You are on page 1of 7

38 mm

25 mm
30 mm

Huruf besar
Bold
(UPPERCASE)

3 X ENTER (1.5 lines Spacing)

BAB II
2 X ENTER (1.5 lines Spacing)

PERSEKITARAN DAN KUALITI HIDUP MASYARAKAT BANDAR


2 X ENTER (1.5 lines Spacing)

2.1

PENGENALAN
1 X ENTER (1.5 lines Spacing)

Bab ini meliputi kajian lepas yang telah dilakukan mengenai konsep bandar,
persekitaran, penunjuk dan kualiti hidup masyarakat bandar. Masyarakat bandar
menggunakan sumber yang terdapat di bandar untuk memenuhi keperluan bagi
meningkatkan status kualiti hidup mereka. Penggunaan sumber serta tindakan manusia
di bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik secara langsung atau tidak
langsung mengubah persekitaran bandar. Dalam kata lain, manusia
Jarak teks
dalam
perenggan:
1.5 lines
Spacing

memainkan

peranan penting dalam mempengaruhi ataupun mencorak persekitaran bandar,


manakala dalam aspek yang lain pula, persekitaran juga mempengaruhi kualiti hidup
masyarakat di bandar. Kedua-duanya saling timbal balik dan saling mempengaruhi.
Oleh yang demikian, manusia merupakan satu unsur yang dititikberatkan dalam
mencorak pembangunan persekitaran bandar. Kesinambungan dengan ungkapan
tersebut, kerangka konseptual dibentuk supaya ruang kajian yang melibatkan
komponen pengukuran status kualiti hidup berada dalam teori terkini pembangunan
bandar dan kualiti hidup masyarakatnya.

Tajuk
panjang:
Single Line
Spacing

2.2

1 X ENTER (1.5 lines Spacing)

PEMBENTUKAN KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN STATUS


KUALITI HIDUP MASYARAKAT BANDAR

1 X ENTER (1.5 lines Spacing)

Satu rangka konseptual diperlukan untuk memandu kajian ini supaya menjurus kepada
tujuan dan matlamat kajian. Justeru, Rajah 2.1 dibentuk supaya kajian status kualiti
hidup di bandar Seremban lebih terarah kepada matlamat kajian. Kajian status kualiti
hidup adalah berasaskan pada teori, konsep dan definisi kualiti hidup berdasarkan
kerangka seperti rajah tersebut. Kajian kualiti hidup masyarakat bandar Seremban ini
Tajuk panjang: Barisan pertama selari
dengan barisan ke dua

25 mm

Nombor halaman dimulai dari


halaman kedua bagi setiap bab

adalah berlandaskan pada konsep ekosistem bandar. Hal ini kerana unsur persekitaran
bandar dan manusia merupakan dua unsur yang saling bergantungan yang terikat pada
prinsip asas ekologi. Bandar merupakan satu habitat petempatan manusia yang
memerlukan pengurusan serta perancangan teliti supaya kualiti hidup masyarakat
dapat dipertingkat dan dikekalkan kemampanannya. Membentuk pembangunan
mampan sesebuah bandar memerlukan penelitian terhadap persekitaran fizikal dan
budaya bandar tersebut.

Justeru, persekitaran bandar dibentuk sebagai penunjuk

ukuran penting dalam menilai status kualiti hidup di kawasan bandar.


Perenggan
kedua:
jarak satu
kali TAB

Jarak di antara
perenggan: 1 X ENTER
(1.5 lines Spacing)

Penunjuk merupakan alat pengukuran yang boleh digunakan dengan berkesan


untuk membolehkan pihak berkepentingan menilai pencapaian komuniti tertentu. Ia
juga merupakan maklumat yang menggambarkan apa yang berlaku di dalam sistem
yang besar. Ia mampu menerangkan pencapaian di dalam komuniti sama ada maju ke
hadapan atau mundur, bertambah atau berkurang, bertambah baik atau merosot atau
kekal sedia kala berasaskan kepada nilai tahun tertentu (Norizan Md Noor 2000).

Rujukan
dalam teks:
sistem
pengarangtarikh
(pengarang
tunggal)

Istilah ini berasal dari perkataan latin iaitu indicare yang membawa maksud
mendedahkan atau menunjuk arah, memberitahu secara umum atau menilai (Ahmad
Hezri 2002). Ia boleh memberi perspektif yang lebih luas berkaitan fungsi penunjuk
pembangunan iaitu; penilaian keadaan dan trend; perbandingan merentas masa dan
ruang; penilaian kedaan dan trend relatif kepada matlamat dan sasaran; memberi
maklumat amaran awal; dan menjangka keadaan dan trend masa hadapan (Kerajaan
Negeri Selangor 2001). Penggunaan penunjuk telah digunakan dalam pemantauan
dasar secara sektoral dan mempunyai sejarah yang lama. Sebagai contoh, penunjuk
sosial seperti kadar pekerjaan, kemiskinan, jenayah dan penunjuk ekonomi seperti
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah lama digunakan walaupun tidak
menyeluruh. Kajian ini menggunakan penunjuk sebagai ukuran status kualiti hidup
masyarakat bandar yang mana pemilihannya adalah berasaskan kepada persekitaran
bandar supaya lebih bersifat setempat.

