You are on page 1of 47

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PENDIDKAN TEKNIK


KUALA LUMPUR

EDU 3106
BUDAYA DAN
PEMBELAJARAN

NAMA

: KHAIRUL NIZA BINTI ISMAIL

NO. K. PENGENALAN

: 740624-08-6206

UNIT

: PPG AMBILAN JUN 2011 (KOHOT

1)
KUMPULAN

: SAINS 1

KOD KURSUS

: EDU 3016
(BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

NAMA PENSYARAH

: PN. NOR AZAH BT AHMAD

SAFRAN
TARIKH HANTAR

: 1 SEPTEMBER 2012

TAJUK

PERAYAAN
DAN
UPACARA ADAT RESAM
KAUM MELAYU
DI MALAYSIA

Sari, busana tradisional India yang paling disukai.

Gadis India menggayakan Baju Pavadai Choli yang


menggandingkan baju pendek dipadankan kain kembang
dari sutera bertenun benang emas.

Pakaian Kaum Iban

Kanak-kanak perempuan
Iban berpakaian dalam
pakaian penuh (wanita)
Iban semasa upacara
Gawai di Debak, rantau
Betong, Sarawak

Kain Sirat
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas
kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang
berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain
ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang
indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut
dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat
dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan
celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari
pinggang ke hadapan dan belakang badan;
mempamerkan bahagian yang berhias.
Dandong
Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh
lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong.
Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini
digunakan sebagai pembungkus barang-barang
persembahan dalam upacara-upacara tertentu.
Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun
dengan cara ikat.

Bidang
Wanita Iban memakai kain sarung yang
dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan
panjangnya cuma lebih kurang separas lutut.
Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang
kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan
terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya
yang dicantumkan. Bidang yang digunakan
sebagai pakaian harian tidak banyak reka
coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya
dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang
bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika
upacara tertentu @ sebarang perayaan pula
dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan
diwarnakan dengan warna merah bata dan
kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang
tersebut yang dihiasi dengan reka corak

Kalambi
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis
iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi
dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu
sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri
daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua.
Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang
lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbezabeza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh
hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam
motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan
jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias
dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan
figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh
pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai
pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang
ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran
yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif
tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi
hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal
atau dihias dengan karangan manik.

Bedong
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang
panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali
sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak
tenunan yang sangat halus. Panjang bedung
hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu
sebagai selendang atau diselempangkan di badan
seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara
rasmi.
Pua Kumbu
Pua Kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang
paling terkemuka. Pua Kumbu dikatakan
mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di
dalam upacara-upacara seperti berubat, gawai dan
seumpamanya. Dalam upacara perkahwinan pula,
ibu bapa pengantin perempuan menghadiahkan
kain ini kepada keluarga pengantin lelaki sebagai
'mas kahwin'. Semasa bersanding, pasangan
pengantin duduk di bawah 'sengkuap' untuk
mendapat restu daripada saudara tua. Pua juga
digunakan untuk menghias pelamin, dan lain-lain
kegunaan selain digunakan sebagai pakaian.

Pakaian kaum Kadazan

kaum Kadazan adalah sederhana


berbanding dengan kumpulan etnik yang
lain. Pakaian kaum lelaki menunjukkan
pengaruh pakaian Cina. Terdapat tiga
jenis blaus kaum wanita. Satu
daripadanya ialah blaus lengan pendek
yang dipakai oleh wanita muda. Satu lagi
ialah blaus dengan lengan dipakai
oleh wanita pertengahan umur untuk
pakaian seharian. Jenis yang ketiga
dipakai oleh wanita tua atau pakar ritual
semasa sesuatu upacara.

Pakaian kaum wanita


Sinuangga Baju blaus lengan pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh
wanita muda. Mempunyai sulaman berwarna suramdi sepanjang lubang
kepala dan lengan, dansepanjang jahitan tepi dan pertengahan belakang.
Benang berwarna merah, kuning, dan krim digunakan.
Jahitan utama: sinusuk bulus (jahitan rantai), tantop (jahitan bulu).
Teknik jahitan bulu juga digunakan untuk membuat binuunsi, satu jalur
merah dan kuning sempit yang ditenun seperti tali kasut.
Butang betawi dilingkar dengan tali di bahagian dalam. Ini dalah supaya
butang ini dapat digunakan dengan blaus yang lain. Butang betawi pada
satu masa dahulu dilekat sehingga ke leher baju untuk upacara tertentu
dan separuh dari bahagian bawah blaus untuk pakaian seharian. Pada
masa kini, tidak banyak perbezaan nya. Butang-butang ini diikat dari
bahagian atas ke bawah blaus menggunakan benang kapas.
Butang perak Betawi yang disalut emas merupakan simbol status bagi
kaum Kadazan Penampang. Sesiapa yang mampu mempunyai 30 butang
dianggap kaya.

