaian lemah dalam matematik
dari sebuah sekolah sekitar Selangor. Murid-murid ini dipilih berdasarkan pencapaian
mereka dalam Ujian Pra yang dijalankan oleh penyelidik. Mereka telah didedahkan
kepada kaedah Lattice Multiplication dalam empat sesi proses pengajaran dan
pembelajaran secara sistematik. Data dikumpulkan melalui ujian bertulis dan soal
selidik. Hasil analisis data menunjukkan tiga orang murid memperoleh markah penuh
serta sepuluh orang murid lagi menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan
dalam Ujian Pos. Markah min murid dapat ditingkatkan ke 95% dalam Ujian Pos di
mana Ujian Pra hanya mencatatkan 8.75%. Hasil kajian ini menunjukkan kaedah
Lattice Way adalah satu kaedah alternatif yang sangat berkesan dalam membantu
murid-murid menyelesaikan operasi darab satu hingga lima digit dengan pendarab dua
digit.

ABSTRACT
1

The purpose of this research study was conducted to explore the effectiveness of the
Lattice multiplication in increasing the understanding and skills of a multiplication operation
up to five -digit numbers by two- digit multipliers . The respondents consisted of l5 pupils
from Year 5 Malligai who are weak in math achievers from a school in Selangor . Students are
selected based on their achievements in a pre-test conducted by the researchers . They were
exposed to the ' Lattice multiplication ' in four sessions of teaching and learning process
systematically. Data were collected through written tests and questionnaires. The analysis of
the data showed three students earned full marks and ten students again showed significant
improvement in the post test. The mean scores of students can be increased to 95 % in the
post test in which a pre test recorded only 8.75 %. The results show that the ' Lattice Way' is
an alternative method that is very effective in helping students solve multiplication operation
of up to five digits with two-digit numbers .

BAB 1

PENDAHULUAN

MUKA SURAT
2

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Kajian

1.2 Pernyataan Masalah

1.3 Kerangka Konseptual

1.4 Objektif Kajian

11

1.5 Persoalan Kajian

11

1.6 Kepentingan Kajian

11

1.7 Batasan Kajian

12

1.8 Definisi Pembolehubah

12

1.9 Penutup

13

1.10 Bibliografi

14

1.0 Pendahuluan
Matematik merupakan salah satu matapelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR). Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Matematik (1989),
Matematik merangkumi kemahiran asas tambah, tolak, darab dan bahagi. Sebagai sebuah
negara yang pesat membangun dan menuju kearah status negara perindustrian menjelang abad
ke 21 negara perlu melahirkan ramai tenaga pakar dalam bidang sains dan teknologi. Justeru
itu, guru memainkan peranan utama dalam merealisasikan hasrat negara kepada pencapaian
pelajar dalam bidang sains dan matematik.
Selaras dengan itu juga matlamat pendidikan negara adalah untuk melahirkan rakyat
yang berbudaya sains dan teknologi serta mampu memahami dan menangani isu-isu dan
masalah dengan pemikiran yang rasional serta dapat mengaplikasikan peluang yang ada
dalam kehidupan pada masa kini dan masa depan. Walaupun negara kita mempunyai cita-cita
yang murni dan setinggi gunung namun kita perlu sedar,sejak beberapa dekad kebelakangan
ini prestasi pelajar kita dalam mata pelajaran matematik agak mengecewakan. Baru-baru ini
keputusan SPM 2013 telah diumumkan. Pencapaian Matematik agak mengecewakan
berbanding dengan matapelajaran yang lain. Penurunan sebanyak 0.08% berbanding dengan
keputusan pada tahun 2012. Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan? Adakah pelajarpelajar kita, ibubapa,guru-guru atau kementerian pendidikan.
Sehubungan dengan itu, kita perlu meneliti dan memahami apakah faktor-faktor
yang menyebabkan naik turun dalam mata pelajaran matematik. Sekiranya kita membuat
tinjauan secara rambang kepada pelajar-pelajar sekolah rata-rata kita mendapati pelajar kita
lebih mengemari kepada aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah,seperti melepak di pusat
membeli belah , di pusat-pusat hiburan dan sebagainya. Sedar atau tidak pelajar-pelajar kita
tidak dapat mengerakkan minda mereka untuk berfikir dengan mendalam betapa pentingnya
matematik dalam kehidupan mereka. Walaupun bagaimanapun, pencapaian dan minat pelajar