Kualiti
persekitaran sosial

Kualiti
persekitaran
Tajuk Ilustrasi di taip di bawah ilustrasi.
ekonomi
Dinomborkan mengikut bab.

Kualiti
persekitaran
pengangkutan dan
perhubungan

Pendidikan
Kesihatan
Keluarga

Isi rumah, pendapatan, pendidikan,


kelas, etnik, agama, gender, umur,
status

Pengalaman hidup, sikap, nilai, suara


hati/kehendak

Perumahan
Alam sekitar
Persekitaran kerja

Persepsi

Pengurusan

RAJAH 2.1 Kerangka konseptual kualiti hidup masyarakat bandar


Pengangkutan
Huruf besar
(UPPERCASE)

Keselamatan
Sosial

Tindak balas

Huruf kecil (Sentence Case)

Ouput lingkungan puas hati


Alam sekitar
Perumahan
Pendapatan
Keselamatan
Pendidikan
Pekerjaan
Kesihatan
Pengangkutan
Penyertaan sosial
Keluarga
Status Kualiti Hidup dan
Pembangunan Mampan

OUPUT

Kualiti
persekitaran
fizikal

Variable penilaian terakhir

RESPON

Pendapatan

Kesediaan diri

Penunjuk ukuran

Persekitaran bandar

Persekitaran
bandar

Aksese bandar

EKOSISTEM BANDAR DAN KUALITI HIDUP

INPUT

Jarak teks dengan


nombor sekali TAB

2.3

Tajuk: Huruf besar


(UPPERCASE)

EKOSISTEM BANDAR DAN KUALITI HIDUP

Kajian ini berpegang pada Prinsip 1 Agenda 21 yang meletakkan manusia sebagai satu
pusat yang dititikberatkan untuk pembangunan, dan manusia berhak terhadap
Perenggan
Pertama:
Tidak jarak

kehidupan yang sihat dan harmoni dengan alam sekitar. Agenda 21 telah memberi
status yang utama kepada manusia yang perlu menguruskan persekitaran untuk
kebaikan bersama. Oleh yang demikian, kajian ini melibatkan hubungan antara
penghuni dengan persekitaran bandar dalam konteks tindakan manusia terhadap
persekitaran bandar dan perubahan pada bandar mempengaruhi manusia kembali serta
tindakan yang diambil oleh manusia bagi mendapatkan kualiti kehidupan yang lebih
baik dan selesa. Prinsip ini berkait rapat dengan pendekatan ekosistem bandar yang
mana manusia adalah hidupan yang menjadikan bandar sebagai habitatnya, di mana
semua tindakan atau aktiviti manusia di kawasan tersebut akan mempengaruhi
ekosistem kawasan tersebut (Lauer & Lauer 2004). Justeru, manusia akan melakukan
pelbagai penyesuaian terhadap persekitaran supaya persekitaran bandar yang wujud
selari dengan kehendak naluri manusia.
2.3.1

Jarak teks
dengan nombor:
Sekali TAB

Penerapan Kualiti Hidup di Bandar

Sejarah awal pembangunan bandar sebenarnya belum menjurus sepenuhnya kepada


penerapan kualiti hidup mampan penghuninya. Ini kerana terdapat perkara lain yang
lebih penting seperti pertimbangan keselamatan, ekonomi, pengangkutan dan sosial.
Bagaimanapun, asas pertimbangan ini jelas menunjukkan keperluan masyarakat
bandar pada masa tersebut untuk menjaga dan meneruskan kelangsungan hidup di
kawasan bandar. Dalam kata lain, telah ada ciri ke arah penerapan kualiti hidup
mampan di kawasan bandar dengan segala keperluannya di penuhi berdasarkan apa
yang ada di kawasan bandar pada masa tersebut.
2.3.2

Metabolisme dan Kualiti Hidup Bandar

Teks tajuk sub topik: Huruf besar


bagi huruf pertama setiap
perkataan (Title Case Bold)

Sumber yang terdapat di bandar digunakan sebaik mungkin bagi memenuhi keperluan
penduduknya. Kuroda et al. (1997), dalam penjelasannya berkaitan metabolisme
bandar telah meletakkan organisasi sosial sebagai sesuatu yang utama untuk

menggerakkan bandar tersebut ke arah memenuhi keperluan kualiti hidup


masyarakatnya. Pandangan ini menggambarkan bahawa dalam sistem bandar yang
terbuka, mempunyai input (fizikal, simbolik dan manusia) dan ouput (fizikal, simbolik
dan manusia), manusia akan membentuk organisasi sosial bagi menguruskan setiap
unsur dalam ekosistem bandar yang berpusat kepada kualiti hidup yang baik. Unsur
fizikal, biologikal, kemanusiaan dan unsur yang bersifat simbolik menjadi

input

kepada ekosistem bandar tersebut. Di dalam bandar, kesemua ini akan berinteraksi
dalam sistem yang bersifat terbuka.