Aksesori
Himpogot Tali pinggang dibuat dari duit perak. Biasanya
tiga di pakai bergantung kepada kekayaan pemakai, satu di
keliling pinggang, dan dua lagi di atas dan di bawah
tangkong.
Tangkong. Tali pinggul yang dibuat daripda 84 gelang
tembaga berukir. Tiga tangkong dipakai bersama, diikat
dengan tali ratan merah(hindagang), hitam(initom) . Tali
ratan merah digunakan untuk wanita yang belum berkahwin
dan hitam untuk wanita yang sudah berkahwin. Tali in
biasanya di biarkan kosong di bahagian belakang untuk
mengelakan dari sesak nafas.. Tangkong ini boleh di
regangkan untuk berbagai tujuan, satu darinya ialah
memudahkan seseorang membawa bakul di belakang.
Titimbak Pin rambut digunakan untuk menghias dan
mengetatkan sanggul.
Tiningkokos Gelang lingkar dibuat dari tembaga atau perak
Gohong Gelang tembaga atau perak
Hamai Rantai leher
Simbong Subang
Paun Kerongsang dibuat dari duit syilling emas

Siga do bobohizan Dipakai oleh Bobohizan semasa sesuatu


upacar ritual. Ia merupakan tengkolok penuh dengan hiasan
daripada bulu burung merak atau turki. Bulu burung ini diikat
dan dijahit keatas satu jalur kain yang lebar. Bulu ini
memberi sokongan dan bentuk kepada tengkolok tersebut,
yang mana kelihatan dari hadapan hampir ditutup oleh kain
seperti kipas di kepala. Dari bahagian belakang, bulu-bulu ini
hampir semua kelihatan. Jalur kain dimana bulu itu
dilekatkan dihiasi dengan renda, sulaman dan manik-manik.
Andavi do tandaa ataupun bulu panjang ayam jantan juga
dijahit di hadapan kain tersebut. Hujung setiap bulu diikat
dengan potongan kain yang berwarna-warni. Dari bahagian
bawah kedua dua tepi tengkolok, dijahit beberapa lingkaran
manik berwarna warni yang bergantung di bahagian
hadapan/dada.. Tengkolok ini diikat dengan kain di belakang
kepala. Tinggi tengkolok ini ialah kira-kira 1 kaki.
Husob Kain berwarna warni yang dipakai oleh bobohizan
diatas bahu dan melintangi badan. Biasanya dua husob
dipakai berselang-seli.

Pakaian lelaki
Gaung Baju lengan panjang tanpa sulaman.
Pada masa sekarang, ia dihiasi dengan
perhiasan dan butang emas.
Souva Seluar panjang hitam dengan ikat
pinggang berwarna biru indigo. Perhiasan emas
di sepanjang pinggang seluar moden.
Kaking atau toogot Bengkung pinggang hitam
Siga Penutup kepala dibuat dari kain dastar,
dilipat atau dililit dalam beberapa cara yang
istimewa: hinopung (hopung= ular sawa) model
berpilin Kinahu (kahu = pemegang belanga)
model berlipat sinimbitan atau tinahanuk,
dimana satu tepi kecil terkeluar.
Tupi sinikat Topi bulat dibuat dari tali yang
kuat dengan teknik lingkaran dan ikaat untuk
menguatkan siga.

Sambutan Perayaan Di
Malaysia
SAMBUTAN PERAYAAN UTAMA DI MALAYSIA

Hari Raya Aidil Fitri

Tahun Baru Cina

Perayaan Deepavali

Perayaan Krismas

Perayaan Gawai Dayak

Pesta Songkran

Perayaan Tadau Kaamatan

KAUM

AGAMA

Melayu

Islam

Cina

Buddha

TEMPAT IBADAT

PERAYAAN

Masjid

Hari Raya Puasa

surau

Hari Raya Haji

Tokong

Tahun Baru Cina


Chap Goh Mei
Hari Wesak

India

Hindu

Kuil

Hari Deepavali
Hari Thaipusam

PERAYAAN UTAMA
KAUM MELAYU
Hari Raya Puasa / Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Qurban/Hari Raya Aidiladha
Maulud Nabi
Maal Hijrah

PERAYAAN BAGI PENGANUT


AGAMA ISLAM
Hari Raya Puasa
Dikenali sebagai Hari raya Aidilfitri.
Diraikan pada 1 Syawal setiap tahun mengikut kalendar Islam.
Perlu berpuasa selama 1 bulan
Tujuan merayakannya sebagai tanda kemenangan setelah berpuasa
selama sebulan pada bulan Ramadan.