terhadap mata pelajaran Matematik tidak begitu menggalakkan 1(Mazlan, 2002). Persepsi
pelajar terhadap matapelajaran matematik sebagai satu subjek yang sukar masih tidak dapat
ditangani. Apabila kita membuat kaji selidik terhadap mata pelajaran matematik sudah pasti
kita akan mendapati lebih separuh daripada pelajar akan mengatakan pelajaran matematik itu
satu subjek yang membosankan, sukar untuk mencari jawapan, melihat angka-angka sahaja
sudah memualkan pelajar. Pelbagai jawapan akan diberi oleh pelajar yang rata- ratanya
bersifat negatif .Di manakah salah silapnya pelajar kita. Kenapakah mereka berkelakuan
sedemikian? Kenapa pelajar fobia kepada matamatik?
Jika kita hasratkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akan menjadi lebih cemerlang maka
kita perlu memberi nafas baru kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bidang matematik
supaya kita berjaya melahirkan pencapaian yang bernas dalam bidang matematik dan sains.
Peranan matematik dalam kemajuan tamadun hari ini memang tidak dapat dinafikan lagi.
Aplikasi matematik ke dalam pelbagai bidang sains dan teknologi telah mendatangkan suatu
pembaharuan dan perubahan yang besar kepada dunia. Matematik boleh dikatakan kunci
kepada peluang pekerjaan dan kerjaya di mana kebolehan menyelesaikan masalah dalam
matematik adalah mustahak sebagai asas pendemokrasian dalam era teknologi terkini
(Mazlan, 2002). Yang terkini, pemilihan Dr. Sheikh Muzaffar Shah sebagai angkasawan
Malaysia yang pertama merupakan satu contoh dimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah
melahirkan satu generasi yang mampu membawa impak besar kepada negara. Ilmu matematik
merupakan bidang yang luas dan meliputi semua aspek kehidupan. Tidak salah jika dikatakan
bahawa kehidupan seharian manusia semuanya berkisarkan aplikasi matematik.

1.1 Latar Belakang Kajian


1 (Mazlan, 2002) pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik tidak
begitu menggalakkan .
5

Kandungan Matematik KBSR bertujuan untuk membina pemahaman murid terhadap


konsep nombor dan kemahiran asas dalam operasi, dan diaplikasikan dalam kehidupan harian
mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan aspirasi menjadi sebuah
masyarakat dan negara maju, dan pada masa sama kemahiran ini membolehkan murid
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum ini menegaskan pembinaan
konsep dan penguasaan kemahiran dengan menyeluruh dan mengambil kira aspek
penyelesaian masalah, penaakulan, komunikasi dalam matematik dan membuat perkaitan
2

Sharifah Maimunah (2001, dalam Noraini, 2007).


Sukatan pelajaran bagi Tahun 5 untuk topik pendaraban meliputi pendaraban lima

digit dengan satu digit nombor, pendaraban lima digit nombor dengan 10, 100 dan 1000 dan
pendaraban lima digit nombor dengan dua digit nombor. Manakala konsep asas yang perlu
dikuasai dalam topik ini adalah penguasaan sifir 1 hingga 9.
Kebanyakan pelajar menggunakan masa yang lebih untuk menyelesaikan masalah
matematik dibandingkan dengan matapelajaran lain. Terdapat tahap-tahap kesukaran tertentu
yang menggagalkan proses penyelesaian masalah. Tahap-tahap kesukaran tersebut berhirarki
dan bermula dari peringkat mengamati, memahami, mempelajari dan memproses maklumat
matematik secara tersendiri (Malik, 1999).
Sehubungan itu, pendekatan guru dalam pengajaran perlu berubah daripada pengajaran
tradisional yang berpusatkan pelajar. Kurikulum KSSR melibatkan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah. Maka, guru perlu menggalakkan pelajar membina kemahiran sendiri dengan
mengunakan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian. Pengunaan ICT merupakan satu
ransangan yang positif kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat terkini berserta
penggunaan geometers sketchpad bagi memantapkan pengetahuan pelajar tentang kebenaran
matematik.
2 Sharifah Maimunah (2001, dalam Noraini, 2007) aspek penyelesaian masalah, penaakulan,
komunikasi dalam matematik dan membuat perkaitan
6