Kualiti Hidup Kawasan Bandar


Kualiti Hidup Kawasan Bandar

Kualiti Persekitaran Fizikal


Kualiti Persekitaran Fizikal

Susunan bangunan
Susunan
Jenis
rumahbangunan
Jenis
rumah
Kawasan
hijau
Kawasan
hijau
Kawasan rekreasi
Kawasan rekreasi
Perkhidmatan perbandaran
Perkhidmatan perbandaran

Kualiti Pengangkutan
Kualiti
Pengangkutan
dan Perhubungan
dan Perhubungan
Kualiti Persekitaran
Kualiti
Persekitaran
Sosial
Sosial

Penambahan perkhidmatan pendidikan


Penambahan
perkhidmatan
pendidikan
Harga
perkhidmatan
pendidikan
Harga perkhidmatan pendidikan
Penambahan perkhidmatan kesihatan
Penambahan perkhidmatan kesihatan
Harga perkhidmatan kesihatan
Harga perkhidmatan
kesihatan
Kegiatan
kebudayaan dan
hiburan
Kegiatan
kebudayaan
dan hiburan
Keselamatan
Keselamatan

Sistem perhubungan
Sistem perhubungan
Pengangkutan
awam
Pengangkutan
awam
Aliran
trafik
Aliran trafik

Kualiti Persekitaran
Kualiti
Persekitaran
Ekonomi
Ekonomi
Kos sara hidup
Kos sara
hidup
Peluang
mendapatkan
pekerjaan
Peluang
mendapatkan
pekerjaan
yang sesuai
yang
sesuai
Kos penyesuaian
Kos penyesuaian

RAJAH 2.2 Persekitaran kualiti hidup di kawasan bandar


Tajuk Ilustrasi di taip di bawah ilustrasi.
Dinomborkan mengikut bab.

Sumber: Burc et al. 2001

Kenyataan sumber

Menurut Wan Rozali Wan Hussin (2002), kesan perubahan landskap ruang
bandar dan kesesakan lalu lintas terhadap kualiti hidup masyarakat bandar amat besar
kerana ia akan menjejaskan tahap kesihatan penduduk, meminimunkan persekitaran
yang selesa dan sesuai untuk kehidupan masyarakat bandar. Berdasarkan faktor ini
kualiti perhubungan dan pengangkutan bandar perlu diberi perhatian dalam menilai
kualiti hidup masyarakat di kawasan perbandaran. Adalah penting untuk menjaga

kemampanannya kerana perhubungan yang berkualiti dapat memastikan pergerakan


manusia, makanan, perkhidmatan, aliran maklumat, sistem dagangan dan memastikan
pertumbuhan ekonomi (Akinbami & Fadare 1997). Di samping itu sokongan dari
Tajuk jadual di
taip di bawah
jadual.
Dinomborkan
mengikut bab.

sistem komunikasi bandar yang baik seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup
masyarakat bandar.
JADUAL 2.1 Penunjuk kualiti kehidupan pekerja di Australia 1973
Penunjuk
Penunjuk Primer

Penunjuk Skunder

Penunjuk ke Tiga
Penunjuk ke Empat

Komponen Penunjuk
Objektif Kualiti Skala Pekerjaan (5 Komponen)
-Kepelbagaian
-Peluang untuk belajar
-Kebebasan dalam melakukan pekerjaan
-Peluang untuk maju ke hadapan
-Cabaran mental
Subjektif Kualiti Skala Pekerjaan (5 Komponen)
-Pekerjaan yang menarik
-Sentiasa sibuk
-Boleh mencapai kejayaan
-Kualiti adalah dihargai
-Kepelbagaian aktiviti
- Kualiti pengawasan
- Persekitaran sosial pekerjaan
- Kepuasan dengan aspek kondisi pekerjaan
- Skala Taylorism
- Pendapatan yang secukupnya
- Status pekerjaan
- Pendapatan sebenar
- Potensi untuk melakukan pengajian secara sukarela
- (sebanyak 50 komponen)
Penunjuk Kualiti hidup
- Gembira dengan kehidupan
- Hidup dengan penuh harapan
- Kesihatan
- Berpuas dengan andaian hidup
Sumber: Diolah daripada Seahore 1978
Kenyataan sumber

2.4 KESIMPULAN

Jadual hendaklah tanpa kerangka


tepi kanan, tengah dan kiri

Keseluruhan kerangka konseptual kajian kualiti hidup di Seremban banyak menyentuh


mengenai persekitaran bandar dan kualiti hidup masyarakatnya. Melibatkan
persekitaran fizikal dan budaya bandar dalam merencana pembangunan mampan di
kawasan bandar. Dalam mengkaji persoalan besar tersebut, persoalan kualiti hidup
dikaji dengan teliti iaitu melibatkan pengukuran statusnya dalam arus pembandaran
yang berlaku. Kajian kualiti hidup masyarakat bandar melibatkan banyak aspek
penunjuk, justeru asas serta rasional pemilihan diperbincangkan yang supaya ia berada
dalam kerangka konseptual kajian keseluruhannya.

You might also like