Hari Raya Haji


Diraikan pada 10 Zulhijah sempena memperingati peristiwa
penyembelihan kibas oleh Nabi Ibrahim sebagai menggantikan anaknya
Nabi Ismail yang telah diwahyukan oleh Allah.
Pada bulan tersebut, penganut agama Islam di seluruh dunia
berkumpul di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.
Hari raya Haji juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya
Aidiladha

HARI RAYA PUASA

HARI RAYA HAJI

Perayaan Utama Kaum Cina


Tahun Baru Cina
Chap Goh Mei
Hari Wesak

Tahun Baru Cina

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor
makhluk ganas yang bernama Nian membuat huru-hara di Tanah Besar
China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan
kesengsaraan.Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk ini.
Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan
reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang
dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi
kalender masyarakat Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung,
mercun dan pakaian cheongsam , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan
masyarakat Cina.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di


China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang
kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada
orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha
telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12
binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua
binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi
masyarakat Cina Buddha.Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus,
monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan
arnab.Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini
akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

Chap Goh Mei


Lima belas hari selepas Tahun Baru Cinamerupakan hari
Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan
berakhirnya perayaanTahun Baru Cina. Pesta Chap Goh
Mei disambut dengan mengadakan upucara
sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar
akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama
keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan
bagi meraikan Chap Goh Mei.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari
pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba
indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar
mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga
amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai
dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau
yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat
pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina
akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan
perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung,
tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera besar
"Chingay".

Hari Wesak
Hari Wesak merupakan
hari terpenting bagi
penganut agama Buddha
kerana hari Wesak
melambangkan Kelahiran,
Pencerahan Agung, dan
Kewafatan
Gautama Buddha. Hari
Wesak juga dikenali
dengan nama Visakah
Puja atau Buddha Purnima
di India, Vesak di
Singapura, Visakha Bucha
di Thailand, dan Wesak di
Sri Lanka.

Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan


mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi
untuk memberikan penghormatan kepada
Buddha,yang dilambangkan oleh simbolsimbol Buddha seperti Pagoda, patung
Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik
Buddha). Para penganut juga akan
melafazkan semula Tisarana(Tiga
Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha)
untuk memperbaharui komitmen mereka
kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam
pengertian ajaran Buddha merujuk kepada
perlindungan daripada kesengsaraan dan
ketidakpuasan duniawi.

PERAYAAN UTAMA
KAUM INDIA
Hari Deepavali
Hari Thaipusam

Hari Deepavali

Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta


cahaya,Deepavali atau Diwali adalah simbol kebaikan
menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Di
hari ini, kerajaan mengishytiharkan satu hari cuti umum.

Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu,


biasanya pada bulan Oktober atau November.Oleh kerana
namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu
oleh penganut Hindu.Asal usul perayaan ini adalah berkaitan
dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana,
dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang
akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.Selain
itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan
perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan
Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas
dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.

Bagi persiapan Deepavali, penganut Hindu akan membersihkan


rumah mereka, hiasan seperti kolams dibuat, dan lampu
vilakku dipasang. Lampu ini adalah sejenis pelita tradisi yang
diperbuat dari tanah liat.Perayaan juga bertambah seri dengan
lampu-lampu moden.
Penganut Hindu juga percaya yang Dewi Laksmi, iaitu dewa
kekayaan dan kemakmuran akan datang melawat rumah pada
masa ini.Jadi persiapan ini juga akan dibuat untuk
menyambutnya.