Pelajar juga perlu digalakkan belajar secara koperatif dimana para pelajar dapat
berbincang membuat penyiasatan, penerokaan dan membuat kesimpulan bersama-sama.
Pelajar juga digalakkan mengembangkan idea-idea secara konstruktivisme dalam sesuatu
situasi yang diberi. Supaya konsep yang diperkenalkan boleh digunakan untuk jangka
panjang.
Motivasi guru pada masa sekarang sangat lemah. Maka, para guru perlu inovatif dan
kreatif membuat kajian dan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajarpelajar.Pendekatan yang sesuai perlu dicari dan digunakan. Refleksi keatas pendekatan dibuat
dan perlu diulangi kitaran sehingga membuahkan kejayaan. Persekitaran pembelajaran yang
menyokong dan mengalakkan penaakulan matematik dan meningkatkan kecenderungan
pelajar terhadap matematik perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru matematik
dengan menjana minda pelajar kearah yang positif.
Seringkali pelajar menghadapi masalah dalam pendaraban lima digit nombor dengan
dua digit nombor. Maka. guru juga perlu menganalisis secara berterusan pengajaran dan
pembelajaran secara memerhati, mendengar dan mengumpul maklumat tentang pelajar untuk
mentafsir apa yang sedang dipelajari dan memeriksa kesan tugasan dan persekitaran
pembelajaran keatas pengetahuan. Memandangkan pelajar Tahun 5 Malligai merupakan murid
yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun hadapan, maka usaha-usaha pemulihan
perlulah diambil bagi mengelakkan masalah ini berlanjutan dan mendatangkan kesukaran
kepada pelajar semasa menjawab soalan-soalan darab melibatkan topik-topik lain selain dari
nombor bulat.

1.2 Pernyataan Masalah

Kajian berfokuskan membantu murid-murid menguasai konsep pemdaraban nombor


bulat. Pendaraban melibatkan lima digit nombor dengan pendarab dua digit. Pendaraban
merupakan salah satu kemahiran asas matematik paling sukar dimahiri serta sering
digunakan dalam menyelesaikan masalah rutin kehidupan seharian. Kemahiran ini amat
penting bagi murid Tahun 5 supaya dapat meneruskan pembelajaran topik-topik
seterusnya yang saling berkait rapat seperti penyelesaian masalah berayat, wang, masa,
pengukuran dan sebagainya. Pembelajaran tahun 5 dianggap penting kerana ia adalah
peringkat pengukuhan di tahap dua di peringkat sekolah rendah. Sekiranya penguasaan
murid masih lagi tidak stabil dalam pendaraban nombor bulat, mereka akan menghadapi
kesukaran dalam topik-topik lain yang melibatkan pendaraban.
3

Issic Leung, Regina Wong dan Wai-sum Pang (2006), juga menyatakan guru

menghadapi cabaran hebat untuk menerangkan dan mengajar konsep serta kemahiran
darab kepada murid-murid di peringkat sekolah rendah. Pendaraban nombor bulat
memerlukan pemikiran yang kritikan dan penaakulan yang tinggi. Murid sering
menggunakan proses mental iaitu teka dan padan nombor maksimum yang kurang dari
pendarab. Proses ini mengelirukan murid kerana ia tidak berkait rapat dengan kehidupan
seharian murid seperti pengkumpulan dan perkongsian.
Pada sesi pengajaran pertama, pendaraban bentuk lazim digunakan. Kaedah ini yang
sering digunakan oleh guru-guru matematik dalam menyelesaikan operasi darab.
Terperanjat apabila mendapati kebanyakan murid tahun 5 Mallgai masih lemah dan tidak
memahami konsep pendaraban. Sebilangan murid tidak mendapat jawapan betul
walaupun melibatkan nombor kecil. Selepas penyoalan selanjutnya, terkejut dengan
jawapan dan cara kerja yang ditunjukkan oleh segelintir murid. Didapati mereka tidak
memahami maksud dan konsep darab dengan jelas.
3 Issic Leung, Regina Wong dan Wai-sum Pang (2006), guru menghadapi cabaran hebat
untuk menerangkan dan mengajar konsep serta kemahiran darab kepada murid-murid di
peringkat sekolah rendah
8

Sebagai satu usaha untuk mengetahui pengetahuan asas murid dalam operasi darab
sebuah kuiz pendek melibatkan operasi darab hanya satu hingga tiga digit dengan
pendarab dua digit diadakan. Semua murid melibatkan diri secara kumpulan. Melalui kuiz
tersebut, didapati sebilangan besar murid masih belum mahir menggunakan pendaraban
bentuk lazim.
Beberapa contoh lain penadaraban kaedah lazim turut ditunjukkan tetapi mereka
masih kelihatan keliru. Segelintir murid dapat menyelesaikan soalan sekiranya bimbingan
guru diberikan. Namun, mereka masih kelihatan keliru dan gagal menyelesaikan soalan
pendaraban apabila diminta membuat soalan dengan sendiri tanpa sebarang bimbingan.
Berasa tertekan kerana masih gagal membantu murid mahir dalam kaedah pendaraban
secara lazim walaupun mengikuti cara pendaraban yang ditekankan dalam Buku Teks
Matematik Tahun 4.
Didapati penguasaan operasi darab murid tidak memuaskan melalui pemerhatian dan
menyemak buku latihan mereka. Keadaan amat membimbangkan apabila beberapa murid
menghantar latihan tanpa menyiapkan soalan yang diberikan. Berasa marah dan tertekan
dengan perangai anak-anak murid yang tidak dapat menyelesaikan latihan. Hasil
pemerhatian, didapati beberapa murid menulis hasil darab di nilai tempat yang salah dan
menambah nomor mengikut kesukaan mereka.
1.3 Kerangka Konseptual
Kerangka konseptual merupakan gambaran kajian ini secara kasar. Ia ditunjukkan di dalam
bentuk gambarajah. Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat tentang pengaplikasian Lattice
Multiplication dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil Batang Kali, di Daerah Hulu Selangor. Terdapat tiga item yang ingin dilihat dan
dijadikan sebagai objektif kajian. Rekabentuk tersebut ditunjukkan seperti mana gambar rajah
di bawah:-

PEMBOLEHUBAH

PEMBOLEHUBAH

BERSANDAR

TIDAK BERSANDAR

Faktor minat

Tahap pendaraban lima digit


nombor dengan dua digit
nombor menggunakan
kaedah Lattice
Multiplication

Faktor sikap

Faktor persekitaran

Keberkesanan kaedah
Lattice Multiplication
dalam pendaraban
melibatkan lima digit nombor
dengan duan digit nombor

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual


Faktor-faktor yang dibincangkan di dalam kajian ini terdiri daripada faktor minat,
sikap dan persekitaran. Manakala untuk pembolehubah tidak bersandar pula, penyelidik telah
merujuk kepada Tahap pendaraban lima digit nombor dengan dua digit nombor menggunakan
kaedah Lattice Multiplication dan Keberkesanan kaedah Lattice Multiplication dalam
pendaraban melibatkan lima digit nombor dengan duan digit nombor.

10

1. 4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif seperti berikut:a) mengenalpasti keberkesanan Lattice Multiplication dalam penyelesaian
operasi darab dengan 2 digit dalam kalangan murid Tahun 5.
b) mengetahui samada kaedah Lattice Multiplication membantu meningkatkan
kelancaran penguasaan tajuk-tajuk lain.
1.5 Persoalan
Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan iaitu:1) Apakan tahap kaedah Lattice Multiplication dalam kalangan murid Tahun
5?
2) Apakah kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh murid dalam tajuk
pendaraban nombor bulat?
1.6 Kepentingan Kajian
4

Cox (1975, dalam Shahrina, 2006) mendapati bahawa tanpa pengajaran pemulihan,

kesilapan sistematik akan berterusan bagi tempoh masa yang panjang. Beliau menyatakan
bahawa 23.0% daripada pelajar-pelajar yang melakukan kesilapan sistematik akan terus
melakukan kesilapan yang sama dan serupa pada masa-masa yang berikutnya.
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah Lattice Multiplication bagi mengenalpasti
masalah pembelajaran pelajar dalam tajuk pendaraban nombor bulat melibatkan pendaraban lima
digit nombor dengan pendarab dua digit nombor.

Kesalahan-kesalahan lazim dan langkah-

langkah penyelesaian pelajar dianalisis untuk mengenalpasti masalah-masalah pelajar dalam tajuk
pendaraban dengan dua digit nombor dan seterusnya mencadangkan beberapa langkah pemulihan
dan penggayaan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Pendekatan pemulihan bertujuan
membantu para pelajar yang mengalami masalah pembelajaran dan mendalami bidang kesukaran
mereka.