Selain dari itu, penganut Hindu juga membersihkan


diri dan jiwa mereka, dengan mengamalkan puasa,
hanya makan sayuran, dan bermeditasi.Di hari
Deepavali ini, pertelingkahan akan dilupakan,
manakala kemaafan akan mendapat
penghargaan.
Pada pagi Deepavali, mereka akan bangun awal,
untuk upacara mandi minyak. Ia adalah simbol
kepada penyucian diri.Kemudian mereka menuju ke
kuil untuk bersembahyang.Setelah itu, sepanjang hari
mereka akan berkunjung ke rumah saudara dan
sahabat handai. Walaupun penganut Hindu adalah
Vegetarian, tetapi Deepavali tetap diserikan dengan
banyak makanan yang enak seperti daging manis,
pudding, dan murukku.

Hari Thaipusam

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar


dan menebus dosa atau memohon ampun di atas
dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak
semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar
ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan
dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara
tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang


berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci .
Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini
dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini
akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan
benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari
luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua
penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada
hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna
oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada
disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia
merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar
nazar.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan,


kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas
kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau
kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan
pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah
bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini
terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak.
Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan
seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh
beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing.
Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap
kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa
kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan
diberi minum.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka
memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas
kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki
tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di
dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi
pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan
panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan
puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu
disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya.
Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para
pembantu.

Perayaan Etnik di Sarawak


Pesta Kaul Melanau
Hari Gawai Dayak

Pesta kaul Melanau

Pesta Kaul Melanau


Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran
dan perayaan yang dirayakan oleh orang Melanau di
Sarawak. Ia bertujuan menghargai pelbagai jenis semangat,
seperti semangat laut, tanah, hutan, dan kebun mereka.Ia
dirayakan pada akhir Mac atau awal April setiap tahun.Asal
usul perayaan ini dikatakan berbalik pada berkurun dahulu,
dimana mereka mempercayaai kepercayaan animisme.
Perayaan ini disambut dengan meriah oleh orang Melanau
di sepanjang persisiran pantai Sarawak. Tibou, iaitu buaian
setinggi 20 kaki adalah puncak perayaan ini.Pemudapemuda akan melompat dari buluh bengkok yang panjang
dan akan menangkap tali berayun yang tinggi. Sehingga
tujuh atau lapan orang akan bergayut di buain gergasi
ini.Ianya akan berbuai-buai di tepi pantai.
Kaul ini juga bukan setakat buaian gergasi. Ia adalah pesta
warna warni yang diserikan dengan bot-bot berhias, sukan
pantai, dan makanan- makanan Melanau yang
enak.Biasanya di musim monsun kuala sungai akan ditutup,
dengan tiada seorang pun akan dibenarkan keluar masuk.
Semuanya menjalani upacara menyucikan diri

Kaul dimulakan dengan bot-bot berhias berlayar


dengan membawa 'seraheng' iaitu bakul dari
buluh.Sementara itu 'bapa Kaul' atau ketua
perayaan akan menjamu semangat dengan jampi
dan jamuan.Selepas itu terdapat juga permainan
pantai, pertunjukan seni mempertahankan diri,
tarian tradisional Melanau dan jamuan makan.
Setelah matahari terbenam, pesta disambung di
rumah-rumah. Orang-orang akan mengunjungi
sanak saudara dan sahabat handai sebagai tanda
muhibbah.' Sago' adalah juadah yang istimewa
dimasa Kaul ini. Ia adalah sagu yang dimasak
dengan pelbagai cara sehingga membangkitkan
keenakannya. Orang Melanau memang terkenal
sebagai penebang sagu yang mahir di Sarawak.
Walaupun Kaul Melanau ini tidak begitu popular
dikalangan orang luar, tetapi masyarakat Melanau
merayakannya dengan begitu meriah, sehingga
seminggu lamanya.

Hari
Gawai Dayak

Hari Gawai Dayak


Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak
pada 1 hb Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang
diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan
disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai
Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara
membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan
upacara miring ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau
berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu
dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan
makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah
dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang
menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu
sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah
panjang.

Perayaan Etnik di Sabah


Tadau Kaamatan

Tadau Kaamatan
Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa
Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas
untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi.
Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum KadazanDusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini
biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta
Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh
Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah
sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad
Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah
persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini
ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan
perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka.
Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini
ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras
bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung,
mengikut alunan rentak yang dimainkan.

Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan


juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi,
pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk
Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan
kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan
rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah
meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak
tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka,
diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu.
Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau
"tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama
dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan
ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada
tapai tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil
"Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam
tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk
meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain
itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan
"Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

You might also like