4 Cox (1975, dalam Shahrina, 2006) kesilapan sistematik akan berterusan bagi tempoh masa
yang panjang
11

Manakala pendekatan pengayaan kebiasaannya dapat membantu pelajar yang mengalami


masalah lambat faham atau lebih dikenali sebagai `slow learner`. Selain itu langkah pemulihan
dan pengayaan ini membolehkan para guru mencuba pelbagai pendekatan baru dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan kesilapan berulang yang dilakukan pelajar.
Maklum balas dari kajian ini juga dapat mengenalpasti bagaimana seseorang pelajar itu
mentafsirkan sesuatu masalah dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut. Hasil kajian ini

diharapkan dapat memberi manfaat kepada guru-guru Matematik terutamanya di sekolah


rendah.
1.7 Batasan
Beberapa batasan kajian telah ditetapkan iaitu:
a) Kajian ini melibatkan 15 orang murid Tahun 5 Malligai SJKT Batang Kali.
Responden kajian ini ialah 9 murid-murid lelaki dan 6 murid-murid perempuan.
b) Kajian ini melibatkan ujian diagnosis untuk mengenalpasti kesalahan-kesalahan
lazim yang dilakukan oleh murid Tahun 5 Malligai.
c) Soal selidik sekurang-kurangnya dua kali sepanjang kajian.
d) Temubual sekurang-kurangnya 4 orang guru dan 10 orang murid.
1.8 Definisi Pembolehubah
1.8.1

Minat
Definisi minat iaitu keinginan (kesukaan, kecenderungan) kepada sesuatu. (Kamus

Dewan, 2005). Dalam kajian ini, minat bermaksud minat yang ditunjukkan oleh murid Tahun
5 Malligai terhadap keberkesanan pendaraban lima digit nombor dengan dua digit nombor
dengan menggunakan kaedah Lattice Way.

12

1.8.2

Persekitaran
Persekitaran adalah perihal sekeliling di mana ia juga berkaitan dengan suasana,

keadaan di sekeliling ataupun sesuatu keadaan. Persekitaran di dalam dan di luar sekolah yang
selesa dan tenang membolehkan murid belajar dengan baik dan fokus terhadap pembelajaran
Oleh itu, persekitaran yang dikaji dalam kajian ini adalah suasana atau keadaan di sekitar
kawasan sekolah yang mendorong kepada pembelajaran murid.
1.8.3

Sikap
Menurut 5Sarnoff (dalam Sarwono, 2000) mengdentifikasikan sikap sebagai kesediaan

untuk bereaksi. sikap adalah keadaan diri dalam manusia yang menggerakkan untuk bertindak
atau berbuat dalam kegiatan sosial dengan perasaan tertentu di dalam mendampingi objek
situasi atau kondisi di lingkungan.
1.9 Penutup
Secara keseluruhanny, bab 1 ini menggambarkan tentang tujuan dan kepentingan kajian ini
dijalankan. Komponen-komponen yang dibincangkan dalam kajian ini akan membuka ruang
kepada penyelidik menjalankan kajian ini dengan sempurana. Proses kajian ini pula, berharap
akan memberikan satu peluang untuk membantu murid yang berpencapaian lemah dalam
matematik menguasai operasi darab dan meningkatkan keyakinan serta minat mereka dalam
matematik. Diharap pencapaian murid-murid dalam penguasaan operasi darab akan memberi
impak yang positif dan memberansangkan dengan menggunakan kaedah Lattice
Multiplication ini.

5 Sarnoff (dalam Sarwono, 2000) mengdentifikasikan sikap sebagai kesediaan untuk


bereaksi.
13

1.10 Bibliografi
(Mazlan, 2002) pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik
tidak begitu menggalakkan .
Sharifah Maimunah (2001, dalam Noraini, 2007) aspek penyelesaian masalah,
penaakulan, komunikasi dalam matematik dan membuat perkaitan.
Issic Leung, Regina Wong dan Wai-sum Pang (2006), guru menghadapi cabaran hebat
untuk menerangkan dan mengajar konsep serta kemahiran darab kepada murid-murid
di peringkat sekolah.
rendah.
Cox (1975, dalam Shahrina, 2006) tanpa pengajaran pemulihan kesilapan sistematik
akan berterusan bagi tempoh masa yang panjang.
Kamus Dewan 2005.
Sarnoff (dalam Sarwono, 2000) mengdentifikasikan sikap sebagai kesediaan untuk
bereaksi.

14

You might also like